Anda di halaman 1dari 9

perkembangan Melaka sebagai pusat perdagangan yang penting dalam

abad ke-15 dan awal abad ke-16 disebabkan kedudukannya yang


strategik di Selat Melaka
PENGENALAN
Nusantara(Alam Melayu) telah menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari India,
Arab dan China sejak dari abad pertama lagi. Sumber-sumber bertulis china,
India, Arab dan Yunani membuktikan bahawa kegiatan perdagangan di Rantau ini
berkembang dengan pesat sebelum kebangkitan Kerajaan Melayu Melaka. Di
antara pusat-pusat perdagangan yang muncul di Nusantara berdasarkan
sumber-sumber berikut iaitu sumber dari China Tun Sun, Tan Chu-Li, Pan-Pan,
sumber Yunani(Ptolomy)-Takola, Kole dan Sabaria, sumber India-Takola, Kataha,
Kalagam, Tambaralinga dan sumber Arab-Kalah, Qalqullah dan Tiyumah.
Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan
Srivijaya pada abad ke-15, Melaka telah Berjaya mencapai kejayaan yang lebih
besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat.
Kedudukan Melaka yang strategik menjadikannya sebuah pangkalan luar yang
penting bagi kapal-kapal.
Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang
dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh
srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari srivijaya ini telah
mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman
dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan
pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan
infrastruktur yang moden.
Melaka sebenarnya telah mula berkembang dengan pesat di bawah
pemerintahan Parameswara. Di bawah pemerintahan Parameswara Melaka telah
menjadi sebuah Pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke15 dan awal abad ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat
perdagangan rempah-ratus dengan berfungsi sebagai pintu kepada negerinegeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan
menerusi Duerte Barbosa yang berkata, sesiapa yang menguasai Melaka, dia
dapat menguasai dunia(He who is lord of Malacca has his hand on the throat of
venice).
Tindakan Parameswara mengawal Selat Melaka yang menjadi faktor terpenting
bagi survival ekonomi dan keutuhan Melaka.[1] Pasukan laut terbabit terdiri

daripada orang Laut di sekitar selat Melaka yang menjadi tulang belakang
kekuatan tentera laut Melaka. Kedudukan dan peranan "kelautan' dari segi
politik, ekonomi dan ketenteraan kian menonjol di beberapa tahap awal abad ke15.[2]Senario Perkembangan Perdagangan di Melaka.Setelah 3 tahun Melaka
dibuka oleh Parameswara, penduduk Melaka yang berasaskan perikanan hanya
berjumlah kira-kira seribu orang dan telah meningkat berkali ganda kepada
hampir 6000 orang. Ini ditambah pula dengan kepesatan Melaka sebagai pusat
perdagangan yang menjalankan pelbagai perdagangan barangan enterport
seperti buah Pala, kain, batik, hamparan, bulu burung, cengkih, kayu dan
cendana. Melihat kepada kepesatan ini, pihak pentadbir Melaka telah
menyediakan pelbagai kemudahan dengan tujuan untuk menarik minat lebih
banyak lagi kapal dagang berdagang di Melaka. Kapal-kapal dagangan ini akan di
kenakan cukai 6 peratus dan perahu peribumi hanya 3 peratus. Melaka juga
terkenal dengan pusat pelabuhan yang mementingkan keselamatan,
pentadbiran yang teratur, dan cekap dalam mengendalikan pasar kosmopolitan.
Menurut laporan China; Peraturan dan peruntukan kemudahan yang baik seperti
gudang berkunci ada pengawal dan ada loceng untuk memberitahu jika ada
kecemasan atau kekecohan. Apabila bersama dengan wakil-wakil perdagangan
antara negara yang datang berdagang, raja menyediakan pasukan pengawal
dengan hebatnya demi menjaga keamanan, kayu diikat dan menempakan
keempat-empat pintu. Pada waktu malam ada orang mengawal.
PERKEMBANGAN MELAKA SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN YANG PENTING DI
NUSANTARA DALAM ABAD KE-15 DAN AWAL ABAD KE-16 DISEBABKAN OLEH
KEDUDUKANNYA DITEMPAT YANG STRATEGIK DI SELAT MELAKA.
Keagungan Kerajaan Melaka pada abad ke-15 dan awal abad ke-16 disebabkan
oleh kegiatan perdagangannya. Kegiatan perdagangan ini merupakan satu
pendapatan bagi kerajaan Melaka. Mengikut Sejarah Melayu[3], Melaka digelar
oleh orang Arab sebagai Malakat iaitu perhimpunan segala dagang.
Perdagangan merupakan warisan dan penerusan tradisi kerajaan Srivijaya yang
terletak di Palembang[4]. Parameswara berusaha menjadikan Melaka sebagai
sebuah emporium Melayu abad ke-15.
Gambar 1: Kelihatan Pedagang-pedagang arab bersembahyang di Pelabuhan
Melaka
Melaka menjadi terkenal sebagai pusat perdagangan kerana faktor kedudukan

geografinya yang strategik. Terletak ditengah-tengah perjalanan perdagangan


Timur dan Barat yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing seperti
China, India, Arab dan Kepulauan Melayu sendiri. Angin Monsun Barat Daya dan
Timur Laut juga membantu pedagang-pedagang China dan India pergi ke
Melaka. Kedudukan Melaka yang strategik membolehkannya berfungsi sebagai
pelabuhan dan persinggahan bagi kapal-kapal yang berulang alik melalui Selat
Melaka.
Pelabuhan Melaka terlindung dari tiupan angin dan jauh dari hutan Paya Bakau.
Pintu pelabuhannya sangat dalam dan luas untuk membolehkan kapal-kapal
besar masuk berlabuh. Selain itu terdapat rangkaian hubungan dengan daerah
Pedalaman kerana sungai Melaka membuka jalan kepada jalan dagang seberang
Semenanjung iaitu kawasan pengangkutan iaitu penarikan yang bersambung ke
Jalan Muar-Pahang sehingga membawa ke kawasan yang kaya dengan emas di
ulu Pahang.
Melaka merupakan sebuah tempat yang strategik kerana kedudukannya yang
terletak di Selat Melaka menjadikannya sebuah negeri yang kaya dengan sumber
asli. Melaka kaya dengan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus dan rotan.
Kekayaan hasil pertanian seperti rempah ratus, teh, beras dan lain-lain. Hasilhasil laut seperti Kowri(matawang), kerang dwi katup, tiram dan lain-lain. Selain
itu Melaka juga kaya dengan hasil perlombongan seperti emas, bijih timah, bijih
besi, antimony dan lain-lain.
Kedudukan Melaka yang strategik di Selat Melaka menjadikannya menjadi
tumpuan pedagang-pedagang dari Negara lain. Kelansungan kepesatan sesuatu
perdagangan amat memerlukan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang
cekap, teratur dan stabil. Kebanyakan kerajaan di Nusantara mempunyai sistem
pentadbiran dan pemerintahan yang tersusun. Melaka contohnya mempunyai
sistem pentadbiran yang cekap dengan wujudnya sistem pembesar empat
lipatan dan sistem perundangan seperti undang-undang laut Melaka. Sistem ini
melicinkan serta mengekalkan keamanan dan memajukan perdagangan.
Iklim juga berperanan dalam perkembangan Melaka sebagai pusat perdagangan
yang penting di Nusantara. Kedudukan Melaka yang strategic membolehkannya
menerima tiupan dua jenis angin iaitu angin Monsun Timur Laut dan angin
Monsun Barat Daya. Kedua-dua angin ini bertiup selama 6 bulan mengikut giliran
tahunan. Oleh yang demikian, pedagang dari Barat dan Timur tidak pernah
bertembung dengan tiupan angin yang berlainan musim tadi; tidak berlaku
masalah lalulintas kerana perjalanan sesebuah kapal ditentukan oleh angin

