Anda di halaman 1dari 2

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan
Pendidikan adalah merupakan satu usaha yang berpanjangan ke arah melahirkan insan
yang berilmu pengetahuan demi kesejahteraan hidup di dunia. Kurikulum pendidikan
memainkan peranan penting bagi mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
seperti penggubalan kurikulum pendidikan perakaunan. Menurut (Devaki dan Chitra,
2011), kurikulum Prinsip Perakaunan di sekolah menengah merupakan satu pengajian
asas perakaunan yang bertujuan untuk melahirkan individu yang mempunyai kemahiran
perakaunan, berakauntabiliti, berfikiran kritikal dan reflektif, mengamalkan budaya kerja
yang beretika, berkemahiran dalam teknologi maklumat, membudayakan pembelajaran
sepanjang hayat, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik melalui pendekatan
pembelajaran bermakna dan kesepaduan teori dan amalan perakaunan seperti yang
dinyatakan dalam objektif pembelajaran.
Pendidikan perakaunan adalah sangat penting bagi bidang perniagaan dan bukan
perniagaan. Maklumat perakaunan akan dapat menggambarkan prestasi dan kedudukan
kewangan bagi sesebuah organisasi. Pegawai yang bertanggungjawab mengenai
maklumat perakaunan dalam sesebuah organisasi dikenali sebagai akauntan. Kerjaya ini
adalah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai satu jawatan yang professional yang
memiliki banyak keistimewaannya seperti berpendapatan tinggi dan menikmati kualiti
hidup yang memuaskan (Nor Hayati Saat, 2004). Di atas kesedaran inilah ramai dalam
kalangan para pelajar ingin menceburi bidang ini dengan mengikuti pendidikan
perakaunan di peringkat sekolah hinggalah ke peringkat institusi pengajian tinggi.

Prinsip Perakaunan adalah merupakan satu mata pelajaran yang penting kepada para
pelajar yang mengikuti aliran perakaunan, namun begitu bagi pelajar di sekolah
menengah akademik harian yang menjadikan mata pelajaran Prinsip Perakaunan sebagai
mata pelajaran elektif, ia merupakan satu jalan alternatif bagi mereka mempelajari salah
satu dari bidang perakaunan, kerana untuk menjadi seorang akauntan, kemampuan untuk
membaca dan mentafsirkan sesebuah maklumat kewangan perniagaan adalah merupakan
satu keperluan yang penting. Bagi merealisasikan hasrat kerajaan ini, adalah menjadi
tangggungjawab agensi yang terlibat terutamanya para guru dan pihak sekolah
memikirkan langkah yang terbaik bagi menarik minat, mendorong serta memotivasikan
pelajar dan guru dalam menguruskan pengajaran dan pembelajaran dalam Prinsip
Perakaunan. Kurikulum yang baik dan mantap perlu diubahsuai dari semasa ke semasa
bagi mengikut keperluan dan perkembangan teknologi moden kerana sistem pendidikan
perakaunan mampu melahirkan sebuah masyarakat baru yang berilmu, berkemahiran
serta budaya maju dan mencerminkan aspirasi Wawasan 2020.
1.2

Latar Belakang Kajian

Anda mungkin juga menyukai