Anda di halaman 1dari 24

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
AMBILAN JUN 2011

KERTAS KERJA DAN LAPORAN


ETIKET DAN SOSIAL
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 2
Nama

SHAMSUL RAHIMI BIN KAMARUDDIN

No. K/P

811220-02-5293

No. Matrik

28241

Program

PPG

Ambilan

JUN 2011

Unit

BM05

Nama Pensyarah :

EN HANAFI B GHAZALI
PENSYARAH CEMERLANG
KO KURIKULUM DG48

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
AMBILAN JUN 2011

KERTAS KERJA DAN LAPORAN


ETIKET DAN SOSIAL
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 2
Nama

JAHARUDDIN BIN RAMLY

No. K/P

770719-08-6951

No. Matrik

28299

Program

PPG

Ambilan

JUN 2011

Unit

MT 03

Nama Pensyarah :

EN HANAFI B GHAZALI
PENSYARAH CEMERLANG
KO KURIKULUM DG48

ISI KANDUNGAN
1.0

PENGHARGAAN

2.0

PENDAHULUAN

3.0

OBJEKTIF

4.0

MAKLUMAT KERTAS KERJA

5.0

LAPORAN

6.0

GAMBAR

7.0

REFLEKSI

1.0

PENGHARGAAN

Rasa syukur atas berkat, rahmat dan hidayahNya sehingga saya dapat melaksanakan
program Bina Insan Guru (BIG) dengan jayanya dan menyiapkan laporan bagi
keseluruhan aktiviti yang telah dijalankan.

Pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam


usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran tinggi serta memiliki kekuatan
spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan
ini, guru-guru di Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang
tinggi, penguasaan kemahiran profesionalisme yang mantap serta kekuatan peribadi
dan sahsiah yang terpuji selaras dengan aspirasi dan hasrat negara. Program Bina
Insan Guru (BIG) ini juga merupakan satu wahana ke arah pembinaan dan
pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG).
Dalam proses pelaksanaan Program BIG ini, saya telah mendapat bantuan
berupa material mahupun sokongan moral daripada pelbagai pihak terutamanya pihak
sekolah, rakan sejawat, rakan sekuliah dan keluarga. Saya ucapkan jutaan terima kasih
kepada semua yang membantu.
Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah, dan segala kekurangan adalah
dari kekhilafan kami sendiri. Sekian, terima kasih.

2.0

PENDAHULUAN

Kursus Etiket dan Sosial ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan
kepada para peserta mengenai kepentingan etiket dan sosial dalam sesuatu majlis.
Selain dari memberi pengetahuan dan kemahiran asas yang cukup dalam bidang
pengurusan majlis dan asas etiket dan protokol majlis, Kursus ini juga memberi

pendedahan dan bimbingan bagaimana caranya menguruskan majlis dengan cekap


dan sempurna.
Dengan adanya program seperti ini, para peserta akan lebih berpengalaman
dengan setiap protokol yang ada dalam sesuatu majlis di masa akan datang. Disamping
itu, ia direkabentuk agar dapat memupuk semangat kerjasama di kalangan peserta
supaya mereka dapat bergerak dalam satu organisasi yang dinamik.
3.0

OBJEKTIF

Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta mengenai kepentingan


etiket dan protokol dalam sesuatu majlis. Selain dari memberi pengetahuan dan
kemahiran asas yang cukup dalam bidang pengurusan majlis dan asas etika dan
protokol majlis, kursus ini juga memberi pendedahan dan bimbingan bagaimana
caranya menguruskan majlis dengan cekap dan sempurna.

Memberi pengetahuan pentingnya etika dan protokol dalam sesuatu majlis.


Mempelajari teori dan amali menguruskan majlis serta kemahiran protokol,

etiket dan komunikasi.


Mempelajari pengurusan majlis rasmi dan tidak rasmi, formal dan tidak formal

di peringkat organisasi, negeri, kebangsaan dan peringkat antarabangsa.


Mengenalpasti kesilapan yang sering berlaku semasa mengurus dan
mengendalikan majlis serta yang sering dilakukan oleh seseorang individu.

.
4.0

MAKLUMAT KERTAS KERJA

KERTAS KERJA
LADAP
(ETIKET DAN SOSIAL)

ANJURAN:
UNIT KURIKULUM
SK TAMAN BERSATU

TARIKH :
12 OKTOBER 2013

TEMPAT :
BILIK GERAKAN, SK TAMAN BERSATU

1 PENGENALAN
Sebagai pendidik, guru wajib diberi pendedahan kepada pelbagai perkara dan
isu yang berkaitan dengan alam pendidikan.

Melalui aktiviti Latihan Dalam

Perkhidmatan (LADAP), guru akan bertindak balas secara positif kepada keadaan dan

keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi


dalam pelbagai budaya.

2 RASIONAL
Program LADAP dilaksanakan bagi memenuhi keperluan sukatan pembelajaran
Program Bina Insan Guru (BIG) bagi Kursus Program Pensiswazahan Guruan (PPG)
semester 3 ini. Peruntukan masa bagi menjalankan keseluruhan program yang
terkandung dalam sukatan adalah selama 7 jam dan 3 jam bagi pelaksanaan bengkel.
Aktiviti ini wajar dijalankan bagi mendidik guru cara berkomunikasi secara berkesan.
3 TUJUAN
Tujuan LADAP ini ialah untuk memberi pendedahan kepada guru terhadap
pelbagai pengetahuan dan melatih guru menjadi lebih peka dan berupaya memberi
sumbangan terhadap peningkatan dalam profesion keguruan. Di samping itu, ianya
juga bertujuan untuk meningkatkan lagi komitmen guru terhadap perubahan dasar
mengikut arus semasa. Selain itu, program LADAP ini memberi fokus kepada
pendedahan pelbagai pengetahuan yang boleh dipraktikkan oleh para guru dalam
bidang perguruan. Kesimpulannya, program ini mampu mendidik guru untuk
menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan ilmu tersebut dalam
pengurusan pendidikan seharian.

4 OBJEKTIF
Melalui Program Penanda Aras BIG - Fasa 2 pelajar-pelajar dapat :
1 Memenuhi syarat kursus wajib Bina Insan Guru semester 3.

2 Mewujudkan hubungan yang baik antara guru dengan rakan sejawat melalui
aktiviti yang dijalankan.
3 Memberi peluang kepada guru untuk bertindak balas secara positif kepada
keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan
kemahiran berkomunikasi.
5 TARIKH
12 Oktober 2013 (Sabtu)

6 TEMPAT AKTIVITI
Bilik Gerakan,
Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu,
31300 Simpang Pulai,
Perak Darul Ridzuan.
7 SASARAN
Semua Guru SK Taman
Bersatu
Jumlah

8.0

: 46 orang

: 46 orang

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi

: Pn Hjh Rohana Binti Ahmad Razman (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi

: En Zailan B Khalid (PK Pentadbiran)

Setiausaha

: En. Jaharuddin Bin Ramly

Penceramah

: Tn. Hj. Sayed Munawar Bin Sayed Mustar

PA Sistem

: En. Azhar Bin Mohamed

Makanan

: Pn. Noordina Binti Damanhuri


Pn. Norfadhlina Binti Mohd Ramli

9.0

ATUR CARA LADAP

8.00 pagi

: Kehadiran dan Pendaftaran

8.30 pagi

: Ucapan Guru Besar.

9.00 pagi

: Modul 1:

Etiket Sosial.

Kesopanan Dalam Perbualan Sosial.

Cara Pemakaian.

Keraian.
Modul 2 :

Susunan Keutamaan Persekutuan.

Penyedian Aturcara Pentadbiran.

Protokol Dalam Pengurusan Majlis.

Penyediaan Senarai Jemputan dan Tertib di meja makan.

12.00 tengah hari

: Makan tengah hari

12.30 tengah hari

: Bersurai.

8.0

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi

: Pn Hjh Rohana Binti Ahmad Razman (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi

: En Zailan B Khalid (PK Pentadbiran)

Setiausaha

: En. Shamsul Rahimi Bin Kamaruddin

Penceramah

: Tn. Hj. Sayed Munawar Bin Sayed Mustar

PA Sistem

: En. Azhar Bin Mohamed

Makanan

: Pn. Noordina Binti Damanhuri


Pn. Norfadhlina Binti Mohd Ramli

9.0

ATUR CARA LADAP

8.00 pagi

: Kehadiran dan Pendaftaran

8.30 pagi

: Ucapan Guru Besar.

9.00 pagi

: Modul 1:

Etiket Sosial.

Kesopanan Dalam Perbualan Sosial.

Cara Pemakaian.

Keraian.
Modul 2 :

Susunan Keutamaan Persekutuan.

Penyedian Aturcara Pentadbiran.

Protokol Dalam Pengurusan Majlis.

Penyediaan Senarai Jemputan dan Tertib di meja makan.

12.00 tengah hari

: Makan tengah hari

12.30 tengah hari

: Bersurai.

10.0

SUMBER KEWANGAN.

LADAP/ Bengkel kali ini adalah dijalankan dengan menggunakan sumber kewangan
daripada sumbangan Kelab Guru sekolah.
ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil

Perkara

Harga/Orang

Makanan untuk 46 orang guru X RM

RM 138.00

3.00
JUMLAH

RM 138.00

11. PERALATAN YANG DIPERLUKAN


BIL

ALATAN

.
1.

Projektor

2.

Komputer Riba

1.

Layar

1.

Pen Marker

1.

Siar Raya

12. SENARAI NAMA GURU


Rujuk Lampiran 1

KUANTITI

13. PENUTUP
Adalah diharapkan program LADAP ini dapat memberikan pendedahan kepada guru
tentang kepentingan etiket dan sosial dalam rutin tugasan guru. Semoga segala aktiviti
yang telah dirancang dapat dijayakan dengan sokongan dan kerjasama daripada
semua pihak. Semoga program ini juga dapat memberi manfaat dan pengalaman
kepada guru tentang peranan dan tanggungjawab untuk melahirkan guru yang
berketrampilan.

Disediakan oleh :

(JAHARUDDIN BIN RAMLY)


Penyelaras Program LADAP,
SK Taman Bersatu,
313000 Simpang Pulai, Perak.

Disemak oleh :
..
( ZAILAN BIN KHALID )
Penolong Kanan Pentadbiran,
SK Taman Bersatu,
313000 Simpang Pulai, Perak.

Disahkan Oleh :
..................................................
( HJH. ROHANA BT. AHMAD RAZMAN )
Guru besar,
SK Taman Bersatu,
313000 Simpang Pulai, Perak.

13. PENUTUP
Adalah diharapkan program LADAP ini dapat memberikan pendedahan kepada guru
tentang kepentingan etiket dan sosial dalam rutin tugasan guru. Semoga segala aktiviti
yang telah dirancang dapat dijayakan dengan sokongan dan kerjasama daripada
semua pihak. Semoga program ini juga dapat memberi manfaat dan pengalaman
kepada guru tentang peranan dan tanggungjawab untuk melahirkan guru yang
berketrampilan.

Disediakan oleh :

(SHAMSUL RAHIMI BIN KAMARUDDIN)


Penyelaras Program LADAP,
SK Taman Bersatu,
313000 Simpang Pulai, Perak.

Disemak oleh :
..
( ZAILAN BIN KHALID )
Penolong Kanan Pentadbiran,
SK Taman Bersatu,
313000 Simpang Pulai, Perak.

Disahkan Oleh :
..................................................
( HJH. ROHANA BT. AHMAD RAZMAN )
Guru besar,
SK Taman Bersatu,
313000 Simpang Pulai, Perak.

Lampiran 1

LAPORAN GOTONG-ROYONG
SK TAMAN BERSATU
APRIL 2013
ANJURAN:
UNIT KURIKULUM
SK TAMAN BERSATU

TARIKH :
12 OKTOBER 2013

TEMPAT :
BILIK GERAKAN, SK TAMAN BERSATU

5.0

LAPORAN PROGRAM ETIKET DAN SOSIAL

TARIKH : 12 OKTOBER(SABTU)
TEMPAT : SK TAMAN BERSATU
LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM BIG PPG SEM 5

Nama Program

: LADAP Protokol Pengendalian Majlis Rasmi


dan Etika Sosial.

