Anda di halaman 1dari 8

3.

0 IKLIM SEKOLAH
3.1 Definisi Iklim Sekolah
Iklim sekolah mencerminkan aspek fizikal dan psikologi sesebuah sekolah yang
lebih berupaya untuk berubah dan dan menyediakan keadaan-keadaan penting
untuk sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Iklim sekolah, dengan lebih
berfokusnya, merupakan bukti terhadap perasaan dan sikap yang dizahirkan oleh
para pelajar, guru-guru, staf dan ibu bapa (cara bagaimana para pelajar dan staf
menunjukkan perasaan apabila berada di sekolah setiap hari).Keadaan atau
suasana sekolah yang tenang dan nyaman, sesuai untuk proses pengajaran dan
pembelajaran dianggap sebagai mempunyai iklim sekolah yang berkesan.
Litwin dan Stringer (dalam Gunbayi, 2007:1) menyatakan bahawa iklim sekolah
didefinisikan secara bervariasi oleh para ahli sebagai hasil dari persepsi subjektif
terhadap sistem formal, gaya kepimpinan pengetua, dan faktor lingkungan lain
yang mempengaruhi sikap, kepercayaan, nilai dan motivasi individu yang
berada pada sekolah tersebut. Namun demikian variasi definisi iklim sekolah
apabila diteliti lebih dalam, menjurus kepada tiga pengertian. Pertama, iklim
sekolah didefinisikan sebagai ciri-ciri suatu sekolah yang membezakannya
dengan sekolah lainnya. Kedua iklim sekolah didefinisikan sebagai suasana di
tempat kerja, mencakupi berbagai norma yang kompleks, nilai, harapan,
kebijaksanaan dan prosedur yang mempengaruhi pola perilaku individu dan
kelompok. Ketiga iklim sekolah didefinisikan sebagai persepsi individu terhadap
kegiatan, amalan, dan prosedur serta persepsi tentang tingkahlaku yang
dihargai, didukung dan diharapkan dalam suatu organisasi.
Iklim sekolah yang positif wujud apabila semua pelajar pelajar berasa selesa,
diperlukan, berharga, diterima dan selamat di dalam sesuatu persekitaran di
mana mereka boleh berinteraksi dan berkongsi dengan orang-orang yang
dipercayai. Iklim sekolah yang positif mempengaruhi mereka yang berkaitan
dengan sekolah termasuklah pelajar, guru, staf, ibu bapa dan komuniti setempat.
Ianya merupakan suatu sistem kepercayaan yang menggambarkan aktiviti
seharian sesebuah sekolah.
Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah
mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti seseorang
individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap
organisasi iklim sekolah berkenaan. Seterusnya, Howard (1974) mendefinisikan
iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu yang
mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya. Pusat Perkembangan Kurikulum
(1981) mendefinisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang baik di mana
keadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan
pembelajaran yang lancar. Memandangkan faktor iklim sekolah turut membantu
mewujudkan sekolah yang berkesan, maka terdapat beberapa pengkaji yang
telah mengetengahkan beberapa ciri iklim sekolah berkesan hasil daripada kajian
yang mereka lakukan. Mengikut Halpin dan Croft (1963), iklim sekolah yang
berkesan mempunyai ciri-ciri berikut:

1.

guru-guru merasa selamat, berpuas hati dan berkeyakinan,

2.
guru-guru tidak rasa tertekan dan mengambil perhatian tentang kemajuan
murid-muridnya,
3.
dan

pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjanya, serta bertimbang rasa,

4.

pelajar merasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh.

Merujuk kepada berbagai hasil penelitian, Marshall (2002:2) memberikan


beberapa kesimpulan mengenai pentingnya iklim sekolah bagi berbagai pihak,
sebagai berikut.
1.

Iklim sekolah dapat mempengaruhi banyak orang di sekolah. Misalnya,


iklim sekolah yang positif telah dikaitkan dengan emosi dan tingkahlaku
pelajar yang bermasalah.

2.

