Anda di halaman 1dari 2

5.

0 Terapi Seni
Terapi seni adalah proses pemulihan sikap dan emosi yang boleh samasama kita fikirkan. Gabungan antara kaedah psikologi, perlakuan, bakat dan disiplin
diri boleh dijadikan ruang untuk terapi seni diolah sebagai mekanisme pemulihan.
Terapi seni juga adalah kaedah untuk menggalakkan pesakit meluahkan
perasaan pemikiran mereka yang tidak boleh dilahirkan dengan perkataan melalui
seni terutama lukisan.
Menurut American Art Association, terapi seni adalah satu profesion kesihatan
mental yang menggunakan proses kreatif dalam lukisan untuk menambah baik dan
menyempurnakan fizikal, mental dan emosi individu di bawah semua peringkat
umur. Terapi seni boleh diertikan sebagai suatu bentuk terapi ekspresif yang
menggunakan media warna, kapur, pensil dan marker diintergerasikan dengan
terapi psikoterapiutik dan teknik proses kreatif.
Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan
dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi.
Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas
baru dalam memartabatkan lagi dunia seni melalui rekabentuk seni luar. ( Judith
Peck)
Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) The responsible of an Art or Expressive Therapist
within a school setting is to help student express and contain their internal conflicts,
while facililitating their ability to implement change.
Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan
dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi.
Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas
baru dalam memartabatkan lagi dunia senimelalui rekabentuk seni luar.
( JudithPeck )
Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) The responsible of an Art or Expressive Therapist
within a school setting is to help student express and contain their internal conflicts,
while facililitating their ability to implement change.
Gambaran ini mungkin dalam bentuk lukisan, gambar, seni pahat ataupun bahan
seni yang dicipta dari tanah liat.
Selanjutnya, pakar terapi ataupun kaunselor akan mengajak klien untuk
membincangkan karya yang dihasilkan. Melalui proses ini, klien akan diminta
supaya bersikap terbuka dalam meluahkan dan bercakap tentang segala emosi dan
perasaan-perasaan terpendam yang dihadapi olehnya.


Kaunselor akan berusaha membantu klien menyelesaikan masalah dan
merungkai kegusaran yang dihadapi oleh klien berdasarkan interpretasi kaunselor
terhadap gambaran ekspresif melalui hasil seni yang dihasilkan oleh klien.
Melalui kaedah terapi seni ini, klien berupaya menggali perasaannya serta
menyelesaikan masalah yang membelenggunya dengan cara yang berkesan dan
tidak menakutkan serta menyakitkan dengan bantuan daripada kaunselor.

Kaunselor atau pakar terapi harus pandai mengawal situasi terapi ini agar
klien tidakmerasa tertekan atau merasa didesak untuk meluahkan perasaan.
Manfaat terapi seni ini telah dibuktikan secara ilmiah di mana sebuah kajian di
University of Granada, Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa terapi ini boleh
membantu mengatasi gangguan mental.
Elizabeth Perez yang merupakan salah seorang pengkaji mengikuti
perkembangan 20 orang pesakit yang menderita penyakit gangguan mental akut
dari Therapeutic Community of theNorthen Area of the Virgen de las Nieves
Hospital, Granada selama lebih dari setahun. Pesakit-pesakit tersebut telah
mengikuti kaedah terapi seni ini secara sukarela selama dua hari dalam seminggu.
Selama mengikuti terapi, mereka juga mengadaptasi lukisan karya pelukis seperti
Amedeo Modigliani, EdvardMunch, Vincent Van Gogh dan sebagainya untuk
menambahkan pandangan mereka.
Para pesakit ini menggunakan lukisan untuk menggambarkan keinginan terpendam,
perasaan serta emosi dari hati dan fikiran mereka.
Selama proses ini berjalan menurut Perez, pesakit-pesakit tersebut boleh
mengungkapkan serta meluahkan perasaan dan emosi mereka.
Dengan itu, mereka boleh menghilangkan perasaan yang tidak mereka ingini dan
menyesuaikan dengan apa sebenarnya yang sepatutnya dan diingini oleh mereka.
Terdapat dua kajian dijalankan tentang keberkesanan terapi seni sebagai
pemangkin emosi dalam sahsiah pelajar.
i. Teori mengenai mengapa kanak kanak suka bermain adalah serupa seperti
mengapa mereka melukis, di mana mereka berharap menjadi dewasa dan dapat
mengawal keadaan sekeliling. Di dalam keadaan ini, melukis memberi kanak kanak
keupayaan untuk menguasai penuh terhadap media, objek objek dan situasi yang
mewakili mereka di dalam gambar. ( Silk & Thomas , 1990). ( Eve C .Jarboe, 2002 ).
ii. Kebanyakan orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk
meluahkan perasaan mereka melalui permainan dan seni.Mereka juga mempunyai
kebolehan untuk keluar dari aktiviti ini, untuk mencerminkan diri mereka dan untuk
mencipta idea baru yang menuju kepada kebaikan ( Dyer Friedman & Sanders ,
1997; Rubin 1978). ( Eve C .Jarboe, 2002 )

Anda mungkin juga menyukai