Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN SEKOLAH (RMTS)

SEK.KEB. SRI WANGI 2


BIL. 1 TAHUN 2016

Tarikh
Hari
Masa
Tempat

: 29 Februari 2016
: Isnin
: 1.15 tengahari
: Kantin Sekolah

Kehadiran
1
2
3
4
5

:
Pn. Hajjah Norzaliza bt Muktar (PK HEM)
Pn. Maziah bt Jaafar (S/U RMTS)
Pn. Norasiah bt Mahmood
Pn. Rukmini bt Awang
Pn. Salma (Penender Kantin)

1.

Ucapan Pengerusi
1

Mengucapkan terima kasih di atas kehadiran PK HEM, serta semua AJK.

Menyatakan ini adalah mesyuarat bagi kali yang pertama pada tahun 2016
bagi membincangkan masalah-masalah dalam pelaksanaan RMTS dan
perancangan tahunan bagi unit RMTS.

2.

Ucapan PK HEM
1

Pn. Norzaliza mengalu-alukan kehadiran AJK dan Pn. Salma pada


mesyuarat kali ini dan mengucapkan terima kasih kepada semua AJK
kerana dapat menghadirkan diri.

Pn. Norzaliza mengucapkan tahniah kepada penender kantin bagi tahun


2016
kerana berjaya menyambung kontrak bagi tempoh setahun lagi.

Pn. Norzaliza juga berharap agar penyediaan menu RMT boleh


dipertingkatkan lagi mengikut selera murid.

3.

Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas


3.1 Dicadangkan oleh : Pn. Malina bt Yunus
3.2 Disokong oleh

: Pn. Rukmini bt Awang

4.

Perkara berbangkit
4.1 Masalah lebihan makanan yang berlaku menyebabkan timbul masalah
kepada guru bertugas untuk mendapatkan murid ganti dan melelong

makanan
tersebut sedangkan guru terikat dengan tugas PdP pada masa pertama.
4.2 PK HEM memaklumkan pada waktu rehat murid tidak digalakkan untuk
makan
RMT kerana dikhuatiri makanan rosak atau basi yang boleh mengakibatkan
keracunan makanan.
4.3

Untuk itu Pk HEM mengarahkan agar guru bertugas harian

bertanggungjawab
memastikan makanan dihabiskan sebelum PdP pertama bermula atau
selewat- lewatnya sebelum pukul 9.00 pagi.
4.4 Lelongan pertama hendaklah dilakukan pada pukul 7.20 pagi dan guru
bertugas
boleh memilih kelas kelas tertentu untuk makan RMT tersebut.
Tindakan : Guru Bertugas
5.

Perlantikan dan Pengesahan AJK 2016


5.1 Pn. Norzaliza melantik dan mengesahkan perlantikan jawatan AJK baru dan
berharap dapat memberikan kerjasama dan menjalankan tugas dengan baik.
i

Pn. Maziah bt Jaafar (s/u)

ii

Pn. Norasiah bt Mahmood

iii

Pn. Rukmini bt Awang

5.2 Pn. Norzaliza mengucapkan tahniah kepada semua AJK yang baharu
dilantik
bagi tahun 2016.
Tindakan : semua AJK
6.

Perancangan Tahunan
6.1 Pn. Norzaliza memaklumkan bahawa penetapan menu pada tahun 2016
adalah sama seperti Pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.

6.2 Penender kantin diminta menghias dan memastikan keceriaan sudut RMTS
dengan bantuan AJK RMT yang ada bagi meningkatkan lagi keceriaan
kantin.
Tindakan : Penender Kantin

7.

Hal-hal lain
7.1 Pengerusi merakamkan terima kasih kepada semua AJK di atas
kerjasama yang diberikan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.45 petang

Disediakan oleh :
...............................
Pn.Maziah bt Jaafar
Setiausaha Unit RMTS,
Sek. Keb. Sri Wangi 2

Anda mungkin juga menyukai