Anda di halaman 1dari 8

UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

CPU berfungsi seperti kalkulator, hanya saja CPU jauh lebih kuat daya pemrosesannya.
Fungsi utama dari CPU adalah melakukan operasi aritmatika dan logika terhadap data
yang diambil dari memori atau dari informasi yang dimasukkan melalui beberapa
perangkat keras, seperti papan ketik, pemindai, tuas kontrol, maupun tetikus. CPU
dikontrol menggunakan sekumpulan instruksi perangkat lunak komputer. Perangkat lunak
tersebut dapat dijalankan oleh CPU dengan membacanya dari media penyimpan, seperti
cakera keras, disket, cakram padat, mahupun pita perakam. Instruksi-instruksi tersebut
kemudian disimpan terlebih dahulu pada memori fisik (RAM), yang mana setiap instruksi
akan diberi alamat unik yang disebut alamat memori. Selanjutnya, CPU dapat mengakses
data-data pada RAM dengan menentukan alamat data yang dikehendaki

PAPAN INDUK (MOTHERBOARD)

Papan utama ialah menyampaikan maklumat atau data ke komponen tertentu yang
berkaitan seperti kad paparan untuk memastikan hasilnya dapat dilihat di skrin
monitor, atau kad bunyi jika arahan tersebut mempunyai kad arahan audio. Datadata ini akan dipindahkan melalui sirkit yang panggil sebagai BAS (garis-garis halus
keemasan) sebenarnya terdiri daripada 62 lorong yang boleh dilalui data. Bagi
pengguna sistem 32-bit bas akan mengandungi 248 lorong pergi-balik data yang
membawa data dari mikropemproses ke kad paparan, kad bunyi, pemacu cakera
liut, cakera keras, cakera keras, pemacu cakera padat, adapter-adapter berkaitan
port-port output/input dan lain-lain lagi

CAKERA KERAS
(HARDISK)
Cakera Keras sebenarnya menyerupai sebuah piring yang berputar laju dengan satu
pointer membaca,menulis dan memadam maklumat atau data-data di atasnya. Ia
merupakan media storan bagi menyimpan data atau maklumat serta memproses
segala maklumat bagi sesebuah komputer. Di dalam media storan ini juga akan
dimasukkan sistem operasi (OS) dan perisian aplikasi (application software) bagi
memudahkan sesuatu sistem komputer berfungsi .

RAM (RANDOM ACCESS MEMORY)

RAM akronim bagi random access memory bertindak sebagai satu jenis
memori dinamik bagi CPU dapat menyimpan data ringkas dan
mengambilnya dengan cepat tanpa bantuan terus dari cakera
keras.Penyimpanan data di kad RAM bersifat sementara, apabila
komputer ditutup, semua maklumat akan terpadam.Penggunaan RAM
dilakukan oleh sistem dan bukan pengguna.

UNIT BEKALAN KUASA


(POWER SUPPLY)

Menukarkan voltan 240V AC (alternating current) kepada +5V, -5V,


+12V,-12V,+3.3V dan -3.3V DC(direct current). Voltan-voltan yang
pelbagai jenis itu disalurkan pada litar-litar elektronik untuk operasi.Ia
juga membekalkan punca bagi menstabilkan atau mengaktifkan
komputer seperti Power good dan Power Supply On

CAKERA LIUT (FLOPPY A)


Pemacu cakera liut adalah perkakasan komputer yang
berperanan membaca dan menulis dan memadam ke satu storan
iaitu disket yang berkapasiti 1.44 MB sahaja .

PEMACU CD
(CR ROM)
CD adalah singkatan perkataan daripada compact disk.ROM pula
bermaksud Read Only Memory.CD-ROM berfungsi untuk membaca data
atau maklumat daripada cd.CD-ROM tidak dapat menyalin atau menulis
sebarang maklumat kedalam cd.Fungsinya adalah terhad untuk
membaca maklumat atau data sahaja pada cd.

KAD PAPARAN
(VGA CARD)

Anda mungkin juga menyukai