Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS TUANKU BAINUN

14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.


JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN


MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID UNTUK MENULIS IMBUHAN AKHIRAN
an MENGGUNAKAN SISTEM EJAAN JAWI YANG BETUL DENGAN
MENGGUNAKAN BAHAN BANTU MENGAJAR KAD N,AWWAN, AAN

1.0 PENDAHULUAN
Berdasarkan pengalaman menjalani praktikum fasa I dan II di
sekolah yang terdahulu, saya mendapati murid-murid tahun 4 dan
tahun 5 mempunyai masalah dengan sistem ejaan jawi yang
melibatkan imbuhan an walaupun tajuk ini sudah dipelajari sejak
tahun 3 lagi. Saya juga melihat masalah ini bukan hanya berlaku
pada murid sekolah, namun turut berlaku dalam kalangan orang
dewasa. Kekeliruan untuk menambah imbuhan an menggunakan
ejaan jawi mungkin disebabkan kekeliruan konsep yang berubah
dari masa ke masa.
Semasa menjalani praktikum di sekolah Kebangsaan Kebun Sireh, saya
mendapati situasi ini turut berlaku.

Apabila diminta untuk menambah

imbuhan an pada akhir perkataan, saya mendapati bahawa murid-murid


keliru dalam penggunaan imbuhan akhiran yang melibatkan penggunaan
huruf yang berbeza walaupun menggunakan imbuhan yang sama iaitu an.
Melalui pengalaman menjalani praktikum fasa III, saya mendapati masalah ini
turut berlaku pada murid tahun 4 harapan apabila saya mengajar jawi dan
meminta mereka untuk menulis perkataan yang mempunyai imbuhan akhiran
an. Hasil mendapati kekeliruan penggunaan huruf

jawi sama ada perlu

menambah masih terjadi.


Masalah ini juga terjadi adalah kerana perubahan dan pindaan oleh pihak
berwajib yang agak kerap terhadap sistem ejaan jawi Malaysia. Perkara ini
sebenarnya memberi kesan kepada pelajar. Apatah lagi mereka tidak
diberikan pendedahan terkini berkenaan sistem terbaru yang telah dipinda itu.
Masalah sukar mengingat dengan baik juga merupakan punca utama yang
menyebabkan murid tidak dapat mengingat kaedah penulisan yang
sepatutnya digunakan dalam penulisan jawi termasuk imbuhan akhiran an
yang menggunakan huruf yang berbeza walaupun mempunyai bunyi yang
sama.

2.0 FOKUS KAJIAN DAN ISU KEPRIHATINAN


2.1

ISU

Isu yang dialami adalah masalah dengan penggunaan imbuhan an

dalam

penulisan jawi semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P) Pendidikan Islam


semasa Praktikum fasa III di SK Kebun Sireh pada tarikh 21 Januari hingga 19
April 2013. Objektif pengajaran pengkaji semasa P&P Pendidikan Islam yang
melibatkan murid- murid tahun 4 dan tahun 5, tidak tercapai secara menyeluruh
kerana terdapat murid-murid yang mempunyai masalah dalam penulisan jawi.
Masalah ini berpunca daripada:
2.1.1 Lupa kaedah atau sistem ejaan yang digunakan untuk menulis imbuhan
akhiran an pada perkataan tertentu.
2.1.2 Boleh membaca dan menulis jawi namun kekeliruan semasa menulis
perkataan tertentu yang mempunyai imbuhan an

2.2

FOKUS

Bagi memastikan murid-murid tahun 4 dapat menulis imbuhan akhiran an


menggunakan huruf jawi yang betul, KAD N,AWWAN, AAN diperkenalkan.
Penggunaan KAD N,AWWAN, AAN dapat membantu murid untuk mengingat huruf
jawi yang sepatutnya mereka gunakan semasa menambah imbuhan akhiran an
semasa penulisan.

Melalui penggunaan KAD N,AWWAN, AAN, murid-murid akan lebih cepat untuk
mengingat, ini adalah kerana peringkat umur antara 7-12 tahun mereka sedang
melalui operasi konkrit. Menurut Jean Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak
adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat . Peringkat ini ialah peringkat
deria motor (0-2 tahun), pra operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-12 tahun) dan
operasi formal (selepas 12 tahun).
2

Implikasi daripada Teori Piaget dalam pengajaran dan pembelajaran ialah isi
pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanakkanak, iaitu daripada konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada
pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman baru, daripada kasar kepada
halus, mengikut perkembangan individu.

Oleh itu, melalui penggunaan KAD N,AWWAN, AAN, murid-murid dapat


menggunakan kit ini apabila kekeliruan semasa penulisan imbuhan akhiran an
terjadi. Murid boleh merujuk dan apabila kebiasaan mereka menggunakan kit ini,
maka mereka akan dapat mengingat. Kit roda impian ini merupakan salah satu
bahan yang konkrit.

KAD N,AWWAN, AAN yang akan dipadankan dengan mengikut warna juga
mempunyai peranan, ini membawa maksud, warna yang sesuai akan membantu
murid untuk mengingat kaedah penulisan imbuhan akhiran.