Iklim sekolah di kawasan bandar yang berisiko tinggi menunjukkan


bahawa lingkungan yang positif, saling menyokong antara satu sama lain,
dan budaya positif iklim sekolah mempunyai hubungan yang signifikan
dalam membentuk kejayaan pelajar di kawasan bandar. Para peneliti juga
mendapati bahawa iklim sekolah yang positif memberikan perlindungan
kepada pelajar dengan lingkungan belajar yang mendukung serta
mencegah tinghkah laku antisosial.

3.

Hubungan interpersonal yang positif dan peluang belajar yang optimum


bagi pelajar di semua lingkungan demografik dapat meningkatkan prestasi
dan mengurangi tingkah laku maladaptive.

4.

Iklim sekolah yang positif berkaitan dengan peningkatan kepuasan kerja


bagi setiap individu yang berada di sekolah.

5.

Iklim sekolah dapat memainkan peran penting dalam menyediakan


suasana sekolah yang sehat dan positif.

6.

Interaksi dari berbagai sekolah dan faktor iklim kelas dapat memberikan
sokongan yang memungkinkan semua anggota komuniti sekolah untuk
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara optimum.

7.

Iklim sekolah, termasuk "kepercayaan, saling menghormati, saling


melaksanakan tanggungjawab, dan tumpuan untuk kesejahteraan pelajar
mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pendidik dan pelajar serta
prestasi akademik mereka.

3.2 Pembentukan budaya dan iklim sekolah


Budaya dan iklim sekolah boleh dibentuk dengan cara;
1.

Menghargai permuafakatan

Semua guru mesti mengambil berat terhadap 'kesihatan' sekolah sebagai


organisasi. Permuafakatan dapat menghindarkan keterasingan guru, sikap
pentingkan diri sendiri sehingga tidak mahu mengakui wujudnya masalah
atau tidak mahu melihat masalah orang lain. Dengan permuafakatan guruguru bersama-sama menyelesaikan masalah dan membuat keputusan di
samping menghargai kesaling-bergantungan dan bantu- membantu
sesama staf.
2.

Mengamalkan nilai kesejawatanan


Di dalam sesebuah organisasi manusia tidak bekerja seorang diri, apa pun
tugas dan peranannya seseorang itu tetap perlukan orang lain
membantunya atau terlibat sama. Kesejawatanan atau "collegiality"
bermaksud satu budaya kerja yang ada kaitannya dengan perpaduan,
kerjasama, bantu-membantu, hormat- menghormati, nasihat-menasihati
atau tegur-menegur di antara ahli-ahli kumpulan atas dasar
profesionalisme. Jadi pemimpin yang berkesan mestilah berkeupayaan
mewujudkan suasana kesejawatanan ini di kalanngan guru-gurunya,
mengekalkan suasana harmoni dan perpaduan sepanjang masa di
samping mengelakkan dan mencegah unsur-unsur kronisme, nepotisme,
favouritisme, rodongisme, pilih-kasih, berat sebelah, adu-domba, fitnahmemfitnah, hasad dengki, dan iri hati; di dalam interaksinya dengan staf
dan kakitangan lain di sekolah

3.

Guru-guru berkeyakinan tinggi


Guru-gurunya penuh yakin dalam tugasnya setiap hari, mereka lebih
bersedia menerima cabaran-cabaran, mengambil risiko, dan melahirkan
idea-idea kreatif serta rumusan-rumusan. Ekoran daripada keyakinan ini
akan wujud optimisme dan iltizam.Tempat kerja menjadi lebih
menyeronokkan sementara guru-guru mendapat penyempurnaan dan
kepuasan profesionalisme daripada kerja-kerja mereka menerusi kawalan
kepada penyelesaian masalah dan membuat keputusan, sokongan dari
rakan sejawat dan bertambahnya peluang-peluang belajar dengan
berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta kepakaran.

4.

Ada komitmen yang tinggi


Komitmen adalah satu sikap diri yang ditunjukkan dalam segala tingkahlaku dan cara berfikir seseorang dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawabnya. Komitmen yang tinggi terhadap kelangsungan
organisasi dan kebajikan murid umpamanya dapat dilihat daripada
perilaku guru-gurunya yang datang awal, mengajar dengan semangat,
tidak curi tulang, tumpuan kepada kerja dan mutu kerja, menepati masa
dan paling utama meletakkan kepentingan organisasi mengatasi
kepentingan peribadi. Orang- orang yang berkomitmen yang tinggi juga

sentiasa dapat mematuhi dan menepati norma-norma organisasi atau


masyarakat sama ada norma-norma yang tersurat atau pun yang tersirat.

3.3 Kepentingan iklim sekolah yang positif


Terdapat banyak kajian dijalankan menunjukkan bahawa iklim sekolah yang
positif dapat memberi kesan terhadap pencapaian akademik pelajar dan
kejayaan sesebuah organisasi sekolah. Perhubungan antara iklim sekolah dengan
para pelajar ini dapatmenyumbang secara tidak langsung terhadap kepuasan
kerja guru-guru dalam menjalankan tanggungjawab mereka terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P)
Abdul Rahman an-Nahlawi (1995) pula menyatakan iklim sekolah yang berkesan
mampu mewujudkan integrasi dan keharmonian sesama pelajarnya yang
berbeza status sosio-ekonomi mereka (SES). Selain itu, sekolah juga mampu
mengurangkan perbezaan-perbezaan sesama mereka. Pihak sekolah juga boleh
mewujudkan kerjasama dengan keluarga pelajar. Hubungan yang mesra di
antara sekolah dan keluarga akan membentuk pendidikan yang lebih sempurna
bagi pelajar-pelajarnya. Justeru itu, kepuasan kerja akan wujud apabila wujudnya
keharmonian sesama pelajar dan guru.
Mengikut pandangan Rosnani (1998), pihak pengurusan sekolah hendaklah
berusaha mewujudkan budaya sekolah yang menghidupkan nilai-nilai akidah dan
berakhlak supaya murid-murid merasa selamat, sentiasa ingin berbakti dan
berusaha untuk maju dalam pelajaran berdasarkan dorongan yang lebih tinggi,
iaitu mencari keredhaan Allah S.W.T. dan bukan sekadar untuk menggembirakan
warga sekolah, ibu bapa dan guru. Sebahagian daripada budaya ini adalah
bersifat muraqabah, iaitu merasa Allah sentiasa memerhatikan perbuatan
mereka untuk dipertanggungjawabkan. Sesungguhnya, jika setiap warga sekolah
daripada pengetua, guru, kakitangan sokongan sehingga kepada pelajar-pelajar
menghayati nilai-nilai akhlak ini, pasti sekolah berkesan dari sudut disiplin akan
wujud dan kurang keperluan kepada pengawasan. Bagaimanapun, melihat realiti
insan yang mempunyai nafsu, memang masih perlu juga pengurusan sekolah
memantau kegiatan dan perilaku murid-murid, khususnya akhlak mereka yang
perlu sentiasa dinasihati dan dibimbing.

Para pendidik dan pengkaji telah mengenalpasti bahawa terdapat suatu set
unsur-unsur yang kompleks yang membina suatu iklim sesebuah sekolah. Di
dalam satu kajian yang dijalankan oleh ahli pendidik menyarankan 10 dimensi
yang mewarnakan dan membentuk pengalaman subjektif di sekolah iaitu:
Persekitaran, penstrukturan, keselamatan, pengajaran dan pembelajaran,
perhubungan, kepekaan komuniti sekolah, nilai-nilai moral, norma rakan sebaya,
kerjasama sekolah dan rumah. (Cohen,2006; Freiberg,1999).
Di dalam kajian yang telah dijalankan selama lebih dua dekat yang lalu,terdapat
bukti yang menunjukkan bahawa iklim sekolah yang positif telah memberikan
impak besar terhadap
pengalaman individu. Dua aspek terhadap iklim sekolah, iaitu komitmen
terhadap sekolah dan maklum balas daripada guru telah menunjukkan kesan
terhadap keyakinan diri (self-esteem) pelajar (Hoge, et. Al, 1990). Kajian juga
telah mendedahkan terdapat perkaitan antara iklim sekolah dan konsep kendiri
(self concept) pelajar (Cairns, 1987; Heal, 1978; Reynolds, et al.1980; Rutter, et
al, 1979).
Juga, terdapat satu siri kajian yang telah menunjukkan perkaitan antara iklim
sekolah dan tahap ponteng pelajar (deJung & Duckworth, 1986; Purkey & Smith,
1983; Reid, 1983; Rumberger, 1987; Sommmer, 1985) serta kajian yang
dijalankan terhadap iklim sekolah dan perhubungannya dengan kebergantungan
pelajar terhadap sekolah (Wu, Pink, Crain, & Moles, 1982).
Kajian yang telah dijalankan oleh suatu badan telah menunjukkan bahawa iklim
sekolah yang positif merupakan suatu dimensi kritikal yang berkait dengan risiko
pencegahan yang berkesan dan usaha peningkatan kesihatan di dalam
pengajaran dan pembelajaran (Cohen, 2001; Najaka, et. Al., 2002; Rand
Corporation, 2004; Wang, et. al., 1993). Ulasan kajian terkini menunjukkan
bahawa pencegahan risiko yang berkesan dan usaha peningkatan tahap
kesihatan berkaitan dengan iklim sekolah yang selamat, mengambil berat,
partisipatif dan responsif (Berkowitz & Bier, 2005; Catalano, et. al. 2002;
Greenberg, et. al. 2003).
Keadaan iklim sekolah yang selamat, saling mengambil berat, penyertaan
menyeluruh dari semua pihak dan bertindak balas terhadap sebarang perkara
cenderung untuk memperkembangkan lagi fungsi sekolah sebagai asas kepada
aktiviti sosial, emosi pembelajaran akademik (Blum, et. al., 2002; Osterman,
2000). Satu daripada asas penting dimensi iklim sekolah kerasionalan dan
bagaimana 'perhubungan' antara ahli-ahli di dalam sesebuah sekolah. Satu
kajian yang telah dijalankan oleh suatu badan tertentu mencadangkan bahawa
perhubungan yang wujud ini adalah suatu penyumbang terhadap kesihatan
remaja dan pencapaian akademik yang baik (McNeely, et. al., 2002; Whitlock,
2006); dan pencegahan keganasan (Karcher, 2002a, 2002b); serta faktor
pelindung di dalam tingkah laku berisiko secara seksual, keganasan dan
penggunaan dadah (Catalano, et. al, 2004; Kirby, 2001).

Iklim sekolah juga telah menggalakkan pembelajaran bermakna kepada para


pelajar. Sebagai contohnya, kegiatan khidmat masyarakat seperti debat dapat
meningkatkan persekitaran belajar mereka serta memberikan peluang untuk
terlibat secara aktif dalam proses belajar dan membina pengetahuan mereka
sendiri dari sistem sosial yang ada (Torney-Purta, 2002; Youniss et al., 2002).
Lebih-lebih lagi apabila aktiviti seperti itu dijalankan di persekitaran yang saling
menyokong dan bekerjasama, akan menggalakkan pelajar untuk membina idea
antara satu sama lain terhadap sesuatu projek (Wentzel & Watkins, 2002).
Bersama-sama, pengalaman ini secara realistiknya menggambarkan situasi
sosial yang bakal mereka lalui di dalam masyarakat kelak (Bandura, 2001,
Torney-Purta et al., 2001).
Iklim sekolah positif menggalakkan pembelajaran secara kooperatif, kerjasama di
dalam kumpulan, hormat-menghormati dan saling percaya atau suasana untuk
belajar (Ghaith, 2003, Kerr, 2004; Finnan, et. al, 2003). Tambahan pula, satu siri
kajian telah menunjukkan bahawa iklim sekolah secara langsung berkaitan
dengan pencapaian akademik (Brookover, et. al, 1977; Brookover, 1978;
Brookover & Lezotte, 1979; Edmonds, 1979; Freiberg, 1999; Good & Weinstein,
1986; Gottfredson & Gottfredson, 1989; Griffith, 1995; Madaus, Airasian, &
Kellaghan, 1980; Rutter, 1983; Rutter, et al 1979; Shipman, 1981).
Dziauddin (1999) pula mengatakan suasana persekitaran pendidikan yang
menekankan kepada perkembangan akal dan fizikal serta pemurnian dan
pemantapan rohani serta iman sebagai satu pakej yang mantap. Oleh itu,
persekitaran sekolah yang selesa daripada aspek rohani, emosi dan
kemasyarakatan sebegini boleh mengukuhkan aqidah dan akhlak keislaman
yang berasaskan ilmu yang benar, amanah, ikhlas dan menghormati masalah
umum, bekerjasama dan ketaatan tanpa melibatkan derhaka kepada perintah
Allah. Suasana kerja seperti ini akan membina semangat kerja yang kuat ke arah
mempertingkatkan motivasi.
Menurut Mahi Din (1998:2), dengan timbulnya suasana yang harmonis dalam
hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia
berasaskan ajaran tauhid, manusia akan dapat memahami hakikat budaya ilmu
dengan baik dan dapat mengekalkan identiti dan fungsi yang sebenar, iaitu ilmu
sebagai alat yang boleh membawa kepada kebenaran. Justeru, iklim dini di
sekolah merupakan sebahagian daripada usaha pendidikan bersepadu meliputi
tiga dimensi utama insan, iaitu rohani, intelek dan jasmani bagi membolehkan
para pelajar dan guru mengamal dan menghayati ajaran Islam dalam semua
aktiviti di sekolah dan juga meningkatkan motivasi warga sekolah.
Kebanyakan kajian yang dijalankan tentang iklim sekolah menunjukkan iklim
sekolah akan mewujudkan suasana pembelajaran yang bermotivasi dan
seterusnya membantu pelajar memperoleh pencapaian yang lebih baik dan
guru-guru lebih puas untuk bekerja. Ibrahim (1993:78) menegaskan bahawa
iklim yang positif sangat perlu wujud di sesebuah sekolah. Banyak kajian yang
dibuat menunjukkan bahawa terdapat hubung kait yang rapat antara iklim
sekolah dengan kejayaan murid. Sekiranya iklim baik, guru dan murid akan lebih

bermotivasi dan pada masa yang sama aktiviti pengajaran dan pembelajaran
akan berjalan dengan baik.

3.4

Iklim Sekolah Dan Kepuasan Kerja Guru.


Di Malaysia, perkembangan dan kemajuan dalam sistem pendidikan
menjadi tunjang utama untuk membangunkan negara. Menurut Najib
(2004) sistem pendidikan di Malaysia adalah pada tahap pembangunan
yang berubah mengikut keperluan semasa. Oleh itu bagi memastikan
kemajuan negara, keberkesanan sistem pendidikan perlu dititikberatkan
dan kejayaan dalam sistem pendidikan negara pula adalah amat
bergantung kepada organisasi sistem pendidikan itu sendiri. Antara
organisasi penting yang bertujuan untuk memastikan kemajuan dalam
bidang pendidikan ialah organisasi sekolah.
Peranan sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan adalah berbeza
daripada kebanyakan organisasi-organisasi yang biasa. Perkhidmatan
pendidikan lebih kepada menyebarkan ilmu pengetahuan dan cenderung
menolong insan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan manakala
perniagaan biasa lebih kepada membuat keuntungan kepada organisasi
masing-masing (Hazman Fitri, 2000).
Antara faktor yang mempengaruhi keberkesanan organisasi pendidikan
ialah suasana atau iklim organisasi sekolah. Menurut Lussier (1993) iklim
organisasi adalah merupakan kualti persekitaran sesebuah organisasi
yang mana kualiti ini secara relatifnya kekal. Iklim organisasi ini dibentuk
melalui persepsi pekerja di dalam organisasi dan menjadi asas kepada
pembentukan sikap seseorang pekerja terhadap organisasinya. Oleh itu
iklim organisasi dilihat mempengaruhi tingkah laku pekerja terhadap
organisasi itu sendiri. Selain itu kualiti yang ada pada pekerja dalam
organisasi sekolah juga mempengaruhi pencapaian dan kemajuan sekolah.
Kualiti ini termasuklah dari segi sikap dan sifat guru-guru yang bekerja
melebihi tanggungjawab formal mereka dan sanggup meluangkan masa
serta tenagauntuk kejayaan organisasi iaitu sekolah tempat mereka
bekerja.
Ostroff (1993) telah membuat kajian ke atas kesan iklim organisasi dengan
orientasi peribadi iaitu prestasi kerja 532 orang guru di Amerika Syarikat.
Kajian ini dibuat di Iilinois, Massachussets, Virginia dan Washington. Hasil
kajiannya menunjukkan bahawa ada hubungan signifikan antara iklim
organisasi dengan prestasi kerja walaupun pada tahap rendah.
Toulson dan Smith (1994) dalam "The Realtionship Between Organizational
Climate and Employee Perceptions of Personnel Management Practices"
telah mengkaji perhubungan antara ukuran tiga amalan pengurusan
personel (sebagai pembolehubah bebas) dengan ukuran iklim organisasi
sebagai pembolehubah bersandar). Mereka menggunakan The Litwin and

Stringer Organizational Climate Questionnaire (LSOCQ) Seramai 2111


responden dalam 40 buah organisasi telah dipilih. Kajian mendapati
bahawa tiada perhubungan signifikan antara amalan personel dengan
iklim organisasi.
Bagi para guru, manfaat iklim sekolah yang positif meliputi peningkatan
kepuasan kerja (Ma & MacMillan, 1999), meningkatkan kekekalan (job
retention) guru dankehadiran ke sekolah serta perhubungan yang baik
antara sekolah dan rumah (Brown & Medway, 2007; DiStefano, Monrad,
May, McGuiness, & Dickenson, 2007).
Iklim organisasi merupakan aspek penting di dalam suatu organisasi
pembelajaran kerana ia akan mempengaruhi keperibadian dan tingkah
laku seseorang. Ini kerana dalam melaksanakan tugas sekolahnya seorang
pelajar akan sentiasa berinteraksi dengan persekitaran pembelajarannya
termasuklah dengan guru-guru dan rakan-rakan. Seperti dikemukakan
Howard (Komariah dan Triatna, 2006) iklim organisasi sebagai keadaan
sosial dan budaya sekolah yang mempengaruhi tingkah laku orang di
dalamnya. Iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang baik di mana
keadaan sekitar dirasakan tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran
yang lancar selain memberi impak positif terhadap pencapaian
pencapaian akademik pelajar.
Gibson, dkk. (1990) berpendapat bahawa istilah iklim organisasi
digunakan untuk menggambarkan iklim secara psikologi atau personaliti
organisasi. Iklim organisasi dapat mempengaruhi ahli-ahlinya dan menjadi
penggerak kepada perkembangan sesebuah organisasi. Oleh itu, iklim
organisasi merupakan suatu konsep yang penting bagi pemimpin dalam
menggerakkan kepimpinan mereka bagi mengekalkan komitmen setiap
guru. Apabila tahap komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru adalah
tinggi, kepuasan kerja akan wujud sesama mereka.
Anoraga (1992) mengemukakan bahawa iklim organisasi merupakan salah
satu faktor yang memberikan hasil dalam melaksanakan sesuatu
pekerjaan, tetapi juga penyebab sesuatu kegagalan dalam pelaksanaan
suatu pekerjaan. Iklim organisasi yang tidak kondusif akan menimbulkan
ketidakpuasan dalam bekerja yang dapat menyebabkan individu atau
anggota melakukan tindakan yang dapat merugikan organisasi. Ini
menunjukkan bahawa, jika iklim menjadi penyebab kejayaan dan
kegagalan sesebuah sekolah. Jika iklim sekolah itu dibina dengan baik dan
sangat kondusif, kepuasan kerja akan wujud di kalangan guru yang
seterusnya menghasilkan mutu kerja yang berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai