Anda di halaman 1dari 27

MEDIA AUDIO

PENGENALAN
Media audio adalah satu sistem untuk mengirim atau menerima suara
atau bunyi secara elektronik menerusi kabel atau udara. Media audio bersifat
auditif (suara). Unsur suara ini memiliki komponen bahasa, musik, dan sound
effect yang dapat dikombinasikan untuk menguatkan isi pesan. Beberapa jenis
media yang dapat dikelompokkan dalam media audio:
a) radio,
b) kaset audio (pita magnetik dan piringan hitam),
c) laboratorium bahasa.
Audio yang digunakan mungkin berbentuk secara langsung atau rakaman yang
boleh disiarkan secara terbuka (system siaraya) atau secara tertutup. Media
audio mungkin terdiri daripada perkara berikut, iaitu;

Satu sumber bunyi / suara;

Satu alat peka bunyi;

Satu system pengiriman audio; atau

Satu system pengiriman radio.

Media audio adalah komunikasi sehala. Bagi mengatasi masalah ini dalam
keadaan tertentu, program audio boleh digabungkan dengan bahan-bahan

bercetak atau teknik perbincangan atau perbentangan yertas dalam kelas. Jika
komunikasi dua hala diperlukan, media audio dua hala seperti telefon atau
pembaca kad magnetik (rakaman sementara) boleh digunakan.

AUDIO DALAM PENDIDIKAN


Audio merupakan salah satu media yang boleh digunakan dalam proses
pengajaran dan juga pembelajaran. Pada peringkat awalnya, ia sering digunakan
dalam bidang bahasa terutamanya bagi mengajar seseorang cara debutan yang
betul dan sebagainya. Kebanyakan media berunsurkan audio pula hdala
berasaskan teknologi analog seperti pita dan sebagainya. Kini audio boleh
digunakan dalam apa jua bidang ilmu dan dengan kecanggihan teknologi moden,
audio semakin penting sebagai salah satu eleven dalam proses pendidikan.
Sejak lahirnya teknologi audio sekitar pertengahan abad 20, media
audio telah digunakan untuk keperluan pembelajaran.

Menurut Ronald H.

Anderson (1994) media audio merupakan bahan ajaran yang ekonomis,


menyenangkan, dan mudah disiapkan untuk digunakan oleh siswa.
Media audio mempunyai beberapa kelebihan antaranya ialah:
a)

Merupakan kaedah penyampaian pengajarandan pembelajaran


yang mudah dan berkesan

b)

Bahan untuk peralatan audio mudah diperolehi dan dihasilkan


serta mudah digunakan oleh murid dan guru.

c)

Bahan audio boleh digunakan untuk kumpulan atau individu


dengan mudah

d)

Bahan audio memberi gambaran visual dengan lebih berkesan


berbanding menerusi pembacaan.

Namun media ini juga memiliki kelemahan, diantaranya:


a) Cenderung menurun kualitas suaranya dengan pemakaian (usang)
b) Perlu

ruang

kedap

suara

dan

peralatan

editing

untuk

mempersiapkannya
c) Jalannya program tidak dapat dikontrol pemakai (R. Raharjo,
1984).
d) Kaedah persembahan daripada peralatan audio terhad kepada
urutan rancangan yang dirakamkan.
e) Memerlukan jangka masa yang lama untuk menghasilkannya

KONSEP AUDIO DAN GELOMBANG AUDIO


Kita boleh mengandaikan bahawa sesuatu tekanan udara mewakili
kepadatan (density) molekul udara tersebut. Apabila sesuatu objek bergerak, ia
akan mengganggu susun atur molekul-molekul udara tersebut dan ini akan
menyebabkan kepadatannya turut berubah. Seterusnya ini akan menyebabkan
lain-lain molekul udara turut berubah sama.
Semasa kita mendengar sesuatu, sebenarnya kita sedang merasai
perubahan tekanan udara disekeliling telinga kita. Perubahan ini seterusnya
akan diterima oleh gegendang telinga yang kemudiannya diterjemahkan sebagai
signal bunyi oleh otak kita. Sekiranya perubahan tekanan udara ini digrafkan
sebagai fungsi masa, kita akan dapati graf gelombang seperti berikut;
Ketika tiada gelombang bunyi yang wujud, tekanan udara adalah tetap
(constant). Apabila gelombang bunyi tiba ke gegendang relinga anda, tekanan
udara akan berubah ke paras yang lebih tinggi ataupun kepada paras yang lebih
rendah dari paras tekanan atmosfera yang normal. Nilai perubahan ini akan
diterima sebagai kekuatan bunyi (volume) sesuatu audio yang diterima.
Kekuatan bunyi ini yang dikenali sebagai amplitud dan serng diukur dalam unit
decibels (dB). Kadar perubahan tekanan udara tersebut dinamakan pitch. Dalam
istilah saintifik, pitch adalah berkaitan dengan frekuensi gelombang bunyi
tersebut.
Ringkasnya, audio atau bunyi disebarkan oleh getaran molekul atau jirim
udara disekeliling kita. Getaran ini kemudiannya dikenali sebagai gelombang

bunyi. Gelombang bunyi ini diwakili oleh corak seperti rajah di bawah. Ianya
dikenali sebagai wave pattern (gelombang analog).

Corak gelombang ini mempunyai 2 faktor utama yang membolehkan anda


bekerja dengan audio di dalam komputer iaitu amplitud atau ketinggian suara
(volume) dan frekuensi.
Setiap puncak tertinggi di dalam gelombang bunyi tersebut adalah
berkaitan dengan volume: semakin tinggi puncak semakin kuat bunyi yang
dikeluarkan.
arak di antara puncak mewakili frekuensi : semakin jauh jarak semakin
kecil nada suara (pitch).
Frekuensi sebenarnya merujuk kepada bilangan kitaran yang berlaku bagi
setiap satu saat. Bilangan frekuensi ini akan mempengaruhi kualiti sesuatu audio
yang dirakamkan. Frekuensi biasanya diukur dalam unit Hertz (Hz).
Setiap corak yang muncul bagi setiap saat pada gelombang bunyi adalah
bersamaan dengan 1 Hz. Sekiranya corak tersebut muncul sebanyak 1000 kali
dalam masa 1 saat maka ia adalah bersamaan dengan 1000 Hz atau 1 KHz.

AUDIO DIGITAL DAN ANALOG


SIGNAL ANALOG
Perwakilan elektrikal bagi bunyi merupakan signal yang perbagai amplitud
dan frekuensinya iaitu analog kepada ciri-ciri gelombang bunyi dan ianya dikenali
sebagai signal analog.
Kebanyakan peralatan audio yang ada dipasaran masa kini masih
berasaskan teknologi analog. Antaranya; pemain dan perakam kaset audio,
pemain piring hitam, kaset video, CD audio (muzik) dan sebaginya.
Pada dasarnya media yang digunakan bagi menyimpan data audio bagi
analog dan data audio digital adalah sama; contohnya cakera padat (CD) atau
pita (tape). Perkembangan teknologi juga membolehkan kaedah penyimpanan
yang hampir sama digunakan di antara data audio analog dan juga data audio
digital. Ini membolehkan CD muzik biasa (analog) boleh dibaca oleh pemain
cakera padat digital (contohnya pemacu CD pada sesebuah komputer). Namun
demikian tidak semua kaedah penyimpanan data tersebut adalah sama dan
serasi. Oleh yang demikian data audio analog dan digital perlu diterjemahkan
bagi membolehkan ianya difahami oleh media-media yang berlawanan.

Rajah 3.11 : Signal analog

Contoh-contoh teknologi analog


a) Rekod piring hitam
Ciri-ciri `

Berbentuk bulat berukuran 7 inci diameter, 10 inci diameter atau


12 inci diameter.

Ia mempunyai beberapa kelajuan iaitu 78 psm,45psm,33 1/3


psm dan 16 2/3psm sangat sesuai untuk dengar muzik, drama,
sajak dan kesan-kesan bunyi seperti bunyi burung dan
sebagainya. (psm = putaran satu minit)

Kelebihan

Boleh mengeluarkan bunyi yang sungguh halus dan tajam


seperti bunyi cengkerik serta lain-lain spesis serangga yang
sukar untuk didengar.

Serasi dengan mana-mana pemain rekod piring hitam

Sesuatu sagmen audio mudah dikesan kerana maklumatnya


ada tercatat pada jaket rekod.

Batasan

Tidak boleh merakam seperti pita audio kaset

Mudah tercalar dan melengkung

Memerlukan kawasan simpanan yang lebih besar daripada


media audio yang lain.

Pengeluaran bahan ini sangat terhad kerana teknologi lama.

b) Pita gelendong terbuka


Ciri-ciri

Pita ini mempunyai berbagai-bagai saiz seperti 3 inci, 5 inci dan 7


inci.

Kelajuan pita ialah 7.5 iss, 3.45 iss dan 1.875 iss.

Pita ini sesuai untuk membuat rakaman pengajaran secara


kumpulan dan membuat penilaian kendiri.

Format gelendong terbuka kurang digunakan kerana tercipta pita


kaset audio. (iss = inci satu saat)

Kelebihan

Boleh membuat rakaman seperti pita audio kaset

Boleh dipadam dan digunakan semula untuk membuat rakaman


lain

Tidak mudah rosak seperti rekod piring hitam

Mudah disimpan

Pita yang rosak dan putus boleh disambung semula.

Kesan bunyinya lebih baik daripada pita audio chalet

Mudah disunting

Batasan

Bahan yang terakam mudah padam jira tidakdilabelkan

Sukar digunakan kerana memerlukan penggulungan semula

Sukar untuk kenalpasti atau mengesan bahagian-bahagian yang


ingin dimainkan.

c) Pita kaset audio


Ciri-ciri

Mempunyai dua gelendong yang tersemat di dalam kotak plastrik


berukuran 2.5 inci x 4.0 inci x 0.5 inci.

Kedua-dua gelendong dipasang dengan pita 0.125 inci lebar dan


boeh diundur dan dimaju dengan gunakan perakam audio.

Pita chalet audio boleh dikenalpasti melalui jangka masa rakaman


yang tercatat pada kotak kaset. Sebagai contoh : C30 bermakna
masa rakaman bagi kaset ini ialah 30 minit bermakna 15 minit side
A dan 15 minit side B.

Pita kaset audio mempunyai bebrapa had masa rakaman seperti


C30, C60, C90 dan C120 sangat sesuai untuk membuat rakaman
luar.

Kelebihan

Memiliki harga murah dan boleh didapati dengan mudah

Boleh padam dan digunakan semula

Mudah alih

Tidak mudah padam

Tidak memerlukan kawasan simpanan yang luas

Batasan

Pita ini mudah terlekat dan putus dalam kotak kaset

Kualiti bunyi kurang baik jika selalu diguna atau tersimpan lama.

Pita yang rosak tidak mudah dibaiki

Susah untuk disunting

d) Kaset mikro
Ciri-ciri

Seperti pita kaset audio, kaset mikro mempunyai 2 gelendong


terbuka yang berukuran 1.94 inci x 0.33 inci x1.09 inci.

Saiz pita ialah 0.13 inci lebar dan kelajuan0.94 iss digunakan oleh
wartawan dan penyelidikan untuk membuat rakaman serta-merta
seperti temuramah dan sebagainya.

Kelebihan

Sangat padat

Boleh dibawa ke mana-mana

Boleh disimpan dalam kocek

Batasan

Tidak serasi dengan kaset yang lain

Kualiti bunyi kurang baik

Harganya lebih mahal dari pita kaset audio

e) Cakera padat audio


Ciri-ciri

Merupakan ciptaan teknologi audio, visual dan data yang boleh


menyimpan maklumat yang banyak dalam bentuk digital.

Mula diperkenalkan pada tahun 1983 dalam bentuk bulat, berwarna


perak, berukuran 12 cm diameter dan mempunyai kelajuan yng
lebih cepat daripada rekod piring hitam.

Cakera padat yang dimaksudkan ialah CP audio yang boleh


menyimpan sehinnga 75 minit muzik.

CP ini juga menggunakan teknologi laser untuk keluar maklumat.

Maklumat ini boleh dikesan dengan cepat dan tepat pada manamana bahagian cakera yang dikehendaki.

Ia juga diprogram untuk mendapatkan muzik tertentu dan


menerangkan baki masa yang tinggal selepas sesuatu muzik itu
dimainkan.

Kelebihan

Tahan lama dan boleh dimain berulang kali tanpa merosakkan


bunyinya.

Mempunyai kesan bunyi yang sungguh jelas

Maklumat boleh diakses dengan cepat dan tepat pada tempatnya

Maklumat boleh diprogram dan dimainkan semula mengikut urutan


yang telah ditetapkan

Boleh membuat rakaman

Tidak mudah calar

Batasan

Tidak

mempunyai

menjelaskan konsep

Kos tinggi

tidak

mempunyai

atuput

visual

untuk

AUDIO DIGITAL
Audio digital ialah gelombang bunyi yang telah ditukar kepada bentuk digital dan
disimpan dalam komputer. Kebiasaan format audio digital adalah:
a) CD muzik
b) MP3
c) WAV
d) AIFF(Audio Interchange File Format)

Banyak pemain CD juga memainkan fail MP3 walaubagaimanapun,


pemain perisian memainkan pelbagai jenis format audio.
Disebabkan tidak semua CD muzik boleh dibaca oleh pemain cakera
padat digital disebabkan oleh ketidakserasian penyimpanan data maka data
audio analg akan diterjemahkan bagi membolehkan ianya di fahami oleh mediamedia yang berlawanan.

Rajah 3.21:Signal Digital.

Sampling
Untuk

mengubah

signal

analog

kepada

bentuk

digital

dipanggil

sampling. Audio signal analog yang lain ialah dalam bentuk gelombang
bersambung yang mempunyai kedudukan pada pelbagai kedudukan pada suatu
masa dan ditukar kepada contoh digital.
Sampling bergantung kepada kadar dan saiznya. Kadar sampling perlu
2 kali frekuensi analog yang ditangkap.Semakin tinggi kadar sampling semakin
tinggi kualiti bunyi tetapi memerlukan saiz penyimpanan besar.Untuk saiz
sampling ,makin besar penambahan, semakin tinggi kualiti.

Rajah 3.21 : Sampling

Cip yang berperanan bagi mengubah signal analog kepada denyutan


digital dinamakan analog digital converter (ADC).Proses sebaliknya iaitu
penterjemahan dari digital kepada analog pula menggunakan cip digital to analog
converter(DAC). Cip-cip ini biasanya telah sedia terbina di dalam kad
audio(sound card).

Rajah 3.22: Penghasilan dan main semula audio digital.

Sound Card
Sound card banyak digunakan dalam pengajaran terutamanya dalam pengajaran
bahasa. Sekeping sound card berukuran lebih kurang sama dengan sekeping
sampul surat. Pada kad terdapat satu jalur pita audio terakam di bahagian bawah
kad. Sebenarnya sound card ini hampir sama dengan kad imbasan kecuali ia
mempunyai audio. Kad audio ini dimasukkan ke dalam slot mesin pembaca kad.

Pita audio ini mempunyai dua runut yang boleh merakam suara dan
mengeluarkan semula suara yang telah dirakam untuk dibandingkan dengan
suara yang sedia terakam. Jika suara atau tindak balas itu tersilap, ia boleh
dibetulkan dengan memadamnya
menggunakan batang kawalan yang terdapat pada mesin tersebut. Sound card
boleh digunakan untuk membina perbendaharaan kata, mempelajari konsep dan
menyemakan
bunyi dengan visual. Sebagai contoh dalam KBSR, suara binatang boleh
disesuaikan dengan visual binatang yang terdapat pada sound card.

PERBEZAAN ANTARA ANALOG DAN DIGITAL


Ciri-ciri media digital

Sistem base asas binary

Mudah dicerakin badan (body)

Mudah diuruskan

Banyak format di file MP3

Digital signal ada nilai diskrit selalunya dalam nilai integer.

Ciri-ciri media analog

Format yang asas dan terbahagi kepada video dan bunyi

Mempunyai nilai berterusan dimana ia boleh ada nilai pada skala


infiniti.

Tidak boleh dicerakinkan

SOFTWARE EDITING MEDIA AUDIO


Satu daripada pakej professional PC-based dan paling berkesan adalah
Sound forge

MENGEDIT AUDIO DIGITAL


Simple audio editing software membolehkan:
Merekod segmen audio digital
Trimming
Splicing and assembly
Pengubahsuaian suara untuk seluruh segmen
Reversing Sounds
Salin, potong, tampal and buang segmen dari audio digital

Contoh audio editing software:


COOL Edit Pro
Gold Wave
PROSONIQ SonicWORX

Samplitude Studi
PENGGUNAAN AUDIO SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR
Sesuatu alat bantu mengajar seharusnya mampu menimbulkan penumpuan dan
pemerhatian pelajar kepada sesuatu proses pembelajaran. Justeru itu,
penggunaan bahan audio serta gabungan media-media lain seperti video
misalnya dapat menunjukkan kepada pelajar keadaan sebenar dalam situasi
tertentu. Ini adalah kerana kebanyakan bahan audio adalah lebih efektif yang
boleh menarik minat pelajar.

Terdapat beberapa kebaikan penyampaian bahan pengajaran melalui pita


audio. Di antaranya adalah:-

Sesuai digunakan bagi penuntut yang kurang cekap membaca.

Bahan-bahan berbentuk audio dapat disusun dan disunting melalui proses


penyuntingan.

Peralatan yang kecil dan mudah alih.

Bunyi yang asli dapat dirakamkan bagi menunjukkan sesuatu situasi.


Mudah dipadam dan digunakan semula.

Penggunaan masa masa yang flexible di mana penyampaian dapat


disampaikan mengikut kadar masa tertentu.

Boleh dijalankan secara berulang-ulang bagi meningkatkan kefahaman


pelajar.

Kelemahan sekiranya menggunakan pita audio sebagai bahan pengajaran.


Di antaranya adalah:-

Faktor pengalaman dan sentuhan sebenar tidak terdapat dalam pita


audio.

Gangguan daripada bunyi luar yang akan mengganggu minat pelajar


semasa proses pengajaran.

Sekiranya pita audio telah dimainkan, ianya telah ditentukan kadar masa.
Kadar masa yang telah digunakan tidak boleh diubah.

Kurangnya unsur interaktiviti antara pengguna dan mesin.

PROSES MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENDENGAR


Mendengar adalah satu asas penting dalam komunikasi. Mendengar bukan
sahaja melalui telinga tetapi juga dengan deria lain seperti mata, mulut dan hati.
Seseorang yang

mendengar tidak semestinya

memahami mesej yang

disampaikan. Kemahiran mendengar memerlukan seseorang itu menggunakan


kesemua derianya. Bagaimanapun, gangguan dan halangan wujud dalam setiap
proses pendengaran. Oleh itu, adalah penting untuk mengenalpasti gangguan
dan halangan tersebut. Mendengar secara aktif bukan sahaja membantu dalam
proses penerimaan mesej tetapi juga apabila hendak menyampaikan mesej.

Halangan dalam Proses Mendengar


Halangan dalam proses mendengar perlu dilihat daripada aspek penyampai,
pendengar dan faktor persekitaran.

a. Penyampai

Nada suara yang tidak jelas sama ada sebab semula jadi kerana
kecacatan seperti sengau ataupun kesihatan kerana batuk dan sakit
tekak.

Bercakap terlalu laju, panjang dan tiada intonasi suara yang kurang jelas
menyebabkan pendengar hilang tumpuan dan isu tidak dapat difahami.

Mesej terlalu kompleks antara pendapat dan perasaan bercampur aduk.

Asyik menyatakan lupa fakta ataupun hilang isi dan tidak menunjukkan
dalam konteks sebenar ataupun tidak relevan dengan topik perbincangan.

Bahasa lisan dan tanpa lisan yang bertentangan, tidak selari atau-pun
kongruen seperti mengatakan sedih ataupun marah tetapi senyum.

Menggunakan bahasa dialek ataupun

istilah

yang

tidak jelas.

b.Pendengar

Tiada tumpuan dan fikiran melayang. Perasaan terlalu ingin bercakap


sehingga

menyekat

proses

pendengaran.

Tidak

sabar

hendak

menyampuk dan memberi pandangan.

Ghairah menyusun dan mendengar hujah bagi memberi pandangan


sendiri semasa orang lain sedang bercakap.

Memilih apa yang hendak didengar sahaja dan mengabaikan perkara


yang sedang diperkatakan.

Terlalu cepat membuat tafsiran, menilai dan membuat hukuman ke atas


orang yang bercakap ataupun mesejnya.

Tidak menunjukkan minat hendak meminta penjelasan dan pengesahan


apabila pendengar tahu dia sendiri tidak faham apa yang disampaikan
oleh penutur.

c.Persekitaran

Keadaan fizikal yang tidak kondusif:

Suasana bising dan panas menghalang proses komunikasi daripada


berjalan

dengan

baik.

Psikologi:

Keadaan tegang dan mencemaskan apabila berlaku pertelingkahan


pendapat, pengalaman dan perbezaan nilai.

Tabiat Mendengar yang Efektif

Tidak prejudis: Menerima tanpa syarat, tidak menghukum ber-dasarkan


perbezaan jantina, bangsa, keturunan dan agama.

Jangan anggap kita serba tahu: Semasa sedang mendengar, jangan


sekali-kali kita mengatakan kepada diri sendiri, Saya tahu perkara ini...
tentu akan jadi macam ini... macam itu.... Kita sebaik-baiknya mendengar
cerita sepenuhnya. Jangan membuat keputusan melulu.

Jangan takut: Apabila kita ikhlas ingin mendengar dan mem-bantu, kita
tidak perlu takut. Minta penjelasan, semak persepsi, bertanya bagi
mengelakkan daripada tersalah tafsir.

Jangan terlalu berani: Terlalu berani membuat keputusan pada maklumat


yang didengar mungkin mengundang padah. Jangan melatah bagi
membela. Maklumat tambahan perlu dicari sama ada menyoal penutur
ataupun orang yang paling rapat. Elakkan bertindak bagi pihak penutur.

Tabiat Mendengar yang Negatif

a) Tidak peka pada perasaan orang lain


Kita ingin cepat rasa berjaya mengendalikan orang sehingga gagal
memahami perasaan mereka. Kita terlalu ingin menunjuk kita faham tetapi
belum cukup bukti yang jelas. Ini berbahaya kerana kemungkinan besar
kita silap membuat perancangan dan tindakan.
Prasyarat hendak menjadi pendengar yang efektif dan reflektif perlu peka
pada perasaan orang lain. Kita perlu meminta penjelasan, buat semakan
persepsi malah sekiranya mempunyai ke-mahiran kaunseling, gunalah
kemahiran refleksi isi, refleksi pengalaman dan refleksi perasaan.

b) Gagal memberikan komitmen bagi memerhati dan mendengar


Kita mungkin memberi peluang orang lain bercakap dan memberi
pendapat tetapi pada masa yang sama kita asyik melakukan sesuatu
yang tiada kaitan seperti menulis ataupun menyusun buku. Lebih dahsyat
lagi sekiranya kita menyatakan, Awak cakap sahaja. Saya sibuk ni, saya
dengar sambil buat kerja.
Tidak membuat catatan
Catatan bukan bermakna menulis panjang lebar di atas kertas di hadapan
penutur. Cuma catat satu ataupun dua isi bagi me-mastikan pendengar
tidak terlupa bagi tujuan meminta penutur memberi penjelasan dan
pengesah kepada apa yang diperkatakan.

b) Memotong cakap orang

Apabila dikemukakan soalan, beri peluang orang yang bertanya


menghabiskan soalannya. Jangan sesekali menjawab ataupun memberi
pendapat secara melulu serta mengikut fikiran dan perasaan yang tidak
relevan dengan isu sebenar. Tunggu sebentar dan minta penjelasan
kepada soalan yang dikemukakan bagi mengelakkan salah faham.
Elakkan daripada melabel penutur dengan kenyataan yang salah.
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil untuk anda menjadi
pendengar yang baik:

Wujudkan suasana yang mesra dalam perbualan atau interaksi.

Dengar dengan teliti apa yang sedang diperkatakan.

Berikan perhatian sepenuhnya.

Berikan 'eye-contact' atau kontak mata.

Lihat tepat ke dalam anak matanya.

Anggukan kepala sebagai tanda gerak balas anda.

