Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN TAHUN 6 , 2015

MASA
9.30
pg

CUE(peristiwa)
Pelajar dan guru
tahun 6 berkumpul di
dewan.

ANN (butiran penyampaian)


Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Bismillahhirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
Yang Berusaha, Puan Yusmaliza bt Yusof ,
Guru Besar SK Selancar 1, barisan guru-guru
penolong kanan, guru guru dan rakan
seperjuangan yang dihormati sekalian.
Pada majlis yang permai ini marilah kita
memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi
kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya
, kita diberikan kekuatan untuk berhimpun
dan bersama sama menjayakan Majlis
Jamuan Perpisahan Tahun 6, 2015.
Tetak buluh kajang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.
Bagi memula dan memuliakan majlis,
marilah kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa oleh al fadil Ustaz Wan Anuar b
Wan Hussin. Dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada
ustaz Wan Anuar b Wan Hussin atas bacaan
doa itu tadi.

Ucapan Wakil Pelajar

Sidang hadirin yang budiman , kini majlis


dengan sukacita menjemput saudara Mohd

Harith b Mohd Tarmizi selaku wakil pelajar


tahun 6 untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

Selesai ucapan wakil


pelajar

Terima kasih diucapkan kepada saudara


Mohd Harith b Mohd Tarmizi atas ucapan
sebentar tadi .

Ucapan Penyelaras
Tahun 6

Majlis diteruskan lagi dengan


mempersilakan Cikgu Mohd Tarmizi b
Mohd Daud selaku penyelaras tahun 6,
untuk menyampaikan ucapan. Dengan
hormatnya dipersilakan.

Selesai ucapan
Penyelaras Tahun 6

Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada Cikgu Mohd Tarmizi b Mohd atas
ucapan itu tadi.

Ucapan Guru Besar

Tuan tuan dan puan puan yang dihormati,


Majlis pada pagi ini diteruskan dengan
mempersilakan Puan Yusmaliza bt Yusof,
Guru Besar SK SELANCAR 1, untuk
menyampaikan ucapan . Dengan hormatnya
dipersilakan.

Selesai Ucapan Guru


Besar

Demikian tadi, ucapan oleh Puan


Yusmaliza bt Yusof, Guru Besar SK
SELANCAR 1. Majlis mengucapkan ribuan
terima kasih.

Persembahan
multimedia dan
persembahan murid
tahun 6

Bagi meneruskan lagi agenda pada pagi ini


marilah kita bersama menyaksikan
persembahan multimedia tentang segala
aktiviti yang telah dijalankan sepanjang
tahun 2015.
Seterusnya, dipersilakan wakil murid tahun
6 untuk membuat persembahan yang
bertajuk

Majlils mengucapkan ribuan terima kasih


kepada cikgu Siti Mawarni bt Ramlee yang
telah menghasilkan video bagi persembahan
multimedia dan juga terima kasih kepada
rakan murid yang telah membuat
persembahan sebentar tadi.
Penyampaian Hadiah
aktiviti selepas UPSR
2015.

Seterusnya , majlis menjemput Puan Guru


Besar bagi menyampaikan hadiah bagi
pertandingan yang disertai pelajar untuk
aktiviti selepas UPSR.
Dipersilakan .
Bagi menerima hadiah diminta ketua setiap
kumpulan tampil ke hadapan apabila nama
kumpulan disebut.
Bagi pertandingan Badminton,
Tempat Kelima jatuh kepada KUMPULAN
SATU
Tempat Keempat jatuh kepada KUMPULAN
TIGA
Tempat ketiga dimenangi oleh KUMPULAN
EMPAT
Naib johan dimenangi oleh KUMPULAN LIMA
dan Johan tidak lain dan tidak bukan
KUMPULAN DUA.
Seterusnya ,
Bagi pertandingan Explorace Bahasa
Melayu,
Tempat Kelima jatuh kepada KUMPULAN
SATU
Tempat Keempat jatuh kepada KUMPULAN
TIGA

Tempat ketiga dimenangi oleh KUMPULAN


LIMA
Naib johan dimenangi oleh KUMPULAN
EMPAT dan Johan tidak lain dan tidak bukan
KUMPULAN DUA.
Bagi pertandingan Gubahan,
Tempat Kelima jatuh kepada KUMPULAN
SATU
Tempat Keempat jatuh kepada KUMPULAN
LIMA
Tempat ketiga dimenangi oleh KUMPULAN
TIGA
Naib johan dimenangi oleh KUMPULAN DUA
dan Johan tidak lain dan tidak bukan
KUMPULAN EMPAT.
Seterusnya aktiviti terakhir iaitu
pertandingan Masakan,
Tempat Kelima jatuh kepada KUMPULAN
SATU
Tempat Keempat jatuh kepada KUMPULAN
TIGA
Tempat ketiga dimenangi oleh KUMPULAN
LIMA
Naib johan dimenangi oleh KUMPULAN
EMPAT dan Johan tidak lain dan tidak bukan
KUMPULAN DUA.
Agenda penyampaian hadiah diteruskan lagi
dengan penyampaian cenderahati kepada
semua guru dan staf.
________________________
_____________________________________________

Majlis mengucapkan terima kasih kepada


Puan Yusmaliza bt Yusof , Guru Besar SK
Selancar 1 atas penyampaian hadiah dan
cenderahati itu tadi.
Penutup

Di atas dahan burung tempua,


Anak dusun pasang pelita;
Salam perpisahan untuk semua,
Jemari disusun maaf dipinta.
Bagi meneruskan kemuncak majlis pada
pagi ini dipersilakan saudara Mohd Harith
bin Mohd Tarmizi untuk membaca doa
makan..
Selesai doa Amin.. Semua guru dan pelajar
bolehlah menjamu selera .
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai