Anda di halaman 1dari 2

Hayatilah 7 Mutiara Kata Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

1 . " Jika kereta rosak , mekanik akan membaikinya . Jika tubuh badan bermasalah , doktor yang
akan mengubatinya . Jika kehidupan manusia bermasalah , maka Pencipta manusia itulah yang
perlu dirujuk . Pelik sungguh manusia yang mengaku Allah SWT sebagai tuhan tetapi enggan
merujuk kepada syarat Allah bila berdepan dengan masalah "
2 . " Perbezaan yang paling besar di antara manusia dengan makhluk yang lain ialah ilmu . Manusia
diberikan kebolehan untuk diajar dan mengajar . Binatang ternakan contohnya , boleh diajar untuk
mematuhi perintah tuannya , tetapi tidak boleh mengembangkan ilmu tersebut kepada binatang yang
lain . Berbeza dengan manusia , sedikit ilmu yang diperolehinya mampu dikembangkan dengan lebih
meluas "
3 . " Kita tanam lada , 40 hari dapat hasil boleh jual . Tanam terung , dua tiga bulan dapat hasil . Tapi
keuntungan tidak besar kerana itu hanya projek kecil-kecilan . Jika projek yang besar seperti tanam
getah , bukan 40 hari tapi memakan masa bertahun . Semakin besar projek tersebut , semakin
besar untungnya . Demikianlah juga pahala yang merupakan projek paling besar . Untungnya sangat
besar jadi padanlah dengan menunggunya begitu lama iaitu selepas mati baru mendapat hasil "
4 . " Jika memandu kita perlukan lesen , menggunakan senjata api perlukan lesen , maka hidup di
dunia juga tentulah perlukan lesen . Lesen itu ialah Islam . Hidup di dunia dengan menolak Islam
ialah umpama hidup tanpa lesen "
5 . " Bila kita beragama, dengan sendiri kita akan merasa bahawa di sisi kita ada malaikat yang
memerhati , ada Allah SWT sedang memantau . Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita terus
lakukan dosa , tanpa ada yakin seperti itu manusia akan hilang brek . Kalau kereta hilang brek , ia
akan terjun ke gaung . Tapi kalau manusia hilang brek , dia akan terjun ke neraka "
6 . " Pemuda adalah batu-bata dalam perjuangan Islam . Kerana itu pemuda mesti lengkapkan diri
dengan ilmu dan perbanyakkan amalan sunat . Saya impikan untuk menjadi makmum dimana
pemuda imamnya . Pendengar kuliah yang disampaikan oleh pemuda , saya hanya mahu datang
dan dengar "
7 . " Allah menciptakan di dunia ini orang-orang kurang upaya untuk menjadi ujian kepada orang
yang sempurna . Di akhirat kelak akan ditanya , setakat manakah kita orang-orang yang cukup
upaya ini menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang upaya . Sebab itu , saudara-saudara
kita yang kurang upaya sedikit untung kerana terlepas daripada soalan ini di akhirat nanti . Manakala
yang sempurna tubuh badan pula perlulah pastikan duit yang dia ada pada hari ini sedikit sebanyak
dia peruntukkan untuk beli pahala lain selain beli lauk-pauk , beras dan keperluan hidup "
7 Kata Mutiara Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat . Semoga rohnya dicucuri rahmat dan
ditempatkan di kalangan orang yang beriman .
Al-Fatihah
( Nik Aziz Nik Mat | 1931 - 2015 )
Amalkan...sharekan...klip soal jawab ustaz azhar idrus...

Anda mungkin juga menyukai