Anda di halaman 1dari 2

Falsafah Pendidikan Barat

A. Pendidikan Tradisional Barat


1. Perennialisme
Ciri-ciri asas semula jadi manusia adalah berbentuk universal dan tiada had
masa. Ciri yang mendefinisikan manusia adalah rasionalisti. Oleh yang
demikian, rasionaliti dan intelek mestilah disemai melalui pendidikan.
Perennialisme percaya bahawa tujuan utama pendidikan adalah untuk mengajar
nilai dan pengetahuan yang berbentuk univervsal dan tiada had masa.
Fokus perennialisme ialah perkembangan diri.
Ini adalah kerana orang adalah manusia. Oleh itu, orang perlu diajar

mengenai kemanuisaan dahulu, bukan mesin atau teknik.


Orang juga adalah pertamanya orang, dan keduanya pekerja. Oleh itu topic-

topik liberal harus diajar dahulu sebelum topik-topik vokasional.


Topik-topik penting adalah topic yang membincangkan perkembangan

seseorang. Oleh itu, prinsip perlu diajar, bukannya fakta. Fakta sentiasa
berubah.
o Sebagai contohnya, dalam sains, perennialisme menggunakan
strategi pengajaran penakulan saintifik, bukan fakta. Penakulan
diilustrasikan dengan eksperimen-eksperimen yang terkenal.
Dengan cara ini, murid diperkenalkan dengan tindakan sains dan
penaakulan yang lebih bercorak kemanusiaan. Yang penting sekali
ia menunjukkan ketidakpastian dan tindakan yang salah bagi sains
sebenar.

Guru dilihat sebagai seorang yang berkuasa dalam


bidangnya. Pengetahuan dan kepakarannya tidak boleh dipersoalkan.

Guru membantu murid berfikir secara rasional berdasarkan


kaedah Sokratik. Sebagai pakar mata pelajaran, ia perlu mahir
membimbing perbincangan.

Nilai tradisional juga diajar secara explisit.

ii.

Essensialisme

Essensialisme melihat kepada apa yang perlu dan penting dalam hidup untuk
kehidupan yang sempurna dan baik. Essensialisme mengambil kira pendidikan
sebagai persediaan untuk pekerjaan dan kewarganegaraaan.
Oleh itu, essensialisme adalah satu teori yang mempertikakan bahawa tujuan
utama pendidikan adalah menyampaikan budaya dan ilmu kepada setiap
generasi baru.
Essensialisme bertujuan menggalakkan perkembangan intelek setiap individu
dan mendidikan seseorang yang kecekapan. Ini melibatkan pengajaran mata
pelajaran asas tradisional yang berguna pada masa lampau, dan akan berguna
juga pada masa akan datang.
Mata pelajaran yang penting adalah Membaca, Menulis, Matematik (3M) serta
sastera, Bahasa Asing, Sejarah, Sains, Seni dan Muzik. Ia juga memberi fokus
kepada pengajaran kemahiran-kemahiran penting, penguasaan konsep dan
prinsip. Program di bawah fahaman essentialis biasanya mengajar kanak-kanak
secara ansur maju, daripada yagn mudah kepada yang lebih kompleks.
Essensialisme juga berusaha mengekalkan sekolah sebagai fungsi akademik.
Guru dianggap sebagai berkuasa dalam mata pelajaran dan pengajarannya. Ia
berkuasa dalam mata pelajaran dan pengajarannya. Ia berkuasa di dalam bilik
darjah, dan menentukan kurikulum.
Guru juga bertanggungjawab mengajar nilai-nilai tradisional. Oleh itu, seorang
guru dianggap, sebaai model yang bernilai untuk dicontohi.
Dengan ini, kurikulum essensialisme adalah kurikulum umum, berpusatkan mata
pelajaran yang menitikberatkan bahsa, sastera dan matematik, seni dan sains.

Anda mungkin juga menyukai