Anda di halaman 1dari 3

LANGKAH-LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA

'Bahasa jiwa bangsa', itulah frasa yang paling sesuai untuk melambangkan
signifikan sesuatu bahasa kepada bangsa-bangsa di Malaysia. Pelbagai polemik
telah dibangkitkan sejak akhir-akhir ini bagi membicarakan identiti bahasa
Malaysia sebagai bahasa kebangsaan bagi sebuah rumpun bernama Malaysia.
Bahasa Malaysia telah diadaptasikan daripada frasa asal 'Bahasa Melayu' yang
disifatkan berjiwa perkauman sekaligus tidak relevan dengan Gagasan 1
Malaysia. Namun begitu, apakah inisiatif yang perlu dilaksanakan demi
memartabatkan bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat?
Langkah-langkah yang patut diambil termasuklah menggesa semua urusan
rasmi dan surat-menyurat di semua jabatan kerajaan diimplimentasikan dalam
bahasa ibunda. Mutakhir ini, jabatan-jabatan kerajaan lebih gemar memilih
bahasa Inggeris yang dianggap berdarjat tinggi berbanding bahasa Malaysia
untuk digunakan dalam urusan syarikat mereka. Sifat nafsi yang menggunung
dalam jiwa mereka wajar diibaratkan seperti kacang lupakan kulit kerana mereka
persis mengenepikan sebuah bahasa yang telah mendewasakan pemikiran
mereka. Oleh itu, pihak-pihak ini haruslah menjaga martabat bahasa Malaysia
supaya tidak hilang ditelan zaman.
Selain itu, idea Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI) juga harus dilupuskan. Sifat dominan bahasa Inggeris
dalam kehidupan kita tidak harus dinafikan, tetapi langkah ini dilihat berpotensi
memadamkan kegemilangan bahasa Malaysia di peringkat lokal. Jika teras
pentarbiahan turut dilaksanakan dalam bahasa asing, tidak mustahil pada satu
era nanti, generasi akan datang tidak mengenali lagi perkataan 'Melayu'.
Ironinya, usaha Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa
Inggeris (MBMMBI) dilihat sangat proaktif sebagai mangkin yang efektif demi
membejat kemelut bahasa yang sedang dihadapi Malaysia kini.
Sementelahan pula, kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan
Tamil juga tidak harus dikerling enteng berikutan perkara tersebut
berkemampuan memperkasakan bahasa Cina dan bahasa Tamil lantas
menjatuhkan darjat bahasa ibunda di sekolah-sekolah berkenaan. Jika dilihat dari
perspektif berbeza, hal ini dapat menimbulkan nafsi perkauman bahkan tidak
sejajar dengan penerapan 1Malaysia dalam kalangan masyarakat. Maka, polemik
ini mungkin tidak dapat mencapai objektif kemenjadian bahasa sebagai agen
perpaduan yang utuh bagi semua rakyat di negara ini. Tuntasnya, pihak-pihak
yang berwajib seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) harus berfikir secara
kreatif dan kritis demi menaikkan imej bahasa ibunda secara holistik.
Di samping itu, bagi mengukuhkan kedudukan bahasa Malaysia dalam
sanubari rakyat rencaman golongan, DBP harus melaksanakan pelbagai aktiviti
yang menggapai minat umum terhadap keindahan bahasa Malaysia. Aktiviti
seperti Sayembara Pidato Antarabangsa anjuran Kementerian Kebudayaan,
Kesenian, Warisan dan Pelancongan dengan usahasama Radio Televisyen
Malaysia (RTM) baru-baru ini dilihat sebagai anjakan paradigma yang berpotensi
memperkenalkan bahasa kebangsaan di peringkat dunia. Deduksinya, langkah

yang sama harus diambil DBP untuk mewujudkan 'jiwa bahasa' dalam kalangan
rakyat.

Mendepani arus globalisasi kini, pelbagai perubahan serta modifikasi yang


sudah dilaksanakan terhadap bahasa Malaysia asal sehingga terbentuk bahasa
rojak. Lihat sahaja di kiri dan kanan jalan raya serta di bangunan-bangunan
pencakar langit, banyak papan tanda memaparkan penggunaan bahasa rojak.
Perkara ini tidak patut dibiarkan berlarutan kerana keupayaannya untuk
mencemarkan bahasa adalah tinggi. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak harus
berpeluk tubuh dan mendiamkan diri, sebaliknya perlu mengambil tindakan
Undang-undang bagi menyedarkan pihak berkenaan bahawa bahasa Malaysia
bukanlah sebuah wadah mainan komersial. Oleh itu, 'pidana bahasa' ini perlu
dibejat bagi mewujudkan rakyat kontemporari yang berpegang teguh dengan
bahasa ibunda.
Konklusinya, semua pihak haruslah menggembleng sinergi untuk
meledakkan darjat bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan
harian, selain status utamanya sebagai bahasa kebangsaan. Janganlah kita
menjadi manusia yang khusyuk menyelami sungai pemodenan dengan
mementingkan bahasa asing sebaliknya menidakkan kebolehan bahasa Malaysia
untuk membawa kita ke mata dunia. Pepatah Melayu ada menyebut, "yang kurik
itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa". Oleh
hal yang demikian, marilah kita berpijak di bumi yang nyata dengan menjaga
bahasa kebangsaan supaya kekal nirmala dan 'tak lapuk dek hujan, tak lekang
dek panas'.
(597 patah perkataan)
KOSA KATA:
1. Signifikan = kepentingan
Diadaptasikan = diubah suai

2. Polemik = perdebatan

4. Inisiatif = daya usaha


5. Diimplementasikan = dilaksanakan
Mutakhir ini = baru-baru ini
7. Nafsi = mementingkan diri sendiri
9. Rencaman = pelbagai
10. Dominan = kuat pengaruh
12. Proaktif = maju

3.
6.

8. Holistik = keseluruhan
11. Ironinya = secara bertentangan

13. Mangkin yang efektif = usaha yang berkesan


15. Nirmala = kekal
16. Membejat kemelut = mengekang masalah
17. Sementelahan pula = tambahan pula

14. Wadah = alat

18. Agen perpaduan = pengaruh kesepunyaan kaum


19. Anjakan paradigma = perubahan yang lebih baik
20. Modifikasi = ubah suai
21. Komersial = bersifat ekonomi
22. Pidana = kejahatan
23. Kontemporari = era baru
24. Menggembleng sinergi = bersatu tenaga

Anda mungkin juga menyukai