Anda di halaman 1dari 3

Aplikasi fonetik dan fonologi dalam pengajaran

Fonetik dan fonologi bermaksud pengajian yang melibatkan kajian terhadap


bunyi-bunyi bahasa dan fungsi-fungsi bunyi bahasa dalam bahasa Melayu. Kajian ini,
meliputi bidang bagaimana bunyi-bunyi bahasa Melayu itu dihasilkan atau dituturkan,
misalnya bagaimana bunyi-bunyi vokal dan konsonan serta diftong dalam bahasa
Melayu itu dihasilkan. Tulisan fonetik dan fonemik amat ditekankan dalam ilmu
fonetik dan fonologi. Hal ini dapat dilihat dengan jelas kerana kaedah belajar
membaca bagi kanak-kanak sekarang telah berubah dari sistem ejaan suku kata
kepada sistem bacaan secara fonetik. Jadi, murid-murid harus mengenali tulisantulisan tersebut dengan bunyinya sekali. Setelah murid-murid telah mengenali bunyibunyi huruf atau abjad, guru boleh memfokuskan untuk mengajar suku kata. Ilmu
fonetik dan fonologi terutamanya tulisan fonetik, boleh disampaikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara.
Antaranya ialah pengaplikasian bunyi-bunyi vokal dan konsonan terlebih
dahulu kepada murid-murid. Cara ini harus dilaksanakan pada peringkat permulaan
kerana ia dapat memudahkan guru untuk mengajar tulisan fonetik. Pada tahap ini,
guru perlu membantu murid-murid untuk memperkenalkan abjad-abjad atau hurufhuruf fonetik. Guru harus mengajar satu per satu huruf atau abjad agar murid-murid
tidak keliru terutamanya murid darjah satu yang masih baru lagi untuk tulisan ini. Ini
beraksud guru perlu mengajar 26 abjad. Abjad-abjad ini haruslah diajar dengan
menyebut bunyi-bunyinya dengan jelas agar murid cepat mengenalinya. Guru juga
harus sentiasa membiasakan penggunaan abjad-abjad ini di dalam kelas. Hal ini
akan membantu murid-murid untuk cepat mengingatinya. Skinner ( 1957) dalam
Owens (2008), menganggap bahawa pembelajaran bahasa perlu diulang-ulang
sehingga menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Contohnya, guru harus
mengajar setiap abjad dengan bunyinya beserta dengan tulisan fonetik. Guru juga
boleh membuat

jadual

seperti berikut

agar

murid-murid

penggunaan abjad dan konsonan serta mengaplikasinya.

dapat

mengenali

Huruf

Tulisan

Bunyi

Awal

Tengah

Akhir

fonetik
[a]

[a]

Aku

Batu

Teka

Jadual 1 : Jadual pengaplikasian bunyi vokal dan konsonan

Kaedah kedua dalam pengaplikasian fonetik dan fonologi dalam proses


pembelajaran ialah mengajar mengikut kaedah fonetik. Kaedah ini juga senang untuk
diaplikasi jika murid-murid mahir dengan bunyi-bunyi abjad mengikut sistem fonetik.
Cara menggunakan kaedah ini ialah dengan menyebut bunyi setiap abjab yang ada
pada setiap suku kata dan gabungkannya. Contohnya, perkataan baca. Perkataan
ini merupakan gabungan daripada dua suku kata iaitu suku kata ba dan ca. Suku
kata ba harus dibunyikan secara berasingan mengikut abjadnya iaitu bunyi beh
bagi abjad b dan bunyi aaa bagi abjad a. Jika digabungkan kedua-dua bunyi ini ,
maka terhasilah bunyi suku kata iaitu ba. Cara yang sama juga diaplikasi bagi suku
kata yang kedua. Suku kata ca harus dibunyikan secara berasingan mengikut
abjadnya iaitu bunyi ceh bagi abjad c dan bunyi aaa bagi abjad a. Jika
digabungkan kedua-dua bunyi ini , maka terhasilah bunyi suku kata iaitu ca.
Hasilnya, murid boleh menyebutnya dengan penuh apabila mengabungkan keduadua perkataan tersebut. Jadi, guru harus sentiasa melatihkan murid-murid untuk
membunyikan perkataan mengikut abjad dahulu. Setiap suku kata haruslah diulangi
beberapa kali agar dapat membunyikannya dengan betul. Secara tidak langsung,
murid-murid akan berjaya kuasai kaedah ini dengan mudah.
Cara ketiga ialah mengajar mengikut suku kata. Bagi mengajar murid suku
kata, guru boleh menggunakan kaedah ini. Kaedah ini akan membantu murid untuk
mengeja dan membaca suku kata dengan mudah. Suku kata ialah unit
penyusunaturan bunyi pertuturan. Suku kata juga merupakan bunyi atau urutan
bunyi yang mempunyai satu puncak kelantangan. Guru boleh mula mengajar dengan
menggunakan suku kata yang asas iaitu suku kata yang dimulakan dengan huruf
konsonan dan diakhiri dengan huruf vokal. Suku kata sebegini akan memudahkan
murid-murid untuk membacakannya pada tahap permulaan. Ini juga dipanggil
sebagai suku kata terbuka. Murid-murid perlu diajar dengan membentuk perkataanperkaatan yang mengandungi 2 suku kata terlebih dahalu. Contohnya, bola iaitu
perkataan yang dihasilkan melalui suku kata bo dan la. Perkataan-perkataan asas
yang mengadungi akan menjadi membantu mereka untuk memudahkan dan
mempercepatkan proses pembacaan dan pembunyian huruf pada tahap awal. Guru

harus memastikan bahawa murid-murid membunyikan atau menyebut suku kata


tersebut dengan betul. Kedudukan lidah dan bibir dalam penghasilan bunyi vokal dan
konsonan adalah penting untuk mengeluarkan bunyi yang betul.
Kesimpulannya, ilmu fonetik dan fonologi amat penting untuk memahami
penggunaan intonasi yang betul apabila bercakap atau berucap dalam kalangan
orang ramai mengikut kesesuaian apa yang ingin diujarkan. Selain itu, ilmu ini juga
penting kerana bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk
menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan,
seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam
tentangnya. Dengan mempunyai ilmu berkaitan bidang ini , ia membantu pembakuan
bahasa Melayu. Ini kerana bahasa baku berfungsi untuk menyatukan semua dialek
dan variasi yang lain dan seterusnya menyatukan semua daerah dan kawasan yang
lain.

Anda mungkin juga menyukai