Anda di halaman 1dari 10

Permuafaktan ibu bapa yang sering dilecehkanPROGRAM

PERMUAFAKATAN IBUBAPA, GURU DAN MURID SERTA


PROGRAM AKU JANJI TAHUN 2013

LAPORAN PROGRAM PERMUAFAKATAN IBUBAPA, GURU DAN MURID

PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN TERUSAN LAHAD DATU

ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.0 TAJUK :

Majlis Permuafakatan, Aku Janji & Penyerahan Anak Angkat Sempena Program Kecemerlangan
UPSR. Peringkat Sekolah Kebangsaan Terusan Lahad Datu.

2.0 DIKEMUKAKAN OLEH :

Unit Bimbingan dan Kaunseling

SK Terusan Lahad Datu

3.0 PENDAHULUAN :
Majlis Permuafakatan, Aku Janji dan Majlis Penyerahan Anak Angkat sempena Program
Kecemerlangan UPSR ini adalah merupakan program yang dijalankan untuk murid tahun 6.
Program ini dijalankan antara beberapa program persediaan UPSR yang akan dijalankan untuk
meningkatkan prestasi akademik murid-murid. Program ini juga merupakan salah satu program
untuk memperkasakan sekolah dalam bidang akademik.

Penyertaan ibu bapa dalam program ini amatlah diharapkan. Hal ini kerana ibu bapa
merupakan salah seorang pendorong ke arah kecemerlangan anak-anak dalam UPSR. Oleh itu,
program ini melibatkan penyertaan ibu bapa sebagai peserta. Dengan adanya penglibatan ibu bapa,
maka semua pihak termasuklah guru-guru dapat bekerjasama membantu murid-murid
meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran.

Secara ringkasnya Majlis Permuafakatan, Aku Janji dan Majlis Penyerahan Anak Angkat
dapat meningkatkan perkembangan murid-murid untuk menghadapi situasi pembelajaran yang
semakin mencabar.

4.0 RASIONAL

a) Memberi peluang guru-guru, ibu bapa, dan murid-murid untuk berinteraksi dan
bertukar-tukar pandangan ke arah meningkatkan .

b) Memberi pendedahan tentang kaedah bimbingan ke arah kejayaan murid-murid.

c) Memberi pengetahuan serta memahami situasi pembelajaran di rumah.

d) Memberikan pendedahan tentang rangsangan dan dorongan terbaik ke arah kejayaan


murid-murid.

e) Memahami tentang perkara-perkara yang dapat menghalang kecerdasan fikiran


murid-murid.

5.0 OBJEKTIF :

a) Memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan potensi diri dan bermotivasi
dalam menghadapi persediaan UPSR.

b) Memberi peluang murid-murid untuk berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan.

c) Memberi pendedahan tentang kaedah bimbingan ke arah kejayaan murid-murid.

d) Memberi pengetahuan serta memahami situasi pembelajaran di rumah.

e) Memberikan pendedahan tentang rangsangan dan dorongan terbaik ke arah kejayaan


murid-murid.

f) Memahami tentang perkara-perkara yang dapat menghalang kecerdasan fikiran


murid-murid.
6.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan perbincangan untuk menetapkan tarikh, masa
dan tempat. Butirannya seperti berikut :

Tarikh : 25 April 2013 (Khamis)

Tempat : Kelas Tahun 6, SK Terusan Lahad Datu

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

7.0 SASARAN KUMPULAN

 Murid-murid Tahun (17 Orang)


 Ibubapa
 Guru Bimbingan dan Kaunseling
 Guru Tahun 6
 Guru-guru yang terlibat

8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

MAJLIS PERMUAFAKATAN, AKU JANJI & PENYERAHAN ANAK


ANGKAT

SEMPENA PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR

PENGERUSI

Tuan Hj. Abdul Bin Hj. Using

Guru Besar

TIMBALAN PENGERUSI

Encik Abdul Rahman Suliman

Penolong Kanan Pentadbiran


NAIB PENGERUSI 1

Encik Amil Hasli Bin Amilasan

Penolong Kanan HEM

NAIB PENGERUSI 2

Puan Jurairah Binti Amappease

Penolong Kanan Kokurikulum

SETIAUSAHA

Cik Mimi Tantiana Binti Ganing

Guru Bimbingan Sekolah Rendah

BENDAHARI

Puan Norizam Ubang

Kerani Sekolah

AHLI JAWATANKUASA KECIL

PENGACARA MAJLIS

Puan Halimah Binti Bangawan

BACAAN DOA

Encik Abdul Rahman Bin Suliman

AJK BUKU PROGRAM

Cik Mimi Tantiana Binti Ganing

AJK BACKDROP

Puan Rosnah Binti Buntarang

Puan Saedah Binti Mohd Yusoff


AJK FOTOGRAFI

Cik Pamela Grace itin

AJK SIJIL, CENDERAMATA, DAN BAHAN EDARAN

Cik Sarimah Binti Ahmad

Cik Norwani Binti Zainudin

AJK MAKANAN

Puan Zaharah Binti Azmuni

Puan Noorlies Binti Shukur

AJK PA SYSTEM

Encik Askawadar Bin Hindustan

Encik Husly Bin Hussin

9.0 TENTATIF PROGRAM

8.00 am : Ketibaan Guru-guru, murid-murid dan ibubapa.

8.30 am : Ketibaan Guru Besar

TUAN HAJI ABDUL BIN USING

Nyanyian Lagu

1. Sabah Maju Jaya

2. Negaraku

9.00 am : Bacaan Doa

ENCIK ABDUL RAHMAN BIN SULIMAN

Ucapan Perasmian daripada Guru Besar SK Terusan

TUAN HAJI ABDUL BIN USING

10.00 am : Majlis Permuafakatan Guru-guru, Ibubapa & Murid-murid


Majlis Penyerahan Anak Angkat

Majlis Aku Janji

12.00 noon : Majlis Bersurai dan Jamuan

10.0 PELAKSANAAN AKTIVITI :

Majlis Permuafakatan, Aku Janji & Penyerahan Anak Angkat berlangsung selama 5 jam
daripada jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Antara yang telibat dalam program ini ialah
murid tahun 6. Seramai 17 orang peserta, guru-guru dan ibu bapa terlibat dalam program ini.

Setiap peserta diminta untuk memberi sumbangan sebanyak RM 5 bagi seorang peserta.
Wang yang disumbangkan ini adalah bertujuan untuk menampung kos makanan, minuman, bahan
edaran, sijil, cenderamata penceramah dan jamuan guru.

Peserta akan diedarkan dengan beberapa bahan edaran yang berkaitan dengan program ini.
Pada akhir program peserta akan diberikan sijil penyertaan menyertai program.

11. 0 ANGGARAN KOS

Bil Perkara Harga


1. Air Mineral (1 Kotak x RM 10) RM 10
2. Bahan Edaran (17 Peserta) RM 17
3. Makan Murid (17 orang x RM 3) RM 51
4. Makan Ibu Bapa (17 orang x RM 3) RM 51
5. Makan Guru (5 orang x RM 5) RM 25
6. Cenderamata Penceramah RM 50
Jumlah RM 204

Unit Bimbingan dan Kaunseling mendapatkan sumber kewangan daripada peruntukan yang telah
diberikan oleh pihak kementerian untuk Unit Bimbingan dan Kaunseling dan sumbangan daripada
ibu bapa.

12.0 PENUTUP
Tidak semua perancangan yang dibuat dapat berjalan dengan lancar serta berlaku seperti
yang kita kehendaki. Kemungkinan perancangan tersebut adalah lebih berjaya daripada apa yang
dijangkakan ataupun berlaku perkara yang sebaliknya. Oleh itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling
SK Terusan akan berusaha untuk memastikan Majlis Aku Janji dan Majlis Penyerahan Anak
Angkat sempena Program Kecemerlangan UPSR ini akan berjalan lancar serta memenuhi objektif
yang diharapkan.

13. 0 KEKUATAN PROGRAM

Program Kecemerlangan UPSR yang melibatkan gabungan tiga program sekaligus iaitu Majlis
Permuafakatan, Majlis Penyerahan Anak Angkat, dan Majlis Aku Janji ini mempunyai beberapa
kekuatan iaitu :

A. Program ini berjalan dengan lancar apabila adanya kerjasama dari guru-guru, murid-murid
serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak mereka demi membantu
pihak sekolah dan anak mereka mencapai keputusan yang cemerlangn dalam UPSR.

15.0 KEKANGAN PROGRAM

Program Kecemerlangan UPSR yang melibatkan gabungan tiga program sekaligus iaitu Majlis
Permuafakatan, Majlis Penyerahan Anak Angkat, dan Majlis Aku Janji ini mempunyai beberapa
kelemahan iaitu :

A. Untuk menjalankan program ini, unit bimbingan dan kaunseling memerlukan dana
berbentuk kewangan untuk menjalankan program. Namun akibat budjet yang sepatutnya
diberikan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling masih tidak diperolehi. Oleh itu, unit
bimbingan dan kaunseling terpaksa meminta sumbangan daripada ibu bapa sebanyak RM5
untuk menampung kadar makan dan minum bagi ibu bapa sepanjang program ini
berlangsung.

B. Program ini telah ditangguhkan daripada satu tarikh ke satu tarikh yang lain sebanyak
beberapa kali. Hal ini disebabkan oleh beberapa kekangan sepeti masa, dana dan
penglibatan guru akibat ramai guru yang sibuk dengan program luar yang lain.
16.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Akibat daripada beberapa kelemahan dan kekangan program ini, oleh itu terdapat beberapa
cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat bagi memastikan program ini dapat dijalankan lagi
pada masa hadapan dengan l;ebih teratur dan lacar. Antara cadangan penambahbaikan yang boleh
dibuat ialah :

1. Program ini boleh dijalankan lebih awal iaitu pada awal tahun kerana pada awal
tahun biasanya guru belum terlibat lagi dengan bebanan tugas yang banyak.
2. Dana kewangan haruslah dikumpulkan lebih awal iaitu pada akhir tahun ketika
murid-murid tersebut berada pada tahun 5. Oleh itu dana kewangan tersebut boleh
digunakan pada awal tahun ketika murid tersebut berada dalam tahun 6.

GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI :

Anda mungkin juga menyukai