Anda di halaman 1dari 33

ENAKMEN KELUARGA ISLAM

UNIT55
UNIT

A 2001 / UNIT 5 / 1

ENAKMEN KELUARGA
ISLAM
OBJEKTIF AM

Mempelajari

Unit

dan

memahami

prosedur

perundangan

kekeluargaan Islam

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:

menyatakan konsep enakmen keluarga Islam


supaya pelajar dapat menjelaskan prosedur-prosedur yang
perlu diikuti sebelum sesuatu perkahwinan
menjelaskan klasifikasi Undang-undang Keluarga Islam
Secara terperinci

UNIT 5-1

ENAKMEN KELUARGA ISLAM

UNIT
5

A 2001 / UNIT 5 / 2

ENAKMEN KELUARGA
ISLAM

INPU
T

PENGENALAN
Peruntukan ke atas pelbagai jenis kesalahan di bawah Akta/Enakmen ini dan digubal adalah
untuk melihat sejauh mana perkembangan dan keberkesanan dalam usaha menyekat pelakupelaku kesalahan daripada terus bertindak tanpa menghiraukan denda atau ancaman yang
diperuntukkan oleh undang-undang.
5.1

PENGENALAN
MALAYSIA

UNDANG-UNDANG

KEKELUARGAAN

ISLAM

DI

Undang-undang Kekeluargaan Islam di Malaysia adalah suatu undang-undang yang


memperuntukkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan, perceraian dan
perkara-perkara yang berkaitan dengan keduanya. Ianya dinyatakan sendiri di dalam tajuk
ringkas Undang-undang Kekeluargaan Islam iaitu, "suatu akta bagi mengkanunkan
peruntukan-peruntukan tertentu Undang-undang Keluarga Islam mengenai perkahwinan,
perceraian, nafkah, penjagaan dan lain-lain perkara berkaitan dengan kehidupan keluarga."
Setiap individu di Malaysia boleh merujuk kepada Undang-undang Kekeluargaan yang
terdapat di setiap negeri seperti di bawah:
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Johor, No. 5/1990
Enakmen Keluarga Islam Kedah, Bil. 1/1984
Enakmen Keluarga Islam Kelantan, No. 1/1983
Enakmen Keluarga Islam Melaka, No. 8/1983

UNIT 5-2

ENAKMEN KELUARGA ISLAM

A 2001 / UNIT 5 / 3

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan, No. 7/ 1983


Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pahang, No. 3/ 1991
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Perak, Bil. 13/1991
Enakmen Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam Perlis, Bil. 4/1992
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Pulau Pinang, Bil. 2/1985
Undang-undang Keluarga Islam Sabah, No. 15/1992
Ordinan Undang-undang Keluarga Islam Sarawak, No. 5/1991
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor, No. 4/1984
Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam Terengganu, Bil. 12/1985
Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, 1984 (A303) pindaan (A828)
Kesemua Undang-undang Kekeluargaan Islam di atas memperuntukkan hak-hak yang boleh
diperolehi dan juga tanggungjawab yang mesti dipenuhi oleh setiap individu. Undangundang ini juga memperuntukkan tentang kesalahan-kesalahan serta hukuman yang boleh
dikenakan.
Secara terperinci, klasifikasi Enakmen dibahagikan seperti berikut:
1. Perkahwinan
2. Pendaftaran perkahwinan
3. Penalti dan pelbagai peruntukan berhubung dengan akad nikah
4. Pembubaran perkahwinan
5. Nafkah isteri dan anak
6. Penjagaan anak
7. Penalti/kesalahan
8. Hak-hak yang boleh diperolehi melalui undang-undang tersebut pula dapat
diklasifikasikan kepada beberapa bahagian iaitu:
9. Hak sebelum perkahwinan
10. Hak semasa tempoh perkahwinan
11. Hak selepas tempoh perkahwinan

UNIT 5-3

ENAKMEN KELUARGA ISLAM

A 2001 / UNIT 5 / 4

5.2 CONTOH JENIS KESALAHAN DI BAWAH AKTA/ENAKMEN YANG


KEBIASAAN BERLAKU.
Bil.
Masalah
1.
Meninggal
langsung
isteri

Akta/Enakmen
Seksyen 126 Akta Undang - Undang Keluarga Islam
(Wilayah Persekutuan 1984)
Diperuntukan bahawa jika seseorang telah diperintahkan oleh
mahkamah supaya hidup bersama dengan isterinya dan dia
bersengaja cuai atau tidak mematuhi perintah itu maka dia
adalah melakukan sesuatu kesalahan dan hendaklah dihukum
denda tidak melebihi RM1000 atau penjara tidak melebihi 6
bulan atau kedua - duanya denda dan penjara.
Enakmen Keluarga Islam Kedah 1984
Memperuntukan seorang yang tidak hidup bersama dengan
isterinya mengikut cara yang dikehendaki oleh Enakmen
Keluarga Islam atau yang dengan sengaja cuai atau tidak
mematuhi perintah mahkamah supaya ia hidup bersama
semula dengan isterinya itu adalah bersalah atas satu
kesalahan dibawah enakmen itu dan boleh apabila disabitkan,
dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi satu bulan
atau denda tidak melebihi RM1000 atau kedua-duanya.

2.

Menganiaya
isteri

Seksyen 127 Akta Undang-Undang Keluarga Islam


Wilayah Persekutuan 1984
Diperuntukkan seseorang yang menganiaya isterinya atau
menipu harta isterinya adalah melakukan satu kesalahan dan
hendaklah dihukum denda tidak melebihi 6 bulan atau keduaduanya denda dan penjara.
Seksyen 108 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
Kelantan 1983
Diperuntukkan seseorang suami yang dengan sengaja
menganiaya isterinya adalah bersalah atas suatu kesalahan
dan boleh apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak
melebihi daripada RM1000 atau penjara tidak melebihi
tempoh selama 6 bulan atau kedua-duanya sekali .

Seksyen 109 Enakmen Undang Undang Keluarga Islam


UNIT 5-4

ENAKMEN KELUARGA ISLAM

A 2001 / UNIT 5 / 5

Melaka 1983.
Diperuntukkan seseorang suami yang dengan sengaja
menganiaya isterinya adalah bersalah atas satu kesalahan dan
boleh apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman denda
RM1000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau keduaduanya sekali.
Seksyen 127 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
Johor 1990.
Diperuntukan seseorang yang menganiaya suami atau
isterinya atau menipu harta suami atau isterinya adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda
tidak melebihi RM 1000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan
atau kedua-duanya denda dan penjara dan mahkamah
hendaklah memerintahkan harta atau nilai yang ditipu itu
supaya dikembalikan kepada suami atau isteri menurut
hukum Syarak.
Jika diperhatikan di antara keempat-empat Negeri-negeri tadi
Johor tidak mengkhususkan pesalah sama ada suami atau isteri,
tetapi mengkhususkan kepada penganiayaan terhadap harta tanpa
merangkumi tubuh badan, sungguhpun begitu negeri-negeri lain
nampaknya tidak mengeluarkan perintah pengembalian harta
yang ditipu itu.

3.

Tidak
memberi
keadilan yang
sewajarnya
kepada isteri.

Seksyen 128 Akta Undang Undang Keluarga Islam


Wilayah Persekutuan 1984.
Diperuntukan seseorang yang tidak memberi keadilan yang
sewajarnya kepada isterinya mengikut hukum syarak adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda
tidak melebihi RM 1000 atau keduanya denda dan penjara
itu. Peruntukan yang sama terdapat di negerinegeri lain
kecuali Kelantan , Kedah Melaka dan Johor.

