Anda di halaman 1dari 21

SUMBER HUKUM

UNIT66
UNIT

A2001/UNIT 6 / 1

SUMBER HUKUM

OBJEKTIF AM
Mengetahui dan memahami sumber hukum dalam Islam.

Unit

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :


mentakrifkan Al-Quran,Al-Sunnah, Al-Ijama dan
Al-Qias
mengenal pasti sumber-sumber hokum yang terdapat
di dalam Islam.
Menghuraikan peranan sumber-sumber hokum
secara terperinci.

UNIT 6-1

SUMBER HUKUM

A2001/UNIT 6 / 2

UNIT
6

SUMBER HUKUM

INPU
T

PENGENALAN
Setiap pekerjaan yang kita lakukan tidak dapat lepas daripada hukum nilai dalam
Islam iaitu wajib,sunat haram,makruh dan harus dan setiap hukum ada sumber
ambilannya. Di dalam unit ini anda akan mempelajari secara ringkas tentang sumber
hukum dalam Islam. Untuk mendapat penjelasan lebih ditil anda perlulah melihat kitabkitab atau buku-buku rujukan lain selain daripada apa yang diajar oleh pensyarah anda.
Selamat belajar.
6.1 PEMBAHAGIAN SUMBER HUKUM
Sumber hukum atau dalil perundangan ialah sumber pengambilan di dalam
menetapkan sesuatu hukum syarak, ia terbahagi kepada:
a) Sumber yang disepakati oleh ulamak mujtahid (dalil qat'i)iaitu al-Quran,alSunnah, ijmak dan Qias.
b) Sumber yang tidak disepakati oleh jumhur ulamak (dalil zanni) iaitu yang
masyhurnya tujuh iaitu:
1.

lstihsan

2.

Masalih al-Mursalah

3.

Uruf

4.

lstishab

5.

Mazhab para sahabat

6.

Syariat Nabi-Nabi terdahulu

7.

Al-zaraik

UNIT 6-2

SUMBER HUKUM

6.1.1

A2001/UNIT 6 / 3

Sumber Yang Disepakati Oleh Ulamak Mujtahid

Sumber yang disepakati oleh ulamak mujtahid terdiri daripada Al-Quran, Sunnah,
Ijmak dan Qias.Huraiannya adalah seperti gambarajah di bawah ini.
Bil.
1

Sumber
Hukum
Al-Quran

Takrif
Bahasa-Bacaan
Syarak-Kalam Allah yang diturunkan ke atas Rasulullah
melalui perantaran malaikat Jibril dalam Bahasa Arab sebagai
mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dipindahkan kepada
umatnya secara mutawatir dan dikira beribadat apabila
membacanya.

Al-Sunnah Bahasa- Perjalanan, kelakuan atau perangai sama ada baik


atau buruk.
Syarak-. Perkara yang lahir daripada Nabi Muhammad s.a.w,
sama ada ianya berupa perkataan, atau perbuatan atau
diamnya.

Ijmak

Bahasa- Keputusan atau persetujuan ke atas sesuatu perkara


Syarak- Persetujuan para mujtahid daripada umat Nabi
Muhammad s.a.w. selepas kewafatan Nabi
Muhammad pada suatu perkara tertentu ke atas
sesuatu hukum syarak.

Qias

Bahasa- Pada bahasa mempunyai banyak erti antaranya:


1. ukuran,
2. persamaan,
3. perbandingan kadar,persamaan dan ukuran di antara
sesuatu tempat dengan tempat lain,
4. iktibar atau ambil pengajaran
Syarak- Perbandingan di antara suatu hukum dalam perkara
yang baharu lahir dengan perkara yang telah ada
hukumnya sebelumnya di dalam al-Quran dan alSunnah.

