Anda di halaman 1dari 4

KISAH: KEBIJAKSANAAN HUD-HUD

Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan hakim dan seterusnya hadirin yang dihormati
sekalian.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Berjalan-jalan ke Tanjung Jara,
Bermain pasir bersama rakan,
Kebijaksanaan hud-hud pilihan cerita,
Mari bersama kita dengarkan.

pantun

Kawan-kawan nak tahu? burung hud hud merupakan sejenis burung belatuk. Walaupun
saiznya kecil namun,kebijaksanaanya amat mengamgumkan.Sikapnya yang taat kepada
pemimpin telah mengangkat burung hud hud menjadi kepercayaan nabi Sulaiman. Oleh
sebab itu, burung hud hud dilantik sebagai perisik bagi kerajaan nabi sulaiman.
Suatu hari, ketika memeriksa barisan dari kalangan burung-burung,baginda menyedari
bahawa burung hud hud tidak hadir dalam perbarisan. Baginda akan menjatuhkan hukuman
sekirannya hud hud hadir tanpa alasan yang jelas.

:Surah an-naml ayat 20, yang bermaksud


dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam
tenteranya) lalu berkata: "Mengapa aku tidak melihat burung belatuk? Adakah ia dari
?mereka yang tidak hadir
Syair
Nabi sulaiman sudah murka,
Kerana hud-hud langsung tiada
Tanpa alasan kukuh hukuman tersedia
Akhirnya datang membawa berita.

Kawan-kawan,
Kita hendaklah befikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu perkara. Sebagaimana
yang dipaparkan di dalam harian metro kes seorang isteri menikam belakang suaminya

sendiri kerana menegur perbuatannya yang kerap keluar rumah tanpa izin. Oleh itu, jangan
sesekali bersikap terlalu mengikut perasaan. Kita hendaklah mencontohi sikap nabi Sulaiman
yang tidak membuat keputusan secara terburu-buru dan memberi peluang kepada hud-hud
untuk mengemukakan alasannya.
Ya Kawan-kawan,
Tidak lama kemudian, hud-hud datang. Dia sedar akan kelewatannya itu. Namun dia tidak
takut kerana dia perlu menyampaikan amanah untuk dihadapkan kepada nabi Sulaiman.
Tanpa membuang masa,hud-hud mengkhabarkan berita yg menjadi punca keterlewatannya.
aku datang dari negeri Saba dengan membawa berita yang diyakini kebenarannya, kata
hud-hud
(Nasyid)
Ratu balqis tidak beriman
Sang suria jadi sembahan
Nabi Sulaiman berasa hairan
Utuskan surat buat siasatan.
kawan- kawan,
Mendengar akan perkhabaran itu, seluruh perhimpunan merasa terkejut dan kagum dengan
kebijaksanaan hud-hud yang mendapatkan maklumat tentang keadaan politik di negeri Saba
yang diperintah oleh ratu Balqis.
Nabi sulaiman memanggil hud-hud menghadapnya. Nabi sulaiman mengarahkan hud-hud
mengutuskan surat kepada ratu Balqis. Lalu nabi sulaiman berkata,
jatuhkan surat ini kepada ratu balqis.Setelah itu, sembunyikan diri kamu dan perhatikan
reaksi mereka.
Tanpa berlengah lagi, hud hud terbang pergi ke mahligai ratu balqis dan melalui jendela
istana, lalu menjatuhkan surat tersebut betul-betul dihadapan ratu Balqis. Setelah itu, hud-hud
segera menyembunyikan diri sambil memerhatikan reaksi ratu balqis, hud-hud pun pulang
untuk melaporkan kepada nabi Sulaiman tentang apa yang didengarinya.

Surah an-naml ayat 31, maksudnya
"`Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaKu dengan
menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran ugama Allah). ' "
Itulah antara isi kandungan surat daripada nabi Sulaiman kepada ratu Balqis...
Kawan-kawan, bertuahnya hud-hud menjadi perantaraan penyebaran dakwah nabi sulaiman
sedangkan ia hanya seekor burung tetapi diangkat oleh Nabi Sulaiman sebagai perinsik. Apa
pula sumbungan kita terhadap tugas dakwah? Hal ini sebagaimana yang berlaku sekarang di
Lahad Datu dimana terdapat anggota yang dihantar untuk menjadi perisik bagi menjaga
keamanan negara.

Ya kawan-kawan,
Ratu balqis musykil sekali,
Surat dibaca bersama menteri,
Kata sepakat hadiah diberi,
Sebagai penganti diri
Walaupun hadiah mahal nilainya,
Tetapi baginda enggan terima,
Ratu diperintah mengadap baginda,
Jika enggan buruk padahnya.

:Surah an-naml ayat 37, yang bermaksud
dan kami akan mengeluarkan mereka dari negeri Saba' Dengan keadaan hina, menjadi
orang-orang tawanan.
Mendengarkan amaran tegas baginda, Ratu balqis mulai resah dan kecut perutnya dengan
kehebatan tentera baginda yang luar biasa.
Ya kawan-kawan,
Kita patut meneladani sifat ratu Balqis mengadakan perbincangan sesama menteri dan ahli
cerdik pandai sebelum membuat keputusan. Mencapai kata sepakat sangat penting sebelum
bertindak. Hal ini sejajar dengan perhimpunan ulama sedunia bertujuan untuk menegaskan
tentang kepentingan perpaduan dan kesepakatan umat Islam. Selain itu, perhimpunan ini turut
mengharamkan pertumpahan darah antara orang Islam.
Hadirin sekalian,
Setelah nabi Sulaiman menyampaikan dakwah kepada ratu Balqis akhirnya ratu balqis sujud
beriman terhadap Yang Esa.

:Surah an-Naml ayat 44, yang bermaksud
"Wahai Tuhanku, Sesungguhnya Aku telah menganiaya diri sendiri dan (Sekarang Aku
menegaskan bahawa) Aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman,
kepada Allah Tuhan sekalian alam ".
Ratu Balqis menyedari kelemahannya, sehingga dia memohon ampun atas kesilapannya
selama ini dan akhirnya dia diperisterikan oleh Nabi Sulaiman. Lalu Allah mengurniakan
hidayahNya yang tiada ternilai kepada Balqis dan pengikutnya untuk beriman dan
mentauhidkan Allah,

Kawan-kawan,
Demikianlah antara kisah yang menunjukkan kebijaksanaan hud-hud dalam membantu nabi
sulaiman menyampaikan dakwah. Kebijaksanaan hud-hud sebagai pegintip baginda patut kita
jadikan teladan dalam menyampaikan dakwah.
Demikianlah kisah ambil pengajaran
Ratu yang kufur kini beriman,
Ajaran sesat jangan amalkan,
Wasiat junjungan jadikan pegangan.
Sekian, wabillahittaufiq walhidayah, wassalamualaikum wbh.

Anda mungkin juga menyukai