Anda di halaman 1dari 13

KRL

[KAJIAN PENYELIDIKAN DALAM SEKOLAH RENDAH] 3033


JURNAL 1
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis Di Sekolah
1.0 KAJIAN
Berdasarkan jurnal pendidikan yang ditulis Che Zanariah Che Hassan
dan Fadzilah Abd Rahman, mereka telah menjalankan kajian terhadap
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di sekolah
rendah sekitar daerah Terengganu.Fokus kajian ini ialah untuk mengenal
pasti sikap,aplikasi strategi pengajaran dan permasalahan pengajaran dan
pembelajaran kemahiran menulis dalam kalangan guru-guru bahasa Melayu
di sekolah rendah daerah Kuala Terengganu.
Seperti yang sedia maklum, mata pelajaran bahasa Melayu adalah
antara subjek wajib yang perlu diambil di peringkat sekolah rendah mahupun
menengah.Kemahiran menulis adalah asas kemahiran bahasa yang perlu
dikuasai murid. Namun begitu, sekitar tahun 2010,seramai 60% murid telh
dikenalpasti belum menguasai kemahiran membaca dan menulis. Keadaan
ini amat membimbangkan kerana bidang penulisan amat penting kerana ia
bukan sahaja diguna pakai di dalam setiap peperiksaan malah sebagai
penentu kejayaan akademik.
2.0 KAJIAN DAN REKABENTUK KAJIAN
Rekabentuk kajian yang telah digunakan di dalam kajian ini ialah reka
bentuk kajian deskriptif melalui kaedah tinjauan dengan soal selidik.Melalui

KRL

[KAJIAN PENYELIDIKAN DALAM SEKOLAH RENDAH] 3033


instrumen ini data dan maklumat dikumpulkan sebagai hasil dapatan.
Statistik deskriptif yang digunakan pula memberi gambaran tentang latar
belakang responden, sikap guru dalam pengjaran dan pembelajaran
kemahiran menulis, aplikasi strategi guru dalam masalah pengajaran dan
pembelajaran, serta masalah pengajaran dan pembelajaran kemahiran
menulis.
3.0 PERSAMPELAN KAJIAN
100 orang guru bahasa Melayu dari enam buah sekolah telah dipilih
sebagai responden.Soal selidik tentang latar belakang guru sebagai
responden telah dijalankan untuk mendapatkan makluman yang diperlukan.
Statisktik yang yang digunakan ialah analisis kekerapan dan peratus taraf
pengetahuan guru masih di tahap sederhana manakala dari segi
pengkhususan pula masih lagi terdapat beberapa guru pengkhususan lain
mengajar mata pelajaran bahasa Melayu.
4.0 DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan soal selidik dari segi sikap guru terhadap pengajran dan
pembelajaran kemahiran menulis rata-rata menyatakan pembelajaran
kemahiran menulis merupakan tangungjwab guru.Mereka juga tidak
bersetuju bahawa guru mengajar sekadar untuk menghabiskan sukatan.Ini
adalah wajar kerana kesanggupan guru untuk membimbing murid
mempengaruhi penguasaan kemahiran menulis di kalangan murid.

KRL

[KAJIAN PENYELIDIKAN DALAM SEKOLAH RENDAH] 3033


Bagi hasil dapatan tentang aplikasi pengajaran dan pembelajaran
kemahiran menulis, guru menggunakan soalan dari mudah ke tahap yang
sukar sebagai teknik mengajar kemahiran penulisan. Namun begitu,
penggunaan alat bantu mengajar kurang efektif. Murid mudah untuk belajar
sesuatu sekiranya ia menarik minat mereka. Oleh yang demikian guru harus
menambahkan usaha untuk menarik dan meransang minat murid dalam
pembelajaran penulisan lalu meningkatkan kemahiran mereka.
Seterusnya, hasil soal selidik permasalahan pengajaran dan
pembelajaran kemahiran menulis mendapati semua guru tidak mempunyai
masalah untul memahami isi kandungan sukatan muridan. Permasalahannya
ialah kurangnya teknik penilaian hasil karangan murid di kalangan
guru.Tujuan penulisan karangan adalah untuk menguji pemahaman dan
kemahiran menulis pelajar. Sekiranya guru gagal kurang mahir dalam
menanda hasil karangan murid, murid tidak akan belajar perkara yang betul,
dan berterusan membuat kesalahan yang sama. Oleh itu amat penting bagi
guru untuk meningkatkan teknik penilaian karangan bagi meningkatkan
kemahiran menulis murid.
Bagi analisis keempat murid menyatakan tidak memahami
bahan
ransangan untuk kemahiran menulis. Hakikatnya murid masih lemah dalam
membina struktur ayat.

KRL

[KAJIAN PENYELIDIKAN DALAM SEKOLAH RENDAH] 3033

5.0 KESIMPULAN
Pelbagai faktor dikenal pasti dalam menguasai kemahiran ini
dikalangan murid. Antaranya ialah proses pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas bahasa itu sendiri, , strategi yang digunakan oleh guru,
kesediaan murid dan juga faktor sukatan yang Baru.
Sebahagian daripada proses pembelajaran adalah semasa di dalam
kelas. Oleh yang demikian guru bahasa harus menggunakan masa ini
dengan efektif untuk menarik perhatian murid untuk menguasai kemahiran
menulis.Guru juga perlu memainkan peranan dengan membuat persedian
diri, berkongsi maklumat sesama rakan sejawat dan juga mengubah
perspektif diri dalam pengajaran kemahiran menulis. Bersemangat untuk
mengembangkan kemahiran menulis di kalangan murid dan berusaha
memperbaiki diri amatlah digalakkan di kalangan guru.
Faktor lain yang perlu diambil kira ialah strategi yang digunakan guru
untuk menjadikan pembelajaran penulisan di dalam kelas menarik dan
mudah difahami oleh murid. Murid akan mudah menguasai kemahiran
menulis sekiranya pembelajaran di dalam kelas menarik dan penuh
pengisian.

KRL

[KAJIAN PENYELIDIKAN DALAM SEKOLAH RENDAH] 3033


Kesediaan murid juga penting.Ini kerana sekiranya murid itu sendiri
malas untuk memperbaiki diri dan menolak untuk belajar, kemahiran
penulisan kelihatan semakin sukar untuk dikuasai.
Masalah seterusnya yang dihadapi guru-guru ialah kurang menguasai
sukatan baharu. Berdasarkan Sukatan Baharu Bahasa Melayu 2003, ia
memerlukan murid untuk menguasai kemahiran komunikasi interpersonal,
kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK) dan kemahiran bernilai tambah
(KBT) dalam pengajaran bahasa Melayu.

KRL

[KAJIAN PENYELIDIKAN DALAM SEKOLAH RENDAH] 3033

JURNAL 2
Penggunaan teknik pentaksiran formatif dalam subjek bahasa Melayu darjah
satu
1.0 KAJIAN
Jurnal ini menjelaskan kajian yang dilaksanakan iaitu untuk
mengenalpasti amalan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah dalam
mengaplikasikan teknik pentaksiran formatif yang digunakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran formatif ataupun assessment for
learningditekankan dalam pembelajaran apabila Kurikulum Standard
Sekolah Rendah diperkenalkan untuk peringkat darjah satu. Teknik ini
membantu pelajar menguasai apa yang di ajar, memberi peluang untuk
berkomunikasi serta memenuhi keperluan murid untuk meningkatkan
pembelajaran. Ia jua bergerak seiringan dengan proses pengajarandan
pembelajaran( P&P). Oleh yang demikian guru sewajarnya menggunakna
teknik ini untuk meningkatkan penguasaan pemahaman terhadap sesuatu.
Teknik ini dikatakan wajar sekiranya dijalankan beberapa mInit selepas
sepulah atau lima belas minit mengajar isi dan konsep pelajaran.
2.0 KAJIAN DAN REKABENTUK KAJIAN

KRL

[KAJIAN PENYELIDIKAN DALAM SEKOLAH RENDAH] 3033


Kajian ini mempersoalkan teknik pentaksiran formatif digunakan oleh
guru ketika proses pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu darjah
satu.Seperti yang dinyatakan sebelum ini teknik formatif amat digalakkan di
dalam pembangunan murid.Oleh itu teknik formatif yang betul digunakan
guru semasa kelas Bahasa Melayu, membantu pelajar menguasai kemahiran
bahasa.Antara teknik formasi yang kerap digunakan guru ialah menyoal
secara lisan, perbincangan, projek tugasan dan kerja rumah.
3.0 PERSAMPELAN KAJIAN
Kaedah kajian yang digunakan dalam kes ini ialah pendekatan
kualitatif dan dijlalankan dengan kaedah kajian kes. Kajian ini dijalankan di
sekolah showcase PBS peringkat negeri Pulau Pinang dan menggunakan
purposive sampling.
Responden dipilih berdasarkan pengalaman mengajar, dipercayai
berpengetahuan dan berinformasi berkaitan teknik pentaksiran formatif.Data
dikumpul melalui pemerhatian secara non-participant dan
temubual.Pemerhatian non-participant dijalankan semasa proses
pembelajaran disusuli dengan temubual selepas itu. Teknik gundalan pula
digunakan untuk menyiasat kekerapan penggunaan teknik pentaksiran
formatif oleh responden.
4.0 DAPATAN KAJIAN

KRL

[KAJIAN PENYELIDIKAN DALAM SEKOLAH RENDAH] 3033


Responden telah menggunakan beberapa teknik semasa antaranya
ialah teknil soal jawab lisan,kad gores, sebutan nyaring,teknik padanan,
tugasan dan perbincangan dan nyanyian. Ini jelas menunjukkan responden
tahu teknik pentaksiran formatif dan telah mengaplikasikan di dalam kelas
bahasa Melayu darjah satu. Namun begitu,pemilihan teknik haruslah tepat
dan beberapa teknik yang dugunakan perlu diperbaiki semula. Guru perlu
memastikan teknik bersesuaian dengan kebolehan murid bagi kesan yang
menyeluruh. Selian daripada itu juga, teknik soal jawab lisan yang harus
ditambah baik supaya ia bole menguji kebolehan murid.Teknik nyanyian
yang digunakan oleh guru dapat menarik perhatian pelajar namun harus
juga berfungsi sebagai didik bukan hiburan semata.Ini kerana ia masih boleh
dikaitkan dengan tajuk pembelajaran dan memerlukan usaha.
5.0 KESIMPULAN
Berdasarkan dapatan kajian telah menunjukkan penggunaan teknik
pentaksiran formatif wajar digunakan untuk membangunkan pelajar.Ia
membantu pelajar untuk berfikir secara kritis dan memberi peluang pelajar
untuk melangkah lebih jauh. Dari sudut yang lain, guru perlu menambah
ilmu pengetahuan dan mendapatkan latihan bagi teknik pentaksiran formatif
supaya guru menjadi mahir dalam teknik ini. Kajian tidak focus terhadap
pembelajaran bahasa melayu semata-mata,ia focus kepada kebolehan guru
menguasai teknik pentaksiran formatif. Guru yang mahir mampu
menentukan teknik pentaksiran formatif yang sesuai digunakan semasa

KRL

[KAJIAN PENYELIDIKAN DALAM SEKOLAH RENDAH] 3033


pengajaran dan pembelajaran seterusnya menjadikan
pembelajaranlebihefektif.

JURNAL 3
Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu
1.0 KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu.Pembelajaran bahasa biasanya berlaku secara tidak langsung dalam
pergaulan seharian dan secara formalnya di sekolah. Selain daripada
sebahagian matapelajaran, bahasa juga merupakan medium dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Di sekolah, pelajar wajib menguasai
bahasa Melayu dan kemahirannya seperti yang tekandung dalam Sukatan
Pelajaran Bahasa Malaysia (Melayu). Untuk mencapai matlamat ini guru
bahasa Melayu memainkan peranan penting sebagai perancang pengajaran
dan pembelajaran,penggerak dan pendorong pengajaran,pembimbing murid
dan pemupuk semangat dan pembentuk sahsiah murid.
2.0 KAJIAN DAN REKABENTUK KAJIAN
Melalui jurnal yang ditulis masalah utama yang difokuskan ialan
pembelajaran bahasa Melayu yang melibatkan guru. Pembelajaran bahasa
Melayu tidak semudah disangka. Ramai guru menyangka mempelajari

KRL

[KAJIAN PENYELIDIKAN DALAM SEKOLAH RENDAH] 3033


bahasa Melayu itu mudah termasuklah pentadbir sekolah.Mereka kemudian
mengambil mudah pengajaran subjek ini.Masalah kedua yang ditimbulkan
ialah guru-guru bukan opsyen terpaksa mengajar bahasa Melayu akibat
kekurangan guru opsyen.Ini menyebabkan pengajaran dan pembelajaran
subjek ini kurang efektif. Guru kurang atau tidak menguasai aspek-aspek
bahasa. Sehubungan dengan itu kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti
factor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu di sekolah SK Cenderawasih.
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif.Kuantitatif
merujuk kepada kesediaan guru, kesediaan murid dan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Data pula diperoleh daripada
temu bual,soal selidik dan pemerhatian.
3.0 KAEDAH PERSAMPELAN KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan di SK Cenderawasih di daerah Jerantut,
Pahang.Sekolah ini merupakan sekolah rendah yang terlibat dalam projek
attachment IPBA-Jerantut.Seramai empat orang guru yang mengajar
bahasa Melayu telah menjadi responden dalam kajian ini.
Penyelidik menemubual responden sebelum mengedarkan borang kaji
selidik bagi mendapat pandangan tentang kajian tersebut.Responden
kemudianv menjawab soal selidik yang telah disediakan yang mengandungi
empat bahagian. Pengkaji juga membuat pemerhatian terhadap pengajaran

KRL

[KAJIAN PENYELIDIKAN DALAM SEKOLAH RENDAH] 3033


responden di dalam kelas.Selain responden, pengkaji juga menemubual
pentadbir sekolah.Data kemudian diselaraskan dengan soalan kajian.
4.0 DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian adalah berdasarkan profil responden, kesediaan guru,
kesediaan murid, pengajaran dan pembelajaran.Dua daripada tiga responden
merupakan opsyen bahasa Melayu. Kesemua guru mengajar lebih daripada
lima tahun. Guru opsyen mungkin tidak menghadapi banyak masalah untuk
mengajar bahasa Melayu berbanding seorang lagi responden walaupun guru
itu mempunyai pengalaman lebih dari 6 tahun.
Dari segi kesediaan guru dinyatakan bahawa semua responden setuju
berasa gembira mengajar subjek itu dan berasa yakin dan tidak
membebankan. Namun seorang responden kurang pasti dapat membantu
pelajar meningkatkan penguasaan bahasa Melayu. Guru seharusnya
mempunyai azam dan minat untuk memajukan diri dan bersedia untuk
menerima ilmu. Pengajaran akan berjalan dengan lancer dan dapat
membanru pelajar
Secara keseluruhan kajian tentan kesediaan pelajar 75% pelajar
menguasai kemahiran suku kata,membatangkan perkataan dan
menggabungkan suku kata. Sekiranya murid menolak untuk belajar agak
sukar untuk mereka menguasai bahasa Melayu dan mereka akan
ketinggalan.

KRL

[KAJIAN PENYELIDIKAN DALAM SEKOLAH RENDAH] 3033


Dapatan dari segi pengajaran dan pembelajaran,semua responden
setuju pengajaran adalah berdasarkan peperiksaan. 75% daripada mereka
tidak menghadapi masalah untuk mengawal kelas, cukup masa untuk
membuat persediaan mengajar tetapi tidak tahu menggunakan secara
maksimum.
75% juga bersetuju bahan adalah mencukupi namun mereka tidak
tahu menggunakannya.Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mampu
meningkatkan pemahaman murid.Ini harus dimulakan dengan usaha dan
persediaan guru. Tanpa perancangan yang teliti pengajaran dan
pembelajaran akan terkesan.
5.0 KESIMPULAN
Berdasarkan kajian dan dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa
pembelajaran bahasa Melayu bergantung kepada guru dan murid itu
sendiri.Kesediaan murid dan guru amatlah penting dalam menyediakan
kondisi yang selesa untuk belajar dan mengajar.Hanya 75% guru bersedia
dan memberi kesanggupan untuk mengajar bahasa Melayu. Walaupun
jumlah selebihnya adalah kurang namun ia akan memberi kesan kepada
murid itu sendiri. Persediaan guru amatlah penting kerana tanpa persediaan
pembelajaran akan terbantut dan tidak mencapai tahap yang diinginkan.
Guru-guru opsyen dipercayai lebih yakin untuk mengajar berbanding bukan
opsyen. Ini kerana kurangnya latihan mahupun menghadapai kesukaran
untuk mengajar bahasa Melayu.Beberapa orang pelajar masih tidak

KRL

[KAJIAN PENYELIDIKAN DALAM SEKOLAH RENDAH] 3033


menguasai kemahiran asas berbahasa. Ini tidak boleh dipandang
ringan.Murid-murid ini harus diberi latihan intensif bagi meningkatkan
penguasaan bahasa Melayu.
Secara keseluruhan, persediaan guru amatlah penting dalam
pembelajaran bahasa Melayu. Tanpa persediaan guru akan kurang merasa
yakin untuk mengajar subjek berkenaan. Alat bantu mengajar yang sesuai
dan menarik akan membantu pengajarna dan pembelajaran dengan lebih
efektif. Kelebihan akan berpihak pada guru yang mempunyai opsyen bahasa
Melayu. Namun begitu sekiranya minat dan berusaha tidak akan menjadi
masalah untuk guru mengajar bahasa Melayu. Dapatan kajian ada
menyatakan guru mengajar berasaskan peperiksaan. Antara impak yang
boleh dilihat ialah aktivit pelajar di dalam kelas akan terhad kerana guru
focus kepada peperiksaan dan mengahabiskan sukatan pelajaran. Akibatnya
murid mudah menjadi bosan dan tidak bersemangat untuk belajar.

Anda mungkin juga menyukai