Seksyen 107 Enakmen Undang Keluarga Islam Kelantan


UNIT 5-5

ENAKMEN KELUARGA ISLAM

A 2001 / UNIT 5 / 6

1983
Diperuntukan seseorang suami yang dengan sengaja tidak
memberi keadilan sewajarnya kepada isterinya mengikut
hukum syarak adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh
apabila disabitkan dikenakan tidak melebihi daripada RM500
atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada 4 bulan atau
kedua-duanya sekali.
Seksyen 114 Enakmen Keluarga Kedah Islam 1984
Diperuntukan seseorang yang tidak memberi keadilan
sewajarnya kepada isterinya atau isteriisterinya mengikut
hukum syarak adalah bersalah atas suatu kesalahan dibawah
Enakmen Keluarga Islam dan boleh apabila disabitkan
dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi dua bulan
atau denda tidak melebihi RM300 atau kedua-duanya.
Seksyen 127 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
Johor 1990.
Diperuntukan seseorang yang tidak memberi keadilan
sewajarnya kepada isterinya mengikut hukum syarak adalah
melakukan satu kesalahan dan hendaklah dihukum denda
tidak melebihi RM 1000.00 atau penjara tidak melebihi 6
bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu. Seseorang
yang mempunyai isteri yang lebih daripada seorang yang
telah tidak bersikap adil terhadap isterinya mengikut hukum
syarak adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh
dihukum denda tidak lebih daripada RM1000 atau penjara
tidak lebih daripada 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
4

Masalah
nusyuz
Isteri tidak
menurut
perintah.

Sekyen 129 Akta Undang- Undang Keluarga Islam


Wialyah Persekutuan 1984
Diperuntukkan seseorang perempuan yang bersengaja tidak
menurut sesuatu perintah yang diberi oleh suaminya yang sah
mengikut hukum syarak adalah melakukan suatu kesalahan
dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi RM100 atau
bagi kesalahan kali kedua atau kali kemudiannya denda tidak
melebihi RM500. Peruntukan yang sama didapati di lain- lain
negeri kecuali Kelantan ,Melaka dan Kedah.

Seksyen 103 Enakmen Keluarga Islam Kelantan 1983 dan


UNIT 5-6

ENAKMEN KELUARGA ISLAM

A 2001 / UNIT 5 / 7

Seksyen 104 Enakmen Undang- undang Kelurga Islam


Melaka 1983
Diperuntukan seseorang isteri yang sengaja engkar perintah
yang diberi dengan sahnya oleh suaminya mengikut hukum
syarak dan terus engkar selepas diberi nasihat oleh kadi
adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh apabila
disabitkan ,dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada
RM 200 atau bagi kesalahan kali yang kedua atau berikutnya
dengan denda tidak lebih daripada RM500 dengan syarat
bahawa hendaklah menjadi pembelaan yang cukup terhadap
mana mana pendakwaan dibawah seksyen ini bahawa
suaminya telah didapati menganiaya atau menyeksa yang
dituduh lebih daripada sekali.
Seksyen 115 Enakmen Keluarga Islam Kedah.
Diperuntukan seseorang isteri yang dengan sengaja tidak
menurut perintah yang munasabah atau tidak taat kepada
suaminya atau tidak menjalankan tugas- tugas sebagai
seorang isteri hendaklah apabila disabitkan dihukum nusyuz
dan gugur semua haknya disisi hukum syarak.
5

Penceraian
Perceraian di
luar
mahkamah
dan tanpa
kebenaran
mahkamah

Seksyen 124 Akta Undang-undang Keluarga Islam


Wilayah Persekutuan 1984
Diperuntukkan jika seseorang lelaki menceraikan isterinya
dengan melafazkan talaq dalam apa-apa bentuk di luar
mahkamah dan tanpa kebenaran m ahkamah itu maka dia
adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum
denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi
enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.
Seksyen 105 Enakmen Keluarga Islam Kelantan 1983,
S.110 Enakmen Keluarga Islam Kedah 1984 dan Seksyen
106 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Melaka
1983.
Diperuntukkan seseorang lelaki yang menceraikan isterinya
dengan melafazkan talaq dalam apa jua bentuk sekalipun
tanpa kebenaran mahkamah adalah bersalah atas satu
kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan hukuman
denda tidak lebih daripada RM300 atau penjara selama
tempoh tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya
sekali.

Poligami
UNIT 5-7

ENAKMEN KELUARGA ISLAM

Poligami
tanpa
kebenaran
mahkamah

A 2001 / UNIT 5 / 8

Seksyen 123 Akta Undang-undang Keluarga Islam


Wilayah Persekutuan 1984
Diperuntukkan jika seseorang lelaki berkahwin lagi di manamana juapun dalam masa perkahwinannya yang sedia ada
masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis
terlebih dahulu dari mahkamah maka dia adalah melakukan
suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi
RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau keduaduanya denda dan penjara itu.
Seksyen 109 Enakmen Keluarga Islam Kedah 1984
Diperuntukkan seorang lelaki yang bernikah di mana-mana
juapun sama ada di dalam atau di luar Malaysia masa
pernikahannya yang sedia ada masih berkuatkuasa tanpa
mendapat kebenaran bertulis dari Mahkamah kadi adalah
bersalah atas suatu kesalahan di bawah Enakmen Keluarga
Islam dan boleh, apabila disabitkan dikenakan denda tidak
melebihi daripada RM500. Mahkamah boleh sebagai
tambahan kepada hukuman itu memerintahkan pesalah
membayar pampasan atau apa-apa bayaran yang masih
terhutang oleh pesalah kepada isteri atau isteri-isterinya.

Contoh pertentangan antara hukum syarak dengan peruntukan undang-undang


negara
Bil. Enakmen
1

40(2) dan
berpoligami tanpa
kebenaran
Mahkamah mengikut
seksyen 123. Jika
sabit kesalahan di
bawah seksyen 123,
pesalah boleh
dihukum denda tidak
melebihi satu ribu
ringgit atau penjara
tidak lebih enam
bulan atau keduaduanya sekali.

Pertentangan antara hukum syarak dengan


peruntukan undang-undang negara
Peruntukan berkaitan dengan kesalahan berpoligami
tanpa kebenaran digubal sebegitu rupa bagi
membendung gejala tersebut dan bagi memelihara hakhak isteri yang sedia ada dari diabaikan selepas
berpoligami. Jika permohonan poligami dipohon secara
teratur,isteri pertama akan dapat memohin kepada
mahkamah untuk mendapatkan hak-haknya melalui
perintah mahkamah seperti hak nafkah diri melalui
potongan gaji ,nafkah anak,pembahagian harta ,giliran
dan sebagainya.
Di sini berlaku pertentangan antara hukum syarak
dengan peruntukan undang-undang negara di mana
syarak membenarkan poligami sebagaimana yang
difahami daripada ayat ke 3 surah an-Nisaa yang
bermaksud:
UNIT 5-8

ENAKMEN KELUARGA ISLAM

A 2001 / UNIT 5 / 9

dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap anak


yatim, maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu
berkenan dari perempuan, dua, tiga atau empat.
Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil di
antara isteri-isteri kamu, maka berkahwinlah dengan
seorang sahaja..........
2

Seksyen 124
Perceraian Di luar
Mahkamah Dan
Tanpa Kebenaran
Mahkamah.

