Anda di halaman 1dari 8

UJIAN 1

Soalan Objektif
1

Manakah antara pernyataan berikut menerangkan maksud sains dengan paling tepat?
A Ilmu pengetahuan tentang alam sekeliling yang tersusun dan kian berkembang mengikut
penemuan yang baru
B Kajian angkasa lepas
C Penerangan tentang pencemaran alam sekitar
D Ciptaan alat yang semakin canggih
W : Membuat hipotesis
X : Mengumpulkan data
Y : Mengawal pemboleh ubah
Z :Mengenal pasti masalah
W, X, Y, dan Z merupakan langkah-langkah yang terlibat dalam kaedah saintifik. Manakah
merupakan turutan langkah yang betul?
A Z, W, Y, X
B W, Z, Y, X
C Z, Y, W, X
D Y, Z, W, X

Dalam proses sains, bagaimanakah hipotesis yang dibentuk dapat diuji?

A Melakukan eksperimen
B Mengenal pasti masalah
C Membuat inferens
D Membuat kesimpulan

Antara berikut, yang manakah menerangkan maksud hipotesis dengan paling tepat?
A Hipotesis ialah suatu pernyataan tentang hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan
dan pemboleh ubah bergerak balas
B Hipotesis ialah suatu pernyataan mengenai penyiasatan yang kebenarannya telah dibuktikan
C Hipotesis ialah keputusan suatu penyiasatan
D Hipotesis ialah suatu tafsiran data yang dikumpulkan semasa penyiasatan

Mengapakah penggunaan kaedah dan teknik harus dirancang sebelum memulakan suatu
penyiasatan saintifik?
A Untuk memastikan data yang dikumpulkan adalah lebih tepat
B Untuk memudahkan pengumpulan data
C Untuk mengumpulkan data dengan lebih cepat
D Untuk menjalankan penyiasatan dengan mudah

Semasa merancang untuk suatu penyiasatan saintifik, perkara berikut dilakukan kecuali
A menyenaraikan semua bahan dan radas yang sesuai digunakan
B menentukan cara mengawal pemboleh ubah yang dimalarkan
C memilih seberapa yang banyak pemboleh ubah yang dimanipulasikan
D menentukan cara untuk mengumpulkan data

Soalan 7 dan 8 berdasarkan Rajah 1 di bawah.

7
benang

ladung

Y
Rajah 1

Dalam suatu eksperimen yang mengkaji perhubungan antara ayunan ladung dan panjang benang,
yang manakah dipadankan dengan betul?

A
B
C
D

Pemboleh ubah yang

dimalarkan

Pemboleh ubah yang

dimanipulasikan

Panjang tali ladung

Jisim ladung
Masa ayunan ladung
Bentuk ladung

Masa ayunan ladung

Panjang tali ladung
Bentuk ayunan
Masa ayunan ladung

Semasa penyiasatan dijalankan, kita harus mengambil kira perkara-perkara yang berikut kecuali
A mengambil sukatan sekali sahaja untuk menjimatkan masa
B memastikan satu ayunan lengkap ialah dari X ke Y dan kembali ke X
C memulakan jam randik selepas mengira dari 5, 4, 3, 2, 1, 0
D memastikan susunan radas tidak terganggu oleh tiupan angin

Antara fenomena berikut, yang manakah bukan fenomena alam?

A Berkelah di tepi pantai
B Bulan mengeliling Bumi
C Gempa bumi
D Pasang surut lautan

10 Penyiasatan saintifik biasanya melibatkan deria berikut, kecuali

A deria rasa
B deria sentuh
C deria penglihatan
D deria pendengaran
11 Seorang pelajar hendak menyiasat bagaimana bahan berlainan mempengaruhi kadar pengembangan
logam. Antara berikut, pemboleh ubah yang manakah tidak harus dimalarkan?
A Tekanan atmosfera
B Jenis bahan
C Haba yang dibekalkan
D Bentuk bahan

12 Antara pemboleh ubah berikut, yang manakah nilainya diperoleh melalui pemerhatian dalam suatu
eksperimen?
A Pemboleh ubah bergerak balas
B Pemboleh ubah dimalarkan
C Pemboleh ubah dimanipulasikan
D Pemboleh ubah tidak bersandar
13
K
L
M
N

:
:
:
:

Tujuan
Kesimpulan
Keputusan
Prosedur

Antara berikut, yang manakah ialah urutan langkah pelaporan eksperimen yang betul?
A K, L, M, N
B K, N, M, L
C K, N, L, M
D N, M, L, K
14
pemanjangan
spring

Rajah 2

daya

Rajah 2 di atas menunjukkan keputusan eksperimen yang mengkaji kesan pemanjangan spring
dengan perubahan daya yang dikenakan ke atas spring. Apakah inferens yang dapat dibuat?
A Perubahan daya tidak memberi kesan ke atas pemanjangan spring
B Perubahan daya berkadar terus dengan pemanjangan spring
C Perubahan daya berkadar songsang dengan pemanjangan spring
D Spring terputus apabila daya yang besar dikenakan
15
O
P

silinder
penyukat

L
M

Rajah 3
Rajah 3 menunjukkan bahan-bahan tenggelam timbul dalam cecair-cecair yang berbeza. Ketumpatan
bahan-bahan disusun mengikut urutan ketumpatan yang semakin berkurang ialah
A K, L, M, O, P, Q
B Q, M, P, L, O, K
C K, O, L, P, M, Q
D O, P, Q, K, L, M

16 Perkara berikut mesti diperhatikan semasa suatu hipotesis dibuat, kecuali

A memberi cadangan penerangan yang selaras dengan beberapa prinsip sains
B mengubah data-data untuk menyokong hipotesis yang dibuat
C menggunakan pengetahuan sedia ada untuk menerangkan sesuatu fenomena
D mungkin terdapat cara-cara lain untuk menerangkan suatu kejadian
17
laju
laju

masa

Rajah 4
Graf dalam Rajah 4 di atas menunjukkan perubahan laju dengan masa bagi gerakan suatu objek.
Apakah yang dapat diperhatikan tentang pergerakan objek itu?
A Bergerak dengan kelajuan yang malar
B Bergerak dengan pecutan yang sifar
C Objek mengalami nyahpecutan
D Kelajuan objek berubah-ubah
18 Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang pemboleh ubah?
A Pemboleh ubah yang dimanipulasikan merupakan pemboleh ubah tak bersandar
B Perubahan pemboleh ubah yang bergerak balas ditentukan oleh pemboleh ubah yang
dimalarkan
C Pemboleh ubah yang bergerak balas merupakan data yang dikumpulkan hasil daripada
aktiviti penyiasatan
D Pemboleh ubah yang dimalarkan ialah pemboleh ubah yang ditetapkan semasa menjalankan
eksperimen
19 Antara berikut, yang manakah bukan merupakan sikap saintifik dan nilai murni dalam menjalankan
penyiasatan saintifik?
A Jujur
B Bersistematik
C Meniru data-data daripada kawan sekelas
D Bertanggungjawab
20 Apakah langkah pertama yang harus dilakukan dalam sesuatu penyiasatan saintifik?
A
Mengawal pemboleh ubah
B
Mengenal pasti masalah
C
Membuat hipotesis
D
Membuat inferens

21 Antara berikut, yang manakah benar tentang sumbangan sains dalam kehidupan manusia?
I Menjadikan kehidupan manusia lebih selesa
II Membolehkan manusia berkomunikasi pada jarak jauh
III Mengawal mutu hasil pertanian
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III
22 Antara berikut, langkah yang manakah terlibat dalam kaedah saintifik?
I Mengumpulkan data
II Mereka alat yang diperlukan
III Membuat inferens
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I dan III sahaja
D III sahaja
23 Langkah berikut dilakukan semasa mengumpul dan mentafsirkan data dalam suatu penyiasatan
saintifik kecuali
I data yang dikumpulkan boleh ditafsirkan dalam bentuk jadual
II data yang direkodkan boleh dipersembahkan dalam histogram
III sebarang data yang difikirkan salah harus disingkirkan
A I sahaja
B II sahaja
C III sahaja
D I dan II sahaja
24 Manakah antara yang berikut merupakan pernyataan hipotesis?
I Kadar penyejatan air dipengaruhi oleh luas permukaan yang didedahkan
II Semakin besar saiz balang gas, semakin lama lilin menyala dalam balang gas itu
III Bumi adalah suatu planet dalam Sistem Suria
A III sahaja
B I dan II sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III
25 Semasa mengkaji kadar keterlarutan gula berlainan saiz dalam air, apakah pemboleh ubah yang harus
dimalarkan?
I Suhu air
II Isi padu air yang digunakan
III Masa untuk gula melarut dalam air
A I sahaja
B II sahaja
C III sahaja
D I dan II sahaja

26 Antara perkara berikut, yang manakah dilakukan oleh saintis sebagai kaedah saintifik?
I Meramal
II Memerhati
III Mensyukuri
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III
27 Antara berikut, yang manakah merupakan sikap saintifik dan nilai murni?
I Berfikir kritikal dan analitis
II Rasional
III Minat dan bersifat ingin tahu
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III
28
kadar
tindak
balas
enzim
suhu
0

10

20

Rajah 5
Rajah 5 di atas menunjukkan kadar tindak balas suatu enzim pada julat suhu yang
berbeza.
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat?
I
Suhu tidak menunjukkan kesan ke atas tindak balas enzim
II
Kadar tindak balas enzim semakin meningkat pada julat suhu 0 C 30 C
III
Kadar tindak balas menurun selepas suhu 30 C 40 C
A
I sahaja
B
I dan II sahaja
C
II dan III sahaja
D
I, II, dan III
29

Antara faktor berikut, yang manakah mempengaruhi ketumpatan sesuatu bahan?

I
Isi padu
II
Bentuk bahan
III
Luas permukaan
A
I sahaja
B
I dan II sahaja
C
II dan III sahaja
D
I, II, dan III

30

M
minyak masak

Rajah 6
Rajah 6 menunjukkan keputusan apabila dua bongkah M dan N dimasukkan ke dalam bikar
yang berisi minyak masak. Antara berikut, yang manakah benar?
I M adalah paling kurang tumpat
II N adalah paling tumpat
III Ketumpatan minyak masak lebih daripada ketumpatan M
A I sahaja
B I dan II sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III
Soalan Struktur
1
kadar
fotosintesis

suhu
0 10

20

30

Rajah 1
Rajah 1 di atas menunjukkan perubahan kadar fotosintesis sesuatu pokok dengan suhu.
(a) Apakah pemboleh ubah yang dimanipulasikan?
.............................................................................................................................................................
.............................................................................................................................................................
(b) Apakah pemboleh ubah yang bergerak balas?
.............................................................................................................................................................
.............................................................................................................................................................
(c) Berikan dua kesimpulan yang boleh dibuat daripada Rajah 1.
.............................................................................................................................................................
.............................................................................................................................................................
..............................................................................................................................................................

(d) Selain suhu, cadangkan dua faktor lain yang mempengaruhi kadar fotosintesis.
......................................................................................................................................................
.......
.............................................................................................................................................................
.............................................................................................................................................................
[6 markah]
2
Daya ( N )
Pemanjang
(cm)

spring

10

12

1.5

3.0

4.6

6.1

7.4

9.0

Jadual 1
Jadual 1 di atas menunjukkan keputusan yang diperoleh untuk mengkaji kesan daya ke atas
pemanjangan spring.
(a) Lakar satu graf pemanjangan spring melawan daya yang dikenakan.
(b) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat?
.............................................................................................................................................................
.............................................................................................................................................................
(c) Cadangkan dua pemboleh ubah yang perlu dimalarkan.

(d) Ramalkan pemanjangan spring apabila daya 5 N dikenakan.
.............................................................................................................................................................
.............................................................................................................................................................
[5 markah]
Soalan Esei
1

(a) Terangkan langkah-langkah yang terlibat dalam suatu penyiasatan saintifik.

[7 markah]

(b) Jelaskan maksud pemboleh ubah-pemboleh ubah yang terlibat dalam suatu penyiasatan saintifik.
[3 markah]