Anda di halaman 1dari 10

1.

0 pengenalan
Guru adalah sebagai penjawat awam dan perlu mempunyai integrity dengan mematuhi etika keguruan
untuk menjaga imej dan profesionnya setiap masa. Sejak kebelakangan ini terdapat begitu banyak isu
etika guru yang telah menjejaskan imej profesion keguruan. Dalam era globalisasi masa kini,
seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua bidang sekali pun perlulah mempunyai ciri-ciri seorang
yang berdisiplin, bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni ini akan
membentuk etika seseorang individu tersebut.
Apa yang dimaksudkan dengan etika?. Istilah Etika atau ethic adalah berasal daripada perkata
greek ethos yang bermaksud perwatakan atau keperibadian. Mengikut pengertian Kamus Dewan
(1995) terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau
tingkah laku atau kesusilaan. Menurut pengertian dari sudut Islam pula , etika adalah akhlak. Ianya
merujuk kepada tingkah laku yang baik yang dituntut syarak.
Etika di sini dapat disimpulkan sebagai prinsip-prinsip tingkah laku yang bertanggungjawab
yang menentukan tindakan individu yang boleh di terima dari segi moral. Setiap individu haruslah
mempunyai etika yang dapat diterima oleh pihak masyarakat. Ketidak seimbangan etika individu
sekarang ini banyak membawa kepada gejala-gejala yang tidak bermoral seperti rasuah dan
sebagainya. Prinsip etika ini haruslah dipelajari dan diamalkan oleh setiap individu dalam masyarat
dalam apa jua perkara yang dilakukan. Tahap disiplin yang tinggi dan pemikiran yang positif berjaya
menjadikan seseorang individu itu menjadi seorang yang beretika tinggi.
Pelajaran di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.

Aspek utama yang perlu diutamakan dalam Falsafah Pendidikan Negara ialah perkembangan
individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani,emosi,rohani,interlek dan sosial. Tidak
dinafikan disini tanggungjawab seorang guru bukan hanya sebagai pengajar malahan ianya perlu
mencakupi setiap aspek membentukan generasi masa depan yang berilmu dan berakhlak untuk
pembangunan bangsa dan negara.
Bagi merealisasikan Falsafah Pendidkan Negara, para guru perlu sedar bahawa mereka
sebenarnya memikul satu tanggungjawab yang besar. Guru bukan saya perlu mempertingkatkan
profesionalisma mereka malahan guru juga perlu peka dengan perubahan-perubahan yang melanda
dalam dunia pendidikan masa kini. Pada amnya, guru-guru perlu berkemahiran dan pakar dalam
semua aspek dan bidang. Guru-guru bukan sahaja memperkembangankan kemahiran dengan ilmu
pengetahuan sahaja malahan juga mencakupi disiplin, sikap dan tingkah laku untuk menjaga nama
profesion perguruan itu sendiri.
Ini menunjukkan bahawa dalam menjadi guru yang profesional,amat penting bagi seseorang
guru dalam mempunyai sahsiah dan keperibadian yang mantap disamping mempunyai kepakaran dan
pengetahuan yang luas dalam sesuatu bidang. Sebenarnya pihak kerajaan sudah lama mahu
meningkatkan martabat bidang perguruan ini supaya menjadi satu bidang ataupun kerjaya yang
profesional. Namun apa yang berlaku pada hari ini adalah sangat menyedihkan di mana ada sahaja
kes-kes ataupun isu-isu yang berkaitan dengan salah laku guru yang sering kita dengar melalui dada
televisyen mahupun akhbar-akhbar malah ianya semakin meningkat dari hari ke hari.
Sebenarnya isu guru-guru yang melanggar etika perguruan ini bukanlah satu perkara yang baru
dalam bidang pendidikan di negara kita ini malahan ianya sudah wujud sejak dari dahulu lagi.Walaupun
sistem pendidikan pendidikan di Negara kita dilihat semakin maju dan berkembang,namun sedar atau
sedar kita bahawa kes-kes atau isu-isu guru yang melanggar etika adalah didapati semakin meningkat.

2.0 isu masalah guru


Isu pertama yang dikenal pasti ialah mengenai isi guru ponteng. Guru adalah insan biasa yang
mempunyai peribadi dan kehidupan sosialnya yang tersendiri sama seperti manusia-manusia lain.
Justeru, guru tidak terlepas dari melakukan kesilapan ataupun kesalahan. Antara isu salah laku guru
yang sering diperkatakan masa kini ialah isu guru ponteng kerja yang sering kita dengar berlaku di
mana-mana sekolah tidak kira sekolah menengah mahupun sekolah rendah.Menurut kamus Dewan
edisi ketiga (2002),ponteng dari segi bahasa boleh didefinisikan sebagai kecoh,tipu,lari daripada tugas
iaitu tanggungjawab dan lain-lain. Manakala dari segi istilah ponteng membawa maksud tidak hadir
bertugas tanpa sebab ataupun dengan sebab yang tidak munasabah.
Menurut Cascio (2005),ketidakhadiran bermaksud apa-apa sahaja kegagalan seseorang pekerja
daripada melaporkan diri ataupun tidak berada di tempat kerja mengikut masa yang telah ditetapkan
atas apa alasan sekalipun.Ini menunjukkan apabila seseorang itu tidak dapat hadir ke pejabat pada
waktu bekerja maka mereka dianggap sebagai tidak hadir.Sekiranya seseorang pekerja tidak hadir
tanpa sebarang sebab yang munasabah, maka ianya boleh dianggap sebagai ponteng kerja.
Semakin hari semakin banyak faktor penyebab yang dilihat menjadi punca kepada gejala ini.Gejala
ponteng dikalangan guru ini juga dilihat secara tidak langsungnya telah mencemarkan nama profesion
guru itu sendiri di samping telah melanggar etika kerja profesion perguruan yang telah digubal.Justeru
itu,sebagai bakal guru,wajarlah isu guru ponteng ini dipertimbangkan serta dibincangkan dengan serius
dan mendalam kerana ianya mencerminkan profesion perguruan yang selama ini dipandang mulia oleh
masyarakat.
Ponteng boleh dikategorikan dalam beberapa jenis, iaitu ponteng sekolah, ponteng kelas dan ponteng
tugasan. Kesemua jenis ponteng ini memberi kesan negatif kepada murid dan sekolah.
a) Ponteng sekolah
Ponteng sekolah bermaksud guru tidak hadir bertugas ke sekolah tanpa sebab atau dengan sebab
yang tidak munasabah. Ponteng jenis ini memberi kesan yang sangat besar kepada pembangunan dan
pencapaian sesebuah sekolah dan muridnya. Antara alasan-alasan yang sering diguna oleh guru ialah
kurang sihat dan anak kurang sihat. Guru juga ponteng sekolah dengan pulang ke kampung lebih awal
terutamanya ketika musim cuti sekolah dan musim-musim perayaan dengan pelbagai alasan yang
kurang logik.

b) Ponteng kelas
Ponteng kelas pula bermaksud guru tidak masuk mengajar ke kelas atau lewat wasuk ke dalam kelas
dengan sengaja atau keluar lebih awal sebelum masa pengajaran dan pembelajaran tamat tanpa
alasan yang munasabah. Sikap guru yang lebih suka melepak di kantin sekolah, berbual atau
bersembang kosong dengan rakan, melayari facebook dan sebagainya. Guru bermasalah ini
menjadikan aktiviti-aktiviti sampingan lebih penting berbanding mengajar di dalam bilik darjah. Ponteng
jenis ini memberi kesan yang amat besar kepada pencapaian murid dalam akademik.
c) Ponteng tugasan
Ponteng tugasan ialah tidak melaksanakan arahan yang diberikan oleh pihak pentadbir sekolah.
Contohnya guru tidak menghadirkan diri dalam sesi mesyuarat yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah, tidak menghadirkan diri semasa aktiviti atau kegiatan ko-kurikulum dijalankan, tidak menyertai
program yang dilaksanakan di sekolah tanpa alasan yang munasabah dan kukuh, tidak menyiapkan
kerja dan sebagainya. Ponteng jenis ini menyebabkan kelancaran sesuatu program yang dijalankan
oleh pihak sekolah akan terbantut.
Isu ponteng yang melibatkan para guru hari ini dilihat amat membimbangkan. Ini kerana kes ponteng
yang melibatkan para guru sering berlaku di mana-mana sekolah di Malaysia tidak kira samada di
sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Guru seperti ini mendatangkan banyak masalah kepada
semua pihak termasuklah pihak sekolah.