Seksyen ini menjelaskan jika suami menceraikan


isterinya dengan lafaz talak dalam apa-apa bentuk
sekalipun di luar mahkamah dan tanpa kebenaran
mahkamah adalah menjadi satu kesalahan yang boleh
didenda tidak lebih satu ribu ringgit atau penjara selama
tempoh tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya
sekali.
Mengikut hukum syarak hak talak di tangan suami
sebagai Sohibul al-Talak. Tetapi seksyen 47 Enakmen
telah menetapkan pihak-pihak yang ingin bercerai
hendaklah membuat permohonan kepada Mahkamah
Syariah. Di bawah peruntukan seksyen 47 ini, hak talak
masih diberi kepada suami walaupun ada pihak yang
mendakwa mahkamah telah mengambilalih hak tersebut.
Haknya itu tidak boleh dilakukan mengikut pilihannya
sendiri sahaja. Ini adalah bertujuan mengawal perceraian
supaya ia tidak berlaku secara sewenang-wenangnya,
selaras dengan kehendak syarak sebagai suatu langkah
yang paling akhir untuk menyelesaikan kekusutan
perkelahian setelah beberapa langkah perdamaian dibuat
gagal. Ia dibuat bagi menjamin hak-hak perempuan yang
diceraikan oleh suaminya dijaga dengan baik dan
diberikan secara teratur.
Bagi mereka yang telah melanggar peruntukan seksyen
124 ini, pendaftaran perceraian di luar mahkamah boleh
dibuat mengikut seksyen 55A, di mana dalam masa 7
hari selepas lafaz talak dilakukan, suami hendaklah
melaporkannya kepada mahkamah. Setelah menerima
laporan itu, mahkamah akan membuat siasatan bagi
memastikan sama ada lafaz itu sah atau tidak mengikut
hukum syarak.

UNIT 5-9

ENAKMEN KELUARGA ISLAM

A 2001 / UNIT 5 / 10

5.3 CONTOH SEBAHAGIAN ENAKMEN KELUARGA ISLAM PULAU PINANG


PERKAHWINAN
Orang-orang yang
boleh
mengakadnikahkan
perkahwinan.

7. (1) Sesuatu perkahwinan di Negeri Pulau Pinang


hendaklah mengikut peruntukan Enakmen ini dan hendaklah
diakadnikahkan mengikut Hukum Syara oleh (a) wakil di hadapan Pendaftar;
(b) wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran
Pendaftar; atau
(c) Pendaftar sebagai wakil wali.
(2) Jika sesuatu perkahwinan itu melibatkan seorang
perempuan yang tiada mempunyai wali dari nasab, mengikut
Hukum Syara, perkahwinan itu hendaklah diakadnikahkan hanya
oleh wali Raja.

Umur minimum
untuk perkahwinan.

8. Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan atau


didaftarkan di bawah Enakmen ini jika lelaki itu berumur kurang
daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang
daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syariah telah
membeir kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.
PERMULAAN KEPADA PERKAHWINAN

Permohonan untuk
kebenaran berkahwin.

16. (1) Apabila dikehendaki


untuk
mengakadnikahkan
sesuatu perkahwinan dalam Negeri Pulau Pinang, tiap-tiap satu
pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu hendaklah
memohon dalam bornag yang ditetapkan untuk kebenaran
berkahwin kepada Pendaftar bagi kariah masjid di mana pihak
perempuan itu bermastautin.
(2) Jika pihak lelaki bermastautin di kariah masjid yang
berlainan dari kariah masjid pihak perempuan, atau bermastautin di
mana-mana Negeri, permohonannya hendaklah mengandungi atau
disertai dengan kenyataan Pendaftar bagi kariah masjidnya atau
oleh pihak berkuasa yang hak bagi Negeri itu, mengikut mana yang
berkenaan, yang bermaksud bahawa sejauh yang dapat
dipastikannya perkara-perkar ayang disebut dalam permohonan itu
adalah benar.

(3) Permohonan

tiap-tiap

UNIT 5-10

satu

pihak

hendaklah

ENAKMEN KELUARGA ISLAM

A 2001 / UNIT 5 / 11

disampaikan kepada Pendaftar sekurang-kurangnya tujuh hari


sebelum tarikh yang dicadangkan bagi perkahwinan itu, tetapi
Pendaftar boleh membenarkan masa yang lebih singkat dalam
mana-mana kes tertentu.
(4) Permohonan kedua-dua pihak
sebagai suatu permohonan bersama.
Mas kahwin dan
pemberian.

hendaklah dianggap

21. (1) Mas kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki
atau wakilnya kepada pihak perempuan atua wakilnya di hadpaan
orang yang mengakadnikahkan perkahwinan itu dan sekurangkurangnya dua orang saksi lain.
(2) Pendaftar hendaklah, mengenai tiap-tiap perkahwinan yang
hendak didaftarkan olehnya, menentu dan merekodkan (a) nilai dan butir-butir lain mas kahwin;
(b) nilai dan butir-butir lain pemberian;
(c) nilai dna butir-butir lain apa-apa bahagian mas kahwin atau
pemberian atau kedua-duanya, yang telah dijanjikan tetapi
tidak dijelaskan pada masa akadnikah itu, dan tarikh yang
dijanjikan untuk penjelasan; dan
(d) butir-butir cagaran yang diberi bagi menjelaskan mas
kahwin atau pemberian.

Poligami.

23. (1) Tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seorang


lain dalam masa dia masih beristerikan isterinya yang sedia ada
kecuali dengan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran secara
bertulis daripada Hakim Syariah, dan jika dia berkahwin
sedemikian tanpa kebenaran tersebut maka perkahwinan itu tidak
boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini.
(2) Subseksyen (1) terpakai bagi perkahwinan dalam Negeri
Pulau Pinang seseorang lelaki yang bermastautin dalam atau di luar
Negeri Pulau Pinang dan perkahwinan di laur Negeri Pulau Pinang
(3) Permohonan untuk kebenaran hendaklah dikemukakan
kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetpakan dan hendaklah
disertai dengan suatu akuan berkanun menyatakan alasan-alasan
mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut dan
perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya
dan kewajipan dan tnaggungan kewangannya yang boleh
UNIT 5-11

ENAKMEN KELUARGA ISLAM

A 2001 / UNIT 5 / 12

ditentukan, bilangan orang tanggungannya, termasuk orang-orang


yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan
perkahwinan yang dicadangkan itu, dan sama ada izin atau
pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperolehi
atau tidak terhadap pihak yang dicadangkan itu.
(4) Apabila menerima permohonan itu,
Mahkamah
hendaklah memanggil pemohon dan isteri atau isteri-isterinya yang
sedia ada supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang
hendaklah dilakukan dalam Mahkamah tertutup, dan Mahkamah
boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuas hati (a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan
perlu, memandang kepada antara lain, hal-hal keadaan yang
berikut, iaitu, kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak
dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar
mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan,
atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;
(b) bahawa pemohon mempunyai
kemampuan yang
membolehkan dia menanggung, sebagaimana dikehendaki
oleh Hukum Syara, semua isteri dan orang tanggungannya,
termasuk orang-orang yang akan menjadi orang-orang
tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang
dicadangkan itu;
(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama
rata kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum
Syara.
(d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan
menyebabkan darar syari kepada isteri atau isteri-isteri
yang sedia ada; dan
(e) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan
merendahkan secara langsung atau secara tak langsung taraf
kehidupan yang telah dinikmati dan dijangka dengan
munasabah akan dinikmati seterusnya oleh isteri atau isteriisteri dan orang-orang tanggungannya yang sedia ada
sekiranya perkahwinan itu tidak berlaku.
(5) Satu salinan permohonan di bawah subseksyen (3) dan
akuan berkanun yang dikehendaki oleh sub-seksyen itu hendaklah
disampaikan bersama dengan surat panggilan ke atas tiap-tiap isteri
yang sedia ada.

(6) Mana-mana pihak yang terkilan atau tidak puas hati


UNIT 5-12

ENAKMEN KELUARGA ISLAM

A 2001 / UNIT 5 / 13

dengan apa-apa keputusan Mahkamah boleh merayu terhadap


keputusan itu mengikut cara yang diperuntukkan dalam Enakmen
Pentadbiran bagi rayuan dalam perkara sijil.
(7) Seseorang yang berkahwin bersalahan dengan subseksyen
(1) hendaklah membayar dengan serta-merta semua jumlah masa
kahwin dan pemberian yang kena dibayar kepada isteri atau isteriisteri yang sedia ada, dan jumlah itu, jika tidak dibayar sedemikian,
boleh dituntut sebagai hutang.
(8) Acara bagi akadnikah dan pendaftaran sesuatu
perkahwinan di bawah seksyen ini adalah serupa dalam semua
perkara dengan yang dipakai bagi perkahwinan-perkahwinan lain
yang diakadnikahkan dan didaftarkan dalam Negeri Pulau Pinang
di bawah Enakmen ini.
Perceraian dengan
talaq atau dengan
perintah.

