Anda di halaman 1dari 4

Nama : Zainab binti Mohd Idriss

No K/P : 600424 08 5052


Raikan Wanita
Tangan yang menghayun buayan mampu menggoncang dunia
bukanlah lagi satu pepatah asing yang ditujukan kepada kaum wanita.
Marcapada, dunia sering memperkatakan peranan-peranan dan hak-hak
wanita dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada sosial, ekonomi, politik
atau keagamaan. Kehidupan wanita telah melalui pelbagai perubahan
dalam garis masa dari zaman purba hinggalah ke zaman moden pada hari
ini. Peranan wanita hari ini telah bersifat terbuka dan tidak jumud serta
terkongkong jika dibandingkan pada zaman-zaman dahulu. Wanita hari ini
telah mencapai satu tahap kejayaan yang tinggi dan seharusnya menjadi
kebanggan dan diberi pengiktirafan oleh masyarakat.

Kaum wanita sering dilihat sebagai jantina yang lemah lalu sering
dipergunakan dalam kehidupan bermasyarakat kini. Kita masih belum
menyedari bahawa dalam kelembutan wanita itu tersirat satu ketabahan
yang ketara untuk mampu menyumbangkan sesuatu buat pembangunan
negara kita. Rencana dalam media massa telah banyak memaparkan
tentang keupayaan wanita dalam aspek membangunkan negara kini ini.
Oleh itu, terdapat pelbagai peranan yang berupaya dilaksanakan oleh
wanita Malaysia.

Sudah pasti peranan atau tugas yang ketara ialah golongan ini
boleh menjalankan usaha mendidik generasi muda dengan lebih baik.
Kelembutan dan keprihatinan mereka terhadap keperluan kasih sayang
anak-anak menjadikan wanita paling sesuai dalam tugas mendidik ini.
Kejayaan mereka mendidik anak menjamin satu kelompok masyarakat
yang lebih berjaya dalam kehidupana mereka pada masa hadapan.
Jelaslah, wanita di negara ini berperanan untuk mendidik generasi muda
agar menjadi satu generasi yang memiliki semua cirri-ciri yang diperlukan
dalam kehidupan yang mencabar ini.

Selain itu, wanita juga berperanan untuk menyumbangkan tenaga


dalam sektor ekonomi Malaysia. Wanita memiliki kemahiran yang tertentu
yang berguna untuk menjadikan diri mereka sebagai satu sumber
manusia yang lengkap. Sikap rajin bekerja dan tekun serta memberikan
perhatian yang sepenuhnya ketika bekerja menjadikan golongan ini
sasaran utama industri kilang di Malaysia pula. Jadi, kaum wanita memang
mempunyai peranan besar dalam memastikan sumber manusia negara ini
berupaya memenuhi keperluan pertumbuhan ekonomi negara kita.

Sumbangan kaum wanita dalam bidang ekonomi perlu dihormati


dan diiktiraf kerana mereka turut berjasa dalam pembangunan negara.
Kaum wanita merupakan potensi sumber pembangunan yang perlu
mendapat pengiktirafan yang berterusan. Halini adalah kerana kaum
wanita

adalah

agen

pembangunan

masyarakat

moden.Masyarakat

haruslah mengamalkan nilai menghormati hak wanita. Definisi bagi nilai


ini ialah melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh
memberisumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan
negara. Sumbangan wanita tidak boleh diabaikan dalam segala usaha
perancangan dan pelaksanaan program- program pembangunan negara.
Selain itu, kaum wanita perlu megamalkan nilai penglibatan diri
dalam pembangunan negara. Definisi bagi nilai ini adalah kebebasan
untuk melibatkan diridalam pelbagai aktiviti pembangunan negara
dengan

mematuhi

peraturan,

undang-undang

dan

Perlembagaan

Malaysia. Peningkatan akses kepada pendidikan, peluang pekerjaan dan


perubahan

sosio-budaya

membolehkanwanita

bergerak

di

kalangan
progresif

dan

masyarakat
berpeluang

telah
untuk

menyumbang secara aktif kepada pembangunan negara.

Pada masa yang sama wanita juga berperanan untuk menimba ilmu
pengetahuan yang sebanyak mungkin. Usaha memperoleh ilmu ini
menjadikan wanita terdedah terhadap pelbagai perubahan teknologi yang
menjadikan diri wanita itu lebih baik dan berkeyakinan pula. Sudah ada
banyak wanita yang memiliki ilmu yang tinggi ini berjaya mendirikan
pelbagai perniagaan yang kemudiannya menghasilkan pelbagai produk
yang berkualiti untuk pasaran dalam dan luar negara pula. Sesungguhnya,
mencari ilmu itu menjadi tugas utama wanita kerana dunia yang penuh
persaingan ini memerlukan wanita yang berilmu tinggi pula.

Malahan, wanita juga boleh mencurahkan tenaga mereka dalam


aspek keselamatan negara yang begitu penting itu. Sudah ramai wanita
yang menyertai perkhidmatan tentera dan polis dnegan mempamerkan
keupayaan yang serupa dengan kaum lelaki. Kewujudan kaum wanita
dalam perkhidmatan keselamatan ini juga memberikan peluang kepada
kaum lelaki untuk memastikan semua tugas dapat diselesaikan dengan
baik kerana ada tugas-tugas yang memerlukan tangan wanita sahaja.
Justeru, wanita juga berupaya menyumbangkan tenaga mereka dalam
bidang keselamatan negara yang amat penting itu.

Kesimpulannya, peranan atau tugas wanita terhadap negara ini


begitu luas dan amat diperlukan. Kita semua hendaklah memandang
tinggi

dan

member

peluang

kepada

wanita

untuk

membuktikan

kemampuan mereka ini. Sikap memandang enteng keupayaan wanita


bukanlah satu tindakan yang tepat dalam kehidupan dunia penuh cabaran
ini. Slogan pemuda harapan negara pemudi tiang negara harus menjadi
peringatan kepada kita betapa besarnya sumbangan wanita terhadap
kemajuan negara itu

Anda mungkin juga menyukai