Anda di halaman 1dari 4

10 PETUA MENJADI SUAMI MITHALI

1. Isteri adalah manusia


Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi.
Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang
mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira.
Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, emosi
mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar
daripada masalah yang mereka hadapi.
2. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf
pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh
dijadikan sebagai 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah
mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh
bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya.
Malah, isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat
selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat
mengenali karektor rakan pejabat suami secara tidak langsung.
3. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan
dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan
semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.
Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi
seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi

kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling


lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.
4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai,
dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka
dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri.
Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu
bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan.
Sedangkan pasangan anda adalah cermin diri anda sendiri. Ke
mana juga anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama.
Jika ini diamalkan selalu, rumah tangga akan menjadi bahagia.
5. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan
pemberian hadiah oleh sesiapa saja apatah lagi daripada orang
yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi
isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada
isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas
jam atau sehelai tudung sempena meraikan hari lahir. Jika
'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping
kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian
hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua
kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima kasih di atas
segala pengorbanan sayang selama ini".
6. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri

berhajatkan sebuah mesin basuh atau mesin jahit, suami mungkin


terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya.
Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri
untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan
tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian
itu melambangkan anda suami yang amat menghargai
pengorbanan isteri?
7. Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri
anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas
rumah. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat
seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur.
Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan
yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.
8. Isteri bukan pembantu rumah
Kebanyakan suami menganggap kerja rumah adalah
tanggungjawab isteri 100 peratus. Walhal dalam Islam sendiri
tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib
melakukan kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan wanita
berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan
maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu
saja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja
rumah yang mereka lakukan selama ini.
9. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah

suatu kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu


apakah yang dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba
terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan
berehat di tempat peranginan yang menarik. Walaupun ia
nampak remeh, setiap isteri pasti akan menghargai saat manis
itu.
10. Ciuman khas untuk isteri
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium
dahi isteri anda ketika dia berehat selepas begitu penat bekerja.
Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat
menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari
itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

Anda mungkin juga menyukai