Bagi isu kedua pula ialah isu gangguan seksual. Isu ini amat jarang sekali dilihat berlaku di sekolah. Isu
etika yang terlibat dalam kes ini ialah isu kesantunan. Kesantunan atau etiket merupakan sesuatu
perkara yang biasa dilakukan di dalam masyarakat. Namun kesantunan guru perlu disesuaikan dengan
kontekstual. Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010) menyatakan
kesantunan dibahagikankepada tiga iaitu kesantunan berpakaian, kesantunan tingkah laku dan
kesantunan berbahasa.
Gangguan secara lisan dapat dilihat dalam penggunaan bahasa lucah melalui perbualan, bercerita,
berjenaka, membuat bunyi-bunyian, memberi kritikan, komen, pujian atau mengajukan soalan berunsur
seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual sehingga
seseorang berasa tersinggung, terhina atau terugut untuk berurusan. Manakala gangguan secara
bukan lisan dipamerkan melalui sikap atau perlakuan seseorang yang memberi maksud atau
gambaran keinginan yang berunsurkan seksual antara lain, seperti menjeling, menggoda, merenung,
mengintai, menjilat bibir atau mengguna bahasa isyarat yang lain. Terdapat juga gangguan seksual
berbentuk sentuhan fizikal yang berunsur seksual seperti mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu
dekat sehingga orang tersebut berasa kurang selesa, memegang, memeluk, menepuk, menggosok,
mencubit, mencium atau meraba sehingga Pengadu berasa tersinggung, terhina atau terugut.
Isu gangguan seksual ini berlaku adalah disebab oleh beberapa faktor. Antara faktor yang menjadi
penyumbang kepada perlakuan guru tersebut ialah pengaruh media massa. Menurut kajian yang
dilakukan pengaruh media elektronik lebih banyak dari pengaruh media massa. Kerana pengaruh
media elektroni boleh didapati tanpa sekatan.
Antara faktor lain ialah guru tersebut mengahadapi masalah keluarga. Kerjaya guru cuma berkaitan
dengan usaha-usaha mengajar dan mendidik manusia agar berjaya dalam hidup mereka. Dunia guru
telah membataskan pergaulan dan interaksi mereka dengan rakan setugas dan para pelajar sahaja.
Peluang mereka untuk bergaul dengan masyarakat luar begitu terhad. Segala keterhadan ini akan
membataskan peluang orang ramai untuk mengenali dan memahami peranan guru. Lebih ketara lagi
apabila guru-guru tidak mempunyai apa-apa kuasa atau pengaruh terhadap urusan hidup masyarakat
moden seperti sekarang.
Selain itu, faktor yang mendorong guru tersebut berkelakuan begitu ialah kurang memahami etika
keguruan. Oleh itu, bagi menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika profesionalisme,
etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan awam.Guru merupakan tenaga ikhtisas di
dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di seklah. Oleh itu,
guru yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan

besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Implikasi Isu
Sememangnya isu gejala ponteng dalam kalangan guru ini membawa implikasinya yang tersendiri
kepada bidang keguruan ini.Implikasi yang utama adalah yang terjadi kepada diri guru itu sendiri.Ini
kerana apabila memegang tugas sebagai penjawat awam,etika kerja haruslah dipenuhi.Namun apabila
guru sudah hilang minat untuk mengajar dan selalu ponteng kerja,maka perkara ini secara tidak
langsung akan menyebabkan prestasi kerjanya semakin merosot.
Selain itu, gejala ponteng dan tidak masuk kelas untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (pdp) dalam
kalangan guru juga boleh menyebabkan murid - murid akan tercicir di dalam pelajaran mereka. Hal ini
kerana berikutan matapelajaran yang sepatutnya dikuasai oleh murid - murid tidak dapat diaplikasikan
oleh mereka terutamanya dalam menjawab soalan-soalan ujian dan peperiksaan. Perkara ini secara
tidak langsung akan menyebabkan masalah pembelajaran dalam kalangan murid di sekolah. Apabila
isu guru ponteng dan guru tidak masuk kelas membawa kesan kepada murid - murid, ia juga secara
tidak langsung akan memberi impak yang besar kepada pihak sekolah.
Selain itu,gejala ponteng dalam kalangan guru juga boleh menyebabkan murid-murid akan tercicir di
dalam pelajaran mereka.Ini berikutan pelajaran yang sepatutnya dikuasai oleh murid tidak dapat
diaplikasikan terutamanya dalam menjawab soalan-soalan ujian dan peperiksaan.Perkara ini secara
tidak langsung akan menyebabkan masalah pembelajaran dalam kalangan murid di sekolah.
Apabila isu ponteng membawa kesan kepada murid,ia juga secara tidak langsungnya memberi impak
kepada pihak sekolah.Ini kerana masalah murid dalam pelajaran akan menyebabkan kemerosotan
yang ketara dalam peperiksaan.Situasi ini seterusnya akan menjejaskan prestasi sekolah di dalam
bidang akademik.Kemerosotan peratus peperiksaan akan menyusahkan pihak sekolah yang terpaksa
menjawab dengan pihak jabatan mengenai punca kemerosotan prestasi.Sekolah pastinya akan
dikategoikan sebagai sekolah berprestasi rendah.Perkara ini sememangnya akan menjatuhkan imej
sekolah dan juga pentadbiran seterusnya akan dibebankan dengan pelbagai program untuk
memperbaiki serta memulihkan imej sekolah yang tercalar.

