Anda di halaman 1dari 2

Definisi pengurusan sumber manusia.

Soalan 1
Pengurusan sumber manusia merupakan satu bahagian dalam pengurusan yang mempunyai
hubungan yang rapat sesama individu. Di samping itu juga, ia menumpukan terhadap
pencapaian dan kehendak serta keperluan kepada pelanggan, di mana ia boleh membantu
organisasi memberi kepuasan kepada keperluan luaran pelanggan. Pengurusan sumber manusia
merupakan aspek penting dalam strategi pembangunan sumber manusia yang merupakan kunci
kepada kejayaan organisasi. Pekerja merupakan harta yang penting dan berharga berbanding
dengan sumber lain dalam organisasi.

1.2 DEFINISI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


Menurut Bohlander et al (2001), pengurusan sumber manusia merangkumi penggabungan
semua tenaga kerja yang pelbagai untuk mencapai matlamat bersama. Manakala Ivencevich
(2001) pula mentakrifkan pengurusan sumber manusia sebagai fungsi yang dilaksanakan dalam
organisasi bagi membantu memudahkan penggunaan sumber manusia secara berkesan untuk
mencapai matlamat organisasi dan individu.

Di samping itu, terdapat berbagai perspektif terhadap fokus pengurusan sumber manusia iaitu:

Pengurusan sumber manusia dianggap pengurusan manusia yang mengurus pekerja sebagai
aktiviti langsung dan interpersonal.
Pengurusan sumber manusia sebagai pengurusan personalia yang memberi penekanan kepada
kemahiran teknikal untuk penilaian, pemilihan, latihan dan sebagainya.
Pengurusan sumber manusia sebagai pengurusan strategik yang menekankan pekerja sebagai
harta dalam sesebuah organisasi.

Pengurusan sumber manusia merujuk kepada amalan, dasar dan sistem yang mempengaruhi
tingkahlaku, sikap dan prestasi pekerja. Antara amalan-amalan pengurusan sumber manusia
termasuk menentukan keperluan sumber manusia (perancangan sumber manusia), menarik
pekerja yang berkelayakan (perekrutan), memilih pekerja (pemilihan), mengajar pekerja
bagaimana untuk melaksanakan kerja dan menyediakan mereka untuk masa depan (latihan
dan pengembangan), memberi ganjaran kepada pekerja (pampasan), menilai prestasi pekerja
(penilaian prestasi), dan membentuk persekitaran kerja yang positif dan harmoni
(perhubungan pekerja), Noe et al. (2000).

5 kepentingan pengurusan sumber manusia di dalam sesebuah organisasi.

Anda mungkin juga menyukai