Ikuti perbualannya dengan berkata, "yayaaha", gitu".

Cuba selami perasaan orang yang sedang bercakap dan hayati ceritanya.

Ubah mimik muka anda seiring dengan perkara yang dipertuturkan.


Misalnya, jangan pula sesuatu perkara yang sepatutnya anda terkejut
tetapi anda buat tidak tahu pula.

Elakkan dari mengkritik.

Jangan menyampuk dan memotong cerita yang belum selesai.

Susuli dengan soalan-soalan sebagai tanda yang anda memang


mendengarnya dengan penuh minat.

Ulangi apa yang dibicarakan sebagai tanda anda faham atau untuk
memastikan apa yang anda fahamkan itu betul.

Cuba bertindak pada perkara yang difikirkan betul.

PENDEKATAN PENGGUNAAN BAHAN AUDIO DALAM PENGAJARANPEMBELAJARAN.

Dalam menggunakan bahan audio dalam pengajaran beberapa pendekatan


adalah perlu diambilkira bagi memastikan objektif dalam pengajaran dapat
dicapai. Di antaranya adalah:-

1) PERSEDIAAN GURU
Persediaan guru amat penting dalam melaksanakan pengajaran berbantukan
bahan audio. Beberapa perkara yang perlu diambilkira dalam menggubal suatu
rancangan pelajaran menggunakan sumber audio. Di antaranya adalah:-

Tajuk yang akan diperkenalkan oleh guru.

Aktiviti yang akan dilakukan.

Soalan yang akan ditanyakan semasa dan selepas penggunaan sumber.

Bagaimana mengaitkan sumber itu dengan pengalaman pelajar yang


sedia ada supaya dapat menghasilkan persekitaran pembelajaran yang
bermakna dan berkesan.

Selain daripada itu, guru perlu mengetahui secara khusus apa yang hendak
diajar dan objektif perlu dibina merangkumi keseluruhan isi kandungan pelajaran.
Sebelum sesuatu rakaman bermula, guru hendaklah membaca semua nota yang
telah disediakan terlebih dahulu untuk sesuatu rakaman dan menyediakan
bahan-bahan yang akan digunakan dalam sesi pengajaran. Bagi mengenalpasti
kelemahan, guru hendaklah mendengar rakaman itu terlebih dahulu serta
mencatatkan nota-nota dan maklumat-maklumat dari pita yang telah dirakamkan.

Dalam pada itu, guru juga harus mengenalpasti cara-cara bagi


menimbulkan minat murid dan perkara-perkara yang hendak dibincangkan pada
pertengahan dan akhir sesi perbincangan. Penjelasan harus diberikan kepada
murid jika rakaman itu di dapati sukar difahami murid, sebelum atau selepas
mendengar rakaman.

2) PERSEDIAAN MURID-MURID
Memandangkan sifat pelajar adalah berbeza-beza di antara satu sama
lain maka adalah perlu bagi guru untuk mengkaji terlebih dahulu sifat atau ciri
pelajar seperti umur dan tahap pendidikan, sikap dan pengetahuan terhadap
subjek dan perbezaan individu dalam kumpulan. Penyertaan dan penglibatan
pelajar di pengaruhi oleh beberapa faktor dan ini membawa kesan ke atas
pengajaran guru. Dengan itu, pemilihan rangkaian ayat, idea dan soalan serta
muzik di dalam penghasilan bahan audio, mestilah merujuk kepada kumpulan

sasaran pendengar yang setara dengan darjah kesukaran isi bahan audio
tersebut.

Selain daripada itu, rekabentuk bahan audio harus mengambil kira tajuk
dan

aktiviti

yang

bersesuaian

dengan

minat

dan

keupayaan

pelajar.

Perancangan bagi seseorang guru dalam menyediakan bahan pengajaran


berbentuk audio harus merangkumi isi kandungan, kaedah persembahan faktafakta dan isi kandungan. Selain daripada itu, persekitaran pembelajaran yang
berkesan perlu disediakan kepada murid-murid bagi menarik minat mereka
semasa mendengar rakaman. Murid-murid perlu dilibatkan dengan komenkomen atau soalan-soalan menarik perhatian berhubung dengan topik rakaman.

Anda mungkin juga menyukai