Anda di halaman 1dari 191

ALIRAN-ALIRAN DAN

FALSAFAH PENDIDIKAN NILAT


Bab mi akan membincangkan beberapa perspektif umum
pendidikan nilai dalam konteks kurikulum sekolah. Ta
meliputi aliran pendidikan nilai, nilai teras dalam pendidikan, nilai dalam Falsafah Pendidikan Negara, nilai dan
bidang kurikulum, domain afektifdalam kurikulum, dan nilai
merentasi kurikulum sekolah.

6.1 ALIRAN-ALIRAN PENDIDIKAN NILAI


Pendidikan terbentuk daripada beberapa nilai yang boleh
dibahagikan kepada tiga aliran nilai, iaitu:
(1)
(2)
(3)

Pendidikan dan nilai idealis


Pendidikan dan nilai realis
Pendidikan dan nilai pragmatis

6.1.1 Pendidikan dan Nilai Idealis


Bagi golongan idealis, nilai dan etika adalah sempurna. Nilai,
contohnya baik, diasaskan daripada satu generasi kepada
satu generasi, dan daripada satu masyarakat kepada satu
masyarakat. Nilai mi bukanlah buatan manusia tetapi
merupakan nilai sejagat.
Mengikut golongan idealis, pelajar harus diajar memelihara nilai-nilai mi dan menjadikannya nilai-nilai yang
penting dalam kehidupan mereka. Menurut golongan mi lagi,
nilai perlu dihubungkan dengan kerohanian seseorang. Nilai

PENDIDIKAN NILAI MERENTASI KURIKULUM KBSM

merupakan asas bagi mengukuhkan pembentukan moral


manusia. Nilai juga boleh menghalang manusia daripada
melakukan kejahatan.
Mengikut Plato kehidupan yang baik hanya terdapat
dalam masyarakat yang baik. Dalam bukunya, The Republic,
beliau menghuraikan bahawa masyarakat yang ideal
mematuhi nilai-nilai kebaikan. Hagel mengatakan bahawa
individu memperoleh kefahamannya dan mengamalkan sifat
baik. Kant juga menegaskan bahawa masyarakat ideal
mempunyai manusia yang melayan satu sama lain sebagai
suatu matlamat dan tidak setakat sebagai suatu cara.
Pandangan golongan idealis mi menekankan pentingnya
guru memperbaiki tingkah laku atau kelakuan-kelakuan
yang tidak baik yang ditunjukkan oleh para pelajar dengan
menyedarkan mereka tentang apakah yang akan terjadi
sekiranya setiap orang bertingkah laku demikian. Golongan
idealis juga menekankan pentingnya pelajar menunjukkan
contoh yang baik untuk menjadi teladan kepada rakan
sedarjahnya. Guru juga harus menyoal sama ada dirinya merupakan contoh yang baik atau tidak untuk diteladani oleh
para pelajarnya.

6.1.2 Pendidikan dan Nilai Realis


Golongan realis sependapat dengan golongan idealis bahawa
nilai-nilai asas pada dasarnya adalah kekal, tetapi nilai-nilai
berkenaan berbeza disebabkan oleh alasan-al,asan pemikiran.
Golongan realis klasik lebih memberatkan nilai hukum moral
sejagat. Golongan mi menyatakan dengan tegas bahawa
hukum moral mi telah ditegakkan oleh Tuhan untuk dipatuhi
dan diikuti. Kebaikan dan keburukan pula datangnya dan
Tuhan dan ditentukan oleh Tuhan. Golongan realis saintifik
menafikan yang nilai-nilai mempunyai sebarang penentuan
kuasa luar biasa. Mengikut golongan in kebaikan dan
keburukan adalah hasil pilihan dan perbuatan manusia.
Dalam soal i, golongan realis saintifik mengakui bahawa
manusia adalah tidak sempurna.
Golongan realis bersetuju tentang guru-guru patut
menyampaikan beberapa nilai yang baik. Mengikut golongan
mi lagi, asas moral dan standard estetik yang diajarkan
102

ALIRAN-ALIRAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN NILAJ

kepada pelajar tidak sepatutnya dipengaruhi oleh isu-isu


semasa. Para pelajar atau kanak-kanak patut memahami
dengan sejelas-jelasnya sifat benar dan salah, menghormati,
atau menghargai sesuatu yang baik dan indah berasaskan
moral dan estetik.
Golongan realis klasik menekankan bahawa selain
memberi keutamaan terhadap mata pelajaran, sekolah patut
melahirkan atau mengeluarkan individu-individu yang
seimbang. Kanak-kanak atau para pelajar seharusnya diajar
tentang bagaimana mengawal dan mengekalkan standard
moral supaya mereka dapat mempertahankan apa yang benar
adalah benar bagi manusia sejagat dan tidak hanya untuk
kepentingan sesuatu bangsa tertentu atau masyarakat.
Adalah penting bagi kanak-kanak menunjukkan tabiat-tabiat
yang baik dan tabiat-tabiat mi tidak datang dengan
sendirinya tetapi perlu dipelajari.
Agama Islam memberi penekanan kepada nilai-nilai baik
sebagai asas untuk membentuk moral dan membaiki perangai
serta tingkah laku manusia. Islam menentang segala
tindakan manusia yang bercanggah dengan prinsip-prinsip
moral. Agama-agama lain juga memberi penekanan kepada
nilai-nilai moral. Tujuan Tuhan menurunkan agama Islam
kepada umat manusia adalah untuk membaiki moral manusia
supaya mereka mempunyai peradaban dan peraturanperaturan yang dapat menjamin kesejahteraan hidup
bermasyarakat.
Golongan realis saintifik berpendapat, benar dan salah
datangnya daripada kefahaman manusia terhadap keadaan
dan bukannya daripada prinsip-prinsip agama. Mengikut
golongan mi, moral patut berdasarkan asas-asas saintifik
yang menunjukkan faedah atau kebaikan kepada manusia
sebagai haiwan yang mempunyai darjat yang tinggi.
Mengikut golongan mi lagi, kita mesti meningkatkan
kebaikan dengan cara membaiki susunan genetik kita dan
mengatasi kej ahatan dengan membaiki persekitaran
kehidupan kita.

6.1.3 Pendidikan dan Nilai Pragmatis


Bagi golongan pragmatis, nilai-nilai adalah relatif. Menurut
golongan i, peraturan-peraturan etika dan moral adalah
103

PENDIDIKAN NILAI MERENTASI KURIKIJLUM KB5M

tidak kekal tetapi perlu diubah apabila berlaku perubahan


budaya dan masyarakat. Kanak-kanak perlu diajar tentang
bagaimana membuat keputusan dalam soal-soal dan masalahmasalah yang berkaitan dengan moral. Apa yang penting
bukan mengenakan peraturan-peraturan yang ketat tetapi
mencari jalan bagi menentukan mana satukah peraturanperaturan atau langkah-langkah yang boleh menghasilkan
kesan-kesan yang baik kepada din kanak-kanak itu.

6.2 NILAI-NILAI TERAS


Hussein Hj. Ahmad (1989) menegaskan pentingnya
penerapan nilai-nilai teras dalam kurikulum pendidikan.
Mengikutnya, matlamat untuk melahirkan individu yang
berpengetahuan, bertanggungj awab, dan berkebolehan
sebagai warganegara yang mempunyai taat setia kepada
negara in perlu dilihat dan sudut pembentukan perwatakan
mereka berdasarkan penerapan nilai-nilai yang wajar dalam
konsep perpaduan nasional. Peranan dasar pendidikan
kebangsaan hendaklah dilihat dan segi penerapan nilai-nilai
teras atau perpaduan nasional melalui kurikulum dan
kokurikulum yang disediakan, dan melalui peranan yang
dimainkan oleh para guru di sekolah-sekolah.
Husssein menjelaskan bahawa konsep perpaduan
nasional sebenarnya merupakan suatu konsep yang abstrak,
unggul, dan kompleks. Pada peringkat yang paling mudah,
konsep mi mempunyai pengertian tertentu seperti mesti
hidup secara muhibah, mempunyai semangat kejiranan,
perasaan berbaik sangka, cinta akan lambang-lambang
kebangsaan yang mencerminkan identiti negara dan bangsa
Malaysia, hidup berasaskan tradisi dan budaya ala Malaysia
baik dan segi bahasa, pakaian, budi pekerti, kesenian,
makanan, dan sebagainya. Pada peringkat yang lebih abstrak
konsep mi merupakan satu hala cara yang seragam dan segi
falsafah hidup, cita rasa, dan aspirasi, yang berkaitan dengan
ikatan sosiobudaya dan sosiopolitik berdasarkan sistem nilai
yang dipersetujui melalui perlembagaan dan konsep Rukun
Negara.
Nilai-nilai teras yang harus dihayati dan diserap oleh
semua golongan pelajar dalam sistem pelajaran kebangsaan
ialah nilai-nilai yang berdasarkan prinsip-prinsip Rukun
104

ALIRAN-ALIRAN DAN FAL5AFAH PENDIDIKAN NJLAI

Negara. Pada awal tahun 70-an, para penggubal prinsip


Rukun Negara telah mengasaskan konsep perpaduan
nasional berdasarkan lima nilai utama yang penting. Nilainilai itu ialah kepercayaan kepada Tuhan. Dalam hal mi
sekiranya semua kaum mempercayai wujudnya Tuhan,
walaupun konsep Tuhan yang dipercayai adalah berbeza,
maka, semua rakyat boleh hidup dengan perasaan bahawa
manusia adalah makhluk yang amat kecil yang perlu sujud
kepada Tuhan yang maha besar dan berkuasa.
Nilai yang kedua mengikut Hussein ialah kesetiaan
kepada raja dan negara. Nilai mi memerlukan semua kaum
dalam negara mi mempunyai sikap dan perasaan taat setia
kepada raja, sultan, dan negara. Ini adalah kerana pemenntahan bersultan dan beraja telah wujud lebih 500 tahun
dahulu di negara mi. Sultan dan raja telah menentukan
sempadan-sempadan dan struktur-struktur geopolitik negeri
masing-masing sebelum kedatangan bangsa-bangsa penjajah.
Kedaulatan mereka sebagai ketua struktur geopolitik pada
masa-masa yang lepas telah pun diakui oleh golongangolongan penjajah seperti Portugis, Belanda, Inggeris dan
juga Jepun pada Perang Dunia Kedua. Sebagai contoh,
Perjanjian Pangkor antara Sultan Perak dengan Residen
Inggeris membuktikan bahawa sudah wujud kedaulatan,
sistem kesultanan, dan kerajaan Melayu. Oleh itu,
pemerintahan beraja mi diteruskan hingga kini dan semua
kaum mestilah patuh dan memberikan taat setia yang tidak
berbelah bagi.
Mengikut Hussein, semua kaum juga perlulah mempunyai nilai-nilai menghayati kedaulatan perlembagaan.
Perlembagaan negara merupakan garis panduan utama yang
membolehkan semua kaum hidup secara muhibah dan
berpandu. Oleh itu, sebagai garis panduan utama perlembagaan mi hendaklah disokong. Segala apa yang telah
ditetapkan dalam garis panduan mi oleh pejuang dan
penggubal dan yang telah pun diterima hendaklah dipatuhi.
Ini adalah kerana segala kepentingan golongan dan kaum di
negara mi telah diambil kira. Hak-hak kaum bumiputera dan
segi hak-hak istimewa, bahasa, agama, kedaulatan raja-raja,
dan sebagainya hendaklah dihormati dan kauin bumiputera
pula hendaklah menghormati hak-hak yang telah ditentukan
105

PENDIDIKAN NILAI MERENTASI KURIKIJLUM KBSM

untuk kaum bukan bumiputera. Menghormati nilai-nilai


dalam perlembagaan mi merupakan suatu aspek yang penting
dalam pembangunan semangat perpaduan nasional.
Nilai seterusnya adalah berkaitan dengan kesediaan
rakyat Malaysia menghayati cara hidup berdasarkan undangundang kerana tanpa undang-undang negara akan menjadi
kacau bilau dan perpaduan tidak mungkin wujud. Seterusnya,
oleh kerana bangsa-bangsa yang mendiami negara mi
mempunyai nilai-nilai tertentu, maka, nilai utama yang perlu
dihayati oleh semua ialah kesediaan dan semangat hidup
bersopan dan bertatasusila. Segala ciri dan unsur negatif,
yang tidak bersopan dan segi pertuturan, percakapan, serta
kelakuan haruslah dielakkan oleh semua pihak kerana unsurunsur yang negatifini boleh mencemarkan kesusilaan sesuatu
kaum lain hingga menimbulkan konflik.
Oleh yang demikian penghayatan nilai-nilai yang seragam
perlu berteraskan persefahaman semua kaum. Persefahaman
mi adalah berdasarkan persefahaman terhadap sistem
kerajaan beraja dan bersultan serta berasaskan prinsip,
peraturan, dan akta dalam perlembagaan kerana kesemuanya
telah diwujudkan berasaskan pemerintahan demokrasi
berparlimen.
Yang penting ialah semua kaum mempunyai sikap dan
nilai yang positif. Sikap dan nilai yang positif memerlukan
usaha melihat segala dasar yang telah digubal sebagai
sesuatu yang boleh menguntungkan semua pihak. Pada
hakikatnya, apa yang diperlukan ialah komitmen yang dibudayakan dalam kehidupan harian masyarakat. Antara ciriciri komitmen mi termasuklah sikap dan nilai yang tidak
menimbulkan ketegangan antara kaum dan di kalangan
kaum itu sendiri.

6.3 NILAI DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN

NEGARA
Falsafah Pendidikan Negara (1988) telah dirumuskan seperti
yang berikut:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
106

ALIRAN-ALIRAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN NILAJ

berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dan segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha mi adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan din serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.
Penyataan falsafah mi menegaskan bahawa sistem
pendidikan negara memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke
arah melahirkan insan yang baik, berdasarkan kepercayaan,
keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. Ini bermakna
Falsafah Pendidikan Negara berhasrat untuk melahirkan
insan yang berpegang teguh kepada agama.
Berpandukan Falsafah Pendidikan Negara, matlamat
pendidikan ialah ke arah melahirkan insan yang baik dan
sempurna. Insan yang baik mi secara automatik menjadi warganegara Malaysia yang baik. Mereka mi hendaklah memiliki
serta menghayati ciri-ciri yang berikut:
(1) Percaya dan patuh kepada Tuhan
(2)

Berilmu pengetahuan

(3)

Berakhlakmulia

(4)

Bertanggungjawab kepada din, masyarakat, agama, dan


negara

(5)

Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat


dan negara

(6)

Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

Falsafah pendidikan (1988) mi juga bertujuan mencapai


matlamat-matlamat yang berikut:
107

PENDIDIKAN NILAI MERENTASI KURJKIJLUM KBSM

(1)

Memperkembangkan Potensi Individu


Potensi ialah bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh
seseorang sejak ia dilahirkan. Bakat dan kebolehan mi
meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi, danjasmani
yang merupakan anugerah Tuhan. Bakat-bakat mi perlu
dicungkil, diperkembangkan dan dipertingkatkan secara
berterusan.

(2)

Menyeluruh dan Rersepadu


Kesemua bakat dan kebolehan yang ada pada din
individu hendaklah dikembangkan secara optimum.
Pengembangan itu pula hendaklah dilakukan secara
tergabung dan saling berkaitan antara satu sama lain.

(3)

Insan yang Seimbang dan Harmonis


Manusia yang memiliki sahsiah yang sepadu apabila
semua potensi dirinya dikembangkan secara selaras,
menyeluruh, dan harmonis.
Ia menjadi insan yang senantiasa bersyukur, bersedia
menerima segala ujian dan cabaran hidup serta
senantiasa berikhtiar untuk mengatasi segala masalah
yang dihadapi dengan tenang. Oleh itu, ia dapat
menikmati ketenteraman dan ketenangan jiwa.
Keseimbangan dan kesejahteraan yang dimiliki bukan
sahaja bermanfaat kepada dirinya, malahan hal itu
tercermin dalam hubungannya dengan orang lain,
persekitaran, dan juga Maha Pencipta. Perhubunganperhubungan mi tidak terhad kepada negaranya sahaja,
malah menjangkau ke peringkat dunia atau antarabangsa.
(a) Unsur Intelek
Unsur intelek mengandungi aspek-aspek yang
berikut:
(i) hikmah, iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kebenaran
(ii) daya fikir yang kreatif dan inovatif
(iii) daya fikir yang logik dan analitis,
(iv) ilmu yang bermanfaat.
108

ALIRAN-ALIRAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN NILA!

(b)

Unsur Rohani dan Emosi


Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi
aspek-aspek yang berikut:
(i) keyakinan terhadap Tuhan
(ii) kepercayaan beragama
(iii) kemantapan jiwa
(iv) penghayatan nilai-nilai murni dan
norma masyarakat
(v) berbudi pekerti mulia
(vi) berbakti dan berkorban

(c)

Unsur Jasmani
Ciri-ciri unsur jasmani ialah:
(i) Kecergasan fizikal dan kesihatan din
(ii) Dapat menggunakan anggota dan tenaga
fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup
bermasyarakat

(4)

Kepercayaan dan Kepatuhan kepada Tuhan


Usaha-usaha ke arah mi dapat melahirkan individu yang
yakin bahawa manusia dan alam tidak terjadi secara
sendiri tetapi ada penciptanya. Keyakinan mi pula
menguatkan kepercayaan bahawa hukum-hukum alam
merupakan hukum-hukum Tuhan. Manusia dianjurkan
mengkaji fenomena alam dan juga dituntut memikul
amanah dan bertanggungjawab kepada Tuhan dalam
mentadbir dan memakmurkan alam.

(5)

Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan


memiliki sikap suka membaca serta cinta akan
ilinu pengetahuan
Manusia yang memiliki sifat-sifat mi akan menggunakan ilmu tersebut untuk manfaat dirinya sendiri
dan orang lain. Ini bermakna setiap individu mesti
109

PENDIDIKAN NILAI MERENTASI KURIKULUM KBSM

berusaha untuk menghayati


sepanjang hayat.
(6)

prinsip pendidikan

Rakyat Malaysia yang Rerakhlak Mulia


Masyarakat Malaysia yang baik budi pekertinya memiliki tingkah laku yang sopan, berdisiplin, dan bersepadu.
Sifat-sifat mulia mi terbentuk daripada kesedaran dan
keinsafan yang wujud pada din setiap rakyat. Sifat-sifat
mulia mi juga mesti berteraskan ilmu,keyakinan, dan
amalan.

(7)

Rakyat Malaysia yang Rertanggungjawab


Masyarakat Malaysia yang berpegang teguh kepada
amanah dan mempunyai tanggungjawab yang tinggi
terhadap Tuhan, bangsa, dan negara.
Masyarakat mi ialah masyarakat yang produktif,
bertanggungj awab melaksanakan tugasnya dengan
cekap, bersih, dan amanah.

(8) Rakyat Malaysia yang Rerkeupayaan Menikmati


Kesejahteraan Din
Masyarakat Malaysia yang memiliki jiwa yang damai
dan tenteram.
Ini membolehkan setiap individu memperkembangkan
dan memanfaatkan seluruh potensi dirinya bagi
memenuhi keperluan sendiri, keluarga, masyarakat,
agama, dan negara.
(9)

Rakyat Malaysia yang Dapat Memberi Sumbangan


Masyarakat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai
kemahiran bagi melahirkan tenaga manusia yang
produktif, berinisiatif dan berinovatif untuk mentadbirkan alam.
Masyarakat mi mampu menggunakan teknologi
dengan cekap bagi mempertimbangkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara.
110

ALIRAN-ALIRAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN NILAI

(10) Keharmonian dan Kemakinuran Masyarakat dan


Negara
Masyarakat Malaysia yang mengamalkan sikap
toleransi antara satu sama lain, bekerjasama, hormatmenghormati, dan mencapai perpaduan kaum.
Dengan adanya perpaduan muncul keadaan yang
aman, tenteram, dan stabil. Suasana yang sihat dan
positifmembantu dan menjamin perkembangan ekonomi
dan kemajuan dalam semua bidang kehidupan.
Falsafah Pendidikan Negara adalah teras kepada
sistem pendidikan di negara in Falsafah mi digubal
atas kesedaran bahawa negara mesti mempunyai tuju
hala dan matlamat yang benar dan tepat dalam sistem
dan rancangan pendidikannya. Selaras dengan Rukun
Negara, falsafah pendidikan mi turut menekankan
prinsip kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Malah keseluruhan Falsafah Pendidikan Negara adalah
berpaksikan ketuhanan.
Falsafah pendidikan mi dimanifestasikan dalam din
insan yang memiliki ciri-ciri yang baik, seimbang, dan
harmonis. Dalam konteks yang lebih luas, insan yang
baik, seimbang, dan harmonis mencerminkan individu
yang berilmu pengetahuan, luhur, dan mulia dan segi
rohani, sihat dan bersih dan segi mental dan fizikal,
serta dapat berbakti kepada agama, bangsa, dan negara.

6.4 NILAI DAN BIDANG KURIKULUM


Phenix (1964) mengemukakan alam makna atau realm of
meaning yang meliputi enam bidang kurikulum yang dapat
memberi pengalaman-pengalaman bermakna. Enam bidang
mi ialah:
Alam Satu: Simbolik Ini adalah asas penting alam makna
yang mempunyai tiga pembahagian utama, iaitu bahasa,
matematik, dan bentuk-bentuk bukan merewang (umpamanya, corak bahasa, adat dan istiadat, upacara resam dan
metos, dan lain-lain). Simbolik berperanan sebagai suatu cara
formal penglahiran dan penghubungan makna.
111

PENDIDIKAN NILAI MERENTASI KIJRIKIJLUM KBSM

Alam Dua: Empirik Ini meliputi dunia sains fizik bendabenda hidup dan manusia. Bidang mi memberi deskripsi
penyeluruhan atau generalisasi, dan teori-teon yang berasal
danpada pemerhatian dan eksperimen.
Alam Tiga: Estetik Bidang mi melibatkan berbagai-bagai
kesenian seperti muzik, pergerakan, kesusasteraan, dan
lukisan.
Alam Empat: Sinoetik Bidang mi menekankan pengetahuan
yang berguna kepada din, orang lain, dan perkara-perkara
lain. Pengertiannya adalah berkaitan dengan kesedaran dan
perubahan dalaman din.
Alam Lima: Etik Ini melibatkan pengetahuan moral dan
berkaitan dengan tanggungjawab dan kelakuan seseorang.
Bidang-bidang lain yang penting adalah yang berkaitan
dengan isu-isu seperti peperangan dan keamanan, hubungan
keluarga, keadilan dan kuasa, dan sebagainya.
Alam Enam: Sinoptik Ini adalah bidang yang komprehensif
dan bersepadu. Bidang mi meliputi sejarah, agama, dan
falsafah yang meliputi pengertian-pengertian empirik,
estetik, dan sinoetik sebagai satu keseluruhan.

6.4.1 Domain Afektif dalam Kurikulum


Domain afektif sama pentingnya dengan domain kognitif.
Mengikut Krathwohl (1965), dalam domain kognitif kita
biasanya memben tumpuan supaya pelajar boleh melakukan
tugas-tugas yang dikehendaki. Dalam domain afektif pula
kita lebih menumpukan supaya pelajar dapat mempamerkan
kemahiran yang mereka telah pelajan. Domain afektif
merupakan elemen penting yang tidak ditekankan dalam
objektif-objektif kognitif. Domain afektif memben tumpuan
kepada perkembangan nilai-nilai dan penglahiran perasaan.
Domain afektifberkaitan dengan penenmaan gerak balas,
penilaian, organisasi, dan pencirian atau perwatakan.
Objektif afektif yang paling rendah melibatkan pelajar
menerima rangsangan dan memberi gerak balas kepada
rangsangan i. Satu corak objektif yang lebih tinggi memerlukan pelaj ar-pelaj ar terlibat dengan proses penilaian.
112

ALIRAN-ALIRAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN NILAI

Kemudian pada tahap yang lebih tinggi, pelajar dikehendaki


mencari jawapan atau penyelesaian yang menunjukkan
tindak balas kepada pengkonsepan setiap nilai, dan dikehendaki menyusun nilai-nilai kepada sistem yang akan
mencorakkan perwatakan atau tingkah laku mereka, iaitu
tingkah laku moral atau nilai.
Pengaj aran dan pembelaj aran nilai merupakan komponen
afektif dalam taksonomi Pendidikan (Bloom, 1969). Domain
afektif mi memben tumpuan kepada unsur-unsur kesedaran,
sensitiviti, sikap, perhatian, pendapat, pertimbangan, emosi,
pendinan, dan sebagainya. Corak pengajaran mi juga bertujuan mengembangkan pemikiran moral dan aspek-aspek
kemanusiaan pada para pelajar supaya akan terbentuk suatu
kualiti kemanusiaan yang tinggi di kalangan pelajar.
Pengajaran nilai dalam kunkulum sekolah mempunyai
kaitan dan pertalian rapat dengan komponen-komponen lain
seperti kognitif dan psikomotor.

6.4.2 Hubungan Afektif-Kognitif


Kemahiran-kemahiran afektif seperti nilai, sikap atau
tingkah laku tertentu boleh diajar dengan menggunakan domain kognitif yang terdapat pada kandungan suatu mata
pelajaran terutama pengetahuan. Pengetahuan-pengetahuan
biasa terdiri daripada idea, konsep, fakta, dan pnnsip.
Umpamanya dalam pendidikan sejarah, pengetahuan sejarah
dalam bentuk fakta-fakta sejarah boleh mengembangkan
kem ahiran-kemahiran afektif dengan cara menekankan
pertimbangan nilai. Kesan positif danpada pembelajaran
nilai mi membolehkan para pelajar menilai peristiwaperistiwa, kesan-kesan perkembangan sej arah yang
berkehendakkan para pelajar menggunakan pemikian moral
untuk membuat pentafsiran dan penilaian. Hubungan mi
ditunjukkan pada Rajah 6.1 di halaman 114.
Subahan1 (1988) menjelaskan hubungan antara domain
kognitif dengan domain afektif tidak terasing kerana proses
1 T. Subahan T. Mohd. Merah dan Rashidi Azizan 1988. Kertas kerja
tentang Penilaian Penerapan dan Sikap Nilai-niiai Murni dim. Seminar Niiai-nilai Murni Merentasi Kurikuium - KBSM.
113

PENDIDIKAN NILAI MERENTASI KURIKIJLUM KBSM

C
Rajah 6.1 Menunjukkan tindakan domain-domain taksonomi pendidikan

pendidikan melibatkan pengajaran individu yang bersepadu


secara menyeluruh; tindak-tanduk individu itu bergantung
pada pemikiran dan perasaan. Oleh yang demikian, pengajaran satu komponen objektif akan juga merangkumi
pengajaran komponen lain.
Komponen kognitif bagi sesuatu mata pelajaran biasanya
mempunyai nilai-nilai intrinsik, iaitu pengetahuan-pengetahuan yang berharga atau bernilai yang boleh memberikan
kesedaran, penghayatan, dan penghargaan terhadap apa
yang dipelajari. Ta juga berkaitan dengan berbagai-bagai dimensi nilai yang memberi wawasan dan makna kepada
kehidupan manusia.
Kemahiran afektif boleh diajar walaupun pengajaran
afektif adalah satu bidang yang sukar. Selain mempunyai
unsur kognitif dan afektif, penglibatan emosi dan komitmen
peribadi juga diperlukan.
Gardner dan Kleinke (1972) dalam kajiannya untuk
membina kesedaran telah menggunakan pengetahuan fakta,
prinsip, dan aplikasi sebagai komponen tingkah laku dengan
melihat pertaliannya dengan pencemaran, kependudukan,
dan ekologi sebagai dimensi kandungan pelajaran.
Fleetwood dan Hounshell (1976) menggunakan pengkategorian Krathwohl, iaitu penerimaan, tindak balas, dan
penilaian sebagai komponen tingkah laku apabila mengkaji
persekitaran, pemeliharaan sumber-sumber semula j adi,
114

ALIRAN-ALIRAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN NILAI

pencemaran, dan membuat keputusan untuk kualiti persekitaran sebagai bentuk dimensi kandungan pelajaran.
Maloney et al. (1975) membina skala sikap berkaitan
dengan masalah persekitaran yang berhubung dengan sikap
dan nilai masyarakat. Pembentukan skala sikap mi meliputi
pecahan skala, iaitu pengetahuan atau pengetahuan fakta
berkaitan dengan isu-isu ekologi kesan (tingkat kesedaran)
terhadap isu-isu in komitmen lisan (apa yang dikatakan oleh
seseorang yang menunjukkan kesediaan melakukan) dan
komitmen sebenar (apakah sebenarnya yang telah dilakukan
oleh seseorang terhadap isu yang diperkatakan).
Barman (1986) menyatakan bahawa kandungan dan
strategi pengajaran dalam apa pun kunkulum yang berkaitan
dengan pembentukan sikap, haruslah mengambil kira
penngkat perkembangan moral kanak-kanak. Beliau juga
menegaskan, iaitu apabila membincangkan sains atau
teknologi dan pertaliannya dengan masyarakat dalam bilik
darjah, guru-guru perlu bukan sahaja mengharapkan pelajar
mendengar dan memberi tindak balas tetapi juga lebih
mengetahui pola-pola taakulan nilai pelajar-pelajar mereka.
Kunkulum sains dan sains sosial telah diakui sebagai
satu keperluan pendidikan bagi mengembangkan kewarganegaraan dan kesedaran sosial serta moral yang tinggi di
kalangan pelajar.
Jadual6.1

Kategori utama daiam domain afektif,


taksonomi objektif-obj ektif pendidikan
(Krathwohl, 1964)

(1) Penerimaan Penerimaan merujuk kepada


kesediaan pelajar untuk mengikuti fenomena
tertentu atau rangsangan (aktiviti-aktiviti bilik
darjah, buku teks, muzik, dan lain-lain). Dan segi
pengaj aran, penerimaan dikaitkan dengan
perolehan penguasaan, dan penarikan minat.
Kesan pembelajaran dalam bidang mi melibatkan
kesedaran yang paling rendah bagi pihak pelajar.

Penenmaan merupakan penngkat yang paling


rendah bagi hasii-hasil pembelajaran dalam domain kognitif.

115

PENDIDIKAN NILAI MERENTASI KIJRIKULUM KBSM

sambungan Jadual 6.1


(2)

Tindak balas Tindak balas merujuk kepada


penyertaan yang aktif bagi pihak pelajar. Pada
peringkat i, seseorang pelajar tidak hanya
mengikuti sesuatu fenomena tertentu tetapi dia
juga memberikan tindak balas dengan cara
tertentu. Kesan pembelajaran dalam bidang
boieh mementingkan kewujudan tanda-tanda
tindak balas (membaca bahan-bahan), kesediaan
memberi tindak balas (secara sukarela membaca
lebih daripada untuk tugasan), atau kepuasan
dalam tindak balas (membaca untuk keseronokan).
Peringkat yang paling tinggi bagi kategori
meliputi obj ektif-obj ektif pengaj aran yang
biasanya dikelaskan di bawah minat bagi
mengurangkan tekanan dan menambahkan
keseronokan melalui aktiviti-aktiviti tertentu.

mi

mi

(3) Penilaian Penilaian adalah berkaitan dengan


sesuatu yang berguna atau nilai yang dirasai atau
diben oleh pelajar terhadap objek-objek tertentu,
fenomena, atau tingkah laku. Ia meliputi tahap
yang paling mudah dalam penenmaan sesuatu
nilai (keinginan untuk membaiki kemahirankemahiran kumpulan) kepada tahap yang lebih
kompleks, iaitu tahap komitmen (andaikan
tanggungjawab yang lebih berkesan kumpulan

berkenaan). Penilaian adalah berasaskan


pembatinan atau penghayatan sesuatu set nilai
tetapi gambarannya ialah nilai yang ditunjukkan
melalui tingkah laku pelajar. Kesan pembelajaran

dalam bidang mi adalah berkaitan dengan tingkah


laku yang lebih konsisten dan stabil bagi
menjadikan sesuatu nilai lebih jelas ditunjukkan.
Obj ektif-obj ektif pengajaran yang biasanya
dikelaskan di bawah sikap dan apresiasi terbentuk
dalam kategori mi.

116

ALIRAN-ALIRAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN NILAI

sambungan Jadual 6.1


(4) Organisasi Organisasi adalah berkenaan dengan
menyusun semula nilai-nilai yang berbeza, mengatasi konflik yang terdapat, dan membina secara

konsisten sistem nilai. Penekanan perlu diberi untuk


membanding,

menghubungkan,

dan membuat

sintesis nilai. Kesan pembelajaran adalah berkaitan


dengan pengkonsepan sesuatu nilai (memastikan
tanggungjawab setiap individu untuk membaiki atau
meningkatkan hubungan kemanusiaan) atau
penyusunan sesuatu sistem nilai. Objektif pengajaran adalah mengembangkan suatu falsafah hidup
di kalangan pelajar.

(5)

Pencirian dengan sesuatu nilai atau kompleks nilai


Pada penngkat domain afektif in seseorang mdividu mempunyai satu sistem nilai yang boleh
mengawal tingkah lakunya dalam satu jangka masa
yang agak lama sehingga ia dapat mengembangkan

mi

satu ciii gaya hidup. Oleh itu tingkah laku


adalah
pervasif, konsisten, dan boleh diramalkan. Kesan
pembelajaran pada peringkat
meliputi satu
bidang aktiviti yang luas, tetapi penekanan
utamanya adalah kepada perlakuan yang seragam
atau ciri-ciri pelajar. Objektif-objektif pengajaran
adalah berkaitan dengan corak penyesuaian umum

mi

pelajar (peribadi, sosial, dan emosi).

117

PENDIDIKAN NILAI MERENTASI KIJRIKIJLUM KBSM

Jadual 6.2

Rumusan kategori taksonomi objektifobjektif pendidikan domain afektif

Strategi
(1) Penerimaan

(2) Tindak balas

Perkembangan
(a)
(b)
(c)

kesedaran
kesediaan menerima
mengawal atau memilih
perhatian

(a)

menunjukkan petanda
tindak balas
kesediaan bertindak balas
berpuas hati dengan tindak
balas

(b)
(c)

(3) Penilaian

(a)
(b)
(c)

penerimaan sesuatu nilai


memberi keutamaan kepada
sesuatu nilai
komitmen

(4) Organisasi

(a)
(b)

pengkonsepan nilai
penyusunan suatu sistem
nilai

(5) Pencirian dengan


sesuatu nilai atau
kompleks nilai

(a)
(b)

penyeluruhan set nilai


pencirian (pembatinan atau
penghayatan nilai)

Jadual 6.3 Huraian taksonomi afektif

Huraian Umum tentang


Objektif -objektif Pengajaran

Huraian dan Segi Tingkah


Laku Penyataan Hasil
atau Kesan Khusus Pembelajanan

(1) Dengan berhati-hati


menunjukkan kesedaran
tentang kepentingan

menanya,memilih,
menerangkan, mengikut,
memberi, menguasai,

pembelajaran
Menunjukkan sensitiviti

mengenal pasti, menandakan


menamakan, menunjukkan,

kepada keperluan-keperluan manusia dan masa-

menj awab, menggunakan

118

ALIRAN-ALIRAN DANFALSAFAH PENDIDIKAN NILAI

sambungan Jadual 6.3


lah-masalah sosial
Menerima perbezaan-perbezaan bangsa dan budaya
Mengikut dengan teliti
aktiviti-aktiviti bilik darjah
(2) Menyiapkan tugasan rumah
Mematuhi peraturan-peraturan sekolah
Mengambil bahagian dalam
perbincangan bilik darjah
Menyiapkan kerja-kerja di
makmal
Sukarela untuk menjalankan
tugas-tugas khusus
Menunjukkan minat dalam
pelajaran
Gembira membantu orang
lain

menjawab, membantu,
mematuhi mengesahkan,
membincangkan, menyapa,
melabel, melakukan,
melatih, menyampaikan,
membaca, melaporkan,
memilih, memberitahu,

(3) Menunjukkan kepercayaan


dalam proses demokrasi
Menghargai mutu

melengkapkan,
menerangkan, membezakan
menjelaskan, mengikut,

kesusasteraan (seni atau

membentuk, memulakan

muzik)
Menghargai kepentingan
sains (atau lain-lain mata
pelajaran) dalam kehidupan
harian
Memberikan perhatian ter-

menjemput,
menggabungkan,
menjustifikasikan,
mencadangkan, membaca,
melaporkan, memilih,
mengongsi, mengkaji,

hadap kebajikan orang lain


Menunjukkan sikap

melakukan

menyelesaikan masalah

Menunjukkan komitmen
kepada pembaikan sosial
(4) Mengenali keperluan bagi
mengimbangkan kebebasan
dengan tanggungjawab

dalam demokrasi

membaiki, menyusun,
mencantumkan, membandingkan, melengkapkan,

mempertahankan

Mengenali peranan sistem


perancangan dan menyele-

119

menerangkan,menyimpulkan,
mengenali, menggabungkan,

PENDIDIKAN NILAI MERENTASI KIJRIKULUM KBSM

sambungan Jadual 6.3


saikan masalah
Menerima tanggungjawab
untuk diii sendiri
Memahami dan mengakui
kekuatan dan kelemahan
din
Membantu rancangan hidup
dengan harmoni, sosial
dengan kebolehan, minat
dan kepercayaan
(5) Membangkitkan kesedaran
Menunjukkan kekuatan
diii bekerja secara sendiri
Mengenalkan kerjasama
dalam anggota kumpulan
Menggunkan pendekatan
objektif dalam menyelesaikan masalah
Menunjukkan ketepatan
(masa, janji) dan disiplin
Mengekalkan kebiasaan
kesihatan yang baik

mengubah, menyesuaikan,
mengarah, menyusun,
menyiapkan, mengaitkan,
mensintesiskan

bertindak, membezakan,
mempengaruhi, mendengar,
mengubah, melakukan,
melatih, mencadangkan
mengesahkan, menyoal
mengkaji, menyelesaikan,
menggunakan

6.5 PERSPEKTIF NILAI MERENTASI

KURIKULUM
Pendidikan nilai telah diben penekanan dalam semua mata
pelajaran di sekolah. Secara umum nilai-nilai murni dalam
kunkulum merupakan kesepaduan antara nilai moral, nilai
budaya, nilai agama, dan nilai estetik. Gambaran mi ditunjukkan pada Rajah 6.2 di halaman 121. Nilai-nilai murni
mempunyai nilai teras dan mi ditunjukkan dalam Jadual 6.4 di
halaman 122 dan huraiannya adalah seperti yang berikut:
(1)

Nilai moral ialah nilai yang berteraskan soal etika, kemanusiaan, keagamaan, dan kepercayaan.

(2)

Nilai budaya ialah nilai yang berkaitan dengan cara


hidup, kemasyarakatan, sosial, tradisi, dan kepercayaan.

(3)

Nilai estetik ialah nilai yang mengutamakan kesenian


120

ALIRAN-ALIRAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN NILAJ

dan keindahan, iaitu nilai yang penting kepada


perkembangan emosi atau perasaan.
(4)

Nilai agama ialah nilai yang menyentuh kepercayaan


atau soal aqidah, kerohanian serta cara dan amalan
hidup yang baik yang diamalkan oleh sesuatu masya-

rakat yang berteraskan kepercayaan adanya Tuhan atau


Yang Maha Kuasa.

Rajah 6.2 Nilai-nilai murni dalam kurikulum (mata pelajaran)


hasil gabungan nilai-nilai moral, agama, estetik dan
budaya.

121

PENDIDIKAN NILAI MERENTASI KURIKtJLUM KBSM

Jadual 6.4 Skema nilai dan teras nilai

Nilai

Tenas/Asas
(a) Etika

(1) Nilai Moral

(b) Kemanusiaan
(c) Keagamaan

(d) Kepercayaan
(a) Kepercayaan (aqidah bagi
agama Islam)
(2) Nilai Agama

(b) Kerohanian

(c) Cara hidup masyarakat


(a) Kesenian
(3) Nilai Estetik

(b) Keindahan
(c) Perasaan

(a) Cara hidup


(b) Kemasyarakatan
(4) Nilai Budaya

(c) Sosial (perubahan sosial

dan isu sosial)


(d) Kepercayaan
(e) Tradisi
Jadual 6.5 menunjukkan skema berkonsep tentang
kestabilan nilai yang diukur secara relatif mengikut tinggi,
rendah, dan kefleksibelan. Umpamanya, apabila sesuatu
pengukuhan nilai murni telah tercapai dengan baik, maka,
kemungkinan berlakunya konflik nilai adalah rendah. Konflik
nilai mi pula mempunyai kefleksibelannya dengan cara
mengurangkan kerumitan yang berlaku. Indikasi pengukuhan nilai umumnya adalah tinggi.
Jadual 6.5 Skema berkonsep tentang kestabilan nilai:
tinggi, rendah, dan kefleksibelan

Tinggi

Rendah

Kefleksibelan

Pengukuhan Nilai

Konflik Nilai

Konflik Nilai

Pengawalan Sosial

Masalah Sosial

Dilema Sosial

Kestabilan Sosial

Dilema Sosial

Penyesuaian
kepada Perubahan

122

ALIRAN-ALIRAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN NILAI

Nilai sebagai satu alat pengawalan sosial biasanya


mempunyai darjah kestabilan yang tinggi. Nilai dapat
mengawal masalah sosial pada tahap yang rendah atau

mengurangkan masalah-masalah sosial dalam masyarakat


atau yang mungkin dihadapi oleh anggota atau individu
masyarakat. Dilema sosial yang mungkin dihadapi juga lebih
fleksibel kerana darjah kefleksibelan nilai-nilai pengawalan
sosial dapat membantu individu atau masyarakat keseluruhannya membuat keputusan yang lebih rasional terhadap
isu dan masalah sosial yang dihadapi. Kestabilan nilai yang
tinggi mencorakkan kestabilan sosial yang tinggi dan dapat

mengurangkan banyak masalah sosial. Dilema sosial adalah


pada tahap yang rendah kerana anggota masyarakat dapat
membuat penyesuaian kepada perubahan-perubahan yang
berlaku.

Kurikulum Geografi
Pemupukan nilai-nilai munni dan semangat kewarganegaraan bertitik tolak atas hakikat bahawa manusia diamanahkan
untuk menggunakan sumber-sumber alam dengan bertanggungjawab dan bijaksana. Pemupukan semangat kewarganegaraan dibina atas kefahaman bahawa negara kita
memiliki berbagai-bagai sumber kekayaan, keindahan alam,
kedudukan yang strategik, corak hidup penduduk yang harmoni, dan peningkat pembangunan yang dinamik. Onentasi
nilai yang dicadangkan adalah:
(1)

Berusaha memperbaiki suasana alam sekitar supaya


indah dan sejahtera sebagai tempat tinggal

(2)

Menghargai pelbagai bentuk geognafi fizikal

(3)

Menyedari pentingnya melibatkan din secara aktif


dalam pembangunan negara

(4)

Menyedan keperluan mengadakan hubungan yang baik


antara komuniti dan juga antara negara yang mempunyai perkaitan dalam bidang ekonomi, sosial, dan
budaya
123

PENDIDIKAN NILAI MERENTASI K1JRIKIJLUM KBSM

(5)

Menghargai usaha-usaha untuk membasmi kemiskinan


dan menyusun semula masyarakat

Kurikulum Sejarah
Pendidikan sejarah akan menitikberatkan nilai-nilai yang
dapat memupuk semangat kewarganegaraan. Melalui
pengertian dan penghayatan sejarah negara, semua usaha
membina kepenbadian bangsa Malaysia ditekankan dan
diben keutamaan.
Nilai-nilai kewarganegaraan yang dipupuk adalah seperti
yang berikut:
(1)

Berbangga sebagai rakyat Malaysia


(a) berakhlak dan berbudi pekerti mulia
(b) menghormati raja dan pemimpin negara
(c) menghormati lambang-lambang negara (seperti
bendera, lagu kebangsaan, dan jata negara)
(d) menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya
bangsa

(2)

Bersemangat setia negara


(a) cinta akan bangsa dan negara
(b) taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara
(c) sedia berkorban untuk bangsa dan negara
(d) bertanggungjawab kepada bangsa dan negara
(e) berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan
bangsa dan negara
(1) peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan
negara

(3)

Bersemangat kekitaan
(a) bersatu padu dan berharmoni
(b) bertolak ansur dan bertoleransi
(c) bekerjasama dan tolong-menolong
(d) hormat-menghormati
(e) bersefahaman dan bermuafakat
(0 muhibah

(4)

Berdisiplin
(a) mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan
Negara
124

ALIRAN-ALIRAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN NILAI

(b)
(c)
(d)
(e)
(0
(g)
(5)

mematuhi peraturan dan undang-undang


berkelakuan sopan dan bertatasusila
bertanggungjawab
bertindak dengan wajar
bersifat amanah dan jujur
berlaku adil dan bertimbang rasa

Berusaha dan produktif


(a) rajin dan gigih
(b) berdikari
(c) senantiasa mempertingkatkan usaha
(d) tabah menghadapi cabaran
(e) menyokong dan melibatkan din dalam usaha
pembangunan negara.

Kurikulum Sains
Kunkulum sains mi memberi tumpuan kepada pemupukan
nilai-nilai murni yang bertitik tolak danpada hakikat bahawa
manusia harus memainkan peranan sebagai insan yang
bertanggungjawab dan bijaksana dalam mengurus alam. Nilai
murni yang dimaksudkan dalam kurikulum mi merupakan
nilai-nilai yang boleh dipupuk menerusi pengajaran dan
pembelajaran sains.
Sikap dan nilai murni yang sesuai dipupuk adalah seperti
berikut:
(1)

Bersemangat ingin tahu dan berusaha menyiasat


tentang perkara dan kejadian yang berlaku dalam alam
dengan tabh dan produktif

(2)

Bersikap jujur dan objektif dalam usaha metiyusun dan


melaporkan keputusan penyiasatan sains

(3)

Berfikiran terbuka serta bersedia menenma idea atau


pandangan pihak lain dan mengubah pendinan apabila
terdapat bukti-bukti yang lebih meyakinkan

(4)

Bekerjasama dan mengambil sikap positif terhadap


keselamatan di makmal

(5)

Menghargai sains sebagai satu kajian empirik tentang


125

PENDIDIKAN NILAI MERENTASI KURIKULUM KBSM

pelbagai denda dan fenomena yang boleh diperhatikan


dan disukai
(6)

Menyedan bahawa sains merupakan hanya salah satu


cara untuk memahami alam

(7)

Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih


dan sihat

(8)

Menghargai pelbagai benda hidup, saling bersandaran


antaranya dan keperluannya untuk meneruskan hidup
dalam alam mi

(9)

Bertanggungjawab dalam usaha menggunakan sumber


alam dan tenaga serta menghargai usaha sama manusia
untuk mengurus alam

(10) Menghargai keindahan alam sekitar dan menjaga


kebersihannya untuk kesejahteraan hidup
(11) Bekerjasama dan mempunyai semangat kekitaan dalam
usaha menjaga keseimbangan alam
(12) Bertanggungjawab dalam membuat perancangan dan
keputusan tentang sesuatu perkara dengan mengambil
kira kesannya terhadap masyarakat dan alam sekitar

Kurikulum Matematik
Pemupukan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia (misalnya, kepentingan membuat penyataan yang jelas dan tepat,
berhati-hati sewaktu menjalankan sesuatu prosedur, tekun,
cekal, tidak membazir, bersifat sederhana, dan bekerjasama)
untuk melahirkan warganegara yang bertanggungjawab.

Kurikulum Pendidikan Seni


Pendidikan Seni dibina atas prinsip bahawa keindahan
adalah sebahagian daripada ciptaan Tuhan. Setiap manusia
secara semula jadi mempunyai keperluan kepada keindahan
demi mencapai keselesaan dan ketenteraman ke arah
kesejahteraan hidup. Keindahan yang dimaksudkan juga
126

ALIRAN-ALIRAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN NILAI

terangkum kebaikan. Nilai-nilai estetik dan etika mi dan


pemupukannya di kalangan pelajar adalah asas kepada
Pendidikan Seni.
Senarai nilai yang sesuai diperkembangkan dalam
Pendidikan Seni ialah:
(1)

Menghargai keindahan dan keharmonian alam masyarakat serta berusaha memeliharanya

(2)

Menyedari kemampuan din di sisi keagungan ciptaan


Tuhan dan bersikap sederhana

(3)

Peka terhadap keharmonian, keindahan, dan keselesaan


dalam segala perbuatan

(4)

Senantiasa memben perhatian kepada kehalusan kerja


seperti menggunakan alat dan bahan dengan betul,
merancang kerja dengan teratur, kesungguhan terhadap
proses penghasilan dan membeni perhatian kepada
kemasan

(5)

Menghargai hasil-hasil seni sebagai wansan budaya

(6)

Menghargai tokoh-tokoh seni dan sumbangan mereka


terhadap perkembangan budaya

Kurikulum Pendidikan Jasmani dan


Kesihatan
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, nilai-nilai
di dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dibina atas
prinsip bahawa manusia telah dijadikan sebaik-baik makhluk. Telah menjadi kewajipan asas setiap orang untuk menghargai, memelihara, dan meningkatkan keadaan kesihatan
din dan masyarakat demi meningkatkan daya produktiviti
dan memperoleh kesejahteraan hidup.
Nilai-nilai yang sesuai dimasukkan ke dalam kunkulum
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah seperti yang
berikut:
(1)
(2)

Menghargai pentingnya mengamalkan latihan kecergasan dan kesihatan


Menghargai pentingnya mengikuti prinsip-prinsip
latihan
127

PENDIDIKAN NILAI MERENTASI KURIKULUM KBSM

(3)

Menyedari pentingnya rehat dan rekreasi


mengamalkannya

(4)

Mengamalkan gerak badan yang baik dan sempurna


dalam kegiatan hanan

(5)

Mementingkan langkah-langkah keselamatan dalam


sebarang kegiatan hanan

(6)

Berkeyakinan untuk menyusun program latihan


kecergasan bagi keperluan din sendiri dan melakukannya

(7)

Menghargai keadaan tubuh yang sihat dan cergas serta


memeliharanya

(8)

Bertimbang rasa terhadap orang lain yang menghadapi


masalah kesihatan dan bersedia membantu setakat yang
boleh
Bertanggungjawab, bekerjasama, berdisiplin, bertoleransi, serta bersemangat persahabatan, kepimpinan dan
kesukanan dalam segala kegiatan sukan dan kegiatan
hanan.

(9)

serta

Kurikulum Pendidikan Agama Islam


(1)

Menerapkan nilai, adab kesopanan, dan akhlak mulia


dalam kehidupan pelajar
(a) Adab dengan Allah s.w.t. dan rasul
(b) Adab
(i) dengan keluarga
(ii) dengan guru dan rakan-rakan
(iii) dengan jiran tetangga
(c) Rajin
(i) dengan tekun dan usaha
(ii) dengan dedikasi
(d) Kebersihan jiwa

(2)

Menerapkan nilai akhlak dan sifat terpuji


(a) Berani kerana benar
(b) Bersikap sederhana
(c) Berjimat cermat
128

ALIRAN-ALIRAN DAN FALSAFAH PENDIDIKANNILAI

(d)

Senantiasa bersyukur

(e)

Berbudi bahasa

(0

Kasih mengasihi antara satu sama lain


Berusaha memupuk perpaduan dan mencegah
perpecahan

(g)
(3)

Mengenali kedudukan manusia dan alam sejagat ke arah


melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka
bumi
(a)

Manusia dan alam sejagat

(b)
(c)

Kepentingan ilmu pengetahuan


Menghormati hak umum dan individu serta mengutamakan kepentingan ramai
Kepentingan perpaduan umat dan kemajuannya
dalam bidang ekonomi dan pendidikan

(d)
(4)

Menerapkan nilai akhlak dan sifat terpuji:


(a) Kebebasan berfikir, bergaul, dan bertindak
(b) Amanahterhadap
(i) din sendini
(ii) keluarga
(iii) masyarakat

(c)

(d)

Sanggup mengorbankan
(i) jiwadantenaga
(ii) harta
(iii) kepentingan din untuk kepentingan
umum
Pemupukan keharmonian hidup
(i) berusaha mewujudkan suasana harmoni
dalam keluarga dan masyarakat
(ii) berusaha melenyapkan fitnah

BUMUSAN
Terdapat beberapa pandangan yang berbeza tentang nilai
berdasarkan nilai idealis, nilai realis, dan nilai pragmatis.
Mengilcut golongan idealis, pelajar harus diajar memelihara
nilai-nilai mi dan menjadikannya nilai-nilai yang penting
dalam kehidupan mereka. Nilai realis perlu dikembangkan
secara menyeluruh dalam masyarakat. Nilai pragmatis pula
menekankan masalah moral bukan dengan mengenakan
129

PENDIDIKANNILAI MERENTASI KURIKULUM KBSM

peraturan-peraturan yang ketat tetapi peraturan dan


langkah-langkah yang boleh menghasilkan kesan yang baik.
Nilai teras perlu ditanam bagi mencapai matlamat
membentuk belia-belia yang berpengetahuan, bertanggungjawab, berkebolehan, mempunyai watak-watak yang baik,
dan menjadi warganegara yang baik.
Nilai teras menekankan nilai-nilai kewarganegaraan dan
perpaduan. Nilai dalam Falsafah Pendidikan Negara
menekankan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan berpegang teguh kepada agama.
Nilai-nilai murni dan moral akan menjadi teras penting
kepada semua kunkulum mata pelajaran di sekolah. Domain
afektif patut diben keutamaan dalam semua kurikulum
sekolah.

130

Anda mungkin juga menyukai