Tarikh Program

: 12/10/2013

Hari Program

: Sabtu

Masa

: 8.30 pagi -12.00 tengah hari

Tempat

: Bilik Gerakan SK Taman Bersatu

Penceramah

: Tn. Hj. Sayed Munawar Bin Sayed Mustar

Kumpulan Sasaran

: 46 orang

Bilangan Kehadiran

: 46 orang (seperti dilampiran)

5.1

Pengenalan

Protokol merupakan set atau peraturan dan tatacara yang ditetapkan sesebuah
institusi atau masyarakat dalam melaksanakan sesuatu majlis yang memberi
penghormatan, keselesaan dan kelincinan berdasarkan kedudukan seseorang dalam
masyarakat sosial. Etiket sosial pula bermaksud norma-norma perlakuan yang perlu
diamalkan di khalayak ramai. Protokol dan etika sosial diperlukan bagi membolehkan
sesuatu majlis itu berjalan dengan lancar dan selesa. Tujuan tajuk ceramah
disampaikan adalah untuk

memberi pendedahan serta pengetahuan dalam

mengendalikan sesuatu majlis. Selain dari memberi pengetahuan dan kemahiran asas
yang cukup dalam bidang pengurusan majlis secara berprotokol ianya juga memberi
pendedahan dan bimbingan bagaimana caranya mengurus serta mengendalikan majlis
dengan cekap dan sempurna.

5.2

Kekuatan Program

Ceramah ini telah disampaikan oleh Tn. Hj. Sayed Munawar Bin Sayed Mustar
dengan jayanya. Nilai-nilai murni juga berjaya diserapkan ke atas diri saya serta rakanrakan seperjuangan pada sesi ceramah tersebut. Ianya memberi kami peluang untuk
menilai keupayaan serta persediaan diri kami dalam mengendalikan sesuatu majlis
mengikut protokol-protokol yang telah ditetapkan. Selain itu juga, saya telah mendapat
respon yang positif dari guru-guru tentang tajuk yang disampaikan. Sebelum ini, mereka
tidak mendalami secara keseluruhannya tentang protokol dalam mengendalikan
sesuatu majlis rasmi. Apabila mereka didedahkan dengan tajuk ini, mereka sudah
mendapat input yang positif dan boleh dipratikkan ketika melaksanakan

atau

menghadiri suatu majlis rasmi.


5.3

Kelemahan Program

Kelemahan yang dapat dikesan daripada program yang dilaksanakan ialah


semasa menyampaikan ceramah ini Tn. Hj. Sayed Munawar Bin Sayed Mustar banyak
mengajukan soalan yang tidak dapat dijawab oleh para guru. Ini kerana saya dan guruguru kurang pengetahuan dan tidak mahir tentang etiket dan sosial untuk diberi
pandangan pada Tn. Hj. Sayed Munawar Bin Sayed Mustar. Saya akan cuba
memperbaiki kelemahan diri saya ini.
5.4

Penambahbaikan

Dengan melihat kepada situasi yang dijelaskan, guru-guru perlulah membuat


perancangan yang teliti dan tersusun serta persediaan awal supaya program yang
dilaksanakan pada masa akan datang berjalan dengan lancar. Kebijaksanaan guru
merancang boleh membawa impak yang positif di kalangan semua guru.
5.5
BIL
1

Kos Sebenar

PERKARA
Makan dan minum
46 orang x RM 3.00

JUMLAH
RM 138.00

5.6

Penutup

Adalah diharapkan guru-guru dapat menambah ilmu pengetahuan dalam


pengendalian atau menghadiri majlis rasmi. Selain itu, apa yang disampaikan melalui
ceramah mengenai etiket dan protokol dapat dimanfaatkan bersama.
Disediakan oleh:
.................................
(SHAMSUL RAHIMI BIN KAMARUDDIN)

5.6

Penutup

Adalah diharapkan guru-guru dapat menambah ilmu pengetahuan dalam


pengendalian atau menghadiri majlis rasmi. Selain itu, apa yang disampaikan melalui
ceramah mengenai etiket dan protokol dapat dimanfaatkan bersama.
Disediakan oleh:
.................................
(JAHARUDDIN BIN RAMLY)

6.0

GAMBAR

GURU-GURU TEKUN MENDENGAR CERAMAH YANG DISAMPAIKAN

GURU-GURU MENDENGAR CERAMAH DENGAN SEPENUH PERHATIAN

GURU-GURU MENCATAT ISI PENTING DARIPADA CERAMAH YANG DISAMPAIKAN

SESI PEMBERIAN CENDERAMATA TANDA TERIMA KASIH

7.0

REFLEKSI
Alhamdulillah, dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan tugasan Bina Insan Guru

ini. Saya bersama dengan sahabat saya iaitu Jaharuddin Bin Ramly telah menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya. Tugasan ini juga telah dapat dilaksanakan dengan
sebaiknya kerana dengan adanya kerjasama daripada rakan sejawat serta sokongan
penuh daripada pihak pentadbir.
Dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya bersama sahabat saya telah
membuat satu senarai semak terlebih dahulu dan disertai dengan membuat kertas kerja
yang terperinci sebelum mendapat persetujuan daripada pihak pentadbir. Alhamdulillah,
kertas kerja ini diterima oleh Guru Besar dan beliau memberi kepercayaan penuh
kepada kami serta diberi peruntukan untuk melaksanakan program LADAP ini.
Kami akhirnya berjaya menjemput Tn. Hj. Sayed Munawar Bin Sayed Mustar
untuk menyampaikan creramah etiket dan sosial ini. Semasa penyampaian ceramah
tersebut, guru-guru bersemangat dengan penyampaian ilmu yang amat berguna
kepada mereka. Sepanjang ceramah tersebut juga, guru-guru dapat mengetahui
bagaimana untuk menjadi seorang guru yang berketrampilan dan memahami prosedur
protokol yang sepatutnya. Guru-guru juga dapat merasai betapa pentingnya program
LADAP yang dipandang enteng sebelum ini.
Pengalaman saya bersama sahabat saya dalam menganjurkan aktiviti LADAP
ini, dapat memberi panduan dan rujukan kepada saya serta warga pendidik di Sekolah
Kebangsaan Taman Bersatu dalam menganjurkan dan mengendalikan sesuatu
program di peringkat sekolah atau yang lebih tinggi. Perancangan sesuatu program
mestilah mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak diikuti dengan
pelaksanaan yang teratur dan rapi.
Keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar serta telah mencapai
objektif yang disasarkan. Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir
serta rakan-rakan sejawat kerana memberi kerjasama sepenuhnya dan memberi
kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan program ini. Tidak lupa juga kepada
Encik Hanafi bin Ghazali yang telah banyak memberi kerjasama serta tunjuk ajar beliau
kepada kami.

7.0 REFLEKSI
Alhamdulillah, dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan tugasan Bina Insan Guru
ini. Saya bersama dengan sahabat saya iaitu Jaharuddin Bin Ramly telah menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya. Tugasan ini juga telah dapat dilaksanakan dengan
sebaiknya kerana dengan adanya kerjasama daripada rakan sejawat serta sokongan
penuh daripada pihak pentadbir.
Dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya bersama sahabat saya telah
membuat satu senarai semak terlebih dahulu dan disertai dengan membuat kertas kerja
yang terperinci sebelum mendapat persetujuan daripada pihak pentadbir. Alhamdulillah,
kertas kerja ini diterima oleh Guru Besar dan beliau memberi kepercayaan penuh
kepada kami serta diberi peruntukan untuk melaksanakan program LADAP ini.
Semasa penyampaian ceramah tersebut, guru-guru bersemangat dengan
penyampaian ilmu yang amat berguna kepada mereka. Sepanjang ceramah tersebut
juga, guru-guru dapat mengetahui bagaimana untuk menjadi seorang guru yang
berketrampilan dan memahami prosedur protokol yang sepatutnya. Guru-guru juga
dapat merasai betapa pentingnya program LADAP yang dipandang enteng sebelum ini.
Pengalaman saya bersama sahabat saya dalam menganjurkan aktiviti LADAP
ini, dapat memberi panduan dan rujukan kepada saya serta warga pendidik di Sekolah
Kebangsaan Taman Bersatu dalam menganjurkan dan mengendalikan sesuatu
program di peringkat sekolah atau yang lebih tinggi. Perancangan sesuatu program
mestilah mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak diikuti dengan
pelaksanaan yang teratur dan rapi.
Keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar serta telah mencapai
objektif yang disasarkan. Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir
serta rakan-rakan sejawat kerana memberi kerjasama sepenuhnya dan memberi
kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan program ini. Tidak lupa juga kepada
Encik Hanafi bin Ghazali yang telah banyak memberi kerjasama serta tunjuk ajar beliau
kepada kami.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai