Anda di halaman 1dari 8

CADANGAN PENYELIDIKAN

Tajuk: Model Pengurusan Kualiti Institusi Pembangunan Islam Berasaskan


Konsep Halal Hijau

LATAR BELAKANG KAJIAN DAN PERMASALAHAN KAJIAN


Pembangunan merupakan usaha yang dilakukan secara sedar untuk memperbaiki
keseluruhan aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik, mental, spiritual, seni
dan budaya (Burhanudin Abdullah, 2006:110). Institusi pembangunan berteraskan
Islam (PBI) lebih menekankan aspek pembangunan non-material dan lebih
menitikberatkan konsep tauhid kepada Allah SWT, namun pembangunan material
masih dititikberatkan. PBI melaksanakan pembangunan berlandaskan tasawur Islam
dan epistemologi Islam dalam setiap tindakan dan keputusan yang dibuat.
Namun begitu pembangunan yang dikatakan holistik tidak mampu diteruskan dan
dibangunkan jika ianya berlandaskan faktor material semata-mata. Menurut
Muhammad Syukri Salleh di dalam buku tujuh prinsip pembangunan berteraskan
Islam, sumber alam merupakan alat pembangunan utama bagi pembangunan lazim
dan PBI. Sumber alam yang dimaksudkan oleh beliau adalah semua yang berada di
langit, di bumi, laut, cakrawala baik yang telah diterokai atau tidak. Antara sumber
alam yang disebut dalam al-Quran adalah tumbuhan dimana ianya sering dikaitkan
dengan 'hijau'. Oleh itu kualiti produk hijau itu amat dititikberatkan kewujudannya.
'Hijau' juga sering dikaitkan dengan kelestarian sehingga wujudnya istilah
pembangunan lestari. Menurut Brundtland (1987), pembangunan lestari ialah
pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada masa sekarang tanpa

menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan masa hadapan. Oleh itu, konsep hijau
yang digunakan perlulah memenuhi keperluan masa kini dan masa hadapan.
Dari

perspektif

Islam

halal

merupakan

subjek

terpenting

dalam

usaha

membangunkan sesuatu produk atau untuk menghasilkannya. Hal ini kerana


penetapan halal telah dibincangkan di dalam al-Quran dan ianya harus dipatuhi oleh
umat Islam. Selaku umat yang mengejar pembangunan yang lestari, seharusnya
mempunyai pemikiran yang maju dan tidak mengabaikan konsep halal itu sendiri.
Masyarakat Malaysia pada hari ini memandang isu halal sebagai suatu isu yang
remeh, walhal halal termasuk dalam hukum Islam dan bersumberkan syariah Islam.
Masyarakat juga sering tersalah tafsir dengan hanya faham bahawa halal adalah
untuk makanan sahaja namun konsep halal ini merangkumi seluruh aspek kehidupan
kita. Oleh yang demikian sangat tepat konsep halal hijau ini dijadikan sebagai satu
tapak untuk mengembangkan lagi isu-isu kelestarian yang lebih kepada konsep hijau
ini selaras dengan syariah Islam iaitu halal.
Memandangkan isu berkenaan halal hijau ini harus diberi perhatian maka modal
pengurusan kualiti Islam memainkan peranan untuk melancarkan lagi perjalanan
kajian ini. Sistem pengurusan kualiti Islam merupakan satu alat bantuan sesebuah
organisasi bagi meningkatkan kepuasan pelanggan serta menambahkan keyakinan
organisasi untuk memenuhi keperluan piawaian tertentu secara konsisten. Pada tahun
2005, negara Malaysia satu-satunya negara pertama di dunia telah berjaya
memperkenalkan satu piawaian sistem pengurusan kualiti yang mengikut keperluan
syari'ah iaitu bersesuaian dengan ajaran Islam yang dikenali sebagai MS 1900:2005 (
Sistem Pengurusan Kualiti-Keperluan Mengikut Perspektif Islma). Sistem ini
berasaskan kepada piawaian ISO 9000 sebagai asas untuk mempertingkatkan
produktiviti dan keberkesanan perkhidmatan sesebuah organisasi. Adapun ia dapat

didefinisikan sebagai satu alat instrumen yang penting bagi mengurus sesebuah
organisasi (Piskar & Dolinsek, 2006:1334). Sistem pengurusan kualiti Islam
mempunyai perbezaan dengan sistem pengurusan kualiti lazim di mana lebih
mementingkan aspek materialistik atau sementara (Fadzila Azni, 2010:55). Menurut
Auni (2010:xi), sistem pengurusan Islam adalah berteraskan kepada empat teras yang
menjadi kekuatan sistem tersebut iaitu meliputi konsep Istikhlaf, Tashkir, al-nafs dan
Karamat al-Insan. Oleh itu, dalam kajian ini model pengurusan kualiti Islam amat
sesuai digunakan untuk mengukur konsep halal hijau yang digunakan bagi menjamin
produktiviti yang berkualiti dan berpanjangan.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif khusus terdiri daripada tiga iaitu:
1. Mengenal pasti konsep halal hijau dalam perspektif Islam.
2. Menganalisis konsep halal hijau dalam modal pengurusan kualiti Islam untuk
institusi pembangunan berteraskan Islam.
3. Merumuskan konsep halal hijau dalam institusi pembangunan berteraskan
Islam.

PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah konsep halal hijau yang diperkenalkan dalam institusi pembanguna
berteraskan Islam?

2. Apakah ciri-ciri halal hijau yang diketengahkan dalam institusi pembangunan


berteraskan Islam?
3. Bagaimanakah model pengurusan kualiti Islam dikaitkan dengan konsep halal
hijau?
4. Bagaimanakah konsep halal hijau memainkan peranan dalam model
pengurusan kualiti Islam?
5. Adakah konsep halal hijau memberi kesan terhadap model pengurusan kualiti
Islam?
6. Bagaimanakah sistem model pengurusan kualiti Islam ini berfungsi dengan
menggunakan konsep halal hijau dalam institusi pembangunan berteraskan
Islam?

SOROTAN KARYA
Kajian berkenaan dengan konsep halal hijau tidak banyak diketengahkan dalam
penulisan.

Namun

penulisan

berkenaan

dengan

teknologi

hijau

banyak

diketengahkan dalam penulisan akademik. Menurut Green Technology Organisation


(2014) iaitu sebuah organisasi yang diberi tanggungjawab melaksanakan promosi
teknologi hijau di United State memberi takrifan teknologi hijau sebagai sebuah
teknik untuk menjana tenaga dengan menggunakan kaedah dan bahan yang tidak
beracun dan produk yang bersih. Manakala zuo, J. dan Zhao, Z.Y. (2014) serta Tracy
Bhamra dan Vicky Lofthouse (2007) mengaitkan teknologi hijau dalam sektor
pembinaan bangunan sebagai bangunan hijau, rekabentuk dan bangunan lestari,
bangunan berprestasi tinggi dan mempunyai integrasi.

Isu mengenai teknologi hijau ini juga sering dikaitkan dengan pembangunan lestari.
Pembangunan lestari ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada masa
sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa hadapan.
Pembangunan bandar yang mampan harus dijalankan dengan mengambil kira
keupayaan menampungnya, pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta
kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya.
Pembangunan bandar yang mampan perlulah mengambil kira keadilan sosial,
keperluan asas manusia, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dari segi ruang dan
masa (White & Whitney, 1992).
Berdasarkan penelitian sorotan karya didapati bahawa pengkaji dan pengkarya
banyak membincangkan berkaitan teknologi hijau dalam pembangunan berbanding
memberi tumpuan kepada konsep halal hijau sahaja. Kebanyakkan penulis lebih
banyak menumpukan kepada pembangunan lazim berbanding pembangunan
berteraskan Islam. Oleh itu kebanyakkan karya memfokuskan peningkatan
pembangunan lazim dengan menggunakan sistem teknologi hijau berbanding karya
yang menonjolkan penggunaan sistem teknologi hijau ini dalam pembangunan
berteraskan Islam. Malahan karya mengenai konsep halal hijau tidak lagi ditemui dan
seharusnya penyelidikan ke atas konsep halal hijau ini dijalankan secara lebih
menyeluruh.

KAEDAH PENYELIDIKAN
Kajian ini menggunakan reka bentuk penjelasan dengan menggunakan pendekatan
deskriptif. Kajian ini merupakan kajian kualitatif sesuai dengan matlamat utama
bagi menganalisis konsep halal hijau dalam PBI. Pendekatan kaedah penyelidikan

kualitatif bercirikan tiga fasa asas yang melibatkan mencari pemboleh ubah untuk
membina konsep, digunakan dalam kajian, dan menguji pemboleh ubah tersebut
(Blalock & Blalock Jr., 1970).
Data primer dalam kajian ini dikutip menerusi temubual yang dilakukan di institusi
halal penang, dan juga beberapa ahli akademik yang pakar dalam bidang ini. Datadata sekunder dalam kajian ini dikumpulkan melalui kaedah keperpustakaan. Data
yang diperoleh daripada sumber sekunder ini akan dianalisis secara kualitatif.

BIBLIOGRAFI

Pembangunan lestari, pengertian dan pengukur. Diakses daripada


http://www.slideshare.net/mandalina/pembangunan-mampan. Pada 28 Januari 2016.

Sustainable Development knowledge platform. Diakses daripada


https://sustainabledevelopment.un.org/agenda21/?
utm_source=OldRedirect&utm_medium=redirect&utm_content=dsd&utm_campaig
n=OldRedirect. Pada28 Januari 2016.

Muhammad Syukri Salleh (2003). 7 Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam. Kuala


Lumpur: Zebra Edition.

Green Technology Organisation (2014). Green Technology-what is it?


http//www.green-technology.org/what.htm, diakses pada 5 May 2014.

Zuo, J. & Zhao, Z. Y. (2014). Green building research-current status and future
agenda: A review. Renewable and Sustainable Energy Reviews, 30, 271-281.

Billatos, S. (1997). Green technology and design for the environment. CRC Press.

Tracy Bhamra & Vicky Lofthouse. (2007). Design for sustainable: a practical
approach. Gower Publishing. Ltd.

Fadzila Azni Ahmad (2013). Konsep Pengurusan Institusi Pembangunan


Berteraskan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://www.online.pengajian am 2008/2009. Diakses pada 29 Januari 2016.

Blalock, A.N & Blalock, H.M. (1982). Introduction To Social Research. New Jersey:
Prentice-Hall, Inc., Englewood Cliffs.
Burhanuddin Abdullah (2006). Menanti kemakmuran negeri: Kumpulan esei tentang
pembangunan sosial ekonomi. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.

Anda mungkin juga menyukai