Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT

POST-MORTEM LAWATAN ILMIAH KE PETROSAINS


Tarikh
Masa
Tempat:

:
19/10/2010
:
12.30 petang
kelas PISMP-IPGM F4

Kehadiran:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

En.Musa Al Karim bin Mohd Yusoff


En. Muhammad Nur Fikri bin Mohd Zainuri
En.Suhail bin Shaharudin
En.Faiq bin Alwi
Cik.Rafidah binti Shapei
Kesemua ahli persatuan

1.

- Pengerusi

- Setiausaha

Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Berterima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir ke mesyuarat post-mortem
program Lawatan Ilmiah Ke Petrosains, KLCC, Kuala Lumpur .
Tindakan: Makluman

2.

Pengesahan minit mesyuarat bil 1 / 2010


Pengesahan minit mesyuarat
Cadangan : En Hazwan Bin Mat Taib
Disokong : Cik Suriana Binti Hassan
Tindakan: Setiausaha

3.

Perkara-perkara yang dibincangkan.


3.1 Ajk yang bertugas perlu menghantar tugasan yang diberikan secepat mungkin
kepada setiausaha untuk tujuan pemfailan.
Tindakan : Ajk Dokumentasi

3.2 membincangkan masalah yang dihadapi semasa program lawatan ke Petrosains.


3.2.1 Masalah:
3.2.1.1 Penginapan.
Masalah timbul apabila pihak IPG Kampus Bahasa Melayu tidak dapat
menyediakan tempat penginapan yang telah dimohon. Pihak mereka
memaklumkan perkara tersebut pada masa yang agak suntuk dan kami
tidak dapat mengubah perancangan tempat penginapan alternatif.
3.2.1.2 Masa yang diperuntukan untuk melawat Petrosains agak suntuk.
Memandangkan Petrosains agak luas dan banyak aktiviti menarik yang
di anjurkan, masa untuk para peserta program mencuba segala alat yang
disediakan tidak mencukupi. Hal ini menyebabkan ada antara peserta
yang terlewat untuk kembali ke bas pada masa yang ditetapkan.
3.2.1.3 pengurusan masa para peserta.
Terdapat sebilangan peserta yang terlewat dan
masuk ke dalam bas
tidak mengikut masa yang telah ditetapkan. Hal ini menyebabkan
perjalanan program terganggu.
Tindakan : Setiausaha
3.2.2 Cadangan penambahbaikan:
3.2.2.1 membuat perancangan dengan lebih teliti.
Perancangan lebih teliti apabila menganjurkan sesuatu proram pada
masa akan datang agar masalah yang sama tidak akan berulang. Hubungi
pihak berkenaan dan dapatkan pengesahan bertulis serta rasmi.
3.2.2.2 memperuntukkan masa yang secukupnya.
Masa yang diperuntukkan hendaklah wajar dengan tempat yang
dilawati.
Ingatkan para peserta agar menggunakan masa yang
diperuntkkan dengan bijak.
3.2.2.3 pengurusan masa yang lebih bijak dan berdisiplin
Para peserta diingatkan agar lebih berdisiplin dalam pengurusan masa
dan tidak berlengah-lengah semasa mengikuti sesuatu program.

4.

Hal-hal lain
4.1 Setiap ahli perlu memberikan kerjasama supaya program akan datang dapat berjalan
dengan lancar.
Tindakan : Semua ajk

5.

Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang
Disediakan oleh

Disemak oleh

.
[ Rafidah Binti Shapei]
Setiausaha Persatuan

.
[Cik Che Siah Bte Ibrahim]
Penasihat Persatuan

Anda mungkin juga menyukai