47. (1) Seseorang suami atau seseorang isteri yang hendak


bercerai hendaklah menyerahkan suatu permohonan untuk
perceraian kepada Mahkamah dalam borang yang ditetapkan,
disertai dengan suatu akuan berkanun mengandungi (a) butir-butir mengenai perkahwinana itu dan nama, umur
dan jantina anak-anak, jika ada, hasil dari perkahwinan
itu;
(b) butir-butir mengenai fakta-fakta yang memberi
bidangkuasa kepada Mahkamah di bawah seksyen 45;
(c) butir-butir mengenai apa-apa prosiding yang dahulu
mengenai hal-ehwal suami isteri antara pihak-pihak itu,
termasuk tempat prosiding itu;
(d) suatu pernyataan tentang sebab-sebab hendak bercerai;
(e) suatu pernyataan tentang sama ada apa-apa, dan, jika ada,
apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk
mencapai perdamaian;
(f) syarat apa-apa perjanjian berkenaan dengan nafkah dan
tempat kediaman bagi isteri dan anak-anak dari
perkahwinan itu, jika ada, peruntukan bagi pemeliharaan
dan penjagaan anak-anak dari perkahwinan itu, jika ada,
dan pembahagian apa-apa aset yang diperolehi melalaui
usaha bersama pihak-pihak itu, jika ada, atau, jika tiada
sesuatu persetujuan tersebut telah tercapai, cadangan
pemohon mengenai hal-hal itu dan
(g) butir-butir mengenai perintah yang diminta.
(2) Selepas

menerima
UNIT 5-13

sesuatu

permohonan

untuk

ENAKMEN KELUARGA ISLAM

A 2001 / UNIT 5 / 14

perceraian, Mahkamah hendaklah menyebabkan satu saman


diserahkan kepada pihak yang satu lagi itu bersama dengan satu
salinan permohonan itu dan akuan berkanun yang dibuat oelh
pemohon, dan saman itu hendaklah mengarahkan pihak yang satu
lagi itu hadir di hadapan Mahkamah untuk membolehkan
Mahkamah menyiasat sama ada pihak yang satu lagi itu bersetuju
atau tidak terhadap perceraian itu.
(3) Jika pihak yang satu lagi itu bersetuju terhadap perceraian
itu dan Mahkamah berpuas hati selepas penyiasatan yang wajar
bahawa perkahwinan itu telah pecahbelah dengan tak dapat
dipulihkan, maka Mahkamah hendaklah menasihatkan suami
supaya melafazkan satu talaq di hadapan Mahkamah.
(4) Mahkamah hendaklah merekodkan hal satu talaq itu,
dan hendaklah menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui
kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar
untuk didaftarkan.
(5) Jika pihak yang satu lagi itu tidak bersetuju terhadap
perceraian itu atau jika Mahkamah berpendapat bahawa ada
kemungkinan yang munasabah bagi suatu perdamaian antara pihakpihak itu, Mahkamah hendaklah dengan seberapa segera yang boleh
melantik suatu jawatankuasa pendamai terdiri daripada seorang
Pegawai Agama sebagai Pengerusi dan dua orang lain, seorang
untuk bertindak bagi pihak suami dan seorang lagi bagi isteri, dan
merujukkan kes itu kepada jawatankuasa itu.
(6) Pada melantik dua orang itu di bawah subseksyen (5),
Mahkamah hendaklah, jika boleh, memberi keutamaan kepada
suadara-saudara karib pihak-pihak itu yang tahu akan hal keadaan
kes itu.
(7) Mahkamah boleh memberi arahan-arahan kepada
jawatankuasa pendamai itu tentang hal menjalankan perdamaian itu
dan ia hendaklah menjalankannya mengikut arahan-arahan itu.
(8) Jika jawatankuasa itu tidak dapat bersetuju atau jika
Mahkamah tidak berpuas hati tentang cara menjalankan perdamaian
iatu, Mahkamah boleh memecat jawatankuasa itu dan melantik
jawatankuasa lain bagi menggantikannya.
(9) Jawatankuasa itu hendaklah berusaha
mencapai
perdamaian dalam tempoh enam bulan dari tarikh ia dibentuk atau
dalam tempoh yang lebih lama mengikut sebagaimana yang
dibenarkan oleh Mahkamah.
(10) Jawatankuasa itu hendaklah meminta pihak-pihak itu
UNIT 5-14

ENAKMEN KELUARGA ISLAM

A 2001 / UNIT 5 / 15

hadir dan hendaklah membeir tiap-tiap seorang dari mereka peluang


untuk didengar dan boleh mendengar mana-mana orang lain dan
membuat apa-apa penyiasatan yang difikirkannya patut dan boleh,
jika ia fikirkan perlu, menangguhkan prosidingnya dari semasa ke
semasa.
(11) Jika
jawatankuasa
pendamai
itu tidak dapat
mencapai perdamaian dan tidak dapat memujuk pihak-pihak itu
supaya hidup semula bersama sebagai suami isteri, jawatankuasa
itu hendaklah mengeluarkan suatu perkauan tentang hal yang
demikian itu dan boleh melampirkan pada perakuan itu apa-apa
syor yang difikirkannya patut berkenaan dengan nafkah dan
penjagaan anak-anak belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada,
berkenaan dengan pembahagian harta, dan berkenaan dengan halhal lain berhubungan dengan perkahwinan itu.
(12) Tiada seseorang peguambela dan peguamcara boleh hadir
atau bertindak bagi mana-mana pihak dalam sesuatu prosiding di
hadapan sesuatu jawatankuasa pendamai dan tiada sesuatu pihak
boleh diwakili oleh sesiapa jua, selain dari seorang ahli keluarganya
yang karib, tanpa kebenaran jawatankuasa pendamai itu.
(13) Jika jawatankuasa itu melaporkan kepada Mahkamah
bahawa perdamaian telah tercapai dan pihak-pihak itu telah hidup
semula bersama sebagai suami isteri, Mahkamah hendaklah
menolak permohonan untuk perceraian itu.
(14) Jika jawatankuasa mengemukakan kepada Mahkamah
suatu perakuan bahawa ia tidak dapat mencapai perdamaian dan
tidak dapat memujuk pihak-pihak itu supaya hidup semula bersama
sebagai suami isteri, Mahkamah hendaklah menasihatkan suami
yang berkenaan itu melafazkan satu talaq di hadapan Mahkamah,
dan jika Mahkamah tidak dapat mendapatkan suami itu hadir di
hadapan Mahkamah untuk melafazkan satu talaq, maka Mahkamah
hendaklah merujuk kes itu kepada Hakam untuk tindakan menurut
seksyen 48.
(15) Kehendak subseksyen (5) tentang rujukan kepada suatu
jawatankuasa pendamai tidak terpakai dalam sesuatu kes (a) di mana pemohon mengatakan bahawa di a telah ditinggal
langsung oleh pihak yang satu lagi itu dan tidak thau di
mana pihak yang satu lagi itu berada;
(b) di mana pihak yang satu lagi itu bermastautin di luar
UNIT 5-15

ENAKMEN KELUARGA ISLAM

A 2001 / UNIT 5 / 16

Malaysia Barat dan ianya tidak mungkin masuk ke dalam


bidangkuasa Mahkamah yang berkenaan itu dalam masa
enam bulan selepas tarikh permohonan itu;
c) di mana pihak yang satu lagi itu sedang di penjara selama
tempoh tiga tahun atau lebih;
d) di mana pemohon mengatakan bahawa pihak yang satu
lagi itu sedang mengidap penyakit otak yang tak boleh
sembuh; atau
e) di mana Mahkamah bepuas hati bahawa ada hal keadaan
yang luar biasa yang menyebabkan rujukan kepada suatu
jawatankuasa pendamai tidak praktik.
(16) Kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam sub-seksyen (17),
sesuatu talaq yang dilafazkan oleh suami atau sesuatu perintah yang
dibuat oleh Mahkamah tidak boleh berkuatkuasa sehingga tamat
tempoh iddah.
(17) Jika isteri hamil pada masa talaq itu dilafazkan atau pada
masa perintah itu dibuat, talaq atau perintah itu tidak boleh
berkuatkuasa sehingga berakhir kehamilan itu.
Perceraian khuluq
atau cerai tebus talaq.

