Anda di halaman 1dari 2

Model Konsep kendiri pula berkait rapat dengan teori pertumbuhan Maslow.

Ia
merujuk kepada keupayaan seseorang untuk berinteraksi secara produktif dengan
alam sekitar. Mengikut Maslow(1970), keperluan untuk penyempurnaan kendiri itu
adalah keperluan yang menjadi kemuncak atau yang tertinggi di dalam peringkat
sistem keperluan manusia. Keperluan ini hanya dapat dicapai setelah seseorang itu
memenuhkan keperluan lain yang terdapat pada peringkat yang lebih bawah di dalam
sistem keperluan tadi.
Pemupukan konsep kendiri dan harga diri menurut ahli psikologi Maslow dan Rogers
menegaskan bahawa kompetensi kita untuk berinteraksi dengan persekitaran kita
dipengaruhi oleh pandangan kita terhadap diri. Apabila kita mempunyai konsep
kendiri yang tinggi, kita akan bertindakbalas terhadap persekitaran kita dengan penuh
yakin diri.

Jika seseorang pelajar mempunyai harga diri yang positif, dia akan

membantu perkembangan rakannya yang lain. Pelajar yang mempunyai harga diri
yang negatif cenderung kepada perasaan kecewa dan enggan untuk melibatkan diri
dalam proses PdP.
Dalam menjadikan PdP lebih berkesan dan bermakna, model ini telah menekankan
penerimaan guru dan rakan sebaya. Penerimaan bermaksud menghargai sifat-sifat
istimewa individu sebagai manusia unik yang berbeza dengan individu lain dari segi
sikap, pengetahuan dan kemahiran serta memberi peluang kepada individu belajar
menerima diri mereka sendiri. Di dalam kelas penerimaan rakan sebaya penting
supaya mereka tidak merasa tersisih.
Guru

memainkan

peranan

yang

penting

dalam

membantu

pelajar

memahami keperluan dan nilai-nilai mereka sendiri dan berupaya berupaya


memaksimumkan potensi serta mempunyai kawalan ke atas hidup masing-masing.
dalam konteks sekolah guru mesti memastikan bahawa dia membina konsep kendiri
yang positif di kalangan muridnya dengan memberi pujian dan mengiktiraf kekuatan
dan kebaikan mereka.
Guru perlu membantu murid-murid berpuas hati dengan diri mereka, menghormati
kebolehan pelajar dalam mengenal pasti masalah mereka sendiri dan merumuskan
penyelesaian. Guru tidak mentafsir, menilai atau memberi nasihat; sebaliknya guru

menggambarkan, menjelaskan, menerima dan menunjukkan kefahaman (Joyce et al.,


2009). Oleh itu, model ini memberi tumpuan kepada pemudahcara pembelajaran.
Dalam pembentukan konsep kendiri positif, model ini menekankan guru supaya
memberi dorongan, bantuan dan sokongan kepada usaha pembelajaran. Guru juga
perlu memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan murid dalam
pembelajaran dan menerima murid-murid sebagai dirinya. Murid yang diterima kerap
kali memperoleh prestasi akademik yang tinggi berbanding individu yang tidak
diterima rakan sebaya. Murid yang diterima merasai diri mereka dihargai, dikasihi dan
bernilai. Oleh itu mereka dapat berinteraksi secara positif. Setiap individu juga
memerlukan penilaian yang tinggi dan stabil tentang diri mereka. Bagi memenuhi
kehendak atau membolehkan perkara ini berlaku, terlebih dahulu seseorang itu perlu
menghormati dirinya sendiri dan berusaha pula menjadikan dirinya dihargai oleh
orang lain.
Dari sudut murid pula, PdP menjadi lebih berkesan dan bermakna kerana proses dan
aktiviti pembelajaran dilaksanakan oleh pelajar dan bukan dipaksakan ke atas pelajar.
Guru berperanan sebagai pemudah cara atau fasilitator. Pelajar akan lebih
berkeyakinan pada dirinya sendiri jika tanggapan dan layanan yang positif dan baik
diberikan kepadanya. Di sini satu konsep kendiri akan terbina iaitu penilaian tentang
diri sendiri dan akan mempengaruhi sikap, interaksi sosial dan juga personaliti
seseorang. Seterusnya, ia juga mempengaruhi matlamat dan juga cita-cita seseorang
dalam memenuhi kehendaknya
Dari sudut penggunaan bahan pengajaran, model ini memerlukan guru untuk
menggunakan bahan yang boleh menarik minat pelajar contohnya membantu pelajar
mencari buku-buku yang menarik minat mereka. Guru boleh mengadakan
perbincangan biasa dengan pelajar mengenai buku-buku yang mereka suka dalam
mata pelajaran tertentu untuk menilai kefahaman atau melatih kemahiran membaca
pelajar.

Anda mungkin juga menyukai