UNIT 6-3

SUMBER HUKUM

6.1.2

A2001/UNIT 6 / 4

Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Jumhur Ulamak

Sumber yang tidak disepakati oleh ulamak mujtahid terdiri daripada istihsan,
masalih al-mursalah, uruf, istishab, mazhab para sahabat, syariat Nabi-Nabi terdahulu
dan al-zaraik. Huraiannya adalah seperti gambarajah di bawah ini.
Bil.
1

Sumber
Hukum
lstihsan

Keterangan
Suatu perkara yang diingini oleh seseorang dalam sesuatu
perkara walaupun ia tidak disukai oleh orang lain. laitu sesuatu
perkara yang dikira baik yang lahir hasil pemikiran ulamak
mujtahid dalam perkara yang bertentangan dengan hukum alqiyas terang. Walaupun begitu ia juga mempunyai sandaran yang
berupa al-Quran atau hadis, ijmak atau al-qiyas yang tidak jelas
atau disebabkan keadaan yang memerlukannya.
Membuat sesuatu hukum dan undang-undang yang baik dan
berfaedah untuk kepentingan manusia dan masyarakat yang tidak
ada sebarang nas untuk dijadikan bukti dan dasar sama ada ia
boleh dilaksanakan, harus atau tidak boleh dilaksanakan.

Masalih
al-Mursalah

Uruf

Apa sahaja yang menjadi kebiasaan sekumpulan manusia serta


diikuti oleh orang lain sama ada dalam percakapan atau amalan

lstishab

Sesuatu keputusan yang dibuat oleh ulamak mujtahid dalam


sesuatu perkara yang telah dikaji setelah mereka tidak menemui
sesuatu dalil pun yang boleh mengubah hukumnya. Dalam
keadaan tersebut, ulamak mengekalkan sesuatu hukum itu
dengan berasaskan hukum yang telah sedia ada, kerana tiada
sebarang dalil yang dapat mengubah hukum tersebut.

Sekarang mari kita mendalami Sumber hukum secara terperinci. Segala takrif dan
pengertian tidak perlulah diulangi lagi kerana akan memanjangkan perbincangan.

UNIT 6-4

SUMBER HUKUM

6.1.3

A2001/UNIT 6 / 5

Al-Quran

Al-Quran merupakan sebuah kitab suci yang mengandungi berbaga jenis ilmu
pengetahuan, undang-undang syarak, adab peraturan, berita ghaib dan mengenai
berita yang telah berlaku, sekarang dan akan datang.
6.1.3.1 Nama-Nama Dan Sifat Al-Quran
Bil.
1
2
3
4

Nama-nama
Al-Quran
Al-Furqan
Al-Zikr
Al-Tanzil

Sifat al-Quran
Nur
Mubarak
Mubin

6.1.3.2 Jenis Hukum Dalam Al-Quran


Kandungan hukum yang terdapat dalam al-Quran secara umum dapat dibahagikan
kepada tiga:
1.

Hukum berkaitan dengan akidah.

Iaitu beriman dengan Allah, malaikat


dan rasul serta bukti kejadian dan
pencipta untuk pengukuhan iman
dikenali dengan llmu Tauhid.

Dapat dibahagi kepada dua:

2.

3.

Hukum berkaitan dengan


amalan.

Hukum berkaitan dengan akhlak.

UNIT 6-5

a. lbadat. laitu untuk hubungan


manusia dengan Allah, seperti
sembahyang dan puasa.
b. Muamalat. laitu untuk mengatur
kehidupan
manusia dengan
manusia dan makhluk lain seperti
akad perkahwinan dan jual beli.

Iaitu menyuruh manusia bersifat


mulia dan menjauhi sifat tercela.

SUMBER HUKUM

A2001/UNIT 6 / 6

6.1.3.3 Sebab Turun Al-Quran


Pada dasarnya sebab turun al-Quran berlaku dalam dua keadaan iaitu:
1

Al-Quran turun sempena


dengan berlakunya sesuatu
peristiwa tertentu.

Al-Quran turun sebagai


penjelasan kepada sesuatu
hukum yang diajukan
kepada baginda.