tersebut.
Keistimewaan tiupan angin di Selat Melaka menyebabkan para pedagang
menjadikan Melaka sebagai tempat persinggahan dan tempat untuk meletak
barang dagangan di gudang untuk diniagakan apabila pedagang lain tiba di
Melaka pada musim Monsun yang satu lagi. Sultan[Raja Iskandar Shah] juga
telah menyediakan segala kemudahan samada berbentuk fizikal atau material di
pelabuhan entrepot.
Kepesatan perdagangan di Melaka terbukti melalui catatan pedagang bangsa
portugis Tom Pires[5] mengatakan bahawa setiap tahun terdapat sekurangkurangnya 100 buah kapal besar dan kira-kira 30 hingga 40 buah kapal kecil tiba
di pelabuhan Melaka. Dikatakan juga pelabuhan Melaka begitu besar sehingga
boleh menampung hampir dua ribu buah kapal dalam satu-satu masa.
Tempoh masa yang sibuk di Melaka adalah di antara bulan Mac dan Disember. Ini
kerana Selat Melaka akan menerima perubahan tiupan angin yang membolehkan
kapal belayar. Dalam tempoh ini Melaka akan menerima ketibaan kapal-kapal
dari Asia Timur dan Timur; manakala dari bulan Mei hingga September
merupakan giliran pedagang dari Jawa dan Timur Nusantara berdagang di
Melaka.
Oleh yang demikian, bagi menjaga keselamatan para pedagang luar di selat
Melaka orang laut telah direkrut untuk bertanggungjawab menjaga keselamatan
dan kawasan perairan untuk membenteras kegiatan perlanunan. Mereka
mengawal jalan-jalan laut supaya selamat daripada ancaman dan serangan
lanun. Kedudukan Selat Melaka yang strategik memudahkan usaha untuk
menjaga perairan di Selat Melaka.
Orang Laut sentiasa memberikan taat setia dan sokongan ketenteraan kepada
pemerintah. Kerjasama yang erat antara pihak pemerintah dan Orang Laut telah
berjaya mengatasi kegiatan lanun yang mengganas di sepanjang Selat Melaka.
Apabila keselamatan terjamin, para pedagang bebas melakukan aktiviti
perdagangan dengan Melaka. Parameswara menjadikan Orang Laut sebagai
sebahagian daripada institusi dan sistem kerajaan.[6] Orang Laut mengakui
kedaulatan Parameswara dan akan melindungi keselamatannya. Manakala
Parameswara pula melindungi kehormatan dan kebajikan mereka. Orang Laut
dijadikan sebahagian besar daripada angkatan Laut Melaka dan merupakan
sumber tenaga yang paling penting untuk menjaga keamanan di samping
menggalakkan saudagar asing ke pelabuhannya.[7]
Kedudukan Melaka di tempat yang strategik iaitu di Selat Melaka juga

meransang pemerintah untuk menyediakan kemudahan perdagangan dan


pentadbiran perniagaan. Pemerintah[Sultan] menyediakan kemudahankemudahan di pelabuhan seperti tempat menginap, tempat perniagaan, gudang,
sistem sukatan dan timbangan yang standard, kemudahan membaiki kapal dan
lain-lain kemudahan yang diperlukan oleh para pedagang yang singgah
berdagang di Melaka. Di Melaka, Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi[saudagar yang
menghantar dan menyebarkan barangan dagangan] menguruskan hal-hal
perdagangan. Matawang logam digunakan dalam semua urusniaga.
Kedudukan Melaka yang strategik di Selat Melaka juga telah mewujudkan
hubungan diplomatik dengan China dan Jawa. Melaka juga telah mengambil
inisiatif dengan menjalankan hubungan diplomatik dengan kuasa luar dan besar
dan salah satunya adalah China (1403-1433).
Dalam aspek keselamatan, Melaka bernasib baik kerana telah mendapat
perlindungan daripada negeri China, ini kerana Melaka terpaksa
mempersembahkan 40 tahil emas kepada Siam jika tidak keselamatan Melaka
akan terancam. Melaka pada masa itu belum lagi mempunyai kekuatan yang
setaraf dengan Siam. Tindakan Siam tersebut juga adalah berikutan
pembunuhan Temagi iaitu wakil pemerintah Siam di Singapura oleh
Parameswara. Pada tahun 1403M, utusan China iaitu Laksamana Yin Cheng telah
datang ke Melaka dan ini memberi peluang kepada parameswara untuk
menangani masalah dengan Siam. Melaka melalui Parameswara berharap dapat
menfaatkan pengaruh China yang merupakan Negara terkuat di Asia pada masa
itu untuk membela kedaulatannya.[8] Perhubungan diantara Melaka dan China
semakin utuh pada tahun 1405 selepas utusan rombongan kerajaan Melaka tiba
di Ibu Negara China, di mana Maharaja Ming telah telah memberi pegiktirafan
kepada Parameswara sebagai raja Melaka dan dianugerahi Cap Kempal,
sepasang kain sutera berkerajaan dan paying berkerajaan.[9] Siam telah
bertindak menyerang Melaka dan merebut Cap Kempanya, namun Maharaja
Ming telah menghantar Zheng He Ke ke Siam untuk menghalang persengketaan
Siam dan Melaka. Parameswara teah menghantar utusan ke China yang
menyatakan tentang pencerobohan orang Siam terhadap Melaka pada tahun
1407 dan sehubungan dengan itu, Maharaja China telah memberi amaran
kepada kerajaan Siam supaya tidak mengganggu Melaka lagi. Pada tahun 1409,
Laksamana Cheng Ho tiba di Melaka dengan membawa dikri Maharaja China
sebagai lambing menaikkan taraf Melaka menjadi sebuah kerajaan.[10]
Selain daripada itu juga, Melaka turut mengadakan hubungan diplomatik dengan

pihak kerajaan Jawa bagi mengatasi masalah kekurangan bahan makanan.


