Anda di halaman 1dari 44

BUKU PANDUAN

UJIAN KENAIKAN PANGKAT


LANS KOPERAL
KADET REMAJA SEKOLAH

HASIL NUKILAN :
MUHAMMAD THANI B. SHABAAN
PENGASAS
KADET REMAJA SEKOLAH

PENDAHULUAN

Buku ini merupakan garis panduan yang boleh digunakan oleh guru-guru di sekolah
dalam ujian kenaikan pangkat Lans Koperal Kadet Remaja Sekolah. Guru dan murid boleh
menyesuaikan buku ujian ini berdasarkan keadaan persekitaran, budaya kaum dan elemenelemen lain berlandaskan teras dan kurikulum Kadet Remaja Sekolah. Namun Buku Panduan
Kadet Remaja Sekolah dan Tunas KRS merupakan rujukan utama dalam menjalankan aktiviti
Kadet Remaja Sekolah.
Ahli- ahli Kadet Remaja Sekolah yang ingin menjalani ujian pangkat akan dapat
membuat persedian awal dan seterusnya mewujudkan daya saing yang sihat di kalangan
ahli -ahli Kadet Remaja Sekolah dalam memperolehi pangkat. Sehubungan itu, ujian-ujian ini
akan melahirkan ahli-ahli Kadet Remaja Sekolah yang berkualiti, berketrampilan dan
berwibawa yang bakal menjana generasi yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang .
Terhasilnya buku ini diharap dapat memberikan pengetahuan dan meningkatkan ilmu
ahli-ahli Kadet Remaja Sekolah selaras dengan motto Kadet Remaja Sekolah iaitu ILMU,
IMAN dan AMAL .

Hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dihasilkan


semula dalam apa juapun bentuk tanpa terlebih dahulu mendapat izin Jawatankuasa
Teknik Kadet Remaja Sekolah Wilayah Persekutan, Kuala Lumpur

KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)


KAD UJIAN KENAIKAN PANGKAT

Ujian Kelayakan
:
LANS KOPERAL
Nama
:
Tingkatan
:
Syarat-syarat
:
Ahli hendaklah Lulus Ujian/Peperiksaan Tahap 1 iaitu:
Bil.

Perkara

A
1

ITEM UJIAN KHAS


Ujian Bertulis

3b

Mengandungi 60 soalan meliputi semua


tajuk dalam silibus KRS. ( soalan objektif )

Ujian Kawad

3a

Tarikh Lulus &


Pengesahan

Tarikh:
Tarikh:

Melakukan kawat asas dengan baik

Ujian Kerohanian

Menghafaz Asmaul Husna,

Menghafaz 5 surah Juz Amma.

Ujian Moral

Tarikh:

Tarikh:

Pengucapan awam:
Tajuk : Buat baik dibuat baik
Kesetiaan kepada Negara
Waspada sebelum kena
Sahabat setia
Teguran membina
A4

Ujian Kecergasan

Tarikh:

Larian 2.4 km
Bangkit tubi ( 30kiraan/minit)
Tekan tubi(20kiraan/minit)
Lentik Belakang(20 kiraan/minit
Angkat Beban yang setara berat anggota

kadet / tidak kurang 50 kg

B
1

ITEM UJIAN TERAS


DISIPLIN DAN KEROHANIAN
1.
1

Ketatanegaraan

Mengenal
Malaysia

Melukis Bendera Malaysia dan maksud.

Tarikh:

Menyanyikan Lagu kebangsaan dan Lagu


Negeri.

Tarikh:

Melukis Bendera Negeri tempat tinggal.

Tarikh:

Maksud

Lambang

Negara

Tarikh:

KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN


2.1 Perkhemahan

Kraf Perkhemahan Asas

Tarikh:

Keselamatan asas semasa berkhemah

Tarikh:

Mengikuti perkhemahan selama 3 hari 2


malam

Tarikh:

2.2 Ikatan

Buku Sila

Tarikh:

Bunga keti

Tarikh:

Ikatan Manok

Tarikh:

Tindih Kasih

Tarikh:

Simpul belit

Tarikh:

Simpulan Pengail

Tarikh:

2.3 Kompas

Mengenal bahagian-bahagian Kompas

Tarikh:

Mengenal arah mata angin

Tarikh:

2.4 Ikhtiar Hidup

Mengenali sumber-sumber ikhtiar hidup.

Tarikh:

Mengenali jejak atau tanda-tanda

Tarikh:

2.5 Pertolongan Cemas/Bantu Mula

Membuat Anduh Tiga Segi, Anduh Besar,


Anduh Leher dan Andoh Lengan.

Tarikh:

Prinsip asas pertolongan cemas.

Tarikh:

Tindakan semasa kecemasan.

Tarikh:

2.6 Asas kebombaan

Pengenalan mengenai kebakaran

Punca kebakaran

Cara-cara mengelak kebakaran.

Tarikh:

2.7 Kebudayaan

Tarikh:

KHIDMAT MASYARAKAT

Menyertai atau mempersembahkan 2 kali


persembahan kebudayaan seperti nasyid,
berzanji, bermain kompang, bersajak,
pentomin, seni silat atau persembahan lain
yang sesuai.

Menyertai 2 khidmat masyarakat dengan


masa tidak kurang daripada 6 jam.

Tarikh:

ALAM SEKITAR

Menyertai atau melaksanakan 2 projek


yang berkaitan
dengan Alam Sekitar

Tarikh:

seperti membuat taman, menanam pokok,


mengutip sampah di kawasan sekolah,
sungai tempat rekreasi atau lain-lain aktiviti
yang sesuai.
5

KEUSAHAWANAN

Menyediakan satu projek yang berkaitan Tarikh:


samada rekacipta ataupun jahitan

A : 1. Ujian Bertulis
Ujian bertulis ( 60 soalan objektif ) meliputi semua silibus Kadet Remaja Sekolah
Tahap 1.