6.1.3.4 Proses Penurunan Al-Quran


Al-Quran telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui beberapa
peringkat:

Dari sisi
ke
Allah

Baitul Izzah
ke

Luh
mahfuz

(Di langit
dunia)

ke

Dunia(23 tahun)
ke

10 tahun di
Mekah
13 tahun di
Madinah

6.1.3.5 Hikmah Penurunan Al-Quran Secara Beransur-Ansur


Bil.

Hikmah

Menetapkan hati Rasulullah

Sebagai cabaran dan mukjizat kepada orang-orang kafir

Mempermudahkan hafalan dan pemahaman isi-isi kandungan al-Quran

Bersesuaian dengan perkembangan peristiwa semasa dan peringkat


perundangan.

Sebagai bukti ianya datang daripada Allah kerana tidak berlaku percangahan
mengikut perubahan semasa.

6.1.4.6 Kandungan Ayat Al-Quran


UNIT 6-6

SUMBER HUKUM

A2001/UNIT 6 / 7

Ayat Makki

Ayat Madani

10 Tahun di Mekah

13 Tahun di Madinah

a. Seruan keimanan

a. Kaitan hubungan antara manusia dengan


Allah dan antara manusia dengan manusia.

i. Seruan kepada mentauhidkan


Allah.
i. Ibadah
ii. Pembuktian kerasulan
ii. Muamalah
Muhammads.a.w.
iii. Perundangan Islam
iii. Berita-berita alam qaib syurga dan
iv. Sistem kekeluargaan
neraka
v. Pusaka
iv. Berita kedasyatan hari qiamat
vi. Jihad
v. Tanda-tanda alam menunjukkan
vii. Kaedah-kaedah hukum
kekuasaan allah
b. Asas umum perundangan
b. Menyeru kepada Islam
i. Menjelaskan keburukan jenayah
seperti membunuh, makan harta
anak yatim secara zalim,
membunuh anak dan adat-adat
yang buruk.

i.
ii.

Seruan Islam kepada Ahli Kitab


Yahudi dan Nasrani
Menjelaskan penyelewengan ahli
kitab

ii. Menyebutkan kelebihan-kelebihan


akhlak
c. Kisah-kisah silam umat
yang terdahulu.

c. Mendedahkan perilaku orang-orang


munafik

Alah..! Aku pun


orang Islam. Tau
hukum hakam. Kau
tak payah ajar aku!

Abis tu., Apasal


tak patuh perintah
Allah.

UNIT 6-7

SUMBER HUKUM

A2001/UNIT 6 / 8

6.1.4 A l-Sunnah
Sebagaimana diketahui, Hadis merupakan sumber kedua dalam perundangan
Islam. Antaran itu ulamak bersepakat menerima kehujahan al-Sunnah dalam
mengeluarkan hukum syarak.
6.1.4.1 Kategori Al-Sunnah
Al-Sunnah mengikut pembahagian ahli Usul Fiqh dapat dibahagikan kepada tiga:
Bil.
1

Katogori AlSunnah
Sunnah Qawliyyah

Sunnah Fi'liyyah

Keterangan
Sunnah berupa perkataan dan pengucapan Nabi
merangkumi segala suruhan, tegahan dan penerang
Baginda
Sunnah perbuatan
Iaitu segala perbuatan, tingkah laku dan geraklaku
Baginda.
Contohya:
Sembahyang 5 waktu. Nabi melakukan sembahyang
dengan cara yang betul dan sempurna, dan bersabda
kepada sahabat:
Terjemahan:
Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat
aku sembahyang.

Sunnah Taqririyyah

Diam nabi
iaitu Baginda berdiam diri perlakuan sahabat di
hadapannya, baginda tidak menyuruh atau tidak
menegah perkara tersebut yang dilakukan dihadapan
baginda.
Contohya:
Pada suatu ketika Rasulullah s.a.w. bersama Khalid alWalid dihidangkan dengan daging Dhab yang
dipanggang. Khalid makan, tetapi Rasulullah tidak
memakannya dan tidak menegah Khalid. Hal itu
menunjukkan Dhab boleh dimakan bersumberkan hadis
taqririyyah.

UNIT 6-8

SUMBER HUKUM

A2001/UNIT 6 / 9

6.1.4.2 Peranan Al-Sunnah


Peranan al-Sunnah dalam hubungannya dengan al-Quran sebagaimana berikut
Bil.
1

Peranan al-Sunnah
Menggulangi dan
penyokong kenyataan alQuran yang membawa
hukum yang sama.

Contoh
contohnya: Tentang hukum haram membunuh,
menderhaka kepada ibu bapa, wajib
sembahyang, puasa, hukum potong tangan
terhadap pencuri dan lainnya.

Sebagai penjelas al-Quran


yang umum dan mujmal.

Mengkhususkan hukum
umum daripada al-Quran.

contohnya: Tentang ibadat haji. la dijelaskan


melalui perbuatan Baginda dan sebagaimana
hadis:
Terjemahan: Ambillah daripada ku tentang
kerja haji kamu.
contohnya: sebagaimana firman Allah:
Terjemahan: Allah perintahkan kamu mengenai
(pembahagian pusaka untuk) anak-anak
kamu... .
(Surah al-Nisa'ayat 2)
Ayat tersebut mengandungi lafaz umum yang
meliputi semua anak, tanpa mengira pembunuh
atau tidak. Oleh itu hadis mengkhususkannya.
Sebagaimana hadis Baginda:
Terjemahan: Pembunuh tidak dapat mewarisi
pusaka.

Memuqayyadkan hukum alQuran yang mutlak.

contohnya: Sebagaimana firman Allah:


Terjemahan: Dan orang lelaki yang mencuri
dan orang perempuan yang mencuri
(hakumnya) potonglah tangan mereka.
(Surah Al-Ma'idah ayat 38)
Lafaz pencuri dalam ayat tersebut bersifat
mutlak, maka al-Sunnah memuqayyadkannya.
Sebagaimana sabda Nabi:
Terjemahan: Tidak dipotong tangan melainkan
yang mencuri dinar atau lebih.

UNIT 6-9

SUMBER HUKUM

A2001/UNIT 6 / 10

Pembawa hukum baru yang


tidak dinyatakan dalam alQuran.

contohnya:
a. Hukuman yang dikenakan terhadap orang
yang melakukan zina terhadap pasangan yang
'Mahsan', iaitu yang telah berkahwin.
Mereka dikenakan hukuman rejam sampai mati.
Hukum tersebut tidak terdapat dalam al-Quran,
dimana dalam al-Quran hanya terdapat
hukuman 100 sebat sahaja terhadap penzina
lelaki dan perempuan.

UNIT 6-10

SUMBER HUKUM

6.1.5

A2001/UNIT 6 / 11

Ijma

Ulamak sepakat mengatakan Ijma adalah sumber ketiga dalam perundangan.


6.1.5.1

Rukun Ijma

Rukun Ijma dapat dibahagikan kepada empat iaitu:


1

Semua ulamak mujtahid sepakat mengenai hukum syarak


11.
terhadap masalah yang berkaitan.

2.

Wujudnya sejumlah ulamak mujtahid pada masa berlakunya


sesuatu masalah atau perkara.

3. Sepakat semua ulamak mujtahid mengenai hukum terbabit.

4. Sepakat ulamak-ulamak mujtahid mengeluarkan pendapat


masing- masing secara tegas, samada berupa perkataan atau
perbuatan, baik

6.1.5.2

secara bersendirian atau secara berkumpulan.


