Anda di halaman 1dari 7

Fakta Yang Perlu Anda

Tahu Mengenai Umar


Al-Khattab
OLEH RABIATUL ADAWEEYAH • 6 JUL 2017 • 4 MIN BACA

Umar al-Khattab merupakan nama besar dalam sejarah


Islam, iaitu mengenai pemerintahan dan keperibadian beliau.

Bahkan tidak kurang tentangan kuatnya terhadap Islam


semasa awal perkembangan agama suci ini dahulu sebelum
beliau menerima hidayah Allah.

Nama sebenarnya ialah Umar bin al-Khattab bin Nufail bin


Abdul Uzza bin Ribaah bin Abdillah bin Qarth bin Razaah bin
Adi bin Kaab. Beliau juga digelar dengan nama Abu Hafs.

Beliau berketurunan bani Adi, Umar al-Khattab dilahirkan


pada tahun 584M di Mekah.

Ibunya bernama Hantamah binti Hasyim bin al-Mugirah dari


bani Makhzum yang juga sepupu dengan Khalid bin al-Walid
dari pihak ayah.

Umar al-Khattab sangat gemar menunggang kuda dan


meminati puisi.
Selepas beliau menerima Islam, Islam seolah mendapat ‘roh’
baru. Diriwayatkan, mereka tidak pernah merasakan
kehebatan Islam ini melainkan setelah Umar al-Khattab
memeluk Islam.

Umar al-Khattab didoakan oleh Rasulullah agar menerima


Islam, dan Islam bertambah kuat dengan adanya beliau.

Saidina Umar al-Khattab diberi gelaran ‘al-Faruq’ oleh


Rasulullah s.a.w, yang bermaksud ‘yang dapat membezakan
antara baik dan buruk’.

Beliau memiliki tubuh yang tegap dan gagah. Pada bahagian


bawah kedua-dua mata Umar al-Khattab terdapat tanda
lengkuk, seperti bekas mengalir air.

Pada setiap malam beliau akan menangis merasa takut akan


Allah dan dosanya yang lalu. Terutamanya apabila beliau
membaca surah al-Muthaffifin: 6.

Umar al-Khattab adalah satu-satunya sahabat yang bernama


‘Umar’ dengan ejaan ‫عمر‬.

Sedangkan sahabat-sahabat lain yang bernama Umar,


Rasulullah s.a.w meminta dipanggil dengan nama ‘Amru’ –
‘‫ – ’عمرو‬dengan menambah huruf ‘‫ ’و‬di belakang; sebagai
penghargaan istimewa buat Umar al-Khattab.

Umar memiliki dua puteri dan lima putera, daripada


isterinya yang bernama Zainab binti Mazh’un lahirlah
Abdullah, Abdurrahman, Hafshah dan Ruqayyah. Dari
isterinyan yang bernama Ummi Kulsum bin jarul lahirlah Zaid
al-Ashgar dan Ubaidillah. Dan dari isterinya yang bernama
Jamilah beliau memiliki seorang lagi anak lelaki bernama
Ashim.

Umar al-Khattab seorang yang sangat berani, tegas,


berpendirian teguh, berpandangan jauh dan banyak pekerti
baik yang lain.

Keberanian beliau sangat terserlah semasa peristiwa umat


Islam berhijrah ke kota Madinah. Beliau telah mencabar kaum
kafir Quraisy untuk menghalangnya termasuklah tokoh-tokoh
dan para pembesar Quraisy. Bahkan beliau melakukan tawaf
secara terbuka.

Beliau adalah Khalifah yang kedua selepas Saidina Abu Bakar,


Umar al-Khattab memegang jawatan Khalifah selama 10
tahun 6 bulan 4 hari.

Beliau merupakan pemimpin yang sangat jujur, zuhud dan


sangat mementingkan kesejahteraan rakyat berbanding diri
sendiri.

Dari awal pemerintahannya sebagai khalifah, Umar


al-Khattab membuat undang-undang; ‘dari mana kamu
mendapat harta ini?’.

Beliau tidak mahu umat Islam (terutamanya golongan


pemimpin) memperolehi harta dari sumber dan cara yang
haram. Umar al-Khattab juga tidak mahu para pemimpin
mengumpulkan kekayaan.

Contohnya, jika seseorang gabenor itu mempunyai dua helai


pakaian semasa dilantik, maka setelah berhenti kelak dia
mesti mempunyai dua helai pakaian itu juga. Malah lebih baik
jika ada sehelai saja sewaktu berhenti.

Ramai para sahabat, terutamanya yang memegang jawatan


gabenor seperti; Abu Hurairah, Saad bin Abi Waqas, Amru bin
al-Ash, Muadz bin Jabal, dan yang lain-lain ‘ditarik harta’
mereka semasa pemerintahan Umar al-Khattab. Ini kerana
harta-harta mereka digunakan untuk Islam dan membantu
rakyat.

Khalifah Umar al-Khattab tidak akan makan daging sehingga


semua rakyat di bawah pemerintahannya makan terlebih
dahulu.

Semasa memegang jawatan sebagai khalifah, Umar


al-Khattab tidak tinggal di rumah bahkan hanya tidur dan
berehat bawah pokok kurma di siang hari.

Beliau hanya mengenakan cukai terhadap penduduk yang


kaya dan mewah, dan dikecualikan kepada golongan yang
miskin.

Umar al-Khattab meninggal dunia pada 27 Zulhijjah tahun


ke-23H ketika sedang mengimani solat Subuh.
Beliau telah ditikam sebanyak tiga kali oleh Abu Lu’luah
seorang lelaki berketurunan Parsi.

Mengenai umurnya ketika meninggal: ada yang mengatakan


dalam usia 50 tahun, ada yang menyebutkan dalam usia 57
tahun, yang lain mengatakan 60 tahun, ada lagi yang
mengatakan 63 tahun dan sebagainya.

Selain itu, semasa memegang jawatan khalifah, banyak


pembaharuan dan kemajuan yang dilakukan oleh Umar
al-Khattab. Beliau juga adalah sebagai orang yang pertama:

#1 – Digelar Sebagai ‘Amirul Mukminin’

#2 – Menetapkan Kalendar Islam


(Hijriyyah/Hijrah)

#3 – Mengenakan Hukuman Pukulan 80 Kali


Kepada Peminum Arak

#4 – Mengharamkan Nikah Mut’ah


#5 – Memberikan Wang Kepada Bayi Yang Baru
Lahir

#6 – Mewajibkan Zakat Terhadap Ternakan


Kuda

#7 – Membahagikan Sumbangan Kepada


Penghafaz Al-Quran

#8 – Memerintahkan Agar Semua Masjid


Dinyalakan Lampu Pada Bulan Ramadan Agar
Memudahkan Orang Ramai Berqiamullail

#9 – Mengarahkan Solat Jenazah Berjemaah


Dengan Empat Takbir

#10 – Memperkenalkan Al-‘Aul Dalam


Masalah Faraid (Harta Pusaka)

RUJUKAN
1. Kisah Sayyidina Umar Al-Khattab oleh Ustaz Fawwaz bin
Mohd Jan
2. Muhammad Husain Haekal, 2002, Umar bin Khattab, terj.
Ali Audah, Al-Faruq ‘Umar, Pustaka Litera AntarNusa: Bogor.
3. Wiwid Prasetyo, 2013, Lilin Pun Dipadamkannya, Kemilau
Publika: Selangor
4. Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong,
Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2.

Anda mungkin juga menyukai