Anda di halaman 1dari 18

Belanga

Tembeling

Belanga tembeling diperbuat dengan menggunakan tanah liat


yang dijemur dibawah cahaya matahari. Sebelum itu, ianya
direndam dalam air selama tiga hari. Keindahan alam
semulajadi diadaptasikan sepenuhnya dalam menghasilkan
reka corak tertentu seperti bunga lawang, pecah empat,
tampuk manggis, samba, tapak pelanduk, kaki itik dan daun.

AYAK
PADI

Ayak padi digunakan setelah padi dituai dan dibanting untuk


meleraikan padi dari tangkainya. Ayak padi berguna untuk
mengasingkan batang-batang dan tangkai-tangkai padi yang
masih terdapat di dalam timbunan padi yang dibanting.

PINGGAN
LAMA

Pinggan kaca lama ini biasanya dilukis permukaannya dengan


corak tertentu seperti bunga padi, bunga kangkung dan
bunga ros. Biasanya warnanya adalah putih dan reka
coraknya berwarna hitam.

NYIRU @
TAMPI PADI

Nyiru atau tampi padi digunakan untuk mengasingkan padi


yang berisi dengan padi yang hanya tinggal kulitnya sahaja.
Ia juga digunakan untuk mengasingkan beras dengan
antahnya bagi tujuan untuk dimasak.

GOBEK SIRIH
TEMBAGA KUNING

Terdiri dari dua komponen yang dibuat dari logam berbentuk


silinder dan berlubang ditengah dari hujung hingga
kepangkalnya ibu gobek. Dibahagian hujungnya disumbatkan
dengan kayu yang sama besar dengan saiz lubang tersebut.
Manakala komponen yang satu lagi dipanggil anak, saiz yang
lebih kecil terdiri dari besi padu dan dibahagian hujungnya

seperti mata kapak serta mempunyai hulu dibahagian


pangkalnya.
Pada sesetengah gobek ianya diukir dengan berbagai corak
yang menarik sesuai mengikut kebudayaan bangsa tersebut,
samada dibahagian ibu atau hulu anak.
Ia berperanan seperti antan dan lesung. Seulas piak sirih
akan disumbatkan kedalamnya dan ditujah-tujah sehingga
lumat, setelah selesai, kayu dibahagian hujungnya akan
ditolak dengan anak kepangkal membolehkan piak yang lumat
keluar dan sedia untuk dimakan.

KAKI
LILIN

Kaki lilin lama diperbuat daripada besi tembaga yang


berwarna kekuningan. Ianya merupakan satu keperluan
utama di setiap rumah pada masa dahulu kerana ketiadaan
bekalan elektrik. Penggunaannya sekarang adalah terhad
kepada acara makan malam dan perhiasan rumah.

KUKUR

KELAPA

Kukur kelapa tradisional diperbuat daripada kayu yang


dibentuk sebagai tempat duduk dan dihujungnya dilengkapi
dengan sekeping besi bergerigi. ianya dibentuk berdasarkan
kepada bentuk haiwan berkaki empat yang mempunyai
bahagian ekor dan beberapa jenis ukiran bermotifkan
tumbuhan.

DACING

KATI

Dacing kati merupakan alat timbangan utama sebelum


munculnya sistem matrik yang menggunakan unit kilogram
dan gram. Pemberat dalam kiraan kati di gunakan untuk
menentukan berat sesuatu barangan yang diletakkan di atas
piring ceper tembaga.

BUBU

Bubu kebiasaannya diperbuat daripada buluh.Bagaimanapun


ada juga yang diperbuat daripada kawat bagi kegunaan
menangkap ikan di dasar laut.Bagi kegunaan biasa di kawasan
sungai atau tasik yang tidak begitu dalam buluh adalah
pilihan terbaik kerana ia percuma dan senang dibuat.Saiz
yang biasa dibut adalah berdasarkan jangka masa ia
dibiarkan disesuatu lokasi.

SERKAP

IKAN

Ianya merupakan sejenis alat penangkapan ikan Melayu


tradisional yang terdapat dalam berbagai-bagai jenis.
Antaranya ialah "Serkap Perlis", "Serkap Banjar" dan
"Serkap Kedah".
"Serkap" lazimnya diperbuat daripada buluh, rotan dan akar.
Buluh yang biasa digunakan ialah buluh duri dan buluh tela
manakala akar yang biasa digunakan ialah akar pukang dan
rotan biasa. Serkap biasanya digunakan pada musim
membajak sawah. Mereka akan menurut di belakang tenggala
yang ditarik oleh seekor kerbau semasa membajak. Kini
diturut di belakang traktor atau kubota.

"Serkap" digunakan dengan cara direjam ke dalam air dengan


cara berulang kali, apabila terasa kocakan ikan membelah
dinding serkap di dalam air, ini menunjukkan ikan telah
mengena. "Serkap" akan ditekan dengan lebih kuat ke dalam
supaya ikan yang berada di dalam "serkap" tidak akan keluar,
kemudian ikan akan digagau dengan tangan melalui "mulut
serkap" dengan berhati-hati agar tidak disengat ikan yang
berduri seperti ikan keli.

TABUNG
BULUH

Dahulukala,orang Melayu amat kreatif membuat kraf


menggunakan buluh dan salah satunya tabung buluh.Tabung
buluh ini sesuai untuk hiasan rumah,cenderahati,hadiah dan
tabung simpanan anak-anak.Tabung buluh ini lebih kreatif
kerana ada rekaan kraf untuk lebih menarik lagi.

LESUNG
BATU

Lesung batu merupakan lesung yang diperbuat daripada batu


yang sering digunakan pada suatu masa dahulu bagi
menumbuk ramuan untuk memasak. Ia merupakan satu
kemestian bagi setiap rumah untuk memilikinya, dan sering
kali digunakan bagi menumbuk dan dianggap sebagai
peralatan dapur yang asas selain pisau, periuk dan
sebagainya.

SUDIP
KAYU

Sudip kayu versi ini adalah merupakan sejenis sudip yang


selalu digunakan di kawasan desa. Sudip ini kelihatan seolaholah seperti dayung sampan. ianya diperbuat daripada kayu
dan seringkali digunakan untuk mengacau jenis-jenis masakan
yang dibuat secara banyak di dalam kuali besar atau untuk
menanak nasi kawah.

REHAL
KAYU

Rehal kayu sering digunakan untuk menempatkan al-Quran


dan Muqaddam. Pada masa kini, penggunaannya diperluaskan
untuk meletakkan buku-buku berharga. Penggunaan rehal
kayu adalah semakin kurang digunakan kerana terdapat
banyak jenis rehal dihasilkan terutamanya dengan
menggunakan plastik.

LABU SAYONG

Labu sayong ialah bekas tembikar bernama labu berwarna


hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung
Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa
yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar, Perak. Dari
kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan
mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung
tersebut. Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu
sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat
tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala
Kangsar. Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada
tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif
ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional,
khususnya bunga-bungaan seperti bunga
tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung.

KAIN BATIK

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di


Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah
menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada
masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang
sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan
dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula
diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan
sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan
terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik
atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis,
menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik
yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun
1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan
batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

Anda mungkin juga menyukai