Anda di halaman 1dari 5

Dalam Islam terdapat beberapa prinsip mengenai kesenian yang perlu diperhatikan, di

antaranya :
1. Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan nilainilai yang ada di sekelilingnya, manakala manusia menjadi seniman yang menggarap segala
unsur kesenian untuk tunduk serta patuh kepada keredhaan Allah swt.
2. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-aspek estetika,
kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi.
3. Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kepada
keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. Menurut Islam, kesenian yang mempunyai nilai
tertinggi ialah yang mendorong ke arah ketaqwaan, kema'rufan, kesahihan dan budi yang
mantap.
4. Kesenian Islam terpancar daripada wahyu Allah, sama seperti undang-undang Allah dan
syariatnya. Maknanya ia harus berada di bawah lingkungan dan peraturan wahyu. Ini yang
membezakan kesenian Islam dengan kesenian bukan Islam.
. 5. Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan tuhan, alam sekitar dan sesama
manusia dan juga makhluk. Terdapat lima hukum dalam seni dapat diperincikan.di
antaranya:
a. Wajib : jika kesenian itu amat diperlukan oleh muslim yang mana tanpanya individu
tersebut boleh jatuh kepada mudarat seperti keperluan manusia untuk membina dan untuk
memperindah bentuk masjid yang dimaksudkan untuk menarik hati orang agar ramai untuk
mengunjungi rumah Allah swt tersebut.
b. Sunnat : jika kesenian itu diperlukan untuk membantu atau menaikkan semangat
penyatuan umat islam seperti dalam nasyid, qasidah dan shalawat kepada Rasulullah saw
yang diucapkan beramai-ramai dalam sambutan maulid rasul atau seni lagu Al-Quran
(tilawah).
c. Makruh : jika kesenian itu membawa unsur yang sia-sia seperti karya seni yang
tidak diperlukan oleh manusia.
d. Haram : jika kesenian itu berbentuk hiburan yang : melengahkan manusia
sehingga mengabaikan kewajiban-kewajiban yang berupa tanggung jawab asas terhadap
Allah swt khasnya seperti ibadah dalam fardhu ain dan kifayah. Memberi khayalan kepada
manusia sehingga tidak dapat membedakan antara yang hak (benar) dan yang batil (salah).
Dicampuri dengan benda-benda haram seperti arak, judi, dadah dan berbagai
kemaksiatan yang lain. Ada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram
seperti pergaulan bebas tanpa batas dalam bentuk bersuka-suka yang melampaui batas.
Objek atau arca dalam bentuk ukiran yang menyerupai patung sama ada yang dibuat dari
kayu, batu dan lain-lain. Seni yang merosak akhlak dan memudaratkan individu atau yang
berbentuk tidak bermoral seperti tarian terkini (kontemporari). Jenis-jenis seni yang
dipertontonkan sebagai maksud atau niat untuk mempamerkan dengan sikap kesombongan.

Lampiran
Contoh-contoh kesenian islam

Aspek-aspek dalam kesenian Islam

Masjid Ruang kubah dalaman, kubah bulat dan pola


hiasan dalam gaya berulang (arabes). Deretan tiang,
menara besar,tinggi,dan berpusar di atasnya.
Tulisan Khat Tulisan warisan seni Islam teragung.
Bergaris dan bersudut dengan garis tegak dan
melintang memanjang. Digunakan sebagai elemen
hiasan pada bangunan awam dan persendirian.
Alat muzik Islam Dipengaruhi oleh muzik Arab yang
telah ada sebelum era Rasulullah s.a.w.
Rebana,rebab,seruling dan gambus antara yang paling
sering dimainkan. Kasidah jenis muzik tertua dalam
Islam.

Ciri-ciri Islam yang terdapat pada sebuah


bangunan
Senibina masjid dianggap sebagai pusat segala
kegiatan keislaman dan dari situlah terpancar segala
aktiviti kesenian Islam.Seni kaligrafi dan hiasan arabik
yang mengagumkan terukir di ruang masjid akan
melahirkan keharmonian kepada sesiapa yang
beribadat di dalamnya. Begitu juga dengan bangunanbangunan lain yang bercirikan Islam.
Bangunan-bangunan yang bercirikan Islam juga
selalunya mempunyai kubah yang besar dan menaramenara yang tinggi dan berpilin. Masjid iaitu bangunan
yang menjadi lambang Islam semestinya berkonsepkan
kubah (besar dan kecil),menara yang tinggi dan deretan
tiang.

Seni Muzik Diterimapakai Di dalam


Kesenian Islam
Seni muzik pada awalnya hanya menggunakan
rebana,rebab, beduk dan seruling. Perkembangan seni
muzik Islam mencapai puncaknya di era Abbasiyah
yang menjadi pusat budaya dan peradaban Islam.
Lama-kelamaan, muzik semakin berkembang daripada
kasidah iaitu jenis muzik tertua dalam Islam hinggalah
kepada nasyid yang begitu popular pada masa kini.
Nasyid adalah salah satu seni Islam dalam bidang seni
suara.Biasanya merupakan nyanyian yang
bercorak Islam dan mengandungi kata-kata nasihat,
kisah para nabi, memuji Allah, dan yang seumpamanya.
Biasanya nasyid dinyanyikan secara acappela dengan
hanya diiringi gendang. Gaya dan cara penyampaian ini
muncul kerana banyak ulama Islam yang melarang
penggunaan alat muzik kecuali alat muzik perkusi. Kini
lagu-lagu nasyid diterima secara meluas dalam
pelbagai peringkat umur dan terkenal di peringkat
antarabangsa.

Kesimpulan

Di dalam Islam, banyak jenis kesenian seperti senibina


bangunan, tulisan khat dan alat muzik. Kesemua
kesenian Islam ini semakin diterima dan terkenal di
seluruh dunia. Kita haruslah berbangga dengan
kesenian Islam yang kita warisi ini.

Anda mungkin juga menyukai