Bagi isu gangguan seksual pula, murid yang mengalami gangguan seksual akan mengubah corak
hidup mereka kepada pendiam dan jarang bergaul. Selain impak yang diberikan kepada psikologi dan
emosi ganggaun seksual juga memberi impak kepada kesihatan fizikal. Contohnya ialah mangsa
gangguan seksual juga sering kali mengalami pening kepala dan muntah-muntah serta mengalami
sindrom seperti tidak selera makan dan sukar untuk tidur. Kesan ini biasanya dialami mangsa kerana
terlampau memikirkan perkara yang berlaku ke atas diri mereka dan jika berterusan ia akan menjadi
lebih parah sehingga mengalami sakit mental jika tidak mendapat rawatan awal.
Antara implikasi yang dihadapi oleh guru yang melakukan perbuatan ini ialah hubungan guru
dan murid menjadi renggang di mana semua murid akan menjadi takut untuk menuntut ilmu dengan
guru tersebut. Dalam situasi ini murid berasa tidak selamat untuk meneruskan sesi pembelajaran.
Selain itu hubungan guru dan rakan sejawat juga akan musnah kerana guru lain tidak akan percaya
kepada guru tersebut. Guru tersebut juga akan mengalami masalah jiwa terjadap perbuatan yang
dilakukannya.
Kesan jangka masa pendek terhadap profesion perguruan ialah profesion perguruan akan
dipandang rendah oleh masyarakat. Masyarakat tidak memandang profesion ini sebagai profesion
yang penting. Profesion ini juga tdak dianggap mulia kerana masyarakat menganggap profesion ini
bukanlah selamat untuk anak mereka lagi. Tambahan pula profesion ini tidak lagi dihormati oleh
masyarakat. Kesan jangka masa panjang kepada profesion perguruan ialah generasi muda tidak lagi
mahu menjadi pelapis terhadap profesion ini. Penyusutan kuasa untuk menjalankan tugas secara
professional menyebabkan profesion perguruan menurun di kaca mata masyarakat.
Kesan jangka masa panjang yang akan ditempuhi guru tersebut ialah mereka tidak diterima oleh
masyarakat di mana masyarakat akan memandang serong kepada mereka. Guru tersebut juga akan
dipindahkan dari sekolah berkenaan bagi menjaga nama baik sekolah tersebut. Di mata masyarakat
guru tersebut tidak mendapat tempat di mata masyarakat kerana tidak dipercayai.

Cadangan Menangani Isu Etika Keguruan


Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menangani isu keguruan yang melibatkan gejala
ponteng sekolah dan gangguan seksual. Masalah seperti ini tidak hanya tertumpu kepada pihak
sekolah sahaja sebaliknya semua pihak termasuk pihak kerajaan, Jabatan Pelajaran Negeri serta
Jabatan Pelajaran Daerah harus campurtangan memandangkan pihak sekolah sahaja tidak cukup
untuk menangani masalah ini bersendirian.
Jabatan Pelajaran Negeri hendaklah sentiasa mempertingkatkan serta menambahbaik sistem
pemantauan terhadap sekolah-sekolah melalui Jabatan Pelajaran Daerah terutamanya sekolahsekolah di kawasan pedalaman.Pemantauan hendaklah dilakukan dengan cekap dan adil bukannya
dilakukan secara sambil lewa ataupun secara pandang sebelah mata sahaja jika mahu masalah ini
diselesaikan dengan segera.
Bagi pihak sekolah pula,pihak pentadbir hendaklah merancang satu langkah atau apa-apa bentuk
program bertujuan untuk meningkatkan lagi motivasi para-para guru.Tidak hanya tertakluk kepada
aktiviti atau program,pihak sekolah juga boleh duduk berbincang untuk mengkaji kembali sistem
pentadbiran dengan tujuan untuk lebih mengutamakan kepada kebajikan guru-guru. Bagi memastikan
motivasi para guru ini dapat dipertingkatkan semula.
Selain itu, pihak Guru Besar atau Pengetua juga harus mengambil tindakan sewajarnya di mana
mereka juga perlu untuk melakukan pemantauan dalaman dengan lebih kerap terhadap guru-guru
yang berkhidmat di bawah mereka.Ini adalah untuk mengelakkan prestasi kerja guru semakin
menurun. Ini kerana sesetengah sekolah di Malaysia Guru Besar atau Pengetua dilihat tidak begitu
mengambil berat tentang masalah ini dan hanya bersikap sambil lewa dalam membuat pemantuan
terhadap guru-guru di sekolah mereka.
Jika pemantauan lebih kerap dilakukan, pihak sekolah lebih mengetahui jika terdapat guru yang
bermasalah dari segi kehadiran ke sekolah. Jika tiada sebarang pemantauan dibuat oleh pihak sekolah
atau pentadbir itu sendiri, sudah tentu akan wujud segelintir guru yang mengambil kesempatan
daripada keadaan tersebut. ini adalah supaya masalah diselesaikan dahulu di peringkat bawah atau
peringkat awal sebelum ianya diambil tindakan olleh pihak atasan dan menjadikan kes seperti ini lebih
serius.

Selain dari itu juga, program seperti kursus, ceramah atau bengkel juga perlu dibuat untuk guru-guru
supaya mereka sentiasa diperingati dan sentiasa cuba untuk meningkatkan nilai murni dalam diri.
Program seperti ini hendaklah diwajibkan untuk semua guru lebih-lebih lagi kepada guru-guru baru dan
pihak atasan harus mengambil tindakan tegas terhadap guru yang gagal menghadiri program yang
dijalankan tersebut. Guru-guru yang terlibat dengan program seperti ini juga tidak harus menganggap
ianya adalah satu beban kepada mereka kerana ia jelas untuk membantu guru itu sendiri sebelum
kejadian yang tidak diiingini seperti gejala ponteng dan gangguan berlaku melibatkan diri mereka
sendiri.
Di sekolah itu sendiri boleh dibentuk satu unit bimbingan kaunseling khas kepada guru-guru.
Kaunseling bukan hanya dijalankan terhadap murid sahaja sebaliknya guru-guru yang bermasalah juga
harus diberi bimbingan dan kaunseling seperti ini kerana kita tahu bahawa guru juga adalah manusia
biasa dan bila-bila masa sahaja tingkah laku boleh berubah apabila didorong oleh faktor-faktor tertentu.
Tetapi tidak ada gunanya langkah-langkah di atas dijalankan sekiranya guru itu sendiri tidak mahu
melibatkan diri mereka. Tiada insan lain dapat mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri
menginginkannya. Untuk itu,dalam usaha bagi membanteras gejala ponteng kerja dan juga gejala
gangguan seksual ini,sememangnya ia memerlukan kerjasama yang jitu dari pihak guru itu sendiri
dimana seseorang guru hendaklah mempunyai kesedaran untuk sentiasa memperbaiki diri
sendiri.Untuk ini, jalan terbaik adalah untuk kembali kepada pegangan agama. Ini kerana dengan
mendalami ilmu agama,seseorang guru itu sedar akan sesuatu peranan dan tanggungjawab yang
diamanahkan perlu dilaksanakan sebaik mungkin serta dilaksanakan dengan hati yang tulus ikhlas.

3.0 RUMUSAN
Secara kesimpulannya guru-guru haruslah mengikut dan memahami setiap etika yang harus dipatuhi
supaya isu seperti di atas dapat ditangani. Sebagai seorang guru,kita hendaklah mengambil iktibar
terhadap isu-isu keguruan yang timbul ini supaya kita dapat mengorak langkah bagi menaikkan
martabat profesion perguruan ini sekaligus menjadi kerjaya guru sebagai satu kerjaya yang
profesional.Untuk itu,bagi menjadi guru yang berkualiti,seseorang guru perlulah menjauhkan diri
daripada sebarang isu yang boleh menjatuhkan martabat profesion perguruan.
Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas sebagai pendidik
dengan baik. Pendedahan-pendedahan salah laku guru-guru boleh mengakibatkan kewibawaan
profesion keguruan tergugat pada mata umum. Hal ini bertentangan dengan peranan dan tatasusila
perguruan di Malaysia yang menyatakan guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan
tanggungjawabnya guru kepada pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat dan masyarakat dan Negara,
bukannya mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku terhadap murid tetapi sebaliknya
membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru juga haruslah mempunyai inisiatif
untuk mendalami kod etika keguruan.
Oleh itu,guru perlu sentiasa berusaha meningkatkan kebolehan diri dan melaksanakan tanggungjawab
mendidik generasi agar golongan itu bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran bahkan dari segi akhlak
dan tingkahlaku.Kita seharusnya sanggup untu menggalas tanggungjawab yang diberikan dan
bersedia untuk mengorbankan masa dan tenaga demi kemajuan anak muda bangsa seterusnya
negara Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai