Anda di halaman 1dari 3

SKRIP SAJAK

TAJUK:- KEMANUSIAAN BERLALU PERGI

Bicara ini buat diriku …

Bicara ini buat sahabatku..

Bicara ini buat kamu semua…

Kemanusiaan yang berlalu pergi…

Mereka merenung disebalik zaman,

Menikmati kegembiraan kanak seusia mereka.

Tersenyum puas tatkala memandang.

Terlupa dirinya hanya kara sebatang.

Ramai yang mengetahui,

Namun tangan dan kaki terhalang.

Mendahului kepentingan daripada Kesenangan.

Kemanusiaan berlalu pergi (anak yatim)

Di lorong itu,

Seorang penghuni tua di dunia sempit,

Sebutir nasi seribu kali dikunyah.

Nikmatnya dia merasai kutipan yang sedikit.

Tidak mengharap nasi berbukit.

Aku hairan. Ramai yang melihat.

Namun jiwa mereka telah hilang pergi.

Mereka kenyang dan kenyang lagi.

Tidak perlu diambil peduli. Kemanusiaan berlalu pergi.(Simpati hilang)

1
Aku sedih,

Aku kecewa,

Pendengaranku semakin berdengung.

Begitu banyak pucuk muda berguguran.

Di khabarkan setiap hari di paparan naskah.

Disampaikan pesan kepadaku dan rakan-rakan.

Kemanusiaan berlalu pergi (masalah remaja)

Hanyir,

Busuk,

Setiap nafas, aku diganggu

Nafasku sempit berbau pekatan merah.

Sehelai demi sehelai daun berguguran.

Namun tiada siapa peduli menentang

Ia semakin biasa zaman ke zaman.

Kemanusiaan berlalu pergi ( Pembunuhan )

Ah, bukan aku yang mati !

Hati tidak lagi berdenyut.

Hati tidak lagi berlagu.

Engkau bangga kerana masih gagah.

Engkau tidak perlu fikirkannya lagi tatkala melihat kematian,

Engkau melihat kematian, Engkau melihat seperti mati satu permainan.

Bukan aku yang mati dan mengapa harus aku peduli.

Kemanusiaan berlalu pergi.( Hilang nilai kasih sayang )

2
Benci !

Sakit hati !

Matamu tidak kabur.

Telingamu belum pekak.

Tanganmu belum lumpuh.

Namun, Melihat tangan yang meminta

Engkau rasa benci. Mendengar rayuan meminta engkau rasa sakit hati.

Engkau benci dan sakit hati.

Bimbang hartamu terhakis kerana memberi

kemanusiaan berlalu pergi.( Hilang nilai simpati )

Dunia,

Aku pasti engkau mengerti.

Sedihmu melebihi diriku.

Rakusnya manusia

Sombongnya manusia sehingga mereka lupa asal kehidupan.

Kini,

Setiap kota berkata dan menangis hiba.

Kerana sewajanya kemanusiaan itu berdengut dan terasa.

Tetapi hanya segelintir yang menangis dan merasa saat ia tiba..

Wahai manusia di luar sana,

Kembalikan sifat itu dalam dirimu.

Pupuklah diri dengan rasa kasih sayang

Rasalah dengut jantung kita adalah sama

Berkasih sayanglah sesama kita.

Agar kemanusiaan tidak terus hilang.

Anda mungkin juga menyukai