Anda di halaman 1dari 16

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE

MEI / 2014

HBCS1103
TEACHING AND LEARNING SCINCE

NO. MATRIKULASI

680803036042001

NO. KAD PENGNEALAN

680803-03-6042

NO. TELEFON

019-9772798

E-MEL

PUSAT PEMBELAJARAN

: hajahramlahhjmuhamad@oum.edu.my

KELANTAN LEARNING CENTER

ISI KANDUNGAN

BIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9

ISI KANDUNGAN
Pengenalan
Konsep Miskonsepsi
Penyebabnya Berlaku Miskonsepsi Di Kalangan Murid
Kategori Miskonsepsi
Cara-Cara Mengenalpasti Miskonsepsi Dalam Sains
Miskonsepsi Murid Tahun 5
Cadangan Strategi Mengatasi Masalah Miskonsepsi
Murid
Refleksi
Rujukan

MUKA SURAT
3
4
5
7
8
9
11
14
16

PENGENALAN

Sains secara amnya adalah satu bidang keilmuan yang merangkumi proses hasil dan sikap
untuk kesejahteraan manusia. Sains amat menitikberatkan kaedah inkuiri dan
penyelesaianmasalah. Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu
rangka konsep yang membolehkan murid-murid memahami fenomena di sekeliling
mereka. Murid-murid juga perlu dibantu menghubungkan fakta dan konsep, membuat
pengitlakan dan mengaitkan pembelajaranbaru dengan ilmu yang sedia ada. Ini
membolehkan mereka berfungsi dengan baik dalamkehidupan harian.

Sains di peringkat sekolah rendah diberikan tumpuan kepada memmuridi tentang


diri sendiri dan alam sekitar melalui pengalaman dan penyiasatan dan bertujuan melahirkan
insane yang berpengetahuan dan berkemahiran saintifik dalam membentuk masyarakat
berbudaya

sains

dan

teknologi,

ikram,

dinamik

dan

progresif

supaya

lebih

bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengkagumi ciptaan alam.


Tanpa pengetahuan dan kemahiran yang mantap dalam aspek kemahiran saintifik,
murid tidak dapat melaksanakan aktiviti penyiasatan dengan berkesan. Sehubungan dengan
itu kurikulum sains sekolah rendah telah diperkenalkan ke seluruh negara mulai sesi
persekolahan 1994/1995 (BPG, 1995). Murid-murid tahap 2 sekolah rendah mula diajar
mata muridan sains.Tenaga pengajar sains perlu merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang inovatif supaya murid-murid yang akan memmuridi sains dengan
mudah, seronok dan berkesan serta dapat memahami menghayati dan membentuk konsep
sains yang tepat dan kukuh dalam minda murid-murid.
Dalam era globalisasi dan masyarakat berteknologi tinggi yang semakin kompleks,
banyak keputusan dibuat memerlukan pendekatan inkuiri sains bagi menghasilkan sesuatu
penyelesaian. Justeru, murid perlu memmuridi bukan setakat fakta tetapi menguasai
kemahiran proses sains demi mempertingkatkan kemahiran berfikir mereka secara analitik
dan lebih Berjaya dalam menyelesaikan sesuatu masalah (Tobin dan Capie, 1982).
Kemahiran proses sains bukan sahaja bertindak sebagai penyokong untuk aktiviti
inkuiri-penemuan, malah ia memainkan peranan penting dalam membeza dan
mengkoordinatkan teori dan bukti.. Melalui pendekatan ini, murid berpeluang
menggabungkan pengetahuan saintifik, proses dan kemahiran berfikir untuk memahami
sesuatu konsep. Kajian yang dijalankan oleh Wellington (1989) mendapati penguasaan
kemahiran proses sains adalah lebih tinggi dari segi intelek berbanding dengan penguasaan
fakta dan prinsip sains. Apabila murid telah menguasai kemahiran proses sains, mereka
boleh mencari jawapan serta membentuk idea atau konsep sendiri mengenai sebarang
fenomena sains.

Dengan ini murid-murid akan dapat membetulkan miskonsepsi yang dibuat oleh
mereka sendiri dan membentuk semula konsep baru yang selaras dengan konsep sains yang
sebenarnya melalui proses asimilasi dan akomodasi. Disamping penggunaan komputer,
pelbagai usaha telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan demi membawa reformasi
serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi
pendidikan, teori pendidikan, teori pengajaran pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem
pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru.
Oleh yang demikian adalah perlu kita sentiasa melihat dan menilai sejauh manakah
murid-murid menguasai konsep-konsep sains sejak di sekolah rendah lagi agar minat
mereka akan semakin meningkat dan mencapai kecemerlangan dalam bidang sains.
KONSEP MISKONSEPSI
Miskonsepsi adalah andaian dan penerangan kurang tepat tentang sesuatu fenomena yang
dibentuk oleh individu melalui pengalamannya (Martin et al 2000). Manakala Novak dan
Gowin (1984) menyatakan bahawa miskonsepsi adalah merupakan suatu interpretasi
konsep-konsep dalam sesuatu pernyataan yang tidak dapat diterima. Disebabkan
penerangan tentang sesuatu konsep tadi tidak sama dengan penerangan yang diberikan oleh
ahli sains maka idea murid-murid tadi dikenali sebagai miskonsepsi.
Hancock (1940) mentakrifkan miskonsepsi ialah apa-apa kepercayaan yang tidak
berasas yang tidak mengandungi unsur ketakutan, nasib yang baik, iman, atau campur
tangan ghaib' (halaman 208). Barrass (1984) pula mentafsirkan miskonsepsi sebagai
'kesilapan' atau kesilapan, 'salah faham' atau idea-idea yang mengelirukan, dan 'salah
faham' atau misinterpretations fakta. Beliau mengatakan bahawa guru-guru dan muridmurid yang lebih cerdik boleh membetulkan kesilapan.
Murid-murid belajar dan memahami dunia sekeliling mereka melalui proses yang
dilakukan oleh seorang ahli sains. Mereka akan gunakan semua deria untuk belajar tentang
objek atau fenomena yang sedang mereka kaji. Daripada pemerhatian dan jawapan yang
mereka terima, mereka akan memahami objek atau fenomena yang dikaji.
4

Teori yang mereka bina adalah lojik dan rasional sebab ianya berdasarkan bukti dan
pengalaman mereka. Pengalaman mereka yang terhad dan tahap pemikiran mereka juga
belum mantap. Apabila mereka memmuridi sains, mereka sudah punyai idea atau
kefahaman mereka sendiri tentang konsep dan fenomena yang akan diajar oleh guru.
Konsep awal yang dimiliki murid-murid disebut konsepsi. Konsep awal atau konsepsi yang
tidak sesuai dengan konsep ilmiah dipanggil miskonsepsi.
PENYEBAB BERLAKUNYA MISKONSEPSI DI KALANGAN MURID
Banyak faktor yang berupaya menyumbang kepada miskonsepsi berlaku dalam kelas atau
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Banyak faktor yang berupaya menyumbang
kepada miskonsepsi berlaku dalam kelas atau semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Diantaranya punca-puncanya ialah pengalaman kanak-kanak terhad. Jadi hanya sebahagian
bukti yang dijumpai oleh kanak- kanak. Tidak semua pengalaman yang dialami oleh kanakkanak membolehkan mereka membuat kesimpulan yang tepat atau pun mereka dapat
melihat sesuatu daripada pelbagai aspek. Punca yang kedua pula ialah apabila kanak-kanak
bertanya kepada ibu bapa atau ahli keluarga yang lain tentang sesuatu fenomena. Maklumat
yang diterima kadang kala kurang tepat kerana mereka tidak tahu tentang fenomena itu.
Contohnya kanak-kanak mengalami matahari bergerak mengikutnya,jadi begitulah
matahari bergerak. Kanak-kanak hanya memberi perhatian kepada aspek-aspek yang
didapati melalui deria dan tidak berdasarkan pemikiran logik. kanak-kanak tidak dapat
melepaskan idea mereka tiada penerangan lain yang logik dan tepat. Kanak-kanak yang
muda hanya boleh fokus kepada satu-satu cirri sahaja semasa mengkaji fenomena atau
objek. Contohnya kereta yang bergerak. Kanak-kanak menganggap kereta adalah benda
hidup kerana ia bergerak.
Pengajaran secara tradisional iaitu berpusatkan guru dan menekankan proses hafal fakta.
Menekankan peperiksaan sebagai matlamat dan tumpuan pembelajaran. Pelajar akan
disogokkan dengan timbunan fakta yang tidak menghiraukan kefahaman pelajarAkibatnya
pelajar akan kekal dengan miskonsepsi mereka dan kehilangan minat serta merasakan
bahawa pembelajaran sains adalah membosankan. Bahasa harian dan budaya. Bahasa
harian merupakan medium komunikasi adalah salah satu faktor yang menyebabkan
5

berlakunya miskonsepsi. Contohnya; perkataan zarah merujuk kepada atom tetapi dalam
bahasa harian ia merujuk kepada

bahan

seni yang

tidak

kelihatan. Pandangan

berpusatkan diri. Pelajar biasanya mempunyai persepsi berpusatkan diri yang dianggap
logik tetapi berbeza dari pandangan saintis.

KATEGORI MISKONSEPSI
Miskonsepsi boleh dikategorikan seperti berikut;
Kategori
`Preconceived notions

Penjelasan
Pembentukan konsep yang berakar umbi
daripada pengalaman seharian. Contohnya,
ramai

orang percaya

air bawah tanah

mengalir dalam sungai sebab pemerhatian


mereka air yang di atas tanah mengalir
Kepercayaan bukan- saintifik

sebegitu.
Pandangan yang mereka muridi daripada
sumber selain daripada Pendidikan Sains
contohnya daripada pengajaran agama atau
mitos. Contohnya teori tenang permulaan

Salah-faham konsep

kehidupan di Bumi.
Ujud apabila cara pengajaran konsep sains
tidak mengambilkira atau tidak mencabar
paradoks dan percanggahan yang timbul
daripada

preconceived

notions

dan

kepercayaan bukan-saintifik. Bagi menangani


kekeliruan mereka membina teori yang lemah
Miskonsepsi

tentang konsep tersebut.


Ujud kerana penggunaan

Vernakular

maksudnya berbeza dalam konteks sains dan

Miskonsepsi fakta

kehidupan seharian.
Maklumat yang dipelajari semasa umur muda

istilah

yang

dan telah kekal lama, tidak dicabar sehingga


dewasa.

CARA-CARA MENGENALPASTI MISKONSEPSI DALAM SAINS.


7

1.

Temubual

Guru boleh memilih beberapa konsep yang dianggap sukar dan abstrak oleh murid-murid.
Murid-murid diajak untuk mengekspresikan idea mereka mengenai konsep-konsep yang
telah dipilih oleh guru. Guru akan dapat mengerti latar belakang munculnya miskonsepsi
yang ada sekaligus dinyatakan dari mana mereka memperolehi miskonsepsi tersebut.
2.

Penyoalan.

Guru boleh menyediakan soalan-soalan yang telah dibina dan meminta murid-murid
menjawab secara jujur dan guru perlu menegaskan kepada mereka bahawa ujian itu bukan
untuk digred.

Terdapat 2 jenis soalan yang boleh dikemukakan:


i.

Soalan objektif
Ujian objektif mengandungi soalan-soalan yang mengandungi miskonsepsi
yang biasa wujud di kalangan murid-murid.

ii.

Soalan esei
Bentuk soalan ini sesuai jika guru ingin meneroka untuk memahami cara
pemikiran murid-murid. Guru akan dapat mencari punca miskonsepsi dan dengan

ini guru dapat mencari jalan yang terbaik untuk menangani miskonsepsi murid-murid.

3.

Pemerhatian

Guru boleh memerhati dan mendengar perbualan murid-murid semasa mereka berbincang
dalam kumpulan atau semasa mereka menjalankan eksperimen. Dari perbincangan itu guru
dapat mengenalpasti idea murid-murid tersebut tepat atau tidak. Guru juga dapat mngerti
konsep-konsep alternative yang ada pada murid-murid.

4.

Ramalan

Miskonsepsi murid-murid juga boleh dikenalpasti melalui meramal, memerhati dan


menerang. Guru perlu menyediakan satu demonstrasi tentang sesuatu kejadian yang
berkaitan dengan tajuk yang diberi kepada murid-murid.
Langkah 1: Meramal

Secara individu, murid diminta untuk menulis ramalan mereka.

Guru meminta murid untuk meneragkan sebab ramalan yang diberikan.

Langkah 2: Memerhati

Murid melakukan eksperimen

Guru meminta murid membuat pemerhatian dan merekodkan hasil pemerhatian


mereka.
Langkah 3: Menerang

5.

Murid diminta betulkan sebab yang mereka telah tulis di awal eksperimen

Murid diminta berbincang dengan rakan-rakan di dalam kumpulan mereka.


Peta Konsep

Dengan membandingkan peta konsep yang dibina oleh murid dengan guru, guru dapat
mengenalpasti miskonsepsi yang wujud pada murid-murid. Guru perlu melatih muridmurid cara untuk membina peta konsep terlebih dahulu.
MISKONSEPSI MURID TAHUN 5
Berdasarkan Tema Menyiasat Bumi dan Alam Semesta dalam Sains tahun 5, murid saya
sering mengalami miskonsepsi bagi memahami fasa-fasa bulan. Fenomena fasa-fasa bulan
berlaku kerana bulan memantulkan cahaya matahari dan bulan beredar mengelilingi bumi.
Hal ini menyebabkan bentuk bulan yang diperhatikan dari bumi kelihatan berubah-ubah
bergantung kepada kedudukan bulan di antara bumi dan matahari
Fenomena ini sangat sukar difahami oleh murid saya. Murid saya menyangkakan
bahawa bulan mempunyai cahaya yang sangat terang sepertimana yang dilihat semasa fasa
bulan purnama. Fasa bulan dikatakan terjadi apabila cahaya bulan semakin kurang sedikit
demi sedikit apabila bulan mengelilingi bumi. Ini dikatakan terbukti semasa bulan penuh,
9

cahaya bulan lebih terang atau lebih banyak berbanding cahaya bulan semasa bulan separa
apatah lagi sewaktu bulan sabit.
Ada murid berpendapat fenomena ini disebabkan bulan dilindungi oleh awan dan
bayang-bayang matahari melindungi bulan. Awan yang tebal menyebabkan bulan kelihatan
seperti sabit dan jika bulan berputar mendekati matahari maka bentuknya bulat terang
berbanding jika bulan menjauhi matahari.
Malah, ada yang berpendapat fenomena ini berlaku disebabkan matahari dilindungi
oleh bumi, oleh itu bayang-bayang bumi jatuh ke atas bulan. Sebenarnya konsep ini
menerangkan fenomena gerhana bulan. Hal ini menyebabkan murid-murid saya keliru dan
kerapkali menulis jawapan yang salah ketika membuat inferens, hipotesis dan kesimpulan.
Miskonsepsi ini perlu diperbetulkan segera supaya ia tidak terus kekal di ingatan.

10

CADANGAN STRATEGI MENGATASI MASALAH MISKONSEPSI MURID


Setiap kanak-kanak mempunyai kemampuan yang berbeza dalam mempelajari konsepkonsep sains. Sebahagian kanak-kanak tidak memahami dan tidak dapat menangkap
konsep yang telah diajar oleh guru. Kanak-kanak mempercayai konsep yang tidak lengkap
sudah dilengkapi dan benar,sedangkan ianya tidak lengkap untuk dikuasai oleh kanakkanak.Guru perlu mengerti sejauh mana konsep kanak-kanak ini tidak lengkap dan
memikirkan cara terbaik untuk menambah bahagian konsep yang kurang atau belum
lengkap. Konsep pemahaman sendiri kanak-kanak memerlukan proses yang berterusan dan
pada jangka waktu yang lama, ini memerlukan kesabaran

dan sesuai dengan daya

kefahaman kanak-kanak.
Minat belajar kanak-kanak mempengaruhi pemahaman konsep kanak-kanak. Kesulitan
akan dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak berminat untuk belajar, disebabkan itu ia akan
berkencederungan mengalami miskonsepsi. Kanak-kanak yang tidak berminat untuk
belajar tidak akan mendengar dan memerhati secara penuh dan mengabaikan apa yang
diajar oleh guru. Kadang-kadang kanak-kanak hanya membaca buku teks sambil lalu dan
tidak teliti. Akibat daripada itu kanak-kanak sukar untuk mempelajari konsep. Bagi
membantu kanak-kanak dalam masalah ini terdapat beberapa cara yang dapat dilakukan
oleh guru untuk meningkatkan motivasi dan minat murid.
Miskonsepsi bukan hanya disebabkan oleh kanak-kanak, malah guru juga turut menjadi
penyumbang

kepada miskonsepsi kanak-kanak. Ini terjadi kerana guru keliru untuk

menjelaskan konsep yang sebenar kerana guru tidak menguasai konsep yang sebenar dari
bahan yang hendak diajar. Dengan itu, guru perlu memperbaiki penguasaan konsep yang
sebenar dengan cara belajar sendiri atau pun belajar dengan rakan sejawat. Guru perlu
menyedari bahawa ilmu yang dimiliki perlu ditingkatkan dan diperbaharui.
Proses pembelajaran yang tidak kukuh boleh menyebabkan miskonsepsi di kalangan
kanak-kanak. Kanak-kanak yang menerima pembelajaran kaedah ceramah tanpa
melakukan aktiviti hands-on cenderung mengalami miskonsepsi.

11

Cara terbaik untuk mengajar atau memperkenalkan sains kepada kanak-kanak ialah dengan
cara hands-on experiences iaitu mereka belajar melalui pengalaman atau apa yang mereka
lakukan sendiri dengan bimbingan guru.
Oleh itu pilih aktiviti sains yang menekankan kepada hands-on dan hanya memerlukan
penerangan ringkas. Selain itu, pilih aktiviti yang biasa berlaku dalam persekitaran kanakkanak ini untuk memudahkan mereka memahami apa yang perlu mereka lakukan.
Mengajar mereka melakukan sesuatu yang asing bagi mereka adalah sukar.Salah satu
kaedah yang berkesan untuk membantu murid membetulkan miskonsepsi yang wujud
dalam diri murid adalah dengan cara menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan
kepada model inkuiri penemuan.
Ciri utama kaedah inkuiri ialah berfikir untuk memperoleh pengetahuan baru atau
menyelesai masalah. Apabila seseorang memperoleh fakta, konsep, prinsip atau
penyelesaian baru melalui proses inkuiri maka dia telah mencapai suatu penemuan.
Simulasi merupakan salah satu kaedah dalam strategi inkuiri penemuan selain daripada
eksperimen, projek dan kajian lapangan. Kaedah ini menyerupai atau meniru keadaan yang
sebenar. Tiga contoh simulasi yang utama ialah main peranan, permainan dan penggunaan
model.
Contoh simulasi yang dipilih ialah main peranan. Main peranan ialah aktiviti yang
menempatkan murid-murid dalam situasi di mana mereka perlu mengandaikan diri sebagai
watak (manusia atau bukan manusia) dan memainkan peranan dan kelakuan watak itu.
Murid-murid cuba bertindak, berasa dan bergerakbalas seperti watak berkenaan. Kad
tugasan boleh diberikan kepada mereka untuk membincangkan dialog dan lakonan yang
diperlukan.
Secara asasnya murid di semua peringkat dan dalam setiap domain sains perlu
diberi peluang untuk menggunakan siasatan saintifik dan membangunkan keupayaan untuk
berfikir dan bertindak dalam cara yang dikaitkan dengan siasatan, termasuk bertanya
soalan, merancang dan menjalankan penyiasatan, menggunakan alat-alat dan teknik yang
sesuai untuk mengumpul data, pemikiran kritis dan logik tentang hubungan antara
12

keterangan dan penjelasan, membina dan menganalisis penjelasan alternatif, dan


berkomunikasi saintifik hujah.

13

REFLEKSI
Murid yang mengalami masalah miskonsepsi tentang fasa-fasa bulan dapat dipulihkan
setelah mnegikuti kaedah pengajaran dan pembelajaran secara inkuiri penemuan. Muridmurid telah dipertontonkan dengan tayangan video mengenai fasa-fasa bulan serta
melakukan simulasi di dalam kelas. Aktiviti yang telah dilakukan ini dapat mengukuhkan
lagi fahaman dan ingatan mereka dan sedikit demi sedikit, miskonsepsi mereka tentang fasa
bulan akan terhapus dan digantikan dengan ilmu saintifik yang sebenar.
Guru yang bertindak sebagai pemudahcara hanya memerhati dan membimbing murid
tatkala murid-murid sendiri yang mengendalikan peralatan ICT. Kepelbagaian

teknik

menyoal yang telah kami kemukakan nampaknya telah menunjukkan keberhasilan


apabila murid-murid dapat menukar salahkonsep mereka kepada pengetahuan saintifik
yang kami ajar. Contohnya, murid sendiri sedar bahawa sebenarnya bulan tidak
mempunyai cahaya sendiri. Bulan hanya memantulkan cahaya matahari . oleh sebab
itulah berlaku fasa bulan apabila bulan mengelilingi bumi.
Pemberian peneguhan positif kepada murid apabila mereka berjaya menjawab soalan
menimbulkan rasa seronok di

kalangan mereka sekaligus mengurangkan malah

menghapuskan tekanan yang ada dalam diri

mereka.

Dengan cara itu, masalah

miskonsepsi dapat diatasi.


Aktiviti

kuiz

yang

diadakan

sebagai

penutup

mendapat

sambutan

yang

memberangsangkan apatah lagi apabila murid sendiri yang mengendalikannya. Saya


gembira dengan maklumbalas murid pada pagi ini dan kami telah susuli mereka
dengan aktiviti pengayaan mereka di rumah. Pendek kata, pengajaran dan pembelajaran
yang diadakan ini benar-benar berhasil dan diharapkan miskonsepsi yang mereka hadapi
sebelum ini tidak akan berulang lagi.
Murid akan lebih mudah memahami isi pelajaran yang diajar sekiranya diberi
peluang untuk merasai dan mencuba sendiri sesuatu perkara. Selain itu, guru juga harus
bijak menggunakan bahan-bahan yang sering dilihat oleh murid dalam kehidupan seharian

14

mereka supaya wujud konteks di antara isi muridan yang dipelajari dengan pengalaman
mereka dalam kehidupan seharian mereka.
(2519 patah perkataan)

15

RUJUKAN
Huraian Sukatan Muridan Sains Sekolah Rendah Tahun Lima (2005). Kuala Lumpur:
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Muridan Malaysia
National Academy Press, (1997). SCIENCE TEACHING RECONSIDERED: A
HANDBOOK by Committee on Undergraduate Science Education
Poh Swee Hiang ( 1997). Pedagogi Sains 2.Strategi Pengajaran Pembelajaran Sains. Kuala
Lumpur: Budiman
Zurida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros, Mohd. Ali Samsudin (2005). Kaedah
Mengajar Sains. Pahang: PTS Professional .
Pn. Hjh Roslizah A.Samad ( 2004) Salah Faham Beberapa Aspek Ilmu Falak Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran atas talian
http://www.alazim.com/masjid/seminar/falak2006/1.pdf
Misconceptions in Science atas talian
http://www.newyorkscienceteacher.com/sci/pages/miscon/index.php
Children's Ideas in Science atas talian
http://homepage.mac.com/vtalsma/misconcept.html
Science Misconceptions atas talian
http://www.newyorkscienceteacher.com/sci/pages/miscon/index.php

16

Anda mungkin juga menyukai