Pembahagian Ijma

ljmak dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:


Bil.
1

Pembahagian
Keterangan
Ijma
Ijma Soreh
ljmak Soreh ialah sepakat semua ulamak mujtahid pada
atau Ijma
sesuatu masa tertentu dalam masalah hukum agama, di
hakiki.
mana masing-masing mengeluarkan dan melahirkan fatwa
mereka baik dalam bentuk perbuatan atau perkataan.
Ijma soreh juga ialah para mujtahid sependapat mengenai
sesuatu hukum dalam sesuatu masalah dengan menyatakan
pendapat mereka dengan terang dan jelas atau melalui
tulisan atau melaksanakan hukum yang dibincangkan.

UNIT 6-11

SUMBER HUKUM

6.1.5.3

A2001/UNIT 6 / 12

ljmak Sukuti
atau Ijma
i'tibari.

ljmak sukuti ialah sebahagian ulamak mujtahid


mengeluarkan pendapat mereka melalui fatwa, sedangkan
sebahagian ulamak mujtahid lain mendiarnkan diri, tidak
menyatakan pendapat atau tidak sependapat. la juga dikira
Ijma i 'tibari kerana dengan mengambil kira atau
beranggapan ulamak yang mendiamkan diri tersebut telah
bersetuju dan sependapat dalam masalah yang
diijtihad.

Jenis-Jenis Ijma

ljmak ulamak juga dapat dibahagikan kepada beberapa jenis tertentu antaranya ialah:
Ijmak AhliMadinah
maufakat ulamak Madinah terhadap sesuatu
masalah.
Ijmak Ahli al-Bait
maufakat daripada kalangan keluarga Nabi
Muhammad s.a.w. seperti Ali, Fatimah, Hassan
dan Husain di dalam sesuatu masalah.

Ijmak sahabat
maufakat sahabat dan pendapat mereka terhad
sesuatu masalah.

Ijmak Khulafa' al-Rasyidin


persepakatan sahabat Rasul empat, iaitu Abu
Bakar, Umar, Ali dan Uthman
Ijmak ulamak
persepakatan pendapat di kalangan ulamak dalam
masalah tertentu pada masa tertentu

6.1.6

AL-QIYAS

UNIT 6-12

SUMBER HUKUM

A2001/UNIT 6 / 13

6.1.6.1 Rukun Al-Qiyas


Al-Qiyas yang dikehendaki dan di terima menurut syarak ialah dengan
mengandugi empat rukun berikut:
Bil.
1

Rukun AlQiyas Atau


Syarat
Asal

Keterangan

Sumber hukum asal yang telah ditetapkan dalam alQuran dan hadis atau ijmak. Asal juga ialah tempat
keluar hukum dengan dalil yang qat'i.
Contohnya: Arak sabit hukumnya berdasarkan alQuran.

Hukum Asal

Hukum asal yang ditetapkan atau dijelaskan


dalam al-Quran, hadis dan ijmak. Hukum asal juga ialah
hukum syarak yang terbit melalui dalil yang hendak
diqiyas.
contohnya: Hukum haram arak.

Cabang atau
furu'

Iaitu masalah di mana hukumnya tidak dinyatakan


dalam al-Quran, hadis dan ijmak.
Contohnya: Todi, dadah dan wisky.

Illah atau
Sebab

Sifat yang berupa sebab yang menyebabkan lahir hukum


asal yang sama dengan hukum furu' atau baru.
Contohnya: Sifat mabuk pada arak dan dadah atau todi
dan wisky.

6.1.6.2

Contoh-Contoh Qias

UNIT 6-13

SUMBER HUKUM

A2001/UNIT 6 / 14

Dadah, ganja, pil khayal, menghidu


gam, todi, tuak dan bend-benda lain
yang mengkhayalkan serta
memabukkan, baik dengan cara
suntikkan, hisap atau sedut, telan,
hidu dan minum

Memabukkan atau
menghilangkan kewarasan
akal.

Pengharaman arak berdasarkan


nas al-Qur' an
Di
Qiaskan
dengan

Illah dan
sebabnya

Memabukkan atau
menghilangkan kewarasan akal.

