Anda di halaman 1dari 3

MOTIVASI -TIPS UNTUK MURID-MURID UPSR

MOTIVASI BELAJAR 6 TIPS UNTUK MENGHILANGKAN RASA GEMURUH KETIKA MENGHADAPI


PEPERIKSAAN UPSR

Setiap orang yang menghadapi peperiksaan khasnya peperiksaan yang penting seperti UPSR, pastinya
berdepan rasa gemuruh, ketidakpastian, takut dan sedikit tertekan. Itu semua sebenarnya emosi negatif. Kita
kena tukarkannya menjadi emosi positif, emosi tenang. Kita kena hilangkan rasa gemuruh. Rasa gemuruh
tersebut biasanya datang walaupun kita sudah bersedia dengan dengan persediaan yang rapi. Bak kata orang,
persediaan kita sangat rapi hingga setiap jawapan kita ibarat skema jawapan.
Bagaimana caranya? Berikut adalah 6 cara atau tips untuk membuat anda tenang sebelum peperiksaan
bermula. Semoga ianya dapat menjadi panduan untuk murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR,
yang akan datang

1. Beri semangat pada diri sendiri melalui kata-kata aku boleh.

Kita tidak tenang sebelum memulakan peperiksaan sebab kita tidak tahu apa yang akan kita jumpa nanti dalam
kertas soalan. Kita jadi takut. Untuk nak tenang sebelum peperiksaan bermula, buang ketakutan sedikit demi
sedikit dengan memberi kata-kata semangat, mengatakan yang anda boleh jawapan soalan itu satu persatu.
Katakan pada diri anda, aku boleh buat atau aku boleh jawab dengan baik,aku boleh, aku boleh!.

2. Gunakan mindset berani gagal.

Bila anda berani gagal dan menanam sikap berani gagal, rasa gementar dan gugup itu akan hilang perlahanlahan berganti dengan keberanian. Setelah kita buang ketakutan, gantikannya cepat-cepat dengan mentaliti
berani gagal, berani mendepani apa jua yang akan terjadi. Anda akan bersemangat tiba-tiba. Ramai dari kita
gementar saat menghadapi peperiksaan sebab kita mendepani sesuatu yang tak pasti dan kita takut tak perform
well ketika menjawab soalan peperiksaan.

3. Bayangkan ketenangan diri Anda semasa menjawab kertas soalan.

Fokus pada menikmati ketenangan supaya kita dapat menghilangkan kegugupan. Tarik nafas dalam-dalam,
hembus perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat saat perasaan anda mulai gusar. Teknik pernafasan ini membuat
anda tenang, menghilangkan gemuruh serta bagus untuk menghalang mental black. Idea-idea untuk menjawab

soalan peperiksaan akan lancar mengalir apabila kita tenang.

4. Jika Anda sudah belajar dan bersedia, tidak ada sebab untuk Anda nervous.

Biasanya, kita gusar sebelum memulakan menjawab peperiksaan sebab kita rasa kita tak cukup bersedia
hendak menjawab soalan peperiksaan tersebut. Bila kita sudah belajar, sudah mengulang kaji dan bersedia
menjawab soalan yang akan keluar nanti biasanya kita tidak akan gugup. Biasanya kita akan YAKIN. Lainlah
kalau persiapan pada saat terakhir, memang gemuruh punya.

Bila sudah belajar dan sudah menelaah sehabis baik, kita tidak akan sabar untuk melihat apa yang ada di dalam
kertas soalan itu. Kita tidak sabar hendak merasa thrillnya menjawab soalan.

Kita tidak akan rasa gementar langsung, bahkan tak sabar nak mengerjakan kertas soalan dengan jawapanjawapan yang sudah sedia tersemat di minda kita. Jika sudah belajar, sepatutnya kita rasa yakin menjawab apa
jua yang akan ditanya dalam kertas soalan peperiksaan.

5. Ingat wajah-wajah kesayangan Anda.

Setiap dari kita pasti ada orang yang kita sayangi terutamanya ibu, bapa atau adik beradik kita dapat
mewujudkan ketenangan walaupun anda berada dalam suasana yang penuh dengan tekanan seperti waktu
menghadapi peperiksaan.

Ingat dan bayangkan wajah-wajah kesayangan anda, hadirkan rasa kecintaan yang mendalam di hati anda untuk
membuat anda tenang, bebas dari rasa gemuruh. Niatkan perjuangan anda belajar ini adalah untuk mereka.

Jika dipandang dari aspek positif, rasa gemuruh atau rasa tidak tenang sebelum menjawab peperiksaan
sebenarnya tindakan hormon adrenalin yang dirembes oleh tubuh kita sebagai signal biologi untuk membuat kita
bersedia dari segi emosi.

Apabila kita teringat seseorang yang kita cintai, serta merta tubuh badan kita merembes satu jenis bahan kimia
yang akan meneutralkan hormon adrenalin, lantas membuat debaran kita menjadi perlahan, semakin perlahan
lalu menghilang sedikit demi sedikit.

6. Ingat masa depan Anda.

Hilangkan rasa gemuruh dengan membayangkan masa depan anda. Kita mengambil peperiksaan supaya kita

lulus dalam akademik yang akan menentukan masa depan kita.

Biar kita yang mengawal rasa gemuruh, bukan diri kita yang dikawal oleh rasa gemuruh. Jika masih juga
gemuruh, beritahu diri anda yang anda mahu rasai ketenangan. Katakan aku mahu tenang, ulangi berkali-kali.

Lakukan latihan pernafasan tarik nafas melalui hidung selama 7 saat, tahan 3 saat, hembus perlahan-lahan
selama 7 saat, seperti yang saya katakan di atas tadi.

Anda mungkin juga menyukai