Anda di halaman 1dari 3

1.

Rural Area
Dalam zaman dunia tanpa sempadan ini, jangalah kita memperkecil-kecilkan
kebolehan dan keupayaan anak-anak melayu luar Bandar untuk belajar Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris. Jangalah keadaan yang kita sendiri cetuskan
menjadikan mereka golongan yang merasa diri mereka rendah diri.
Mengikut stastik yang dikeluarkan oleh Jaringan Melayu Malaysia, dalam Utusan
Malaysia bertarikh 17 Ogos 2011. Kajian ini menunjukkan 55% daripada 15,000 ibu bapa
bersetuju kedua-dua mata pelajaran diajar dalam Bahsa Inggeris. 70% responden
daripda kajian tindakan adalah orang Melayu dan 60% responden adalah dari luar
Bandar. Ini menunjukkan ibu bapa di luar Bandar sangat menyokong PPSMI ini dan
mereka juga peka terhadap kepentingan Bahasa Inggeris dalam subjek sains dan
matematik.

2. BM sebagai bahasa kebangsaan


- Membidas kedudukan bahasa Malaysia dlm Malaysia
- Melupakan tanah air selepas belajar bahasa inggeris

Kalau kita mempelajir bahasa Inggeris untuk mempelajari ilmu, adakah kita tidak lagi
setia dengan bahasa kita? Saya TIDAK BERSETUJU.
Kalau kita asyik tunggu penterjemah menjadi orang tengah, kita akan ketinggalan
dalam penguasaan ilmu.
Saya ingin memetik beberapa ungkapan yang dikata oleh Tun Dr.Mahathir di PWTC
pada 27 Ogos 2013 yang lalu. Beliau berkata sekiranya seseorang itu mempunyai hasrat
mengejar dan menguasai kepesatan ilmu pada masa kini, mereka tidak akan teragak-agak
menggunakan bahasa inggeris.
Jelasnya, perkara itu selaras dengan langkah dilakukan oleh masyarakat Arab
dahulu yang mempelajari bahasa Yunani serta India dan kemudiannya menerokai ilmu
kedua-dua peradaban tersebut sehingga pada beberapa abad telah mendahului orang
Yunani, India dan Eropah sendiri.
Ironinya kata beliau, selepas itu ilmu yang diperoleh masyarakat Islam pada waktu
itu menyebabkan orang Yunani, India dan Eropah mempelajari bahasa Arab untuk menimba
ilmu tersebut.

3. English term in science, math dan IT.

Hampir semua ilmu baru ini diperkenalkan dalam Bahasa Inggeris. Ia terlalu banyak untuk
diterjemah ke dalam Bahasa Melayu. Tidak mungkin kita adakan penterjemah yang
mencukupi yang fasih dalam Bahasa Melayu, fasih dalam Bahasa Sains Inggeris dan pakar
dalam bidang sains berkenaan.

Jika ada seorang dua, tak mungkin mereka sanggup menghabiskan hayat mereka
menterjemah sains yang datang dalam bahasa Inggeris. Pelajaran bukan hanya bertujuan
menjadi fasih dalam bahasa pengantar baik Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris.
Pelajaran adalah untuk memperoleh dan menguasai ilmu.

Hanya bangsa yang berilmu sahaja yang akan mendiri tamaddun yang tinggi Tun Dr
Mahathir

Oleh itu, kita perlu berusaha dan mencuba untuk memperbaiki tahap penguasaan Bahasa
Inggeris kita dan juga anak-anak kita agar lebih mudah kita menguasai ilmu yang ada dan
boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain yang telah
berjaya.

Anda mungkin juga menyukai