A : 2. KAWAD
MATLAMAT
Mendedahkan kepada anggota Kadet Remaja Sekolah yang berpangkat lans koperal
tentang bahasa hukuman dan perbuatan kawad yang mengikut kawad kaki KRS.
OBJEKTIF
#

Anggota yang berpangkat lans koperal dapat melaksanakan perbuatan kawad


yang betul mengikut arahan ketua.

Dapat memupuk semangat kerjasama dan mematuhi arahan ketua.

Dapat melahirkan anggota KRS yang berdisiplin dan yakin pada diri.

PENGISIAN
Bab
Bab
Bab

1
2
3

Latihan Kawad Statik


Latihan Kawad Dinamik
Ujian Kawad

BAB 1
KAWAD STATIK
2.1

SEDIA (Rujuk m/s 72)

2.2

SENANG DIRI (Rujuk m/s 73)

2.3

REHATKAN DIRI (Rujuk m/s 74)

2.4

MASUK BARIS (Rujuk m/s 75)

2.5

MEMBETULKAN BARISAN (Rujuk m/s 75 - 77)

2.6

NOMBOR (Rujuk m/s 77)

2.7

BUKA / TUTUP BARISAN (Rujuk m/s 78)

2.8

BERPUSING KE KANAN/ KIRI/ BELAKANG (Rujuk m/s 79)

2.9

BERPUSING SEPARUH KANAN/KIRI (Rujuk m/s 80)

2.10

BERSURAI DAN KELUAR BARIS (Rujuk m/s 81)

2.11

PARAS (Rujuk m/s 82)

BAB 2
KAWAD DINAMIK
2.12

CEPAT JALAN (Rujuk m/s 85)

2.13

BERHENTI (Rujuk m/s 86)

2.14

PERLAHAN JALAN (Rujuk m/s 87)


Berhenti Semasa Perlahan Jalan (Rujuk m/s 88)

2.15

LANGKAH KE HADAPAN / KE BELAKANG (Rujuk m/s 88)

2.16

LANGKAH MERUSUK (Rujuk m/s 89)

2.17

BELOK (Rujuk m/s 90)

2.18

BERPUSING SEMASA PERLAHAN JALAN (Rujuk m/s 90)

2.19

BERPUSING SEMASA CEPAT JALAN (Rujuk m/s 92)


KE KANAN PUSING
KE KIRI PUSING
KE BELAKANG PUSING

2.20

HENTAK KAKI, MAJU DAN BERHENTI DALAM PERLAHAN DAN CEPAT JALAN
(Rujuk m/s 93)
SEMASA CEPAT JALAN
SEMASA PERLAHAN JALAN
HENTAK KAKI CEPAT SEMASA BERHENTI

2.21

TUKAR LANGKAH DALAM MASA PERLAHAN JALAN DAN CEPAT JALAN


(Rujuk m/s 95)
SEMASA PERLAHAN JALAN
SEMASA CEPAT JALAN.

2.22

BERJALAN, HENTAK KAKI BERHENTI DALAM MASA BERLARI (Rujuk m/s 96)
Hentak kaki semasa berlari

2.23

TUKAR LANGKAH PERLAHAN, CEPAT JALAN DAN BERLARI (Rujuk m/s 97)
DARI CEPAT JALAN KE PERLAHAN JALAN
DARI PERLAHAN JALAN KE CEPAT JALAN
DARI CEPAT JALAN KE LANGKAH BERLARI

2.24

BUKA DAN TUTUP BARISAN KETIKA BERJALAN (Rujuk m/s 98)

2.25

TUKAR HALUAN KETIKA BERHENTI


PERLAHAN (Rujuk m/s 99)

DAN BERJALAN DALAM CEPAT DAN

TUKAR HALUAN MASA BERHENTI DALAM MASA CEPAT JALAN


2.26

HORMAT DALAM MASA BERHENTI (Rujuk m/s 102)

2.27

MEMBERI HORMAT KETIKA BERJALAN (Rujuk m/s 103)


HORMAT KE HADAPAN
HORMAT KE KANAN/KIRI

2.28

HORMAT SELAKU MENERIMA SIJIL (Rujuk m/s 104)

A : 3a. KEROHANIAN
SKEMA PEMARKAHAN
UJIAN KEROHANIAN
1.

Pelajar dikehendaki menghafaz :


a.
b.

2. Pemarkahan :

Asmaul Husna
5 surah dari Juz Amma
LULUS @ GAGAL

3. Pemarkahan lulus - Pelajar dapat menghafaz keseluruhan dengan lancar.


ARAHAN SEMASA UJIAN
1.
2.

Pelajar dikehendaki berada dalam keadaan berwuduk.


Pelajar diuji seorang demi seorang untuk keseluruhan hafazan.

Menghafaz Asma Ul-Husna

10

AYAT-AYAT HAFAZAN

11

12

A: 3b . PENDIDIKAN MORAL
MASA ( UJIAN DIJALANKAN )
Semasa pelajar Islam sembahyang maghrib/Isyak/ Subuh.
Aktiviti Stesen
Kesesuaian Masa Penguji ( Guru)

PANDUAN MELAKUKAN UJIAN


Guru terlebih dahulu edarkan bahan ujian (bersama buku panduan ujian)
Menerangkan prosedur ujian.
Beri masa pelajar membaca
Tetapkan gred ujian. (gagal ulang semula)- 5% ujian 1 + 5 % ujian 2
TAJUK UJIAN PENGUCAPAN AWAM
TAJUK
1. Buat baik dibalas baik
2. Kesetiaan kepada Negara
3. Waspada sebelum kena.
4. Sahabat Setia
5. Teguran Membina
CONTOH SATU: KESETIAAN KEPADA NEGARA
1. Setiap warganegara mempunyai tanggungjawab masing-masing tanpa mengira status
atau darjat.
2. Pemimpin bertanggungjawab memimpin dan memajukan negara di samping
memastikan keamanan dan keharmonian hidup rakyat di negaranya.
3. Warganegara pula bertanggungjawab untuk memajukan diri, bangsa dan menjaga
nama baik dan imej bangsa.
4. Tanggungjawab memelihara keamanan, keselamatan dan keharmonian negara turut
terletak di bahu setiap warganegara.

13

5. Sikap bertolak ansur, bekerjasama dan bermuafakat sangat penting bagi sesebuah
negara demokrasi dan mempunyai masyarakat berbilang bangsa.
Isi :
RUKUN NEGARA

Bahawasanya kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:

Kepercayaan Kepada Tuhan


Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA


1.
2.
3.
4.
5.

Menjaga keamanan
Menyokong rancangan kerajaan.
Taat setia kepada raja dan pemimpin
Menjaga imej dan nama baik negara.
Mengundi

AMALAN BERTERIMA KASIH KEPADA NEGARA

Melibatkan diri dalam rancangan kerajaan.


Menghargai kemudahan yang disediakan.
Mengharumkan nama negara.
Menjaga kelestarian negara.
Menyuarakan pendapat melalui saluran yang sah.
Mengekalkan perpaduan

CONTOH SATU: TEGURAN MEMBINA

Kita mesti bertolak ansur dan mengawal diri agar mengekalkan hubungan yang mesra
dengan semua orang.
Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras
dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.
Kita mesti menerima pandangan dan teguran positif daripada orang lain.

CONTOH TEGURAN MEMBINA


1. Guru menasihati kamu untuk mengimbangi kegiatan kokurikulum dengan akademik
- Kamu bersetuju kerana beliau mahir dalam perkara itu dan tahu kemampuan kamu
dalam pelajaran.
2. Guru menegur kamu agar lebih rajin mengulang kaji kerana keputusan kamu merosot
14

Kamu menerima kerana niat guru menegur untuk tujuan baik, agar kamu berjaya
dalam akademik.
3. Pengerusi Kelab menegur kamu supaya menghadiri latihan mengikut jadual agar
kamu tidak didenda.
- Kamu datang latihan kerana aktiviti itu penting untuk kesihatan dan kejayaan kamu
akan menyumbang kepada kejayaan kelab.
CARA PENILAIAN
10 markah bagi setiap tajuk.
Isi- 4 markah
Gaya Penyampaian- 2 M
Bahasa- 4 M

A: 4. Ujian Kecergasan :
Murid melakukan ujian mengikut kemampuan masing-masing. ( seperti dalam kad
uijan ) .
B. 1. DISIPLIN DAN KEROHANIAN
B: 1.1.1 KETATANEGARAAN
1. JATA NEGARA
TAJUK
KAEDAH
MASA
TEMPAT
MATLAMAT
OBJEKTIF

:
:
:
:
:
:

Mengenal maksud lambang Negara Malaysia (Jata Negara)


Soal jawab / perbincangan
1 jam
Kawasan yang bersesuaian
Menanamkan perasaan taat setia kepada negara
i.
melahirkan murid yang mempunyai sikap jati diri yang
tinggi terhadap negara
ii.
Menjadikan murid seorang individu yang berdisiplin dan
bertanggungjawab kepada diri, masyarakat dan negara
iii.
Menanamkan semangat patriotisme dalam jiwa murid.

PERALATAN
SEBELUM
AKTIVITI

: Bahan edaran
:
- Mengenal pasti lokasi yang sesuai
- Memastikan semua peralatan berada di lokasi
- Memastikan semua peserta telah bersedia untuk bersoal
jawab dan perbincangan

SEMASA
AKTIVITI

Taklimat
Memastikan aktiviti berjalan lancar
Membuat pemantauan dan penilaian

15

SELEPAS
AKTIVITI

Membuat rumusan dan penilaian

Isi kandungan :

SOALAN LISAN :
1. Jata Negara di kenali sebagai apa ?
16

2. Huraikan lambang-lambang yang terdapat pada Jata Negara.


(sekurang-kurangnya lima)
JAWAPAN :
1
2

Lambang Malaysia
a
b
c
d
e
f
g
h
i
j
k
l
m

Harimau-keberanian
Bulan dan bintang Agama Islam
Bintang 14 bucu 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam
Malaysia.
Lima bilah keris lima buah negeri Melayu tidak bersekutu (Johor,
Kelantan, Terengganu,Kedah dan Perlis)
Jata Negeri Sabah Negeri Sabah
Jata Negeri Sarawak Negeri Sarawak
Bunga Raya Kerajaan Persekutuan
Pokok Pinang Negeri Pulau Pinang
Pokok Negeri Melaka
Empat Jalur berwarna melambangkan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu(Selangor,Perak,Pahang dan Negeri Sembilan)
Warna Kuning Warna Diraja
Bersekutu bertambah Mutu Cogan Kata

2. MELUKIS BENDERA MALAYSIA DAN MAKSUD


TAJUK

MELUKIS BENDERA MALAYSIA DAN MAKSUD

KAEDAH
MASA
TEMPAT
MATLAMAT

:
:
:
:

OBJEKTIF

PERALATAN
SEBELUM AKTIVITI

:
:

Melukis Bendera Malaysia dan Maksud


1 Jam
Kawasan yang bersesuaian
Melahirkan murid yang berasa bangga terhadap
Negara.
i.
Mendidik peserta atau murid mengenal
bendera Malaysia
ii.
Menyatakan warna dan simbol serta
menghayati maksud yang terkandung
dalam bendera Malaysia.
Alatulis dan bahan edaran
i.
Memastikan semua peralatan berada di
lokasi
ii.
Memastikan semua peserta telah bersedia
dari semasa ke semasa

SEMASA AKTIVITI

Taklimat/penerangan
Memastikan semua aktiviti yang dirancang berjalan
dengan lancar.

SELEPAS AKTIVITI

Membuat rumusan dan penilaian keseluruhan

Isi kandungan :

17

Maksud :
Bil
1.
2.
3.

Pernyataan
14 Jalur merah putih
Warna biru tua
Bintang 14 bucu

4.
5.
6.
7.

Bulan Sabit
Warna kuning pada bulan sabit dan bintang
Warna putih
Warna merah

Maksud
13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan
Perpaduan rakyat
Perpaduan gabungan 13 buah negeri dan
Wilayah Persekutuan
Agama Islam sebagai agama rasmi
Kedaulatan Raja-Raja Melayu
Kesucian
Keberanian

3. LAGU KEBANGSAAN DAN LAGU NEGERI


TAJUK
KAEDAH
MASA
TEMPAT
MATLAMAT
OBJEKTIF
PERALATAN
SEBELUM
AKTIVITI

: Mengetahui Lagu Kebangsaan Negara Malaysia dan Lagu


Negeri
: Secara lisan (menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Negeri)
: 30 minit
: Kawasan yang bersesuaian
: Menanamkan perasaan taat setia kepada negara dan negeri
:
i.
Melahirkan murid yang cintakan negara
ii.
Menanamkan semangat patriotisme dalam jiwa murid.
: Bahan edaran
:
- Mengenal pasti lokasi yang sesuai
- Memastikan semua peralatan berada di lokasi
- Memastikan semua peserta telah bersedia untuk bersoal

18

SEMASA
AKTIVITI

jawab dan perbincangan


Taklimat
Memastikan aktiviti berjalan lancar
Membuat pemantauan dan penilaian

SELEPAS
AKTIVITI

Membuat rumusan dan penilaian

Isi kandungan
TAJUK

LAGU KEBANGSAAN MALAYSIA


Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta

4. MELUKIS BENDERA NEGERI


TAJUK
KAEDAH
MASA
TEMPAT
MATLAMAT
OBJEKTIF
PERALATAN
SEBELUM
AKTIVITI

SEMASA
AKTIVITI

:
:
:
:
:
:

Mengetahui Bendera Negeri


Melukis Bendera Negeri tempat tinggal
30 minit
Kawasan yang bersesuaian
Menanamkan perasaan taat setia kepada negeri tempat tinggal
i.
Melahirkan murid yang cintakan negeri tempat tinggal
ii.
Menanamkan semangat patriotisme dalam jiwa murid.
: Alat tulis dan bahan edaran
:
- Mengenal pasti lokasi yang sesuai
- Memastikan semua peralatan semua peralatan berada di
lokasi
- Memastikan semua peserta telah bersedia untuk bersoal
jawab/ perbincangan dan melukis
:
- Taklimat
- Memastikan aktiviti berjalan lancar
- Membuat pemantauan dan penilaian
19

SELEPAS
AKTIVITI

Ujian melukis
Membuat rumusan dan penilaian

Isi kandungan:
BENDERA W.P KUALA LUMPUR

20

B : 2. KETAHANAN DAN KEBUDAYAAN

B: 2.2.1 KRAF PERKEMAHAN


Pengenalan.
Dalam menjalankan aktiviti berkhemah, khemah merupakan antara alatan yang penting.
Mengenali jenis-jenis khemah, bahagian-bahagian khemah dan mengenalpasti lokasi
mendirikan khemah yang sesuai dan selamat adalah penting. Selain itu seni berkhemah
seperti membina beberapa gajet ringkas seperti tempat meletak kasut, tempat meletakkan
peralatan dapur dan makanan, membina lubang untuk sampah dan sisa makanan ( lubang
kering dan luang basah ) , membina tandas perlu juga dikuasasi.
Jenis-jenis khemah.
1.
2.
3.
4.
5.

Khemah jenis A
Khemah dome
khemah igloo
khemah ringkas
khemah 180 pound

Bahagian-bahagian khemah.

2
1

21

3
4
5

Gambarajah khemah jenis A


1.
2.
3.
4.
5.
6.

badan khemah
flysheet
groundsheet
pancang
tali
tiang

Pemilihan tapak untuk mendirikan khemah.


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Berhampiran kawasan air


Bukan dibawah pokok berdahan kering/ pokok kering
Bukan laluan binatang atau manusia
Di kawasan yang agak lapang/ tidak semak
Di kawasan rata dan tidak berbatu/ kayu tajam
Bukan laluan air
Bukan laluan angin

Cara-cara mendirikan khemah.


1.
2.
3.
4.
5.

dirikan tiang
pasangkan badan khemah dan ikat tiang dengan simpul manuk.
pasangkan tali pada pancang
regangkan tali dengan kemas.
pasangkan flysheet dan ikat pada pancang

Cara-cara melipat khemah.


1. lipat bahagian badan khemah secara memanjang selebar sarung khemah.
2. lipat flysheet dan letakkan sekali dengan badan khemah.

22

3. letakkan tiang khemah, pancang dan tali pada pangkal badan khemah, gulungkan
sambil membersihkan pasir dan lain kotoran.
4. masukkan dalam sarung khemah.
GEJET DAN KEGUNAANNYA
Gejet
Gejet merupakan peralatan yang dibina semasa aktiviti perkemahan bagi menggantikan
perabot yang digunakan di rumah.
Bahan binaan gejet
Antara bahan yang boleh digunakan untuk membina gejet ialah,

Buluh (samada dibelah atau tidak)


Kayu atau ranting kayu (yang terdapat di kawasan perkemahan)
Daun atau tumbuh-tumbuhan
Tin kosong (yang telah digunakan seperti tin susu, sardin atau tin minuman)
Batu-batan (dari sungai atau di sekitarnya yang sesuai dengan kegunaannya)
Tali (rami atau raffia), rotan dawai dan akar untuk ikatan

Tujuan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Rasa lebih selesa seperti di rumah


Segala peralatan kemas dan tersusun.
Kesihatan terjamin dan menjadi lebih segar. (contoh lubang sampah, tandas dan
sebagainya)
Memupuk semangat kerjasama dan menjalin hubungan yang lebih erat
Mencetuskan idea kreatif, membuka minda dan realiti.
Dapat menggunakan masa lapang dengan kerja berfaedah.
Dapat mempraktikkan ikatan dan simpulan yang telah dipelajari

Kriteria semasa membina gejet


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Gejet biarlah ringkas dan praktikal


Senang dibina dalam masa yang singkat
Kukuh dan dapat digunakan sepenuhnya
Menggunakan bahan semulajadi dan bahan terbuang untuk mengurangkan kos
Mesti menggunakan ikatan atau simpulan yang telah dipelajari
Keselamatan gejet dan pengguna hendaklah diutamakan
Gejet diletak atau disusun di tempat yang sesuai

Jenis-jenis gejet
1.

Gejet dapur

dapur masak
rak pinggan mangkuk
tempat menyangkut cawan
rak periuk dan alatan memasak
meja makan

23

lubang basah lubang kering

2.

Tempat tinggal

penyangkut baju
penyidai pakaian
rak kasut
tandas

3.

Lain-lain

lampu, pelita atau tempat meletak lilin


papan kenyataan
pintu gerbang
menara
pagar

Contoh-contoh gejet

24

B: 2.2.2. Jenis-jenis tali.


Terdapat beberapa jenis tali. Antaranya :1. Tali Nylon.
Merupakan tali yang ringan dan tidak tenggelam air tetapi tidak mempunyai keanjalan.
Antara cirinya ialah Low Melting Point iaitu tali ini mudah panas dan putus jika
berlaku geseran.
2. Hawser laid ( tali belati/ tali manila )
Ia mempunyai kelebihan kerana diameternya yang besar. Tali ini amat sesuai untuk
aktiviti memanjat dan aktiviti gayut tarzan.
3. Tali kermantle.
Terdiri daripada 2 jenis iaitu tali statik dan tali dynamik. Tali statik sesuai untuk aktiviti
rappelling, caving, menyelamat, fix rope and safety line. Tali dinamik adalah
dikhususkan untuk aktiviti mendaki. Ini adalah kerana tali ini lebih anjal berbanding tali
statik justeru mengurangkan risiko kecederaan jika berlaku jatuhan. (untuk beban
sebanyak 80 kg keanjalan adalah sehingga 8% ke 10%)
Anatomi tali.
Terdiri daripada teras yang diperbuat daripada fiber sintetik nylon yang dipanggil Kern dan
anyaman luar ( sheath ) polyester yang dipanggil mantle. Bahagian teras fiber nylon
dibentuk secara S dan Z twist agar dapat menyerap tenaga jatuhan pendaki. Saiz yang
sesuai untuk aktiviti adalah yang berdimeter antara 9mm hinnga 11 mm. Antara kelebihan
fibre sintetik :25

kekuatan tali adalah sama disepanjang tali


tidak mudah reput
kurang menyerap air berbanding fiber asli
mempunyai kekuatan sehingga 9000 lbs.

Kegunaan tali
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Mengikat untuk mengukuhkan sesuatu


Menyambung antara dua atau lebih benda
Memanjat / menuruni bukit, pokok dan sebagainya
Bergayut menyeberani sungai atau lurah
Menyelamat mangsa di tempat yang sukar
Membuat aktiviti abseiling dan flying fox

SIMPULAN DAN IKATAN


PENGENALAN
Simpulan ialah aktiviti antara tali dengan tali
Ikatan ialah aktiviti yang menggunakan tali dengan objek.
OBJEKTIF
Kemahiran tali temali didedahkan kepada murid supaya mereka akan dapat
mempraktikkannya semasa menyertai perkhemahan. Ianya meliputi mendirikan khemah,
membuat gajet dan aktiviti-aktiviti lain yang menggunakan tali.
JENIS-JENIS SIMPULAN DAN IKATAN
SIMPULAN BUKU SILA
Kegunaan menyimpul anduh, tali kasut, dan menyelamatkan nyawa. Tidak boleh digunakan
untuk menyambung tali.

26

SIMPULAN BUNGA KETI


Kegunaan membuat gelungan dan penyambungan sementara

IKATAN MANUK
Kegunaan mengikat objek kepada tali yang lain

SIMPULAN TINDIH KASIH


Kegunaan menyambung benda yang berlubang, menyambung tali yang berlainan saiz

SIMPULAN BELIT
Kegunaan mengikat tali pada tiang dan mematikan ikatan pada objek

27

SIMPULAN PENGAIL
Kegunaan menyimpul atau menyambung tali yang licin atau tali kail

B: 2.2.3 PENGGUNAAN KOMPAS


Pengenalan
Masyarakat Cina telah mengenali prinsip kompas sejak 5000 tahun dahulu. Kompas
merupakan peralatan yang sangat penting dalam setiap pengembaraan. Ia juga merupakan
bantuan yang tidak ternilai pentingnya bagi navigasi dalam keadaan-keadaan terburuk.
Kompas boleh didapati dalam berbagai bentuk. Walau bagaimanapun fungsinya adalah sama
iaitu sebagai pandu arah.

1.
Kegunaan kompas
Sebuah kompas perlu kejap (compact), lasak ringan dan mudah di kendali. Secara amnya
kompas bertujuan menunjuk arah. Di dalam orienteering kompas orienteering digunakan
dalam perkara-perkara berikut:

2.

Melaras peta
Membantu dalam navigasi
Menentukan kedudukan
Membuat peta
Mengukur jarak di atas peta
Bahagian-bahagian di setiap kompas.

28

Gambar kompas
1,
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.

Rumah kompas (home)


Jarum kompas
Skala
Kanta Pembesar
Panduan grid
Arah Pergerakan
Tapak
Bacaan Bering
Garis panduan (selari dengan rumah kompas)
Rumah dail ( Compas housing boleh diputar)
Tali Keselamatan

3.

Mata Pedoman Kompas

4.

Bearing

Gambar arah mata angin


Bearing memberi tanda arah yang tepat dari satu tempat ke tempat yang lain. Bearing adalah
sudut yang diukur mengikut perjalanan jam, dari satu garisan dengan garisan yang
ditetapkan. Garisan yang ditetapkan selalunya adalah utara

SKEMA PEMARKAHAN
(Markah penuh 50 markah)

29

1.

Memahami kaedah menggunakan kompas serta boleh mencari bearing dengan


betul. (10 markah)

2.

Menyatakan Etika Perkhemahan serta boleh memasang dan melipat khemah


dengan betul (Etika Perkhemahan 5 markah, memasang 5 markah dan melipat 5
markah)

3.

Telah mengikuti aktiviti perkhemahan selama 3 hari 2 malam dengan menunjukkan


buku laporan yang telah ditandatangani oleh Penyelaras Perkhemahan. (15
markah)

B: 2. 2.4 Ikhtiar Hidup


Objektif
1. Membolehkan pelajar mengetahui pengetahuan asas kemahiran ikhtiar hidup, bagi
membolehkan mereka meneruskan keupayaan untuk terus hidup dengan menggunakan
sumber alam semula jadi dan dengan peralatan asas yang ada pada mereka.
2. Membolehkan pelajar mengenali sumber-sumber ikhtiar hidup dan jejak atau tanda-tanda.
Perlaksanaan Aktiviti
Semasa aktiviti
1. Teori dan prinsip Ikhtiar Hidup diterangkan oleh Jurulatih.
2. Peserta kemudian dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
3. Setiap jurulatih kemahiran membimbing pelajaran ikhtiar hidup mengikut kumpulan
kemahiran.
4. Demonstrasi dan penerangan ikhtiar hidup oleh jurulatih.
5. Tanya soalan dan nilai yang berkaitan dengan kemahiran yang dipelajari.
Selepas aktiviti
1. Bacaan doa
2. Membersihkan alat
3. Berkumpul semula
4. Rumusan dari jurulatih
5. Bersurai
Sumber-sumber Ikhtiar Hidup
1. Rotan
2. Buluh
3. Akar
30

4. Kayu/ranting kayu
5. Tanah liat
6. Daun pisang
7. Daun bertam
8. Daun nipah
9. Batu batan
Hutan-hutan di Malaysia merupakan hutan hujan Tropika. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan
dan bahan yang boleh digunakan untuk ikhtiar hidup.
1. Rotan

- merupakan pokok yang menjalar dan mempunyai duri di


permukaannya. Apabila dikikis kulitnya, kita akan mendapati rotan
yang boleh digunakan untuk mengikat dan lain-lain.

2. Buluh

- Buluh merupakan bahan yang paling banyak didapati di hutan-hutan


Malaysia. Buluh boleh digunakan untuk membuat gajet-gajet serta
perlindungan atau khemah sementara. Rebung boleh juga dijadikan
bahan makanan.

3. Akar

- Di dalam hutan Malaysia terdapat pelbagai jenis akar. Akar juga


terdapat di dalam tanah. Pokok juga menjalar dan melilit pokok-pokok
besar. Sebahagian akar tersebut boleh digunakan untuk manfaat
manusia contoh akar yang boleh diminum airnya dan untuk membuat
ikatan/ perubatan dan lain-lain.

4. Kayu dan ranting

- Benda ini boleh digunakan sebagai bahan bakar untuk memasak dan
lain-lain. Kayu juga boleh digunakan untuk membuat gajet dan juga
senjata.

5. Tanah liat

- Tanah liat banyak digunakan dalam aktiviti ikhtiar hidup. Tanah liat
boleh dibentuk dengan mudah apabila dicampur dengan sedikit air.
Tanah liat juga boleh digunakan untuk memasak seperti membuat
telur masin, membakar ikan dan juga membuat bekas-bekas air atau
makan seperti tembikar sayap dan sebagainya. Benda ini juga boleh
dibuat ubat untuk menyejukkan anggota badan yang terbakar atau
melecur.

6. Daun pisang

- Daun pisang boleh digunakan untuk membalut atau membungkus


makanan (tradisional). Daun pisang juga boleh digunakan untuk membungkus ikan yang hendak dibakar.

7. Daun Nipah

- Sejenis pokok palma yang banyak terdapat di hutan Benda ini boleh
dibuat atap. Jika dianyam boleh dibuat dinding atau lantai. Air Nira
juga boleh dibuat daripada pokok Nipah.

8. Batu-batan

- batu-batan adalah bahan yang boleh didapati di tepi sungai dan kaki
bukit. Batu-batan boleh digunakan dalam aktiviti ikhtiar hidup contoh
untuk membuat tungku memasak . Di samping itu batu juga boleh
digunakan sebagai tungku untuk mengecutkan bengkak-bengkak pada
badan dan juga rahim ibu selepas bersalin.

31

Di dalam rajah di bawah bahan-bahan yang digunakan ialah :


1. ranting kayu
2. kayu kering
3. buluh
4. daun pisang

Mengenali jejak atau tanda-tanda.


Semua binatang yang ada dalam dunia ini mempunyai jejak. Kita dapat mengesan binatang
tertentu melalui tapak kaki (jejak). Tujuan kita mengenali ini adalah untuk mengetahui sama
ada ia musuh ( binatang buas) . Contohnya hariman. Selain itu kita dapat mengenali hidupan
liar yang terdapat dalam hutan. Selain daripada tapak kita juga dapat mengenali binatang ini
melalui sisa buangan contohnya gajah dan musang.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
1. Mengenal tapak binatang.
2. Perbincangan secara lisan.
3. Mengenali najis binatang, tempat tinggal dan habitat

B : 2.2.5. PERTOLONGAN CEMAS


MATLAMAT:
Mendedahkan pelajar KRS kepada asas pertolongan cemas bagi
menghadapi situasi kecemasan yang dihadapi serta mengenal anggota
tubuh badan dan fungsinya.
OBJEKTIF :
1. Pelajar dapat mengetahui maksud pertolongan cemas
2. Pelajar dapat mengenal anduh tiga segi,anduh besar, anduh leher dan
anduh lengan.
3. Pelajar dapat melipat anduh tiga segi dengan betul
4. Pelajar dapat membuat anduh tiga segi,anduh besar, anduh leher dan
anduh lengan.
5. Menamakan struktur anggota badan serta fungsinya secara ringkas
KANDUNGAN SUKATAN
1. ASAS PERTOLONGAN CEMAS
a) Apa itu pertolongan cemas?
Pertolongan cemas adalah bantuan pertama atau rawatan yang diberi kepada
orang tercedera atau pesakit sebelum ambulans tiba atau mereka yang
berkelayakan.
b) Objektif Pertolongan Cemas
Melindungi nyawa
Mengelakkan kecederaan atau keadaan bertambah teruk
Membantu pemulihan
c) Sifat-sifat sebagai Pembantu Dalam Pertolongan Cemas
Tajam perhatian-nampak segala tanda-tanda dan gejala kecederaan

32

Pantas Ikhtiar- dapat menggunakan apa yang sesuai di persekitaran


kemalangan
Tidak Kasar- Tidak menyakiti mangsa
Bertimbang rasa- bersimpati dengan masa
Berakal budi- Berbudi tinggi dan tidak berlaku kasar
Sentiasa senyum-muka sentiasa senyum akan memberikan keyakinan kepada
mangsa
Memberi Pertolongan- lakukan setakat mampu sahaja.
d). Tugas sebagai pembantu dalam pertolongan cemas.
Mengetahui apa yang terjadi tanpa membahayakan diri sendiri
Menyakinkan pesakit dan melindungi daripada sebarang kemungkinan bahaya
Menguruskan untuk membawa pulang atau hospital berhampiran jika perlu
Membuat keputusan dengan bijak dan pantas
e) Alatan Dan Bahan dalam Peti Pertolongan Cemas
Pembalut merekat kalis air
Pen dan pensel
Pembalut steril kasa
Penyepit Kecil
bersegi
Gunting
Gulungan kapas
Pin
Pembalut segitiga
Bekas plastik
Pembalut bergulung
Pembalut elestik
Gulungan pita
Sabun
Sapuan antiseptic
Buku catatan

f. Pembalut Segitiga

33

g. Simpulan buka sila

34

h. Pembalut kepala

35

i. Sling

36

j. Sling yang di ubah suai .

37

k. Sling Pengangkat

38

SOALAN PENILAIAN
Jawab soalan dan buat amali berikut untuk mendapat pengiktirafan dalam
Pangkat Lans Koperal .
1. Buat satu amali cara melipat anduh segitiga dengan betul.
2. Buat satu simpulan buku sila dengan menggunakan anduh segitiga .
3. Buat satu amali anduh leher, anduh lengan dan anduh besar dengan betul.
SKEMA PEMARKAHAN
1. Pelajar diuji oleh guru untuk membuat kerja amali melipat anduh segitiga dengan
betul. ( 2 markah )
2. Pelajar boleh membuat simpulan buku sila dengan mengunakan anduh segitiga atau
tali. ( 3 markah )
3. Pelajar dapat membuat amali anduh leher,anduh lengan dan anduh besar dengan
betul setelah diajar oleh guru.( 15 markah )

SUMBER RUJUKAN :

39

1. Abdul Rahman Isa, (1989)


Pertolongan cemas, Prinsip dan Amalan Crescent news (K.L) Sdn.Bhd. Kuala Lumpur
2. Palang Merah British. (1996) Buku Kecil Pertolongan Cemas. Golden Books Centre
Sdn. Bhd Kuala Lumpur
3. St. John Ambulans (1994). Manual Pertolongan Cemas. Golden Books Centre Sdn.
Bhd. Kuala Lumpur.

B: 2.2.6. Asas Kebombaan


Pengenalan
Api terdiri daripada tindakbalas pengoksidaan atau tindakbalas kimia yang pantas hasil
daripada unsur penting seperti oksigen, haba dan bahan .
Kebakaran biasanya akan melibatkan kerugian dan kehilangan harta benda. Selain itu,
kebakaran juga boleh mengakibatkan kemalangan jiwa atau kerosakan tubuh badan dan
juga kerosakan harta benda.
Kebakaran

sering

terjadi

disebabkan

oleh

kecuaian

manusia

yang

tidak

mengendahkan tentang bahaya api, seperti peribahasa API YANG KECIL MENJADI
KAWAN DAN API YANG BESAR MENJADI LAWAN sering tidak menjadi iktibar dan
pengajaran kepada pengguna.
Api boleh dikelaskan kepada 4 kumpulan di antaranya ialah :
Api kelas A daripada bahan pepejal

40

Api kelas B daripada bahan cecair


Api kelas C daripada bahan gas.
Api kelas D daripada bahan logam .

Punca Kebakaran
Kecuaian manusia - sikap yang mengabaikan keselamatan , dilakukan dengan
sengaja dan tidak sengaja serta penggunaan peralatan yang tidak betul .
Kerosakan pendawaian dan peralatan elektrik berlaku akibat litar pintas.
Kejadian semula jadi kejadian petir , kilat, dan kebakaran hutan .
Bahan Kimia - ammonia, belerang dan gas terpeluwap
Haba - api, matahari dll.
Arus elektrik - voltan tinggi
Sinaran radiasi - nuklear dan sinar X-ray

Cara-cara Mengelak/Mencegah Kebakaran.


Padamkan punca api dengan betul.
Matikan punca bekalan kuasa elektrik selepas digunakan.
Jangan mendedahkan bahan kimia berbahaya.
Hindarkan diri dan harta daripada punca sinar radiasi.
Sediakan alat pemadam api yang sesuai di persekitaran tempat kerja, rumah dan
kawasan permainan.
Memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang bahayanya api yang boleh
mengakibatkan kebakaran.
Jauhkan puntung rokok, lilin dan ubat nyamuk daripada bahan-bahan yang mudah
terbakar.
Melakukan pendawaian semula bagi peralatan elektrik dan pendawaian yang
rosak.

41

Menyediakan jadual pemeriksaan alat kebakaran .


Memasang alat pengesan kebakaran.
Mengenal pasti tempat-tempat untuk menyimpan alat keselamatan.

B: 2.2.7. KEBUDAYAAN
UJIAN KEBUDAYAAN
-

Pelajar menyertai atau mempersembahkan 2 persembahan kebudayaan seperti


nasyid, berzanji, bermain kompang, bersajak, pentomin, seni silat atau
persembahan lain yang sesuai mengikut kebudayaan kaum-kaum yang lain.

ARAHAN UJIAN KEBUDAYAAN


1.
2.
3.

Persembahan pelajar lelaki sahaja atau perempuan sahaja dalam bentuk


kumpulan.
Kedudukan penonton pelajar lelaki dan perempuan diasingkan.
Persembahan pelajar harus berlandaskan teras kurikulum bersepadu KRS.

PEMARKAHAN UJIAN
1. Gaya dan penampilan2. Kreativiti

15 markah
15 markah

42

3. Mesej
4. Peralatan

15 markah
5 markah

B : 3. KHIDMAT MASYARAKAT ( KHIDMAS )


SUKATAN
menyertai 2 khidmat masyarakat dengan masa tidak kurang daripada 6 jam
OBJEKTIF
menggembleng tenaga menjadi satu pasukan gotong royong
menyedari kepentingan bekerja dalam satu pasukan (contoh : kerja yang berat
menjadi ringan, kerja yang lama menjadi singkat). Konsep berat sama dipikul ringan
sama dijinjing.
PELAKSANAAN
pelajar dibahagikan kepada kawasan-kawasan tertentu dan diketuai oleh ketua platun.
Urusetia akan menyelia tugasan yang diberikan kepada murid serta
mengesahkannya.

B : 4. ALAM SEKITAR
SUKATAN
Menyertai atau melaksanakan 2 projek yang berkaitan dengan alam sekitar seperti
membuat taman, menanam pokok, mengutip sampah di kawasan sekolah, sungai,
tempat rekreasi atau lain-lain aktiviti yang sesuai.
OBJEKTIF
Memberi kesedaran tentang alam sekitar dan isu-isu yang berkaitan dengan alam
sekitar
menghasilkan sajak atau syair atau pantun yang berkaitan dengan alam sekitar
mendekatkan pelajar dengan alam ciptaan tuhan
PELAKSANAAN
mencipta sajak dengan menggunakan perkataan yang disediakan seperti langit, awan,
sungai, air, batu, pokok, tanah, pencemaran, merosakkan, cantik, harmoni, dll. Tema
utama ialah alam, manusia, tuhan, masyarakat dan kesatuan ketiga-tiga unsur. (pada
sehelai bersaiz kertas A4)
mendeklamasikan sajak, syair atau pantun.

43

B: 5. KEUSAHAWANAN
SUKATAN
menyediakan salah satu projek yang berikut:
o Sains Pertanian (cara menjaga pokok komersial)
o Kemahiran Teknikal ( merekacipta, mengira, bertukang, menjahit, membaiki
peralatan elektrik dll)
o ERT (menyiang ikan/ayam, memasak 3 jenis makanan)
OBJEKTIF
menyenaraikan sifat-sifat usahawan yang baik
menanam minat kepada keusahawanan
memberi pengetahuan tentang kemahiran hidup
PELAKSANAAN
menghasilkan projek secara individu
menyenaraikan bahan-bahan yang digunakan dengan anggaran kos
membuat projek tersebut secara individu

44

Anda mungkin juga menyukai