Anda di halaman 1dari 2

NAMA :

TARIKH : ..

BAHAGIAN C
[ 20 MARKAH]
[Masa dicadangkan : 20 minit]
Tuliskan beberapa pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di
bawah. Panjang karangan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah
perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Pada pagi itu Kamal tergopah-gapah untuk ke sekolah kerana terlewat
bangun. Oleh itu, dia tidak sempat bersarapan. Selepas bersalam dengan ibu,
dia terus berjalan kaki menuju ke rumah Kumar yang terletak tidak jauh dari
rumahnya. Mereka telah bercadang untuk pergi bermandi di sungai. Oleh
itu,mereka telah menuju ke sebatang sungai yang terletak jauh dari rumah
mereka. Mereka menukar pakaian lalu bermandi di sungai itu. Setelah puas
bermandi, mereka berasa lapar. Dengan itu mereka mencuri buah rambutan
di sebuah dusun buah-buahan yang berhampiran dengan sungai itu. Apabila
sampai waktu tengahari, Kamal dan Kumar pulang ke rumah bersama kawankawan lain yang balik dari sekolah.

Pengajaran
1. Kita tidak boleh menipu ibu bapa.
2. Ponteng sekolah akan merugikan diri sendiri
3. Jangan melakukan kerja yang tidak berfaedah.
4. Tertinggal dalam pelajaran akan merugikan kita.
5. Jangan mencuri harta benda orang.
6. Masa depan akan menjadi gelap jika tertinggal dalam pelajaran.
Contoh jawapan
Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab mestilah bangun awal untuk pergi ke
sekolah. Menipu ibu bapa adalah perbuatan yang tidak baik. Jika ponteng sekolah kita
akan tertinggal dalam pelajaran. Masa depan kita akan menjadi gelap jika kita tidak
mementingkan pelajaran. Mencuri harta benda orang lain adalah amalan yang tidak baik.
Perbuatan sedemikian akan mencemarkan nama baik keluarga.

Anda mungkin juga menyukai