Anda di halaman 1dari 4

TEKS WAKIL GURU

Assalamualaikum wbt.
Yang berbahagia _____________________________________,
Yang diraikan _________________________________________,
Yang

dihormati

_________________________Yang

Dipertua

PIBG

SK

_______________ dan ahli jawatankuasanya,


Guru-guru penolong kanan, Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan, rakanrakan guru serta hadirin yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, saya
diberi ruang dan peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam
majlis yang penuh makna ini. Pertama sekali, selamat datang dan ribuan
terima kasih diucapkan atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan sudi untuk
hadir dalam majlis ini yang diadakan khusus untuk meraikan persaraan
Encik_____________________________________________.
Hadirin sekelian,
Saya Nabila Huda Bt Abdul Razak mewakili rakan-rakan guru baharu yang
lain iaitu ___________________, _______________________ dan ______________ ingin
mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan sepatah dua kata bagi
meluahkan

rasa

kesyukuran

kami

atas

penerimaan

warga

SK_____________________ terhadap kami dengan hati yang sangat terbuka


sekaligus berkongsi perasaan dukacita atas perpisahan dan persaraan
Encik_______________________________.
Hadirin yang dihormati,
Mengimbau semula kenangan pertama saya ke SK ____________________ini,
saya sebenarnya berdebar-berdebar kerana tertanya-tanya bagaimanakah

keadaan sekolah yang saya akan berkhidmat ini. Pun begitu, setelah
melangkahkan kaki pertama kali di sini, saya telah mula jatuh cinta pandang
pertama terhadap persekitaran sekolah ini yang kondusif, ceria dan harmoni.
Walaupun tidak dinafikan pada awalnya saya berasa agak janggal dan
mengambil masa untuk mengadaptasikan diri dengan budaya kerja di sini,
Alhamdulillah dengan bantuan, kerjasama dan keramahan semua warga
sekolah, perkara tersebut dapat saya tangani dalam masa yang singkat.
Hadirin sekalian,
Seterusnya suka untuk saya menyuarakan betapa kami sangat berbangga
kerana dapat berkhidmat di bawah pentadbiran Encik_____________________.
Bagi kami, beliau adalah seorang pentadbir yang sangat berdedikasi dan
tidak pernah lokek memberi tunjuk ajar kepada kami. Sehingga ke saat ini,
Encik_________________dilihat masih bekerja keras melunaskan amanah yang
diberikan kepadanya bagi memastikan semuanya berjalan lancar selepas
peninggalannya.

Encik_________________yang

kami

kenali

mempunyai

wawasan yang jelas dalam melestarikan kecemerlangan pendidikan muridmurid di sekolah ini. Beliau tegas, berterus terang, cekap dan mempunyai
pengetahuan yang luas dalam pengurusan sekolah.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Kecemerlangan sesebuah organisasi sebenarnya banyak bergantung kepada
ketuanya.

Seperti mana sebuah kapal diterajui nakhodanya, sepanjang

Encik __________________menerajui sekolah ini, banyak peningkatan dan


kejayaan yang telah dicapai oleh pihak sekolah.

Ia tidak mudah bagi

Encik__________________ dan tidak mudah juga bagi kami, tetapi kami semua
dapat

melakukannya

dengan

bimbingan

dan

tunjuk

ajar

Encik

_________________. Sebagai teraju utama, beliau banyak memainkan peranan


demi meningkatkan kecemerlangan sekolah. Kami berharap, semua usaha
ini akan diteruskan oleh Guru Besar baharu yang akan mengambil alih

tampuk kepimpinan sekolah ini. Sebagai guru-guru di sini, walau bersama


siapa pun kami bernaung dan berkhidmat, kami akan tetap cekal dan tekal
melaksanakan

tugas

dengan

sebaik

mungkin

bagi

memastikan

kesinambungan kecemerlangan sekolah kita.

Hadirin sekalian,
Saya mewakili guru-guru baharu yang lain ingin mengambil kesempatan ini
untuk menyampaikan harapan kami agar guru-guru senior yang lain
berbesar hati untuk memberi tunjuk dan nasihat kepada kami supaya dapat
kita

bersama-sama

bergerak

seiringan

memajukan

SK________________________ini.
Buat Encik______________________________yang diraikan pula, kami menyusun
jari sepuluh memohon kemaafan dari tuan andai ada di antara kami yang
tersilap kata, terkhilaf bicara dan tersalah tingkah laku. Maafkan kami jika
ada perlakuan dan tutur bicara kami yang menyinggung perasaan tuan.
Segala jasa bakti tuan sepanjang berkhidmat di sekolah ini akan kami
kenang selagi hayat dikandung badan.
Hadirin sekalian,
Sebelum saya mengundur diri, izinkan saya menyampaikan beberapa
rangkap

pantun,

khas

ditujukan

Encik_______________________________________..

1. Bunga kemboja putih berseri,

Putihnya melur di hujung dahan,


Untuk segala pertolongan diberi,
Terima kasih kami ucapkan.

2. Ayam rintik tepi di tepi hutan,


Terlihat dari pinggir telaga,
Nama yang baik lantas ingatan,

buat

Seribu tahun terkenang juga .


1. Buah pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Walau jauh beribu batu,
Hilang di mata, di hati jangan.

3. Kalau ada sumur di lading,


Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai