Anda di halaman 1dari 8

SOALAN:

Apakah pandangan ustaz tentang masalah sosial yang berlaku sekarang ini?
*HASAN, Seri Kembangan, Selangor.
Jawapan:
Secara sedar ataupun tidak sedar, usaha-usaha kerajaan untuk menaikkan
taraf ekonomi rakyat adalah berjaya dan begitu mengkagumkan. Walaupun
demikian, saya berpendapat bahawa pencapaian untuk menghasilkan
kemantapan pembinaan kerohanian jauh terbelakang berbanding dengan
pencapaian ekonomi.
Dalam keadaan seperti sekarang ini, saya tidak beranggapan bahawa
menuding menuduh orang lain bersalah, menyebabkan masalah
keruntuhan akhlak itu berlaku sesuatu yang baik. Tidak guna bertengkar,
menyalahkan orang lain cuai memandu, makan jalan atau tidak memberi
isyarat ketika hendak membelok apabila berlaku perlanggaran. Apa yang
perlu dilakukan ialah berfikir dan berusaha bagaimana hendak
mengalihkan kenderaan yang terlibat agar ia tidak menghalang laluan,
kemudian baru berbincang sama ada hendak membuat laporan di balai
atau diselesaikan dengan persetujuan.
Punca keruntuhan akhlak adalah saling kait, yang tidak mudah dirujuk
kepada satu punca secara khusus. Tidak benar bahawa ibu dan bapa itu
sebagai punca utama berlakunya demikian, kerana umumnya tidak ada ibu
ataupun bapa yang tidak menyayangi anaknya. Walaupun demikian, tidak
dinafikan adanya bapa yang berkelakuan tidak ubah seperti bapak haruan,
begitu juga dengan ibu yang tidak boleh dijadikan contoh baik oleh anakanak, guru-guru, tidak kira sekolah rendah ataupun menengah berusaha
untuk mendidik pelajar, tetapi pencapaian akademik tidak semestinya
memperlihatkan seorang pelajar itu berakhlak mulia kerana sesetengah
orang beranggapan kejayaan dalam bidang akademik adalah segalagalanya.
Selain daripada itu pengaruh luaran kelihatan lebih banyak mempengaruhi
anak-anak berbanding dengan usaha ibu dan bapa juga para guru. Bagi
anak-anak kecil yang sebelum sekolah, ibu bapa merupakan tempat mereka
bersandar, mengadu manja dan begitu patuh. Apabila mereka mula belajar,
mula kenal guru dan mempunyai teman yang banyak, mereka sudah ula
mengalihkan tempat sandaran kepada guru, dan teman-teman, bergantung
kepada keadaan. Semakin dewasa seseorang itu, maka ia semakin terdedah
kepada environment luaran dan sekitarnya.

Ketika ini pengaruh-pengaruh luaran itu seolah-olah berlumba-lumba


untuk memenangi anak-anak yang sedang membesar tadi. Mana yang kuat
ia akan menang. Bagi ibu dan bapa dan keluarga yang prihatin dengan
anak-anak, berkemungkinan besar anak-anak itu akan terbentuk dalam
keadaan sempurna. Sebaliknya, ibu bapa yang mengabaikan anak-anak,
membiarkan mereka berkawan dengan sesiapa yang disukai,
berkemungkinan besar anak-anak tadi akan bermasalah apabila dewasa
kelak.
Pengaruh luaran ini terus menerus berlumba-lumba mencipta kerektor
anak-anak setiap masa. Di rumah, ibu dan bapa menyuruh anak-anak
mengaji, sembahyang, membaca buku tetapi di luar rumah, kawan-kawan
menunggu mengajak main bola, main basikal tanpa mengira waktu zuhur
ataupun maghrib. Mereka akan balik rumah apabila lapar atau malam telah
berlabuh. Di televisyen, syarahan-syarahan agama cuba diselit-selitkan
pada waktu petang, iaitu ketika anak-anak ini sedang sibuk mandi, tetapi
pada waktu malamnya mereka dihidangkan dengan babak orang
bercumbu-cumbuan, berpakaian tiga suku telanjang atau gambar orang
berpakaian membuka ketiak. Tidak ada statistik untuk memastikan berapa
orang yang suka melihat ustaz-ustaz bersyarah agama berbanding dengan
mereka yang suka melihat gambar orang bercumbu-cumbuan ataupun
perempuan yang memperlihatkan separuh daripada buah dadanya,
renungan
Begitu juga halnya dengan sesetengah surat-surat khabar, yang ada kalanya
lebih berkecenderungan memperlihatkan watak-watak, ataupun latar
belakang artis ataupun penyanyi sehingga empat lima muka surat termasuk
hal-hal peribadi yang tidak boleh dijadikan contoh yang baik atas alasan
yang tidak jelas. Semuanya ini perlu difikir dengan serius, jangan terlalu
memikiri berapa ribu naskhah majalah laku untuk mengaut untung
semata-mata kerana bahan-bahan cetak ini menjadi renungan dan model
kepada pembaca, terutamanya anak-anak yang sedang meningkat dewasa.
Ada juga orang yang berpendapat bahawa setiap orang boleh memilih apa
yang patut dan baik untuk dilakukan. Untuk menonton filem yang
mempamerkan manusia separuh telanjang ataupun menonton forumforum yang memberi manfaat ataupun syarahan agama. Begitu juga
dengan surat khabar, sama ada hendak membaca berita-berita ilmiah
ataupun cerita gosip artis kena tangkap basah, artis dituduh merogol, atau
yang kena saman kerana memandu tidak mempunyai lesen.

Dalam amalan harian kita akan mempelajari, secara langsung ataupun


tidak langsung bahawa manusia itu lebih berusaha mengejar sesuatu yang
bersifat fizikal, yang kelihatan dapat dibuktikan, dirasa dan
dipertontonkan. Manusia kurang berupaya untuk menimbang tentang
sebab musabab dan natijah cetusan daripada perbuatan yang dilakukan,
yang menjadi sebahagian daripada budaya hidup mereka.
Hal-hal seumpamalah melahirkan manusia yang lidahnya mengaku
keesaan Allah, dan pesuruhnya Muhammad, percayakan pada balasan baik
dan buruk di akhirat, tetapi dalam amalannya mereka seumpama tidak
mempercayai tentang adanya balasan di akhirat, iaitu balasan nereka bagi
mereka yang melakukan kejahatan. Pegangan seumpama inilah yang
melahirkan manusia yang lari ataupun melarang orang lain daripada
memperkatakan tentang akhirat dan mati, kerana ia hanya akan
melahirkan manusia munyuk, mundur dan tidak berupaya memahami
kepesatan teknologi moden yang sedang melanda.
Memperkatakan tentang keruntuhan akhlak, kita sebenarnya sering
lupakan hakikat diri manusia. Untuk menghapuskan pelacuran misalnya,
kita sering menangkap, mendenda dan menghalau keluar kalau mereka
orang luar. Penghisap dadah ditangkap dan dipulihkan. Tindakan ini
memang yang baik yang memang sepatutnya dilakukan untuk menangani
masalah terkini. Cara mengelakkan serangan nyamuk ialah dengan
membunuhnya, tidur menggunakan ubat nyamuk, sama ada dengan ubat
nyamuk yang menggunakan elektrik ataupun lingkaran tradisional. Mereka
yang bersifat tradisional akan pakai kelambu atau pakai ubat nyamuk
lengkar. Walaupun demikian, kita seolah-olah lupa, bahawa cara berkesan
mengatasi masalah nyamuk ialah dengan membasmi tempat nyamuk itu
membiak, di mana persekitaran yang bersih itu amat diperlukan. Bukan
dengan cara memukulnya dengan tangan. Begitu halnya dengan usahausaha untuk membasmi keruntuhan akhlak, di mana kesedaran beragama,
ataupun iman itu perlu dalam usaha yang berkesan untuk membasmi
pelbagai gejala keruntuhan akhlak.
Nafsu manusia itu berkecenderungan untuk melakukan sesuatu yang
bersifat buruk berbanding dengan kecenderungan untuk melakukan
sesuatu yang bersifat baik. Kerana itu kita jangan terlalu berfikir kenapa
anak-anak lebih gemar membaca majalah-majalah yang tidak memberi
faedah daripada buku pelajaran dan buku-buku bernilai akademik yang
membina pertumbuhan akal minda. Atas kecenderungan seumpama ini
juga kenapa lebih ramai orang yang lebih suka menonton filem ganas, seks,
daripada menonton filem-filem tayangan yang lebih memberi manfaat. Hal

demikian sama dengan kecenderungan manusia yang lebih suka berebutrebut menyerbu konsert-konsert rock, pusat-pusat karaoke, kelab-kelab
malam dengan bayaran tinggi daripada menghadiri kelas-kelas agama,
majlis ilmu, majlis maulud atau Isra Miraj biarpun di majlis tersebut
disediakan dua ekor lembu yang dimasak rendang sejak pagi.
resah gelisah
Allah swt menjadikan manusia itu dalam keadaan sentiasa resah gelisah,
biar dalam keadaan apa sekalipun, kecuali mereka yang berupaya
melakukan sembahyang dengan khusyuk dan diterima di Allah swt
sembahyangnya, ketika dirundung malang, mereka mengeluh dan menjadi
tamak, kedekut ketika memperoleh kesenangan, kecuali mereka yang
sembahyang dan diterima sembahyangnya.
Sembahyang di sini dilambangkan sebagai punca utama segala kebaikan,
kerana sembahyang itu mencegah pelakunya daripada melakukan
kejahatan dan kemungkaran. Bererti bahawa orang yang tidak
bersembahyang tidak berupaya mencegah dirinya daripada melakukan
kejahatan.
Berhubung dengan keruntuhan akhlak, mungkin tidak perlu membuat
statistik berapa ramai di kalangan mereka yang merogol anak sendiri,
mendera kanak-kanak, mereka yang melakukan liwat, minum arak,
orang yang suka melakukan zina, ataupun menjadi pelacur melakukan
sembahyang. Tidak ada orang yang melacur melanggani dua orang lelaki di
malam hari, dan sembahyang subuh dengan khusyuk di pagi hari. Tidak
ada orang yang sembahyang zuhur di tengah terik matahari kemudian
lepak menusukkan jarum dadah dalam urat lengannya. Andainya ada orang
yang melakukan sembahyang asar di petang hari sebelum matahari
terbenam, dan menerima rasuah di malam hari, ini bererti, tentunya ada
yang tidak kena dengan sembahyang yang dilakukannya.

Masaalah keluarga yg dirumah .


Pengaruh Rakan sebaya , motor, rokok.
Media
Hiburan yg melampau .

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas


2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak
dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita.
nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada
kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w.
Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh
tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas
belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan
hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar,
kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.
Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu
dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang
baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak


yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat
daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila
berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah
pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka
buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat
silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan
keluarga,pilihlah keluarga
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah
tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak
merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari
lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini
akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan
diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut


harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun
harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar
menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai
akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali


pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka
lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah
tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu
akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda
suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka
adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam


masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun
sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman
selamat malam,
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang
sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anakanak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting
daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi
kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun
dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang
akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda
mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya
menjadi yahudi, nasrani atau majusi

Anda mungkin juga menyukai