3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


Objektif kajian adalah seperti berikut:
3.1 Mengkaji kebolehan murid untuk menulis imbuhan akhiran an menggunakan
huruf jawi dengan betul.
3.2 Mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid tidak dapat menulis
imbuhan akhiran an dengan betul
3.3 Mengkaji keberkesanan penggunaan

KAD

N,AWWAN,

AAN

untuk

meningkatkan kebolehan murid murid menulis imbuhan akhiran an dengan


betul.

Soalan kajian adalah seperti berikut:

3.4 Adakah murid- murid boleh menulis imbuhan akhiran an dengan menggunakan
huruf jawi yang betul.
3.5 Apakah faktor- faktor yang menyebabkan murid tidak dapat menulis imbuhan
akhiran an dengan ejaan yang betul.
3.6 Adakah penggunaan KAD N,AWWAN, AAN dapat meningkatkan kebolehan
murid-murid menulis imbuhan akhiran an dengan betul.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Berdasarkan perancangan, kumpulan sasaran yang telah dikenalpasti ialah muridmurid dari Tahun 4 Melur dimana pengkaji mengajar kelas-kelas tersebut sepanjang
tempoh tiga bulan menjalani praktikum. Ciri-ciri kumpulan sasaran yang mencakupi
kebolehan menulis dan mengenal jawi namun mempunyai kekeliruan menggunakan
huruf jawi semasa menulis imbuhan akhiran an. Kumpulan sasaran terdiri daripada
murid-murid kelas yang sama supaya kajian dan pemantauan mudah dilakukan

5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN


5.1 Perancangan Langkah- Langkah Tindakan
5.1.1 Perlaksanaan sesi pengajaran menggunakan KAD N,AWWAN,
AAN.
KAD N,AWWAN, AAN dapat meningkatkan kebolehan murid untuk
mengingat semasa menulis. Semasa P&P dijalankan murid diterangkan
satu persatu tentang penggunaan huruf jawi bagi imbuhan akhiran an
mengikut kaedah penulisan yang telah ditetapkan mengikut jawi Dewan
Bahasa Pustaka. Murid diterangkan satu persatu mengikut kelompok.

Pra-Rawatan: Dalam sesi pra-rawatan

pelaksanaan yang melibatkan P&P

pendidikan Islam dalam bidang penulisan jawi, murid diminta untuk menulis
perkataan yang disebut satu oleh guru. Setelah murid selesai, menulis, guru
4

mengutip jawapan murid. Murid-murid yang berkenaan ialah murid-murid yang


sudah

boleh

menulis

tulisan

jawi

namun

mempunyai

masalah

dalam

membezakan menulis imbuhan akhiran an yang berbeza ejaan.

Rawatan 1: Dalam rawatan yang pertama, murid diminta untuk menulis semula
tulisan jawi yang diambil daripada perkataan rumi yang mempunyai imbuhan an.
penulisan murid akan disemak dan guru memperkenalkan satu demi satu tentang
penggunaan huruf jawi mengikut keadaan pada penggunaan imbuhan akhiran
an.

Rawatan 2: rawatan kedua menggunakan KAD N,AWWAN, AAN tanpa warna,


dan guru menerangkan cara menggunakan KAD N,AWWAN, AAN . muridmurid akan diberi KAD N,AWWAN, AAN dan mereka akan menggunakan
bahan tersebut untuk mengelakkan kekeliruan semasa penggunaan imbuhan
akhiran an untuk menulis perkataan. Murid-murid akan diberi perkataan yang
mempunyai imbuhan an dalam tulisan rumi untuk ditulis ke dalam tulisan jawi.

Rawatan 3: rawatan ketiga adalah sama seperti langkah 2 namun perbezaannya


adalah pada langkah ini pengkaji akan menggunakan KAD N,AWWAN, AAN
yang berwarna.

5.2 Perancangan Mengumpulkan Data.


Dalam kajian tindakan ini, cara mengumpulkan data yang akan digunakan adalah
bersifat kualitatif dan kuantitatif. Antara cara mengumpul data yang akan
digunakan adalah seperti berikut:

5.2.1 Ujian Pra dan Ujian Pos.

5.2.2 Borang Soal Selidik


Borang soal selidik juga akan diedar kepada kumpulan sasaran bagi mengumpul
maklumat tentang pelajaran jawi, maklumat mengenai masalah penulisan jawi
serta permasalahan yang mereka hadapi semasa penulisan jawi.

5.2.3 Pemerhatian
Pemerhatian akan dilakukan sepanjang kumpulan sasaran mengikuti P&P
Pemerhatian akan dijalankan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran untuk
melihat sama ada murid mencapai objektif kajian ataupun tidak.

5.2.4 Temu Bual


Temu bual akan dijalankan terhadap guru pendidikan islam yang mengajar kelas
tersebut. Hasil temu bual akan direkodkan

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data


Cara menganalisis data yang akan digunakan dalam kajian tindakan ini ialah
statistik deskriptif. Data yang di dalam bentuk min,mod dan median.

Anda mungkin juga menyukai