Anda di halaman 1dari 4

Tajuk :

Sekarang ni, kalau kita perhatikan pencemaran bahasa Melayu


semakin berleluasa amnya di kalangan anak-anak muda
terutamanya kalangan pelajar. Ini secara langsung memberikan
kesan negatif kepada bahasa itu sendiri dan yang paling ketara
adalah menyebabkan mutu Bahasa Melayu baku sama ada lisan
atau tulisan merosot. Antara ciri-ciri yang diklasifikasikan sebagai
pencemaran bahasa melayu adalah:
1.

Pengutamaan bahasa asing

2.
Penggunaan bahasa yang tidak menepati tatabahasa
Melayu
3.

Kesalahan ejaan

Antara faktor yang dikenalpasti menjadi punca kepada


permasalahan
ini
adalah
kecanggihan
dan
kepantasan
perkembangan teknologi maklumat khususnya penggunaan
telefon bimbit secara berleluasa. Penghantaran sistem pesanan
ringkas (SMS), alat yang menjadi penghubung antara dua individu
dengan
kaedah
cepat
dan
menjimatkan,
sebenarnya
mencemarkan bahasa. Penggunaan simbol, kod dan perkataan
singkatan sering berlaku dalam SMS. Tujuan penggunaan
singkatan perkataan, lambang, angka atau kod tertentu adalah
untuk menggantikan maksud sebenar. Hal ini berlaku disebabkan
ruang yang disediakan cukup terhad. Kadang-kadang ayat yang
ditulis bercampur aduk antara Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris, bergantung kepada perkataan mana lebih pendek supaya
maksud yang hendak disampaikan difahami oleh penerimanya

dalam ruang terhad itu, Contohnya Nxt week blk umah tak?
Bahasa SMS ini terbawa-bawa kepada penggunaan rasmi seperti
karangan, surat rasmi dan memo hingga menyebabkan
pencemaran bahasa.
Media pernah mendedahkan kemerosoan pencapaian kelulusan
Bahasa Inggeris dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) 2003 dikatakan berpunca daripada budaya perkhidmatan
sms dan sembang Internet di kalangan pelajar. Ramai calon
menggunakan singkatan perkataan dalam esei mereka seperti
yang dilakukan ketika bersembang atau sms. Sekiranya
penggunaan bahasa rojak dan istilah-istilah remaja tidak
dibendung dengan meluas, lama-kelamaan bahasa ini akan
menjadi sebati kepada seseorang individu tersebut. Pastinya
pelajar yang sering disogok oleh perkataan dan istilah-istilah yang
muncul setiap hari akan keliru dengan penggunaan bahasa yang
betul. Para pelajar akan turut terpengaruh untuk menggunakan
bahasa-bahasa yang digunakan dalam perbualan dalam tugasan
penulisan di sekolah. Hal ini bukan sahaja menyebabkan kualiti
penulisan di sekolah semakin menurun malah pengetahuan
terhadap bahasa kita sendiri, iaitu Bahasa Melayu akan semakin
jauh daripada pelajar. Dengan demikian, mutu kualiti bahasa
dalam kalangan pelajar pastinya akan semakin menurun dan tidak
mustahil sekiranya terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi
tidak mengenal apa itu pantun dan syair. Begitu juga pencemaran
bahasa dalam bidang pentadbiran akan menyebabkan mutu
Bahasa Melayu sama ada lisan atau tulisan merosot. Sekiranya
pihak pentadbir menggunakan bahasa rojak ketika menyampaikan
ucapan atau menggunakan bahasa rojak dalam urusan surat
menyurat, sudah pasti akan menyebabkan mutu Bahasa Melayu
itu merosot.

Pernah tak kita tengok iklan sebegini..bercampur aduk

Selain itu, iklan sms yang memaparkan penggunaan kata


singkatan, kod, atau simbol disiarkan di media elektronik dan
media cetak juga memberi kesan kepada pencemaran bahasa.
Seseorang itu tidak sepatutnya terikut-ikut dengan ragam bahasa
basahan hingga menggunakannya ketika melakukan urusan rasmi
seperti karangan, surat rasmi dan memo. Antara contoh
penyampaian dalam sms ialah, x bagi maksud tidak, 4 bagi
maksud untuk, cmne bagi maksud macam mana, u bagi
maksud awak, tq bagi maksud terima kasih, lg bagi maksud lagi
dan sebagainya.
Apabila bahasa tercemar, akan menimbulkan kekeliruan kepada
generasi akan datang untuk mempelajari sesuatu bahasa tersebut.
Generasi akan datang menjadi keliru untuk memperaktikkan
bahasa yang sesuai diguna pakai dalam kehidupan seharian.
Selain itu, jika generasi akan datang mengikut trend yang ada
pada masa sekarang sudah tentu bahasa tersebut akan menjadi
sejarah pada suatu hari nanti kerana telah hilang identiti bahasa
tersebut. Impaknya disini, mahasiswa dan mahasiswi adalah agen
yang perlu memperbaiki pencemaran bahasa di alam siber ini.
Kesan daripada pencemaran bahasa ini juga akan menyebabkan
Bahasa Melayu yang indah akan dipinggirkan oleh generasi
Melayu. Bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang sinonim
dengan masyarakat Melayu. Bahasa Melayu adalah bahasa
pertuturan bagi masyarakat Melayu untuk berkomunikasi antara
satu sama lain. Bahasa Melayu mempunyai peranan yang sangat
penting, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pentadbiran,
bahasa pengantar, bahasa rasmi dan sebagainya. Melalui peranan
yang
dinyatakan,
kita
seharusnya
memahami
dan
mengaplikasikan peranan Bahasa Melayu dalam kehidupan

seharian kita. Dalam perbualan atau pertuturan kita seharian, kita


seharusnya menggunakan Bahasa Melayu untuk memastikan
Bahasa Melayu tidak ditelan arus pemodenan atau globalisasi.

Walau bagaimanapun, pada masa ini, Bahasa Melayu kian


dilupakan dan semakin kurang penggunaannya dalam pertuturan
seharian. Bahasa Melayu telah tercemar disebabkan oleh
wujudnya bahasa lain dan pencampuran bahasa. Bahasa Melayu
yang indah kian dilupakan oleh generasi-generasi pada zaman ini,
khususnya generasi muda. Mereka telah terpengaruh dengan
bahasa asing. Dengan menggunakan bahasa asing, mereka
berfikir mereka adalah orang yang paling terkenal dan mempunyai
kedudukan yang tinggi. Mereka juga beranggapan bahawa mereka
akan sentiasa dipandang tinggi kerana mempunyai pengetahuan
bertutur dalam bahasa asing. Tanpa mereka sedari, tindakan
mereka ini akan menyebabkan mereka kian lupa dengan satu
bahasa yang sangat penting, iaitu Bahasa Melayu.

Anda mungkin juga menyukai