Anda di halaman 1dari 6

http://upsi-kpt4033-s.wikispaces.

com/Teori+pengajaran+tingkahlaku
Teori pengajaran tingkahlaku
Teori tingkah laku juga dikenali sebagai teori behaviorisme. Teori ini memberi perhatian dan
mengkaji tingkah laku manusia, kerana tingkah laku manusia boleh di lihat dan diukur. Pada
asasnya teori ini melihat tingkah laku manusia sebagai tindakan kepada rangsangan (Stimulus
to response). Teori ini juga menekankan pentingnya pengukuhan (reinforcement) menerusi
ganjaran atau insentif untuk merangsang dan mempengaruhi apa dan bagaimana manusia
melakukan sesuatu, termasuk bagaimana murid belajar.
Menurut teori behavioristik belajar adalah perubahan tingkah laku sebagai hasil dari
pengalaman (Gage, Berliner, 1984) Belajar merupakan akibat adanya interaksi antara stimulus
dan respon (Slavin, 2000). Seseorang dianggap telah belajar sesuatu jika dia dapat
menunjukkan perubahan perilakunya. Menurut teori ini dalam belajar yang penting adalah input
yang berupa stimulus dan output yang berupa respon. Stimulus adalah apa saja yang diberikan
guru kepada siswa, sedangkan respon berupa reaksi atau tanggapan siswa terhadap stimulus
yang diberikan oleh guru tersebut. Proses yang terjadi antara stimulus dan respon tidak penting
untuk diperhatikan kerana tidak dapat diamati dan tidak dapat diukur. Yang dapat diamati
adalah stimulus dan respon, oleh karena itu apa yang diberikan oleh guru (stimulus) dan apa
yang diterima oleh siswa (respon) harus dapat diamati dan diukur. Teori ini mengutamakan
pengukuran, sebab pengukuran merupakan suatu hal penting untuk melihat terjadi atau
tidaknya perubahan tingkah laku tersebut.
Antara tokoh-tokoh mazhab behavioris yang terpengaruh dalam pembentukan teori
pembelajaran ialah Ivan P.Pavlov, J.B. Watson, Edward L.Thorndike dan B.F. Skinner. Menurut
ahli-ahli psikologi Behaviorisme, pembelajaran adalah perubahan kekal yang berlaku dalam diri
seseorang individu disebabkan oleh latihan atau pengalaman. Aliran Behaviorisme
menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh
diukur.Kebanyakan teori pembelajaran mereka adalah dihasilkan daripada pemerhatian dan
ujian ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung dalam keadaan bilik makmal.Teori
pengajaran tingkahlaku (behaviorisme ) ini sangat dominan dalam tahun 1950an dan 1960an
dan masih berpengaruh hari ini. Teori Pembelajaran Behaviorisme terbahagi kepada 4 iaitu
Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori Pelaziman Klasik Watson, Teori Edward L.Thorndike dan
Teori Pelaziman Operan Skinner.
Teori Pelaziman Klasik dikaitkan dengan seorang ahli sains Rusia, Ivan P. Pavlov. Beliau
menggunakan anjing untuk mengkaji sistem pencernaannya selepas diberi makanan dan
akhirnya menemui Teori Pelaziman Klasik. Beliau menjalankan eksperimennya dengan
menggunakan seekor anjing dan mengkaji perkaitan rembesan air liur dengan proses
pelaziman. Pavlov telah mendapati bahawa rembesan air liur dan jus gastrik anjing bukan
sahaja ditambah semasa makanan di dalam mulutnya, tetapi juga apabila makanan yang
dikesannya. Fenomena rembesan air liur dan jus gastrik adalah sesuatu jenis gerak balas yang
tidak perlu dipelajari yang dinamakan gerak balas tak terlazim. Tetapi fenomena rembesan air
liur yang berlaku semasa makanan dikesannya adalah sesuatu yang dipelajari yang di panggil
gerak balas terlazim. Manakala makanan yang dikesannya adalah dipanggil sebagai
rangsangan terlazim. Bagi mengesahkan fenomena tersebut, Pavlov menggunakan cahaya
lampu dan bunyi loceng sebagai ransangan terlazim. Hasilnya mendapati bahawa, anjing akan
melelehkan air liurnya apabila loceng dibunyikan.
Menurut Pavlov, setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas adalah

sebarang tingkah laku yang timbul akibat ransangan. Ransangan adalah sebarang bentuk
tenaga yang menimbulkan gerak balas. Contohnya apabila anda duduk di atas kerusi dalam
bilik doktor gigi, anda menggetar ketakutan walaupun ubat bius dapat menghilangkan kesakitan
anda. Ini disebabkan anda mengaitkan kerusi tersebut dengan pengalaman sakit dalam
peristiwa cabut gigi sebelum ini. Pembelajaran yang mengaitkan kerusi doktor gigi dengan
kesakitan dikenali sebagai "pelaziman klasik". Pembelajaran begini juga kadangkala disebut
" Pavlovian Conditioning" (Poediger et. al. 1996sm. 225)
Watson dan Rayner pula telah menjalankan kajian untuk membuktikan bahawa emosi manusia
boleh dilazimkan secara pelaziman klasik. Beliau telah menjalankan kajian ke atas seorang
kanak-kanak lelaki bernama Albert berusia 11 bulan dan seekor tikus putih. Pada mulanya,
Albert tidak menunjukkan perasaan takut apabila ditunjukkan dengan seekor tikus putih. Tetapi
apabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan apabila Albert mahu mencapai tikus putih tersebut,
Albert menjadi takut dan mengangis. Berdasarkan penyelidikan ini, Watson menyarankan
bahawa guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan
ransangan dan jenis gerak balas yang akan dihasilkan. Sungguhpun begitu, kajian Watson telah
dikritik kerana dianggap telah melanggar etika.
TEORI OPERAN SKINNER (1904-1990)

Image Detail

Rata-rata penduduk Amerika Syarikat mengetahui tentang B.F. Skinner disebabkan oleh idea
dan pendapat beliau mengenai pembelajaran. Ia telah memberi kesan yang mendalam
terhadap system pendidikan di Amerika, amalan keibubapaan dan pendekatan terhadap
pengurusan perniagaan (Samuel E.Wood, Ellen Green Wood & Denise Boyd, 2007). Dalam
proses pembelajaran, teori dan konsep yang dikemukakan oleh beliau ialahTeori Pelaziman

Operan dimana teori ini telah diguna pakai oleh para pendidik dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Perkataan operan bermaksud sebagai satu
tindak balas yang beroperasi ke alam sekitar. Ia adalah sebagai tingkah laku yang
menjadi instrumen dalam menghasilkan perubahan dalam persekitaran (Mohamad
Saleh Lebar, 1999).
EKSPERIMEN SKINNER
Kebanyakkan eksperimen awal golongan pengikut behaviorisme menggunakan binatang
( Skinner misalnya menggunakan tikus putih) yang memfokus kepada perlakuan refleksi
organisma apabila dikenakan ransangan. Ringkasnya behaviourisme menjelaskan
pembelajaran tanpa merujuk kepada proses kognitif.
Skinner terkenal kerana kajian beliau ke atas tikus dengan menggunakan Kotak Skinner.
Walaupun tikus jauh berbeza dengan manusia, namun Skinner telah mengandaikan bahawa
segala konsep berkaitan dengan tingkah laku tikus boleh diaplikasi ke atas manusia. Justeru,
tidak menghairankan apabila Skinner bercadang untuk membesarkan anaknya di dalam Kotak
Skinner.
Perbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan.
Pembelajaran melalui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini
menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran. Contohnya,
biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut sebagai ganjaran. Sekiranya ganjaran dihentikan,
gerak balas itu akan terhapus juga.
Antara pengkaji yang berpengaruh dalam teori ini ialah B.F Skinner. Berdasarkan teori ini
Skinner telah mereka bentuk pendekatan dan rancangan pengajaran yang dinamakan
'programmed instruction' atau pengajaran terancang. Ramai guru di sekolah menggunakan teori
ini. Sebagai contoh dalam pengajaran guru selalu menggunakan pujian 'bagus' atau 'betul' bagi
murid yang menjawab soalan dengan betul, untuk mengukuhkan jawapannya; manakala cuba
lagi bagi jawapan yang salah atau tidak tepat. Gred dan markah digunakan bagi menggalakkan
murid tersebut belajar. Murid yang terbaik pula di beri hadiah tahunan. Kesemua ini adalah
berdasarkan teori tingkah laku.
Pembelajaran berlaku dalam proses pelaziman operan kerana ia melibatkan berbagai-bagai
gerak balas operasi. Menurut B.F. Skinner (dalam Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul
Aziz Abdul Shukor, 2008), dalam teori pelaziman operan gerak balas dilakukan (diulangi) atau
dihapuskan (tidak diulangi) jika diberikan peneguhan sebaik-baik sahaja gerak balas itu
ditunjukkan. Dalam Teori Pelaziman Operan terdapat peneguhan (reinforcement) dan hukuman.

Menurut Mahmood Nazar Mohamed 1990), peneguhan positif ialah ransangan yang diberi
kepada organisma selepas berlakunya sesuatu tingkah laku yang dapat meningkatkan
kebarangkalian berlakunya tingkah laku yang dikehendaki. Manakala menurut Mok Soon Sang
(2003), menyatakan bahawa peneguhan positif merupakan stimuli yang boleh menambah
kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan. Berdasarkan takrifan-takrifan yang
diberikan dapat kita simpulkan bahawa peneguhan positif ini merupakan suatu ransangan yang
boleh menyebabkan berulangnya sesuatu tingkah laku yang dikehendaki.
Peneguhan (reinforcement) adalah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu
perlakuan itu diulangi. Peneguhan (reinforcement) terbahagi kepada dua iaitu peneguhan positif
dan peneguhan negatif. Peneguhan positif adalah seperti ganjaran, hadiah dan juga pujian
yang diberikan bagi menggalakkan seseorang itu melakukan pekerjaan secara berulang-ulang.
Peneguhan ini dianggap oleh Skinner sebagai asas dalam proses pembelajaran. Peneguhan
berlaku apabila lakuan itu diberi balasan dengan hadiah. Keinginan mendapat balasan hadiah
ini menimbulkan keinginan supaya berbuat demikian untuk mendapa hadiah yang sama. Oleh
itu, lakuan itu akan diulang. Pengulangan yang kerap dilakukan akan mengukuhkan proses
pembelajaran.Peneguhan negatif pula ialah sesuatu yang menyakitkan dan ingin dielakkan oleh
individu (Mohamad Saleh Lebar, 1999). Sebagai contoh, seorang murid akan membersihkan
papan hitam bagi mengelakkan dimarahi oleh gurunya dan bukan untuk mendapatkan pujian.
Hukuman adalah sesuatu tingkah laku negatif jika dipamerkan, boleh menghasilkan sesuatu
yang menyakitkan atau yang boleh menyebabkan kurang selesa (Roediger dalam Suppiah
Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008). Hukuman dibahagikan kepada
hukuman persembahan (presentation punishment) dan hukuman penyingkiran (removal
punishment).

APLIKASI TEORI TINGKAHLAKU DALAM SUBJEK MATEMATIK


PRINSIP PREMACK DIGUNAKAN UNTUK MENANGANI MASALAH KURANG MINAT
MURID DALAM MATEMATIK
Prinsip Premack adalah prinsip yang terdapat dalam Teori Pelaziman Operan
Skinner. Prinsip ini sesuai digunakan bagi menggalakkan minat murid dalam kelas.
Prinsip ini boleh menggabungkan aktiviti yang disukai oleh murid dengan sesuatu
yang tidak disukai. Menurut Calborn Prinsip Primack adalah prinsip yang
mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk
mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack
yang juga dikenali sebagai Grandmas Rule yang berasaskan kenyataan kamu
boleh keluar rehat selepas kamu habiskan latihan Matematik ini ( Suppiah & etc).

Murid yang kurang berminat dengan subjek ini akan bersembang, membuat bising
dalam kelas dan mereka akan mengganggu murid yang lain. Keadaan ini akan
mengganggu murid-murid yang lain selain dari menyebabkan mereka tidak dapat
menguasai apa yang diajar oleh guru. Mereka ini tidak akan menumpukan perhatian
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ada juga murid yang tidak membuat
bising tetapi mereka hanya akan berangan dalam kelas dan tidak menumpukan
perhatian kepada pengajaran guru.

Sebelum mengaplikasikan prinsip ini, guru perlu mengenalpasti aktiviti yang diminati oleh murid
dalam kelas tersebut. Guru boleh bertanyakan kepada guru lain atau bertanya kepada murid
tentang mata pelajaran yang digemari oleh murid tersebut. Terdapat juga masalah yang akan
timbul dikalangan murid kelas yang lemah. Ini kerana amat sukar untuk guru mengenal pasti
minat mereka kerana tumpuan mereka kepada pelajaran amat kurang. Namun, guru boleh
melihat kepada isu semasa atau minat dikalangan remaja pada masa sekarang. Jelas disini
remaja pada masa kini lebih cenderung kepada bentuk hiburan selaras dengan perkembangan
era moden. Menurut Hamisan dalam kajiannya menyatakan muzik mempunyai pengaruh yang
besar kepada golongan murid di mana muzik menjadi pilihan berhibur utama kepada mudamudi khasnya golongan remaja dan murid. Jadi muzik boleh mengaplikasikan ke dalam
suasana yang lebih positif dan berguna untuk tujuan menambah indahkan pembelajaran dan
pengajaran agar lebih menarik dan murid boleh belajar sambil berhibur, tenang dan tidak
tertekan.
Dengan ini, guru boleh menggabungkan unsur seni muzik dengan unsur matematik. Sebelum
menyelesaikan masalah dalam matematik, guru menyediakan lagu dan memberikan peluang
mereka menyanyi sebelum memulakan pembelajaran dan pengajaran. Lagu yang dipilih
hendaklah sesuai dengan tajuk yang akan dipelajari pada hari tersebut. Guru boleh mencipta
atau mencari lagu yang berkaitan di internet. Contohnya dalam konsep matematik topik ini iaitu
topik sepeluh iaitu poligon untuk mengira isipadu, perimeter, luas dan sebgainya. Guru boleh
memuat turun lagu yang bertajuk mengira isipadu dan menyanyikan bersama-sama murid

dalam kelas. Lagu ini adalah lagu yang di olah dari lagu kanak-kanak iaitu lagu bapaku
pulang. Lirik lagu ini ditukar kepada formula untuk mengira isipadu dan topik yang terdapat
dalam matematik. Selepas menyanyikan lagu tersebut guru perlu mengajar seperti biasa
dengan menggunakan lagu tersebut dan menyuruh mereka menyelesaikan masalah matematik
tersebut. Guru boleh menarik minat murid dengan menyediakan lagu hafalan formula.
Oleh itu, penggunaan muzik boleh dipilih sebagai elemen dalam pembelajaran dan pengajaran
matematik kerana boleh menarik minat murid, keseronokan mengikut keadaan, prestasi dan
boleh membuatkan murid lebih bersedia untuk belajar. Guru boleh menggunakan pelbagai
kaedah mengajar bagi menarik minat murid selagi tidak bercanggah dengan peraturan dan
objektif utama sistem pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai