Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM PENINGKATAN PENDAPATAN BELIA LUAR BANDAR

TERNAKAN IKAN BAULU DALAM KOLAM

Latar belakang Projek

Projek ini dipilih memandangkan Pekan Merotai mempunyai kawasan laut


yang sesuai dan Merotai terletak di Zon Industri Akuakultur Tawau (ZIA)

Projek ini sudah menjadi antara aktiviti ekonomi utama yang terbukti memberi
hasil yang baik kepada pengusaha.

Latar belakang Peserta

Peserta daripada belia yang terdiri daripada (belia terpinggir, B40, miskin
tegar, miskin) serta Belia yang berpotensi dan cenderung kepada aktiviti
akuakultur.

Peserta akan ditempatkan bersama dengan pengajar yang mempunyai


pengalaman yang luas dalam bidang ternakan ikan Baulu Kolam.

Perseta akan mendapat tunjuk ajar secara terus dalam proses pengurusan
ternakan dan sebagainya.

Latar belakang Projek Kolam Ikan Baulu

Persatuan yang sah pendaftarannya di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan


Belia Malaysia

Memiliki kemahiran dalam bidang penternakan dalam sangkar, perikanan dan


pertanian

Persatuan akan memastikan semua peserta telah mengikuti kursus dan


terlatih

Hasil ternakan ikan ada dipasarkan dengan bantuan daripada persatuan dan
FAMA.

Persatuan akan membantu pengusaha untuk mencari jaringan baru untuk


pasarkan hasil ternakan mereka di pasaran luar dan antarabangsa..

Kos Pengeluaran Bagi Peserta


Kos pengeluaran yang terlibat bagi aktiviti ini adalah :

Kolam ternakan 20 kakix 20 kaki : RM 3,000 /unit


benih ikan : RM2500.00/sangkar
makanan ikan : RM3,000.00 /sangkar sehingga boleh dipasarkan
Latihan dan Kursus : RM 1500.00

Kos keseluruhan pengeluaran peringkat pertama melibatkan 1unit sangkar berukuran


10 kaki x 10 kaki = RM10000.00 termasuk kos latihan dan kursus kepada peserta.

Kos untuk pusingan kedua dan seterusnya adalah dianggarkan sebanyak RM7,000.00
Semua kos pusingan pertama di atas akan ditanggung oleh pihak KKLW di bawah
Program Peningkatan Pendapatan dan disalurkan secara bersistem dan berperingkat
kepada persatuan NGO yang dilantik
Manakala kos operasi pusingan kedua akan diambil dari keuntungan jualan pusingan
pertama dan seterusnya.

Pulangan
Berdasarkan kepada kos-kos yang terlibat di atas, perkiraan pulangan akan dibuat di
atas perbelanjaan modal operasi semusim dan selepas itu akan membawa kepada
pengiraan pulangan modal yang dilaburkan bagi pembinaan sangkar ternakan.
Perkiraan bagi pulangan semusim (ikan Kerapu dan Keratang) bagi satu sangkar
adalah :

benih ikan : RM2500


makanan ikan : RM3000
jumlah kos pengeluaran : RM 5,500.00

harga jualan : RM15.00/kg


purata kasar kuantiti ternakan yang dikeluarkan : 2000kg/sangkar
jumlah jualan : RM15.00 x 2000 kg = RM30,000
keuntungan : RM30,000.00 - RM 5,500 = RM24,500/semusim

Ini adalah perkiraan kasar yang dibuat bagi semusim. Bilangan sangkar yang
dicadangkan kepada setiap peserta adalah sebanyak sebuah sangkar
menepati jumlah pendapatan yang digariskan. Didapati keuntungan jualan dihujung
musim, peserta akan mendapat pendapatan bersih sebulan sebanyak RM 4,000.00
Kawalan
Semua projek yang dicadangkan ini akan dipantau oleh Persatuan yang dilantik
disamping pegawai FAMA di Daerah Tawau ini, di mana lokasi sangkar adalah
dikawasan Zon Industri Akuakultur Tawau.
Peserta pula akan diwajibkan mengikuti beberapa peraturan :
kursus ternakan
kursus pengurusan ikan dan sangkar
buku kedatangan kerja dan rekod kewangan

Peserta

Jumlah peserta yang dicadangkan adalah seramai 30 orang

Peserta yang dipilih ini adalah mereka yang tinggal berhampiran dengan Zon
ini

Pasaran

Semua hasil dibeli oleh Syarikat yang dilantik melalui Pusat Operasi Ekonomi
Persatuan dan juga diuruskan Persatuan

Harga yang ditawarkan adalah mengikut persetujuan Pusat Operasi dengan


bersandarkan harga pasaran semasa. Persatuan juga menggalakan pengusaha
untuk mencari anak ikan kecil untuk dijadikan bibit secara kecil-kecilan bagi
membolehkan hasil pendapatan yang tinggi.

Anda mungkin juga menyukai