6.1.6.3 Bahagian-Bahagian Kias


Pecahan kias boleh dibahagikan kepada tiga bahagian
Bil.
1

Bahagian
kias
Kias Aula

Keterangan
Illah pada hukum furu' adalah lebih kuat daripada illah
asal hukum
Contoh- Mengqiyaskan haram memukul ibubapa
diqiyaskan dengan haram mengatakan "ah" kepada
keduanya
Illahnya- menyakiti

Kias
Musawi

Sama hukumnya di.antara asal dengan furu' berdasarkan


illah yang sama
Contoh- Mengqiyaskan haram bakar atau memusnahkan
harta anak yatim kepada haram memakannya.
Illahnya- Ialah merosakkan dan habis.

Kias Adna

Nilai illah Furu lebih rendah daripada illah yang terdapat


pada hukum asal.

UNIT 6-14

SUMBER HUKUM

A2001/UNIT 6 / 15

Contoh- Haram menjual buah epal dengan epal


dibandingkan gandum dengan gandum

Qias
Syibh

Illahnya- Buah epal lebih rendah daripada gandum yang


menjadi makanan asasi.
Hukum furu'nya boleh diqiyaskan kepada dua yang asal
yang mana ia dihubungkan dengan asal yang lebih banyak
persamaan dengannya.
Contoh- Pembunuhan tidak sengaja terhadap hamba
yang dimiliki oleh orang lain.
Hamba tersebut boleh diqiyaskan
i. manusia biasa mengikut asal kejadiannya
ii. juga boleh disamakan dengan kuda yang dimiliki oleh
tuannya diqiyaska kepada harta yang dimiliki oleh
tuannya
Illahnya-i. Asal kejadian
ii. Harta yang dimiliki

Qias alDilalah

Menghimpun di antara hukum asal dengan furu


berdasarkan sifat yang tetap bagi illah.
Contoh- Qiyas harta kanak-kanak kepada harta orang
baligh dalam perkara wajib zakat.
Illahnya- sama-sama bertambah dan berkembang.

AKTIVITI
AKTIVITI
6A
6A

UNIT 6-15

SUMBER HUKUM

A2001/UNIT 6 / 16

Aktiviti 6A ini adalah


berkaitan dengan tajuk
yang anda telah pelajari
iaitu:
6.1 Al-Quran
6.2 Al-Hadis

1. Sumber pengambilan di dalam menetapkan sesuatu hukum syarak, ia terbahagi kepada


dua iaitu sumber yang disepakati oleh ulamak mujtahid dan sumber yang tidak disepakati
oleh jumhur ulamak huraikan sumber yang tidak disepakati oleh jumhur ulamak

2. Al-Quran di turunkan oleh Allah kepada Rasulullah s.a.w. memakan masa selama 23
tahun apakah hikmah disebaliknya.
3. Al-Hadis merupakan sumber hukum Islam yang ke dua selepas Al-Quran nyatakan
Peranan al-sunnah dalam hubungannya dengan al-Quran.

UNIT 6-16

SUMBER HUKUM

A2001/UNIT 6 / 17

MAKLUMBALA
MAKLUMBALA
SS
6A
6A

1. Sumber yang tidak disepakati oleh jumhur ulamak yang masyhurnya tujuh iaitu:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

lstihsan
Masalih al-Mursalah
Uruf
lstishab
mazhab para sahabat
syariat nabi-nabi terdahulu
al-zaraik

2. Hikmah

penurunan al-quran secara beransur-ansur

Bil.

Hikmah

Menetapkan hati Rasulullah

Sebagai cabaran dan mukjizat kepada orang-orang kafir

Mempermudahkan hafalan dan pemahaman isi-isi kandungan al-quran

Bersesuaian dengan perkembangan peristiwa senasa dan peringkat


perundangan.

Sebagai bukti ianya datang daripada Allah kerana tidak berlaku


percangahan mengikut perubahan semasa.

3. Peranan al-sunnah
Peranan al-sunnah dalam hubungannya dengan al-Quran sebagaimana berikut
Bil.
1

2
3

Peranan Al-Sunnah
Menggulangi dan
penyokong
kenyataan al-Quran
yang
membawa hukum yang sama.
Sebagai penjelas al-Quran yang
umum dan mujmal.
Mengkhususkan hukum umum
daripada al-Quran.

AKTIVITI
AKTIVITI
6B
6B

UNIT 6-17

Bil.
4
5

Peranan Al-Sunnah
Memuqayyadkan
hukum alQuran yang mutlak.
Pembawa hukum baru yang tidak
dinyatakan dalam al- Quran.

SUMBER HUKUM

A2001/UNIT 6 / 18

Aktiviti 6B ini adalah


berkaitan dengan tajuk
yang anda telah pelajari
iaitu:
6.3 Al-Ijma
6.4 Al-Qias

1. Setiap hukum dalam Islam terdapat rukun dan syaratnya nyatakan rukun ijmak dan
rukun qias satu persatu

MAKLUMBALA
MAKLUMBALA
UNIT 6-18
SS
6B

SUMBER HUKUM

A2001/UNIT 6 / 19

1. Dapat dibahagikan kepada empat, iaitu:

al-Qiyas yang dikehendaki dan di terima menurut syarak ialah dengan mengandugi empat
rukun berikut:
Bil.
1

Rukun ijmak
i. Semua ulamak mujtahid sepakat mengenai
hukum syarak terhadap masalah yang
berkaitan.

ii. Wujudnya sejumlah ulamak mujtahid pada


masa berlakunya sesuatu masalah atau perkara.

iii. Sepakat semua ulamak mujtahid


mengenai hukum terbabit.

iv. Sepakat ulamak-ulamak mujtahid


mengeluarkan pendapat masing- masing secara
tegas, sama ada berupa perkataan

PENILAIAN KENDIRI
UNIT 6-19

Rukun Al-Qiyas
Asal

Hukum Asal

Cabang atau furu'

Illah atau Sebab

SUMBER HUKUM

A2001/UNIT 6 / 20

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB


SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH
PENSYARAH ANDA.

1.Islam adalah agama yang syumul dan sempurna, kerana agama disampaikan
oleh Allah sendiri,Sebutkan sumber-sumber asas ajaran (hukum) dalam Islam

2. Apabila seorang bertanya kepada anda apa itu al-Quran? Bagaimana anda
menjawabnya?

UNIT 6-20

SUMBER HUKUM

A2001/UNIT 6 / 21

MAKLUMBALAS KEPADA
PENILAIAN KENDIRI

1. Sumber hukum atau dalil perundangan ialah sumber pengambilan di dalam


menetapkan sesuatu hukum syarak, ia terbahagi kepada:
a. sumber yang disepakati oleh ulamak mujtahid (dalil qat'i)iaitu al-Quran,alSunnah, ijmak dan Qias.
b. sumber yang tidak disepakati oleh jumhur ulamak (dalil zanni) iaitu yang
masyhurnya tujuh iaitu:
8. lstihsan
9. Masalih al-Mursalah
10. Uruf
11. lstishab
12. Mazhab para sahabat
13. Syariat Nabi-Nabi terdahulu
14. Al-zaraik
2.
Al-Quran merupakan sebuah kitab suci yang mengandungi berbaga jenis
ilmu pengetahuan, undang-undang syarak, adab peraturan, berita ghaib dan
mengenai berita yang telah berlaku, sekarang dan akan datang.

TAHNIAH!

Anda telah berjaya menyelesaikan semua


soalan dalam penilaian kendiri.
Sila semak jawapan anda pada maklumbalas
untuk memastikan jawapan anda adalah
betul.

UNIT 6-21

Anda mungkin juga menyukai