Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENGENALAN
Bimbingan dan kaunseling adalah suatu proses menolong individu bagi memahami diri dan
dunianya. Oleh itu, menjadi suatu kewajiban bagi para guru untuk mendidik, menasihati,
membimbing dan merancang masa depan yang kian mencabar. Peranan para guru bimbingan
adalah membantu para pelajar dengan menjalankan aktiviti seperti menyalurkan maklumat
tentang pekerjaan, aktiviti sosial dan kemudahan pendidikan. Dengan cara ini diharapkan akan
dapat membantu para pelajar bersedia untuk menghadapi cabaran dan membuat keputusan
yang betul.
Crow dan Crow (1960), mendefinisikan bimbingan sebagai bantuan yang diberikan oleh
seseorang sama ada lelaki atau perempuan yang memiliki peribadi dan pendidikan yang
memadai kepada seseorang individu setiap peringkat usia untuk menolongnya mengarahkan
kegiatan hidupnya sendiri dan membuat pilihan hidup dan menanggung akibatnya sendiri.
Mengikut Kamus Dean (1998), kaunseling merupakan proses teratur yang melibatkan
perbincangan rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau
menyelesaikan menerusi bimbingan dan nasihat.
Dalam konteks pendidikan masa kini, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah
merupakan suatu usaha bertujuan menanam dan menyuburkan nilai, sikap dan kemahiran
dalam perkembangan individu. Ini bermakna perkembangan individu merupakan satu usaha
yang berterusan agar individu terhindar dari mengalami kekurangan dan halangan demi
mengenali diri dan potensinya yang sebenar. Banyak program boleh diatur bagi memberi
perkhidmatan

menolong

bantu

pelajar

dalam

aspek

pemulihan,

pencegahan

dan

perkembangan untuk mempertingkatkan pengetahuan, keterampilan dan sikap diri pelajar


melalui unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang berkesan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Hal ini guru perlu bersabar dalam menghadapi situasi pelajar masa
kini.
Dalam senario yang ingin dibincangkan pada kali ini ialah berkaitan bimbingan kerjaya
yang perlu dilakukan oleh Cikgu Mariam untuk membantu pelajar-pelajarnya iaitu murid tahun 6
yang kurang bermotivasi untuk belajar namun mempunyai cita-cita tinggi untuk menjawat
sesuatu jawatan apabila dewasa kelak. Namun, kebanyakan pelajarnya tidak mempunyai
maklumat tentang jawatan yang mereka idamkan. Oleh itu, seperti yang kita ketahui guru biasa
turut memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi serta kejayaan murid. Meskipun
guru biasa tidak mempunyai kelayakan serta kemahiran khusus untuk mengendalikan program
1

bimbingan dan kaunseling di sekolah, namun peranan guru biasa dalam menjayakan programprogram tersebut tidak dapat dinafikan. Seorang guru kaunseling tidak mungkin dapat melihat
keperluan semua pelajar yang berada di sekolah. Oleh itu, guru biasalah yang berfungsi
sebagai mata dan telinga untuk guru bimbingan dan kaunseling.

2.0 Peranan guru biasa sebagai guru pembimbing dalam memperkasakan Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling
2

Berdasarkan

Dewan

Bahasa

dan

Pustaka

(DBP),

bimbingan

bermaksud

perbuatan

membimbing, memberi petunjuk, mengajar sehingga selesai sesuatu kerja atau tugas. Definisi
lain menjelaskan bimbingan merujuk kepada proses untuk membantu individu meningkatkan
pemahaman dan kemahiran bagi menangani isu-isu dan cabaran-cabaran dalam kehidupan
secara berkesan. Othman Mohamed (2000), mengatakan bimbingan merupakan sebahagian
daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta
mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang
yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan

perkembangan dirinya. Selain

dari itu, bimbingan juga bermaksud memberi nasihat dan panduan kepada seseorang yang
kebiasaannya menghadapi sesuatu masalah. Dengan erti kata lain, bimbingan adalah suatu
proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia
boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya. (Suradi
Salim, 1996).
Manakala, kaunseling pula berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris Counseling.
Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan
prinsip psikologi. Kaunseling juga adalah suatu proses interaksi dua hala yang membolehkan
seseorang individu memahami diri dan situasinya. Di samping itu, kaunseling bermaksud
proses teratur yang melibatkan perbincangan rapi mengenai tentang masalah yang dihadapi
oleh seseorang dan usaha mengatasi dan menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat.
Proses bimbingan dan kaunseling menyediakan satu sistem bertanggungjawab bersama antara
guru bimbingan, guru kelas, pentadbir sekolah, ibu bapa, rakan sebaya dan ahli-ahli dalam
sistem sekolah. Akan tetapi, bukan semua sekolah mempunyai seorang guru kaunselor dalam
sistem persekolahan.
Justeru itu, guru biasa juga perlu menjalankan fungsi-fungsi seorang guru bimbingan
dan kaunseling. Peranan guru-guru biasa adalah sangat penting kerana mereka lebih
mengenali pelajar-pelajar dalam bilik darjah dengan baik dan dapat membekalkan maklumat
yang berkaitan dengan tingkah laku bermasalah semua pelajar-pelajar mereka. Hassan
Langgulung (1993), menyatakan tidak semua orang boleh menjadi guru. Bilik darjah ialah
tempat yang aktif di mana guru dan murid saling berinteraksi. Guru akan menanyakan soalan,
maklum balas, memberi ganjaran, hukuman, kritikan dan respon kepada soalan pelajar. Guru
percaya, kebolehan mengajar dan penerimaan murid untuk belajar akan mempengaruhi
hubungan dengan pelajar (Davis, 2003).
3

Dalam situasi yang berlaku pada Cikgu Mariam untuk membantu pelajar-pelajarnya
ialah

beliau

perlu

meneliti

kedua-dua

keperluan

intelektual

dan

psikologi

murid-

muridnya. Beliau juga perlu memahami pencapaian akademik pelajar-pelajar yang rendah
serta berkaitan dengan konsep kendiri yang rendah. Sebagai guru bimbingan, Cikgu Mariam
perlu mempunyai kemahiran-kemahiran dan ilmu dalam bimbingan dan kaunseling supaya
beliau dapat membantu murid-muridnya yang menghadapi masalah kurang bermotivasi untuk
belajar dan murid-muridnya yang tidak mempunyai maklumat tentang kerjaya yang mereka
idamkan. Sebagai contoh, dalam masa yang sama, Cikgu Mariam juga perlu bekerja dengan
kumpulan klien spesifik dan menggendalikan sesi-sesi konsultasi dengan ibu bapa.
Dalam proses bimbingan dan kaunseling, guru-guru biasa seperti Cikgu Mariam perlu
menjalankan prosedur-prosedur berikut diantaranya ialah dengan cara mengenalpasti pelajarpelajar yang memiliki konsep kendiri yang rendah atau mereka yang menunjukkan tingkah lalu
bermasalah di dalam bilik darjah. Kedua, mengumpul data mengenai pelajar-pelajar
bermasalah yang berkait dengan kebolehan dan pengalaman lampau. Akhir sekali, memberikan
sesi bimbingan dan kaunseling kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan tingkah laku
bermasalah secara individu atau pun secara kumpulan. Menurut Blackhma (1977), menjelaskan
kaunseling secara individu sebagai hubungan dan kerjasama yang unik antara kaunselor dan
seorang klien yang akan diberi peluang menghayati, berfikir dan berubah mengikut cara yang
boleh memberi manfaat.
Dalam hal ini, sudah tentu setiap guru di sekolah, samada guru matapelajaran atau
guru kelas, mampu memainkan peranan tersebut dengan mengambil kira pengalaman hidup
dan kematangan emosi serta kognitif masing- masing. Komponen pertama dalam perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling sekolah merujuk kepada inventori, taksiran dan rekod. Sebagai guru
pembimbing, guru biasa harus membantu guru bimbingan dan kaunseling untuk mengumpul
maklumat mengenai kanak-kanak. Kemudian, maklumat yang terkandung dalam rekod-rekod
tertentu boleh disemak oleh guru bimbingan dan kaunseling serta digunakan sebagai rujukan
untuk tindakan susulan, sama ada dalam bentuk sesi kaunseling atau intervensi lain. Hal ini
juga boleh diselesaikan secara berkumpulan kerana murid-murid tersebut mempunyai masalah
yang sama. Menurut Carl Rogers (1970), menjelaskan kaunseling di bawah Bimbingan
Kelompok sebagai orientasi permasalahan dan pemulihan untuk merasionalisasikan setiap
orang murid mengikut kehendak kumpulannya.