49. (1) Jika suami tidak bersetuju menjatuhkan talaq


dengan kerelalannya sendiri, tetapi pihak-pihak itu bersetuju
bercerai dengan cara penebusan atua cerai tebus talaq, Mahkamah
hendaklah, selepas jumlah bayaran tebus talaq dipersetujui oleh
pihak-pihak itu, mengarahkan suami itu melafazkan perceraian
dengan cara penebusan dan perceraian itu adalah ba-in sughara atua
tidak boleh dirujukan.
(2) Mahkamah hendaklah merekodkan cerai tebus talaq itu
dengan sewajarnya dan menghantar satu salinan rekod itu yang
diperakui kepada pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua
Pendaftar untuk didaftarkan.
(3) Jika jumlah bayaran tebus talaq tidak dipersetujui oleh
pihak-pihak itu,
Mahkamah boleh mentaksirkan jumlah itu
mengikut Hukum Syarak dengan memberi pertimbangan kepada
taraf dan sumber kewangan pihak-pihak itu.
(4) Jika suami tidak bersetuju bercerai dengan cara penebusan
atau tidak hadir di hadapan Mahkamah sebagaimana diarahkan,
atau jika Mahkamah berpendapat bahawa ada kemungkinan yang
munasabah bagi suatu pendamaian, Mahkamah hendaklah UNIT 5-16

ENAKMEN KELUARGA ISLAM

A 2001 / UNIT 5 / 17

melantik suatu jawatankuasa pendamai sebagaimana diperuntukkan


di bawah Seksyen 47 dan seksyen itu hendaklah dipakai
sewajarnya.
Hidup semula sebagai 51. (1) Dalam seksyen ini talaq raji ertinya perceraian dengan
suami isteri atau
satu atau dua talaq yang tidak diikuti dengan habis iddah, dan
ruju.
bersekedudukan semula ertinya hidup semula sebagai suami isteri
dalam tempoh sebelum perceraian menjadi tak boleh dirujukan.
(2) Jika, selepas sesuatu talaq raji, persekedudukan semula
berlaku dengan persetujuan bersama, pihak-pihak itu hendaklaha
melaporkan hal persededudukan semula itu dan butir-butir lain
yang berkaitan kepada Pendaftar bagi kariah masjid di mana
mereka bermastautin.
(3) Pendaftar hendaklah membuat apa-apa penyiasatan yang
perlu dan, jika berpuas hati bahawa persekedudukan smeula telah
berlaku mengikut Hukum Syara, hendaklah mendaftarkan
persededudukan semula itu dengan membuat suatu endorsmen pada
catatan berhubungan dengan perceraian itu dalam Daftar
Perceraian, jika perceraian itu telah didaftarkan olehnya, dan
hendaklah meminta pihak-pihak itu menyerahkan kepadanya suratsurat perakuan cerai yang berkaitan dan hendaklah mengeluarkan
kepada mereka surat perakuan persekedudukan semula dalam
borang yang ditetapkan.
(4) Pendaftaran hendaklah juga menyerahkan satu salinan
surat perakuan persekedudukan semula itu kepada Ketua Pendaftar
yang mana hendaklah mendaftarkan persekedudukan semula iaitu
dengan membuat suatu endorsmen pada catatan berhubungan
dengan perceraian itu dalam Daftar Perceraian yang disimpan
olehnya.
(5) Mana-mana pihak kepada suatu perkahwinan yang
tidak melaporkan hal persekedudukan semula sebagaimana
dikehendaki oleh subseksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan
dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi lima ratus ringgit
atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua denda dan
penjara itu.
(6) Jika perceraian itu tidak didaftarkan oleh Pendaftar
yang kepadanya laporan di bawah subseksyen (2) itu dibuat, dia
hendaklah merekodkan dalam surat-surat perakuan cerai nombor
siri dan butir-butir surat perakuan persekedudukan semula dan
hendaklah menghantar surat-surat perakuan cerai itu kepada
Pendaftar yang telah mengeluarkannya bersama dengan satu salinan
UNIT 5-17

ENAKMEN KELUARGA ISLAM

A 2001 / UNIT 5 / 18

surat perakuan persekedudukan semula itu, dan Pendaftar yang satu


lagi itu hendaklah selepas itu mendaftarkan persekedudukan semula
itu dengan membuat suatu endorsmen pada catatan berhubungan
dengan perceraian itu dalam Daftar Perceraian dan hendaklah
menyerahkan salinan surat perakuan persekedudukan semula itu
kepada Ketua Pendaftar yang mana hendaklah mendaftarkan
persekedudukan semula itu dengan membuat endorsmen pada
catatan berhubungan dengan perceraian itu dalam Daftar Perceraian
yang disimpan olehnya.
(7) Jika talaq raji telah berlaku tanpa diketahui oleh isteri,
suami tidak boleh menghendaki atau meminta isteri supaya
bersekedudukan semula dengannya tanpa menzahirkan kepadanya
hal perceraian itu.
(8) Jika selepas talaq raji suami melafazkan ruju dan isteri
telah bersetuju terhadap ruju itu, isteri boleh, atas permohonan
suami, diperintah oleh Mahkamah supaya hidup semula sebagai
suami isteri, melainkan jika isteri itu menunjukkan sebab-sebab
yang baik mengikut Hukum Syara sebaliknya, dan, jika demikian
halnya, Mahkamah hendaklah melantik suatu jawatankuasa
pendamai sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 47 dan
seksyen itu hendaklah dipakai sewajarnya.
(9) Jika selepas talaq raji suami melafazkan ruju tetapi telah
tidak bersetuju terhadap ruju itu kerana sebab-sebab yang
dibenarkan oleh Hukum Syara, dia tidak boleh diperintah oleh
Mahkamah supaya hidup semula sebagai suami isteri, tetapi
Mahkamah hendaklah melantik suatu jawatankuasa pendamai
sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 47 dan seksyen itu
hendaklah dipakai sewajarnya.
Perintah untuk
membubarkan
perkahwinan atau
untuk fasakh

52. (1) Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum


Syara adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan
perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasanalasan yang berikut, iaitu (a) bahawa tempat di mana beradanya suami telah tidak
diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;
(b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan
peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;
c) bahawa suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga
thaun atau lebih;
d) bahawa suami telah tidak menunaikan, tnapa sebab yang
munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin)
UNIT 5-18

ENAKMEN KELUARGA ISLAM

A 2001 / UNIT 5 / 19

selama tempoh satu tahun;


e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan
dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa
perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;
f) bahawa suami telah gila selama tempoh dua tahaun atau
sedang mengidap penyakit kusta atua vitiligo atau sedang
mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh
berjangkit;
g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh bapa atau
datuknya sebelum ia mencapai umur enam belas tahun,
menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan
belas tahun, dan ia belum disetubuhi oleh suaminya itu;
h) bahawa suami menganiayainya, iaitu, antara lain i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannnya
menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya; atau
ii) berkawan dengan perempuan-perempuan jahat atau
hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum
Syara; atau
iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah; atau
iv) melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu dari
menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang
terhadap harta itu; atau
v) menghalang isteri dari menunai atau menjalankan
kewajipan atau amalan agamanya; atau
vi) jika ia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia
tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil
mengikut kehendak-kehendak Hukum Syara;
i) bahawa walaupun empat bulan berlalu tetapi isteri masih
belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan
mensetubuhinya;
j) bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya
tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan,
ketidaksempurnaan akal, atua lain-lain hal keadaan yang
diakui oleh Hukum Syara;

UNIT 5-19

ENAKMEN KELUARGA ISLAM

A 2001 / UNIT 5 / 20

k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguhpun


berkebolehan memberi izin yang sah, adalah seorang yang
sakit otak, sama ada berterusan atau berselangan, dalam
erti Ordinan Sakit Otak 1952 dan sakit otaknya adalah dari
suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak
untuk berkahwin;
l) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi
membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah
Hukum Syara;
(2) Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan
dalam perenggan (c) dalam subseksyen (1) sehingga hukuman itu
telah dikemukakan dan suami telahpun menjalani satu tahun dari
hukuman itu.
(3) Sebelum membuat suatu perintah atas alasan dalam
perenggan (c) dalam subseksyen (1) Mahkamah hendaklah, atas
permohonan suami, membuat suatu perintah mengkehendaki suami
memuaskan hati Mahkamah dalam tempoh enam bulan dari tarikh
perintah itu bahawa dia tidak lagi mati pucuk, dan jika suami
memuaskan hati Mahkamah sedemikian dalam tempoh itu, tiada
sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan itu.
(4) Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas mana-mana
alasan dalam subseksyen (1) jika suami memuaskan hati
Mahkamah bahawa isteri, dengan mengetahui bahawa adalah
terbuka kepadanya untuk mendapatkan perkahwinan itu ditolak,
telah bertingkahlaku terhadap suaminya dengan cara yang
menyebabkan suami mempercayai dengan munasabah bahawa
isteri tidak akan menolak perkahwinan itu, dan bahawa adalah tidak
adil kepada suami jika dibuat perintah itu.
Kuasa Mahkamah
memerintah nafkah
bagi isteri, dan
nafinafkah jika
nusyuz

59. (1) Tertakluk


kepada
Hukum Syara,
Mahkamah
boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada
isteri atau bekas isterinya.
(2) Tertakluk kepada Hukum Syara dan pengesahan
Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah
apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut
kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu, antara lain (a) apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya;
(b) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertetangan
dengan kemahuan suaminya;
UNIT 5-20

ENAKMEN KELUARGA ISLAM

A 2001 / UNIT 5 / 21

(c) apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu


rumah atau tempat lain,
tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syara.
(3) Selepas sahaja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan
dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklah lagi menjadi
nusyuz.
Kuasa Mahkamah
memerintah nafkah
bagi seseorang
tertentu.

60. Mahkamah boleh memerintahkan mana-mana orang


yang bertanggungan tentang hal itu mengikut Hukum Syara,
supaya membayar nafkah kepada seorang lain jika dia tak upaya,
sepenuhnya atau sebahagiannya, dari mencari kehidupan oleh sebab
kerosakan otak atau jasmani atau tidak sihat dan Mahkamah
berpuas hati bahawa memandangkan kepada kemampuan orang
yang pertama tersebut itu adalah munasabah memerintahkan
sedemikian.

Pentadsiran nafkah.

61. Pada menentukan jumlah sesuatu nafkah yang hendak


dibayar, Mahkamah hendaklah mengasaskan pentaksirannya
terutama sekali atas kemampuan dan keperluan pihak-pihak itu,
dengan mengira kadar nafkah itu berbanding dengan pendapatan
seorang yang terhadpanya perintah itu dibuat.

Kuasa Mahkamah
untuk memerintahkan
cagaran diberi bagi
nafkah.

62.
Mahkamah
boleh,
apabila
menentukan
nafkah,
memerintahkan orang yang bertanggungan membayar nafkah itu
supaya memberi cagaran bagi kesemua atau apa-apa bahagiannya
dengan meletak hak apa-apa harta pada pemegang-pemegang
amanah dengan amanah supaya membayar nafkah itu atau
sebahagiannya daripada pendapatan harta itu.

Mengkompaun
nafkah.

63. Sesuatu perjanjian untuk membayar, dengan wang atau lainlain harta, wang pokok bagi menjelaskan segala tuntutan nafkah
masa hadapan tidak boleh berkuatkuasa sehingga ia telah
diluluskan, dengan atau tanpa syarat-syarat, oleh Mahkamah, tetapi
apabila diluluskan sedemikian, hendaklah menjadi suatu pembelaan
yang memadai terhadap apa-apa tuntutan nafkah.

Lamanya tempoh
perintah nafkah.

64. Kecuali jika sesuatu perintah nafkah dinyatakan sebagai


selama sesuatu tempoh yang lebih singkat atau telah dibatalkan, dan
tertakluk kepada seksyen 65, sesuatu perintah nafkah hendaklah
tamat apabila mati orang yang kena membayar nafkah itu atau
apabila mati orang yang berhak menerima nafkah itu menurut
perintah yang telah dibuat itu, mengikut mana yang lebih awal.

UNIT 5-21

ENAKMEN KELUARGA ISLAM

A 2001 / UNIT 5 / 22

Hak terhadap nafkah


atau pemberian
selepas perceraian.

65. (1) Hak bagi seseorang isteri yang telah bercerai untuk
menerima nafkah daripada suaminya yang dahulu di bawah sesuatu
perintah Mahkamah hendaklah terhenti apabila tamat tempoh
iddah atau apabila isteri itu hidup dalam perzinaan dengan
seseorang lain.
(2) Hak bagi seseorang isteri yang telah bercerai untuk
menerima pemberian daripada suaminya yang dahulu di bawah
sesuatu perjanjian hendaklah terhenti apabila isteri itu berkahwin
atau hidup dalam perzinaan dengan seseorang lain, melainkan jika
perjanjian itu memperuntukkan selainnya.

Kuasa Mahkamah
untuk mengubah
perintah nafkah.

66. Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke


semasa mengubah, atau boleh pada bila-bila masa membatalkan,
sesuatu perintah nafkah yang masih berkuatkuasa, sama ada
bercagar atau tak bercagar, atas permohonan orang yang berhak
menerima atau yang kena membayar nafkah itu menurut perintah
yang telah dibuat itu, jika Mahkamah berpuas hati, bahawa perintah
itu telah diasaskan atas sesuatu salah pernyataan atau kesilapan
fakta atau jika sesuatu perubahan matan telah berlaku tentang hal
keadaan.

Kuasa Mahkamah
untuk mengubah
perjanjian nafkah.

67. Tertakluk kepada seksyen 63, Mahkamah boleh pada bilabila masa dan dari semasa ke semasa mengubah syarat-syarat
sesuatu perjanjian tentang nafkah yang dibuat antara suami dan
isteir, sama ada dibuat sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan,
jika Mahkamah berpuas hati bahawa sesuatu perubahan matan
telah berlaku tentang hal keadaan, walau apa pun peruntukan yang
berlawanan dalam perjanjian itu.
68. Nafkah yang kena dibayar kepada seseorang di bawah
sesuatu perintah Mahkamah tidak boleh diserahhak atau dipindah
milik atau kena ditahan, diasingkan, atau dikenakan lewi untuk,
atau berkenaan dengan, apa-apa hutang atau tuntutan.

Nafkah yang kena


dibayar di bawah
perintah Mahkamah
tidak boleh
dipindahkan hak
miliknya
Menuntut tunggakan
nafkah

69. (1) Tunggakan nafkah yang tak bercagar, sama ada kena
dibayar menurut perjanjian atau di bawah sesuatu perintah
Mahkamah, boleh dituntut sebagai suatu hutang daripada pihak
yang mungkir itu dan, jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar
sebelum suatu perintah penerimaan dibuat terhadap pihak yang
mungkir itu, tunggakan itu boleh dibuktikan dalam kebankrapannya
dan, jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum dia mati,
tunggakan itu hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar
dari harta pesakanya.
(2) Tunggakan nafkah yang tak bercagar yang terkumpul
kena dibayar sebelum orang yang berhak kepadanya itu mati boleh
dituntut sebagai suatu hutang sebagai suatu hutang oleh wakil diri
UNIT 5-22

ENAKMEN KELUARGA ISLAM

A 2001 / UNIT 5 / 23

di sisi undang-undang orang itu.


Nafkah sementara

70. (1) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa terdapat alasanalasan untuk membayar nafkah, Mahkamah boleh membuat suatu
perintah terhadap suami bagi membayar nafkah sementara yang
akan berkuatkuasa dengan serta-merta dan terus berkuatkuasa
sehingga perintah Mahkamah dibuat atau permohonan untuk
nafkah.
(2) Suami boleh melaraskan nafkah sementara yang dibayar
dengan amaun yang diperintah supaya dibayar untuk nafkah di
bawah perintah Mahkamah, dengan syarat bahawa amaun yang
diterima oleh isteri, setelah ditolak apa-apa potongan, adalah cukup
untuk keperluan asasnya.

Hak tempat tinggal

71. (1) Seseorang perempuan yang diceraikan adalah berhak


tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa dia berkahwin
selagi suami tidak mendapatkan tempat tinggal lain yang sesuai
untuk isteri.
(2) Hak tempat tinggal yang diperuntukkan dalam subseksyen
(3) (1) akan terhenti (a) jika tempoh iddah telah tamat; atau
(b) jika tempoh penjagaan anak telah tamat; atau
(c) jika perempuan itu telah berkahwin semula,
dan sesudah itu suami boleh memohon kepada Mahkamah supaya
dikembalikan rumah itu kepadanya.

Kewajipan
menanggung
nafkah anak

72. (1) Kecuali jika


sesuatu perjanjian atau
sesuatu
perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah
menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya,
sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan
seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat
tinggal, pakaian, makanan, perubatan, dan pelajaran sebagaimana
yang munasabah memandangkan kepada kemampuan dan taraf
kehidupannya atau dengan membayar kosnya.
(2) Kecuali seperti tersebut di atas, adalah menjadi
kewajipan seseorang yang bertanggungan di bawah Hukum Syara
supaya menanggung nafkah atau memberi sumbangan kepada
UNIT 5-23

ENAKMEN KELUARGA ISLAM

A 2001 / UNIT 5 / 24

nafkah kanak-kanak jika bapa kanak-kanak itu telah mati atau


tempat di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika dan
setakat mana bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka.
Kuasa Mahkamah
memerintahkan
nafkah bagi kanakkanak.

73. (1) Mahkamah


boleh
pada
bila-bila
masa
memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah untuk faedah
mana-mana anaknya (a) jika dia telah enggan atau cuai mengadakan peruntukan
dengan munasabah bagi anaknya itu;
(b) jika dia telah meninggal langsung isterinya dan anaknya itu
adalah dalam jagaan isterinya;
(c) dalam masa menanti keputusan sesuatu prosiding hal-ehwal
suami isteri; atau
(d) apabila membuat atau selepas daripada membuat suatu
perintah meletakkan anak itu dalam jagaan seseorang lain.
(2) Mahkamah adalah juga berkuasa memerintahkan seseorang
yang bertanggungan di bawah Hukum Syara supaya membayar
atau memberi sumbangan terhadap nafkah seseorang anak jika
Mahkamah berpuas hati bahawa memandang kepada
kemampuannya adalah munasabah bagi Mahkamah memerintahkan
sedemikian.
(3) Sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) atau (2)
boleh mengarahkan supaya pembayaran dibuat kepada orang yang
menjaga atau memelihara dan mengawal anak itu atau kepada
pemegang-pemegang amanah bagi anak itu.

Kuasa bagi
Mahkamah
memerintahkan
cagaran bagi nafkah
seseorang anak.

74. (1) Mahkamah boleh, apabila memerintahkan pembayaran


nafkah untuk faedah seseorang anak, memerintahkan orang yang
bertanggungan membayar nafkah itu supaya memberi cagaran bagi
kesemua atau sebahagian daripadanya meletak hak apa-apa harta
pada pemegang-pemegang amanah dengan amanah supaya
membayar nafkah itu atau sebahagiannya daripada pendapatan
harta itu.

(2) Kemungkiran mematuhi perintah menghendaki orang


yang bertanggungan membayar nafkah itu meletak hak apa-apa
harta pada pemegang amanah bagi maksud subseksyen (1) boleh
UNIT 5-24

ENAKMEN KELUARGA ISLAM

Kuasa bagi
Mahkamah
mengubah perintah
mengenai penjagaan
atau nafkah seseorang
anak.

A 2001 / UNIT 5 / 25

dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan terhadap Mahkamah.


75. Mahkamah boleh, atas permohonan seseorang
yang
ada mempunyai kepentingan, pada bila-bila masa dan dari semasa
ke semasa mengubah, atau boleh pada bila-bila masa membatalkan,
sesuatu perintah mengenai penjagaan atau nafkah seseorang anak,
jika Mahkamah berpuas hati bahawa perintah itu telah diasaskan
atau sesuatu salah pernyataan atau kesilapan fakta atau jika sesuatu
perubahan matan telah berlaku tentang hal keadaan.

Kuasa bagi
Mahkamah mengubah
perjanjian penjagaan
atau nafkah seseorang
anak.

76. Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke


semasa mengubah syarat-syarat sesuatu perjanjian berhubung
dengan penjagaan atau nafkaha seseorang anak, sama ada
perjanjian itu dibuat sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan,
walau apa pun peruntukan yang berlawanan dalam perjanjian itu,
jika Mahkamah berpuas hati bahawa adalah munasabah dan untuk
kebajikan anak itu berbuat demikian.

Menuntut tungakan
nafkah seseorang
anak.

77. Seksyen 69 hendaklah dipakai, dengan pindaan yang sesuai,


bagi perintah-perintah mengenai pembayaran nafkah untuk faedah
seseorang anak.

Kewajipan
menanggung nafkah
kanak-kanak yang
diterima sebagai ahli
keluarga.

78. (1) Jika seseorang lelaki telah menerima seseorang kanakkanak yang bukan anaknya sebagai seorang ahli keluarganya, maka
adalah menjadi kewajipannya menanggung nafkah anak-anak itu
semasa dia masih seorang kanak-kanak, setakat mana bapa dan ibu
kanak-kanak itu tidak berbuat demikian, dan Mahkamah boleh
membuat apa-apa perintah yang perlu bagi memastikan kebajikan
kanak-kanak itu.
(2) Kewajipan yang ditanggungkan oleh subseksyen (1)
hendaklah terhenti jika kanak-kanak itu dibawa pergi oleh bapa
atau ibunya.
(3) Apa-apa wang yang dibelanjakan oleh seseorang lelaki
pada menanggung nafakah seseorang kanak-kanak sebagaimana
dikehendaki oleh subseksyen (1) boleh dituntut sebagai suatu hutan
daripada bapa atau ibu kanak-kanak itu.

Lamanya tempoh
perintah bagi nafkah
anak.

79. Kecuali:
(a) jika sesuatu perintah mengenai nafkah seseorang anak
UNIT 5-25

ENAKMEN KELUARGA ISLAM

A 2001 / UNIT 5 / 26

dinyatakan sebagai selama tempoh yang lebih singkat; atau


(b) jika sesuatu perintah itu telah dibatalkan; atau
(c) jika sesuatu perintah itu dibuat untuk (i) seseorang anak perempuan yang belum berkahwin
atau yang, oleh sebab sesuatu hilangupaya dari segi
otak atau jasnami, tidak berkebolehan menanggung
nafkah dirinya;
(ii) seorang anak lelaki yang, oleh sebab sesuatu
hilangupayanya dari segi otak atau jasmani, tidak
berkebolehan menanggung nafkah dirinya.
Perintah nafkah hendaklah tamat apabila anak itu mencapai umur
lapan belas tahun, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan oleh
anak itu atau oleh seorang lain, melanjutkan perintah nafkah itu
supaya meliputi apa-apa tempoh tambahan yang difikirkannya
munasabah, bagi membolehkan anak itu mengikuti pelajaran atau
latihan lanjut atau lebih tinggi.

UNIT 5-26

ENAKMEN KELUARGA ISLAM

A 2001 / UNIT 5 / 27

KES MAL
Terdapat 2 jenis pendaftaran kes MAL yang boleh dibuat di Mahkamah Syariah iaitu:
1.
2.

Kes Tuntutan; dan


Kes Permohonan.

PENDAFTARAN KES DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH DAN DI


MAHKAMAH RENDAH SYARIAH
Kes-kes yang boleh didaftarkan di Mahkamah Tinggi Syariah ialah:
1. Tuntutan harta sepencarian.
2. Tuntutan hadhanah (hak penjagaan anak)
3. Tuntutan mal yang nilainya melebihi RM50 ribu
4. Permohonan semakan kes dari Mahkamah Rendah Syariah.
Kes-kes yang boleh didaftarkan di Mahkamah Rendah Syariah ialah:
1. Tuntutan pembubaran perkahwinan (penceraian).
2. Tuntutan nafkah anak.
3. Tuntutan Fasakh.
4. Tuntutan mal yang nilainya kurang dari RM50 ribu.
Kes-kes tuntutan antaranya adalah seperti berikut:
Tuntutan Pengesahan Wakaf.
Tuntutan Pengesahan Nazar.
Tuntutan Gantirugi Pertunangan.
Tuntutan Fasakh.
Tuntutan Muta'ah.
Tuntutan Harta Sepencarian.
Tuntutan Nafkah Isteri.
Tuntutan Nafkah kepada pihak tak upaya.
Tuntutan Tuntutan Cagaran Nafkah
Tuntutan Nafkah Eddah.
Tuntutan Mengubah Perintah Nafkah.
Tuntutan Tunggakan Nafkah.
Tuntutan Nafkah Anak
Tuntutan Hadhanah (Hak Jagaan Anak)
Tuntutan Mengubah Perintah Hak Jagaan Anak.
Tuntutan Mengubah Perintah Nafkah Anak.
Tuntutan Ganishmen / Hiwalah.
Tuntutan Penghutang Penghakiman.
Kes-kes permohonan antaranya adalah seperti berikut:

UNIT 5-27

ENAKMEN KELUARGA ISLAM

A 2001 / UNIT 5 / 28

Permohonan pembubaran perkahwinan (penceraian) *


Permohonan berpoligami. **
Permohonan nikah wali sultan.
Permohonan nikah bawah umur.
Permohonan nikah wali ingkar.
Permohonan nikah janda yang tidak disetubuhi.
Permohonan aggapan kematian.

UNIT 5-28

ENAKMEN KELUARGA ISLAM

A 2001 / UNIT 5 / 29

AKTIVITI
AKTIVITI
55
Aktiviti 5 ini adalah
berkaitan dengan tajuk
yang anda telah pelajari
iaitu:
1.Enakmen
keluarga
Islam

1. Beri satu contoh potongan antara hukum syarak dengan undang-undang Negara.
2. Huraikan apakah hukum yang dikenakan kepada isteri nusyuz menurut undangundang keluarga Wilayah persekutuan.

UNIT 5-29

ENAKMEN KELUARGA ISLAM

Bil.
1

A 2001 / UNIT 5 / 30

MAKLUM
MAKLUM
BALAS
BALAS
55 Pertentangan antara hukum syarak dengan peruntukan
Enakmen
undang-undang negara
40(2) dan
Peruntukan berkaitan dengan kesalahan berpoligami tanpa
berpoligami tanpa
kebenaran digubal sebegitu rupa bagi membendung gejala
kebenaran
tersebut dan bagi memelihara hak-hak isteri yang sedia ada
Mahkamah mengikut dari diabaikan selepas berpoligami. Jika permohonan
seksyen 123. Jika
poligami dipohon secara teratur,isteri pertama akan dapat
sabit kesalahan di
memohin kepada mahkamah untuk mendapatkan hakbawah seksyen 123, haknya melalui perintah mahkamah seperti hak nafkah diri
pesalah boleh
melalui potongan gaji ,nafkah anak,pembahagian harta
dihukum denda tidak ,giliran dan sebagainya.
melebihi satu ribu
ringgit atau penjara
Di sini berlaku pertentangan antara hukum syarak dengan
tidak lebih enam
peruntukan undang-undang negara di mana syarak
bulan atau keduamembenarkan poligami sebagaimana yang difahami
duanya sekali.
daripada ayat ke 3 surah an-Nisaa yang bermaksud:
dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap anak
yatim, maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu
berkenan dari perempuan, dua, tiga atau empat. Kemudian
jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil di antara isteriisteri kamu, maka berkahwinlah dengan seorang
sahaja..........

Seksyen 124Perceraian Di luar


Mahkamah Dan
Tanpa Kebenaran
Mahkamah.

Seksyen ini menjelaskan jika suami menceraikan isterinya


dengan lafaz talak dalam apa-apa bentuk sekalipun di luar
mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah adalah menjadi
satu kesalahan yang boleh didenda tidak lebih satu ribu
ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih enam bulan
atau kedua-duanya sekali.
Mengikut hukum syarak hak talak di tangan suami sebagai
Sohibul al-Talak. Tetapi seksyen 47 Enakmen telah
menetapkan pihak-pihak yang ingin bercerai hendaklah
membuat permohonan kepada Mahkamah Syariah.

3. Hukum yang dikenakan kepada isteri nusyuz menurut undang-undang keluarga Wilayah
persekutuan adalah seperti berikut:
UNIT 5-30

ENAKMEN KELUARGA ISLAM

A 2001 / UNIT 5 / 31

4.
Sekyen 129 Akta Undang- Undang Keluarga Islam Wialyah Persekutuan 1984
Diperuntukkan seseorang perempuan yang bersengaja tidak menurut sesuatu
perintah yang diberi oleh suaminya yang sah mengikut hukum syarak adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi RM100
atau bagi kesalahan kali kedua atau kali kemudiannya denda tidak melebihi
RM500.

PENILAIAN KENDIRI

UNIT 5-31

ENAKMEN KELUARGA ISLAM

A 2001 / UNIT 5 / 32

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB


SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH
PENSYARAH ANDA.

1.Apakah hukuman yang dikenakan bagi suami yang menganiaya isteri mengikut
Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 dan Undang-Undang Keluarga
Islam Kelantan 1983

TAHNIAH!
Anda telah berjaya menyelesaikan semua soalan
dalam penilaian kendiri.
Sila semak jawapan anda pada maklumbalas
untuk memastikan jawapan anda adalah betul.

UNIT 5-32

ENAKMEN KELUARGA ISLAM

A 2001 / UNIT 5 / 33

MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

1.
Menganiaya
isteri

Seksyen 127 Akta Undang-Undang Keluarga Islam


Wilayah Persekutuan 1984
Diperuntukkan seseorang yang menganiaya isterinya
atau menipu harta isterinya adalah melakukan satu
kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak
melebihi 6 bulan atau kedua- duanya denda dan
penjara.
Seksyen 108 Enakmen Undang-Undang Keluarga
Islam Kelantan 1983
Diperuntukkan seseorang suami yang dengan sengaja
menganiaya isterinya adalah bersalah atas suatu
kesalahan dan boleh apabila disabitkan, dikenakan
hukuman denda tidak melebihi daripada RM1000 atau
penjara tidak melebihi tempoh selama 6 bulan atau
kedua-duanya sekali .

Anda sudah
berpuashati dengan
unit ini!!!!!!!
Kalau sudah jom kita
ke Unit 6

UNIT 5-33

Anda mungkin juga menyukai