Pertambanhan bilangan penduduk yang ramai mendorong Sultan Mahkota
Iskandar Syah untuk menghantar duta ke Jawa kerana hendak berbaik-baik
dengan pemerintah Jawa yang baru iaitu Vikramarvaddhana (1389-1429). Melaka
juga melakukan hubunga diplomatik dengan Pasai melalui kegiatan
perdagangan. Salah satu sebab Parameswara membuat hubungan ini adalah
untuk memperkenalkan Melaka kepada dunia luar bagi mengukuhkan kedudukan
mereka di samping untuk mendapatkan barangan dagangan.
Keterbukaan Perdagangan di Selat Melaka juga telah menyebabkan Melaka
secara tidak langsung menjadi pusat penyebaran agama Hindu-Buddha dan
Islam, di tambahlagi dengan kedudukannya yang sangat strategik di Selat
Melakayang memudahkan kemasukan banyak bangsa yang menganut pelbagai
agama. Melaka telah memainkan peranan dalam proses penyebaran agamaagama ini. Pengaruh ketiga-tiga agama yang kuat ini menyebabkan tarikan lebih
banyak pedagang masuk ke Melaka untuk memperdagangkan barangan mereka.
Srivijaya dan Majapahit merupakan empayar beragama Hindu-Buddha di
Nusantara. Kedua-dua negeri ini merupakan pusat perkembangan agama
Buddha membantu mengembangkan kegiatan perdagangan dengan India dan
China. Melaka merupakan empayar Islam, secara tidak langsung ianya dapat
menarik pedagang Islam.
Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat
dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang
dagangan, mejadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk
Nusantara dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa
dari Melaka ke temapat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya,
namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka
merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi
menggerakkan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.
Fungsi Melaka sebagai pelabuhan enterpot[pusat pengumpulan barang
dagangan dan menguruskan penyebaran bahan-bahan ke pelbagai tempat dan
dijadikan sebagai perantaraan pedagang dari Timur dan Nusantara] menjadikan
Melaka sangat terkenal. Kepesatan perdagangannya telah menarik minat
portugis di bawah pimpinan Alfonso De Alburqueque untuk menakluk Melaka
pada tahun 1511.
Keagungan dan kemasyhuran Melaka sebagai Pusat perdagangan pada awal

abad ke-15 dan awal abad ke-16 memang tidak dapat dinafikan. Keagungan
empayar perdagangan Melaka mulai merosot setelah Melaka jatuh ke tangan
portugis pada tahun 1511. Acheh telah menggantikan Melaka sebagai pusat
perdagangan di Nusantara.
PENUTUP
Perkembangan Melaka sebagai pusat perdagangan yang penting di Nusantara
dalam abad ke-15 dan awal abad ke-16 disebabkan oleh kedudukannya di
tempat yang strategik di Selat Melaka. Perkembangan perdagangan di Nusantara
berlaku kerana kedudukannya di persisiran pantai dan kepentingannya
berasaskan kepada penguasaan lalulintas perdagangan di antara China dan
India.
Melaka telah mencapai zaman kegemilangannya selepas kejatuhan Majapahit
iaitu kira-kira tahun 1414 masihi. Ketika itu, Melaka telah diperintah oleh Sultan
Muzaffar Syah. Baginda telah Berjaya meluaskan kuasanya di negeri sekitar
Melaka. Ekspedisi peluasan kuasa ini telah membantu menjadikan Melaka
sebagai sebuah pusat perdagangan yang penting di Nusantara pada abad ke 15
dan awal abad ke 16. Sejak pengasasannya, Melaka telah mempunyai sistem
pentadbiran yang tersusun. Faktor ini menyebabkan Melaka muncul sebagai
sebuah empayar yang terkenal.
Kedudukan Melaka yang strategik iaitu di Selat Melaka telah mendorong kepada
perkembangan perdagangan di Nusantara. Antara faktor-faktor perkembangan
perdagangan ini adalah disebabkan: Kedudukan Geografi:
1. Kedudukan yang strategik kerana terlindung dari tiupan angin Monsun.
2. Perairan Selat Melaka yang terlindung ini membolehkan kapal dagang
berlabuh dengan selamat.
3. Bentuk muka bumi Melaka yang berbukit sesuai dijadikan kubu pertahanan
yang baik.
Hubungan dengan Negara China:
1. Mendapat perlindungan dari China menyebabkan Melaka diiktiraf sebagai
pusat perdagangan penting di Asia Tenggara.
2. Melaka terselamat dari ancaman Majapahit dan Siam.
3. Menggalakkan lebih ramai saudagar China berdagang di Melaka.
Sistem Pemerintahan dan pentadbiran yang sistematik:
1. Sistem Pembesar empat lipatan menjamin pengurusan pentadbiran yang

berkesan.
2. Pelaksanaan undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka
membantu pentadbiran Melaka.
3. Undang-undang Laut Melaka yang menetapkan Bahasa Melayu sebagai lingua
Franca memudahkan interaksi pedagang.
4. Orang laut bertanggungjawab memastikan keselamatan di laut dan mengawal
keselamatan pelabuhan Melaka.
Dasar perdagangan:
1. Hal-hal perdagangan diuruskan Syahbaandar, Nakhoda dan Kiwi.
2. Syahbandar orang tengah antara pedagang dan kerajaan dalam pungutan
cukai
3. Nakhoda mengendali hal-hal perdagangan, penyelarasan dan pelayaran di
pelabuhan Melaka.
4. Kiwi mengikut kapal yang membawa barang dagangan.
5. Sistem cukai berkeutamaan diperkenalkan iaitu 6% ke atas barangan India,
Burma, Sri Lanka, 3% ke atas barangan dari Kepulauan Melayu.
6. Pedagang mesti mendapatkan surat kebenaran sebelum berniaga.
7. Sistem ukuran dan timbangan yang standard digunakan.
8. Sistem tukar barang atau matawang diamalkan.
Pelbagai jenis barang dan bahan mentah:
1. Barangan import dari Barat seperti Coromandel, Parsi dan Arab ialah gula,
beras, sayuran dan daging.
2. Melaka bertukar barangan dengan China seperti bijih, tembaga dan gaharu.
3. Melaka beroleh barang dagangan seperti rempah, kayu-kayan dan beras dari
Burma, Jawa dan Siam.
Kemudahan-kemudahan
1. Gudang yang disediakan dipagar dan ada penjaga.
2. Gudang untuk menyimpan barangan pedagang.
3. Kemudahan membaiki kapal turut tersedia.
4. Terdapat juga tempat penginapan, bekalan makanan dan minuman yang
disediakan kepada pedagang.
Peranan keagamaan:
1. Membentuk sebuah empayar Islam.
2. Pedagang Islam merupakan pedagang utama di Melaka.
3. Pengislaman Parameswara mempengaruhi perpindahan saudagar Islam dari
Sumatera Utara ke Melaka.

Dasar penaklukan:
1. Meluaskan kuasa di kawasan Tanah Melayu hingga pinggir laut Sumatera.
2. Melaka memperolehi emas dari Siak, lada hitam dari Rokan dan Kampar.
3. Kawasan jajahan yang luas mengukuhkan kedudukan Melaka sebagai empayar
yang unggul.
[1] Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka. Kajian Beberapa
Aspek tentang Melaka
pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, hal.
139.
[2] Ismail Hussien, A Aziz Deraman dan Abd. Rahman Al-Ahmadi. 1993. Tamadun
Melayu jilid satu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 191
3. Versi Tahun 1612, edisi 1961. Hlm 81, 220
4. O.W Wolster, Studying Srivijaya, JMBRAS, LXII, ii, 1944, hlm 1-32
5. Armando Cortesao(ed) The Suma Oriental Of Tom Pires, jil 11, Haklyut Society,
London 1944, hlm 254-255.
[6] ibid. hal. 145.
[7]ibid. hal. 46
[8] Kang Yuanzhi, 2002. Pelayaran Zheng He dan Alam Melayu. Bangi : Universiti
Kebangsaan Malaysia,
hlm 64.
[9] Ibid, hlm 65.
[10] Tan Ding Eing, 1975. Sejarah Malaysia dan Singapura. Op. Cit., hlm 3.
Posted by atie at 4:28 PM

0 comments:

Anda mungkin juga menyukai