Anda di halaman 1dari 2

BILANGAN PEMAIN DAN CARA PERMAINAN

Seperti permainan-permainan padang yang lain, umpamanya bola sepak dan


ragbi, hoki juga dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi 11 orang
pemain setiap pasukan. Tujuan utama permainan permainan ini ialah
memasukkan bola ke dalam gol lawan. Bola hendaklah dipukul dengan kayu
yang dibentuk khas untuk permainan ini. Pemain tidak dibenarkan menyepak,
melontar atau mengenakan bola kepada mana-mana bahagian badannya kecuali
penjaga gol dengan mematuhi undang-undang tertentu.
KAWASAN PERMAINAN

Padang hoki berbentuk rata dan saiznya memainkan peranan utama dalam
permainan ini. Jika ianya terlalu sempit, pemain-pemain akan penuh sesak dan
kemungkinan reka tidak dapat melakukan pergerakan yang diperlukan seperti
melakukan hantaran bola serta memukul bola kedalam gol. Sehubungan dengan
itu pemain agak sukar untuk melakukan kemahiran-kemahiran lain seperti
menggelecek dan mencedok bola. Sebaliknya jika kawasan padang permainan
terlalu luas, keselesaan bermain dalam satu kelompok akan terbantut. Ini
mungkin disebabkan oleh kesukaran menghantar bola kepada rakan sepasukan
kerana kedudukan mereka diantara satu sama lain agak jauh. Mengikut undangundang dan peraturan-peraturan permainan hoki antarabangsa, padang hoki
hendaklah berbentuk segiempat bujur yang berukuran 91.4 meter dan lebarnya
54.7 meter. Permukaannya hendaklah berbentuk rata dan mempunyai tandatanda seperti yang diperlukan untuk permainan ini. Permukaan padang jenis
rumput atau lain-lain bahan yang tidak membahayakan boleh digunakan untuk
pertandingan. Permainan hoki yang dijalankan di atas padang jenis berumput
tiruan atau astroturf adalah lebih baik dari padang berumput biasa. Ini kerana
diatas padang jenis tiruan bola boleh bergerak dengan lebih lancar tanpa
gangguan. Gangguan yang biasa terdapat terdiri daripada takungan air atau
rumput, terutama jika terdapat padang yang berumput panjang.

Anda mungkin juga menyukai