Peranan guru biasa dalam bimbingan dan kaunseling juga adalah mustahak kerana
mereka dapat membantu pelajar dalam membuat penyesuaian peribadi, sosial, emosi,
akademik, perkembangan mental dan akhlak. Dalam hal ini, guru baharu seperti Cikgu Mariam
lebih memainkan peranan kerana guru baharu kebanyakannya lebih dekat dan mudah didekati
oleh pelajar-pelajar dalam sesebuah sekolah. Sebagai contoh, dengan mengadakan Program
Motivasi bagi murid Tahun 6. Program sebegini mampu menyediakan diri pelajar-pelajar
dengan musim peperiksaan yang bakal mereka tempuhi sepanjang menjalani proses
pembelajaran di tahun akhir sekolah rendah. Mereka juga menolong murid dalam pelajaran
dengan mengendalikan seminar pembelajaran yang berkesan kepada murid. Guru biasa juga
memaparkan kepada murid berkenaan matlamat pelajaran dan penyesuaian mereka dengan
kerjaya pilihan mereka.
Guru biasa seharusnya memberikan bantuan kepada murid dalam membuat
perancangan persekolahan mengikut kebolehan, kemampuan, minat dan perkembangan murid
dengan membangkitkan semangat kesedaran dalam kalangan murid pada peringkat awal
tentang kepentingan pelajaran sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang. Sebagai contoh,
guru biasa di sekolah mampu mengadakan aktiviti seperti carnival kerjaya yang mana mampu
menjana tahap pengetahuan murid. Menurut Kerka (2000), pemilihan kerjaya dipengaruhi oleh
pelbagai faktor termasuk personaliti, minat, konsep kendiri, identiti budaya, globalisasi, model
peranan, sokongan sosial dan sumber yang diperoleh seperti maklumat dan kewangan.
Menurut Hewitt (2010), faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya dan gaya
hidup boleh berbentuk sama ada ekstrinsik dan intrinsik dan kedua-duanya sekali. Persepsi
murid dan pelajar tentang kesesuaian kerjaya dan gaya hidup tertentu juga dipengaruhi oleh
latar belakang etnik, tahun di sekolah, tahap pencapaian pilihan mata pelajaran sains, sikap dan
ciri-ciri kerjaya dan gaya hidup (McQuaid dan Bond, 2003). Dalam masa yang sama, guru biasa
juga dapat membantu murid menyelesaikan masalah mereka dalam bidang pelajaran di
sekolah dengan membantu murid membentuk tabiat budaya kerja yang baik dan sahsiah yang
sempurna selain dari akhlak dan adab yang unggul.
Di samping itu, guru biasa turut terlibat dalam merancang, mengawal selia, dan
mengemas kini rekod dan inventori pelajar. Kebiasaanya, peranan ini lebih kepada guru kelas
yang memiliki segala rekod berkenaan semua murid dalam kelasnya. Mereka mengumpul,
menyedia dan menyebar maklumat serta resos bimbingan dan kaunseling dalam bidang
akademik, kerjaya, psikososial

dan kesejahteraan mental, keibubapaan dan


5

kemahiran

mengatasi masalah kepada murid melalui sebarang media yang sesuai. Sekiranya terdapat
masalah, guru biasa merupakan medium perantaraan atau perunding antara pihak

sekolah

dengan ibubapa bagi tujuan penyampaian maklumat atau masalah murid, seterusnya membuat
perbincangan tentang bagaimana masalah tersebut harus diselesaikan dengan berkesan.
Guru biasa juga boleh dilantik menjadi penyelaras aktiviti dan program yang
dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri di peringkat
sekolah atau menjadi penyelaras program mentor-mentee. Mereka yang terlibat dalam
perancangan program di sekolah, menggunakan prosedur kaunseling untuk mengelola
program, menentukan halatuju dan melaksanakan perancangan program, membuat keputusan,
membuat garis panduan dan peraturan serta di akhirnya, guru ini akan membuat penilaian
terhadap kekuatan atau kelemahan program yang dilaksanakan. Selain daripada

itu, mereka

juga merancang, melaksana dan mengawal selia program dan aktiviti pembangunan murid
seperti kepimpinan, pembimbing rakan sebaya (PRS) dan jati diri. Guru biasa berperanan
dalam melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan dari semasa ke semasa.
Sebagai guru biasa, mereka lebih memahami tingkahlaku murid-murid melalui
pemerhatian yang dilakukan

semasa murid menjalani aktiviti harian dalam kelas. Guru

harus memberi perhatian kepada komunikasi bukan lisan yang ditunjukkan oleh murid-murid.
Pemerhatian oleh guru kelas atau guru matapelajaran merupakan input yang amat berguna
tentang tahap literasi bahasa masing-masing. Sebagai contoh, kegagalan seorang kanak-kanak
untuk memahami satu-satu bahasa yang digunakan oleh guru atau rakan-rakan sedarjah boleh
di salah tafsir sebagai sifat malu dan segan. Justeru, pada ketika inilah guru kelas atau guru
matapelajaran memainkan peranan mereka dengan memberi nasihat dan bimbingan kepada
murid ini.
Guru biasa atau guru matapelajaran adalah guru yang paling hampir dengan muridmurid. Dalam masa yang sama, guru biasa juga dapat mengenalpasti gaya pembelajaran
murid-murid. Ekoran daripada itu, segala aktiviti dalam kelas, misalnya melukis, menggunting
atau merekabentuk sesuatu, guru akan dapat menentukan apa yang tidak boleh dilakukan oleh
seseorang murid, apa yang boleh dilakukan dengan bantuan orang lain, dan apa yang mampu
dilakukan secara individu. Bimbingan boleh dilakukan oleh guru terhadap pelajar-pelajar yang
mengalami masalah agar murid ini tidak mengalami keciciran atau berasa rendah diri berada di
kalangan pelajar-pelajar lain yang lebih berkebolehan berbanding mereka.

Berdasarkan perbincangan di atas, penulis membuat kesimpulan bahawa menjadi


seorang guru bukan perkara yang mudah dan perlu kepada komitmen yang tinggi serta nilai
kasih sayang terhadap anak murid. Penulis mencadangkan kepada cikgu Mariam supaya
menyediakan langkah yang sesuai dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajarpelajarnya. Hal ini dapat menyakinkan diri cikgu Mariam sendiri untuk mendapatkan
keberkesanan dalam mengendalikan masalah tersebut.

3.0 Penutup

Kesimpulannya, peranan guru biasa sebagai guru pembimbing ini ialah usaha untuk menolong
murid membuat penyesuaian dalam peribadi, sosial, emosi, akademik, perkembangan mental
dan akhlak. Selain itu, menolong murid menyediakan perancangan persekolahan bersesuaian
dengan kebolehan, minat, dan perkembangan masing-masing. Guru ini juga turut memberi
kesedaran kepada murid di peringkat awal lagi tentang kepentingan pelajaran di dalam
kehidupan untuk menjadi seorang insan yang berjaya dalam kehidupan. Bahkan bukan itu
sahaja, menolong murid dalam proses menyelesaikan masalah pembelajaran di samping
membimbing membuat keputusan yang rasional. Akhirnya guru biasa juga menolong murid
dalam membentuk tabiat yang baik, menghargai diri di samping berusaha untuk bekerjasama
dengan ibu bapa dalam mengawasi perkembangan murid dari semasa ke semasa.
Melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling, murid akan dibantu untuk menghadapi pelbagai
cabaran di alam persekolahan bagi melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, intelek dan rohani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Murid juga akan
memperolehi maklumat-maklumat yang berkualiti, membangkitkan motivasi dan berkeyakinan.
Seterusnya ia juga mampu memberi keyakinan yang tinggi dan kesediaan yang cemerlang
dalam diri murid untuk menghadapi segala masalah ketika di sekolah mahupun diluar sekolah .
Akhir sekali, bimbingan kaunseling ini akan membuah hasilnya dan mencapai apa yang
diinginkan oleh semua pihak. Jika perkara ini didukung dan direlisasikan oleh guru-guru
disekolah, pentadbir dan kedua ibu bapa penjaga dalam membentuk barisan yang teguh untuk
sama-sama bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah tersebut. Hal ini perlu diambil
kira oleh cikgu Mariam ketika menjalankan terapi motivasi keatas anak muridnya.

Rujukan
Ainon Mohd & Abdullah Hassan.(2002). Guru sebagai pendorong dalam bilik darjah. Pahang:
8

PTS Publications & Distributor Sdn.Bhd.


Akhiar bin Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2015). Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak.
Selangor: Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.
Dr. Khoo Beng. (2014). Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Ibrahim Ahmad. (2002). Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distrubutors Sdn Bhd.
Mok Soon Sang. (2011). Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak. Selangor: Penerbitan
Multimdia Sdn Bhd.
Tang Chee Yee. (1997). Bimbingan dan kaunseling. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2012). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Kuala Lumpur. Freemind Horizons.
Ramlah Hamzah & Lily Mastura Harun. (2006) .Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur.
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Zuraidah Abdul Rahman. (1996). Pembimbing Rakan Sebaya. Petaling Jaya. IBS Buku Sdn.
Bhd.
Syafarina. (2012). Peranan guru biasa sebagai pembimbing. Dicapai pada 29 Januari 2016
daripada http://dplimatematik2012.blogspot.my/2012/08/peranan-guru-biasa-sebagaiguru.html
Dr Sapora Sipon (2010). Kemahiran Asas Kaunseling. Dicapai pada 2 Februari 2016 daripada
http://bimbingandankaunseling.blogspot.my/2010/06

Anda mungkin juga menyukai