Anda di halaman 1dari 3

Tip Niaga

saya pernah ditanya oleh rakan. Dia bertanya model perniagaan apakah yang palig senang untuk
diceburi oleh seorang pelajar? Jawapan saya pada masa itu agak terkial-kial. Setelah seminggu
berIikir,di sini saya senaraikan apakah model business paling top.
Modal permulaan rendah

-anda perlu meencari satu produk yang relatiInya murah dan keuntungan adalah tinggi.Itu hukum
perniaagaan. Tetapi sekiranya modal rendah keuntungan pun rendah tetapi permintaan yang
berterusan akan menyebabkan keuntungan atau pendapatan yang berulang-ulang.
Permintaan yang berulang
-permintaan pasaran yang berulang-ulang menjadikan sesuatu business itu teguh di pasaran dan
menawarkan produk yang sama setiap hari.
Ada 2 model permintaan berterusan.
1-produk yang menjadi asas
-produk ini lazimnya amat murah dan menjadi sumber untuk manusia terus hidup.Produk yang
dimaksudkan adalah seperti makanan,air,pakaian.
tetapi mengapa nelayan tidak kaya? mengapa pesawah tidak bilionair walaupun setiap hari orang
makan nasi?
Fikirkan,Iikirkan dan Iikirkan!
Ini terletak pada olahan produk. Maksudnya ada taukeh gula yang bilionair tetapi peladang tebu
tetap tak kaya. Betul bukan? Mengapa penjual ayam pasar malam tak kaya seperti tokey KFC?
Usahawan mengolah produk agar menjadi sesuatu yang lebih menarik dan bernilai. Ada orang
jual air di kedai ke? tiada. Tetapi usahawan menjual air mineral,jus,kordial,dan air bergas yang
bernilai berbilion-bilion dagangannya.
2-produk yang menjadi kehendak
-produk ini adalah keperluan tetapi manusia tidak mati kalau tidak gunakannya. Produk yang
boleh disenaraikan di sini seperti minyak,topup,elektrik,handphone,rokok dan talian internet?
Produk ini mendapat permintaan yang berulang ulang. Setiap hari ada pelanggan baru,dan
pembelian dari pelanggan lama. Industri seperti inilah yang perlu kita terokai dan terjun untuk
mendapat hasil dalam dagangan berbilion-bilion dolar sehari.
Permintaan menyeluruh
-apa itu permintaan menyeluruh? Semua peringkat umur memerlukankannya. Contoh saya
berikan:
Semua pemilik handphone perlu tambah nilai apabila kehabisan kredit tidak kira peringkat
umur,jika dia ada handphone dia perlu topup walaupun dia baru aje 8 tahun. Faham ker?
Kedua-permintaan tidak menyeluruh tetapi segelintir kelompok itu memerlukannya.
Contoh saya berikan: semua bayi di malaysia memakai lampin pakai buang.Lihat,hanya untuk
bayi,tetapi mereka memerlukannya. Jadi ini prmintaan yang berulang kerana bayi dilahirkan di
dunia setiap hari.

Produk tidak basi/rosak
produk yang anda pilih tidak basi dan mudah rosak.Produk terpilih yang digunakan tiap-tiap
hari adalah prepaid,minyak,rempah ratus,industri sekunder dan perkhidmatan seperti talian
internet,televisyen berbayar dan suratkhabar.
semua produk ini relatiInya murah tetapi membuat keuntungan yang berterusan. Produk juga
boleh disimpan dalam jangka masa yang lama.
Mempunyai level marketing
Pernah dengar Multi Level Marketing?

Setiap ahli dibayar atas jualan mereka dan juga memperoleh rebet di atas penjualan ahli bawah
mereka. Ini juga pendapatan pasiI yang mengiurkan. Yelah,duduk rumah goyang kaki sahaja
kan? Tetapi anda perlu tahu 1 Iakta perniaagaan.Semua tokey business di dunia ini bermula dari
bawah.Sama juga dengan si goyang kaki tadi. Pada permulaan dia telah bersusah payah untuk
mencari ahli groupnya. Betul tak?
saya terangkan kepada rakan saya dengan panjang lebar tentang model business paling senang
untuk seorang student lakukan. Banyak pilihan yang boleh kita buat perniagaan sebagai seorang
student. Cuma perlu Iokus dan berusaha. Sudah ramai student berkereta mewah ke kuliah.Kita
hanya perlu merebut sedikit peluang untuk mendapat seperti yang orang lain boleh dapat..


#ead more: Ciri-ciri Model Perniagaan Paling Untung , IaizsuIi.com
http://IaizsuIi.com/business/ciri-ciri-model-perniagaan-paling-untung/#ixzz1ZsIc4Tnj

Anda mungkin juga menyukai