Anda di halaman 1dari 4

MESYUARAT PENYELARASAN SKOR PBS PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4,

SPM 2016
TARIKH
TEMPAT
MASA
KEHADIRAN

:
:
:
:

27 JULAI 2015
SMK TELUK KUMBAR, BAYAN LEPAS, PULAU PINANG
8.30 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
1) KETUA UNIT SPPJPN PULAU PINANG
2) KPN EN. SRI RAM A/L BILANGWATY
3) 5 ORANG KPKw
4) 28 ORANG PKw

SUB AKTIVITI: PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) - PBS PRINSIP


PERAKAUNAN
Aktiviti PLC dilaksanakan di dalam makmal bersama-sama 29 orang pelajar Tingkatan 4 Jaya,
SMK Teluk Kumbar. Dikendalikan oleh KPN, En. Sri Ram bersama-sama 5 orang Ketua
Pentaksir Kawasan dan 28 orang Pentaksir Kawasan

Objektif PLC adalah;


a) Mewujudkan konsep P d P secara Coaching and Mentoring.
b) Budaya kerja sepasukan dan perkongsian ilmu.
c) Memastikan perlaksanaan PBS Prinsip Perakaunan di semua sekolah dapat dilaksanakan
dengan sistematik dan berkesan.
c) Meningkatkan kualiti perlaksanaan PBS Prinsip Perakaunan oleh semua pelajar.

Langkah 1:

Menjemput tiga orang pelajar untuk menyatakan maklumat berkaitan jenis perniagaan serta
jenis-jenis barangan yang akan dijual, nama-nama penghutang dan pemiutang. Seterusnya
pelajar diminta menyatakan kaedah mengira modal.
Isu:
Soalan guru: Sebab-sebab membeli secara kredit?
Jawapan pelajar: Tidak mempunyai wang yang mencukupi, tunai RM400 sahaja. Dan ada
overdraf.
Kesimpulan guru: Perlu simpan wang tunai untuk modal pusingan.
Para pelajar diminta membuat catatan berkaitan jenis perniagaan, jenis-jenis barangan yang
dijual, senarai nama penghutang dan pemiutang, pengiraan stok awal, baki penghutang serta
pengiraan modal di muka surat belakang buku masing-masing.
Guru memberi penjelasan dan bimbingan yang lebih tepat berkaitan maklumat-maklumat
tersebut.

Langkah 2:
Membincang komponen-komponen dalam perancangan urusniaga. Semua pelajar
diminta/diberi masa untuk membuat draf perancangan urusniaga mengikut jenis komponen dan
bilangan urusniaga dalam borang PLC. Guru membimbing pelajar berkaitan kaedah serta butirbutir yang wajib dinyatakan.

Langkah 3:
Pembentangan jawapan/draf perancangan urusniaga oleh 2 orang pelajar.

Perbincangan dan penerangan jawapan oleh guru/Pentaksir Kawasan Tengah Pn Tan Beng
Keok.

Langkah 4:
Para pelajar diminta menyusun urusniaga dengan lebih teratur dan sistematik. Bimbingan dan
penerangan diberi oleh Pn. Mani magal Pentaksir Kawasan Timur Laut.

Langkah 5:
En. Sri Ram (KPN), selaku Mentor membuat rumusan dan menamatkan aktiviti PLC.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Anda mungkin juga menyukai