Anda di halaman 1dari 2

Bahagian A

a) Apakah Tujuan dan Rasional Kajian ini.


Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti amalan guru Bahasa Melayu
di sekolah rendah dalam mengaplikasikan teknik pentaksiran formatif yang digunakan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Teknik pentaksiran formatif yang
dijalankan haruslah mempunyai faktor yang mampu membantu guru dalam
mengendalikan atau menangani masalah yang dihadapi oleh murid sepanjang P&P
yang dilaksanakan. Di samping itu kesinambungan dalam melaksanakan kajian ini
adalah bagi melihat perkembangan dan kemajuan pelajar berasaskan sesebuah topik
yang diajar sebagai contoh instrumen yang dilaksanakan dalam kajian ini ialah teknik
soal jawab lisan, teknik sebutan nyaring dan teknik kad gores yang mendorong
kepada melihat sejauh mana kemahiran yang mampu dikecapi oleh seseorang murid.
Rasional kajian yang dijalankan adalah disebabkan faktor Pembelajaran Berasaskan
Sekolah (PBS) yang mendorong guru untuk menggunakan pentaksiran berasaskan
formatif yang lebih sesuai dijalankan berbanding ujian sumatif. Ini berpunca daripada
terdapat banyak rungutan dalam kalangan guru terhadap perlaksanaan PBS ini
seterusnya membawa kepada kurang keyakinan bagi melaksanakan pentaksiran
berbentuk formatif. Oleh itu kajian ini dijalankan bagi membolehkan pada guru
meningkatkan ujian binaan guru (UBG) bagi memperbaiki amalan dan P&P guru kea
rah yang lebih baik seterusnya membuat pembetulan atau penambah baikan teknik
mengajar dalam sesebuah topik Bahasa Melayu darjah satu.

b) Terangkan instrumen mengukur kemahiran menulis yang digunakan dalam kajian ini.

Anda mungkin juga menyukai