Anda di halaman 1dari 23

(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)

TAJUK 2

UKURAN DAN SUKATAN

SINOPSIS

Modul ini akan memberi pendedahan awal mengenai tajuk ukuran dan
sukatan yang merangkumi sub topik : ukuran panjang, isipadu dan kapasiti ,
timbangan berat dan waktu. Bidang pembelajaran ukuran dan sukatan ini
merangkumi tahap 1 dan 2 secara berperingkat sepertimana dalam Huraian
Sukatan Pelajaran. Pendekatan kontekstual dan konstruktivisme lebih sesuai
digunakan

dalam

mengaplikasikan

strategi

yang

sesuai

semasa

menyampaikan konsep ukuran dan pelajar dikehendaki merealisasikannya


semasa sesi pengajaran makro / mikro mengikut sub topik berkaitan.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran ini, pelajar dapat :


1. Menunjuk cara kefahaman terhadap amalan masakini di sekolah rendah yang
berkaitan dengan topik ukuran dan sukatan merangkumi subtopik : ukuran
panjang, isipadu dan kapasiti ,timbangan berat dan waktu.
2. Menggunakan istilah yang betul berkaitan topik ukuran dan sukatan yang
bukan piawai dan piawai.
3. Merancang secara progresif semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran
subtopik

ukuran

dan

sukatan

dengan

lebih

berkesan

serta

dapat

merealisasikannya dalam bilik darjah sebenar.


4. Mengaplikasikan pengetahuan yang dikumpul dengan strategi yang berkesan
dalam aktiviti pengoperasian tambah, tolak, darab, bahagi dan penyelesaian
masalah dalam kehidupan sebenar yang bersesuaian.

16

(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)

KERANGKA TAJUK-TAJUK

UKURAN
DAN
SUKATAN

UKURAN PANJANG

ISIPADU DAN
KAPASITI

TIMBANGAN
BERAT

WAKTU

RAJAH 1 : PETA KONSEP SUB TOPIK UKURAN


Langkah 4
Penggunaan
simbol
setiap ukuran
dan membuat
anggaran.

Langkah 3
Penggunaan
bahasa
Matematik
menggunakan
alat ukuran
piawai.

Langkah 1
Penggunaan
laras bahasa
murid-murid

Langkah 2
Penggunaan
bahan ukuran
bukan piawai

RAJAH 2 : CARTA ALIRAN BIDANG PEMBELAJARAN UKURAN


PERBINCANGAN
2.1 Langkah 1 dan 2 ialah topik pengenalan ukuran awal peringkat pembelajaran
Tahap 1 dengan memberikan tumpuan khas kepada penggunaan istilah,
glosari dan laras bahasa yang sesuai dengan tahap pelajar.
2.2 Penumpuan bidang pembelajaran untuk Tahap 2 bermula dalam langkah 3
yang menegaskan penggunaan alatan ukuran piawai.
2.3 Penegasan dalam pelaksanaan Langkah 4 berfokus kepada penggunaan
simbol ukuran dan membuat anggaran dalam kehidupan seharian.
2.4 Guru memberi tumpuan khas kepada kemahiran menukarkan unit ukuran
piawaian dengan lebih tepat dan sistematik.

17

(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)

KANDUNGAN ISI

Antara beberapa kemahiran dalam tajuk ukuran ini ialah :

Pengenalan kepada ciri-ciri ukuran secara kaedah perbandingan secara


persepsi ,perbandingan secara langsung dan perbandingan secara tidak
langsung.

Penguasaan kemahiran menukarkan unit ukuran piawaian dengan tepat


dan sistematik.

Penguasaan kemahiran operasi asas seperti penambahan, penolakan ,


pendaraban dan pembahagian.

Penguasaan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kehidupan


seharian seperti :

1.3.1
1.3.2
1.3.3
1.3.4

Membentuk dan mengenal pasti pola atau corak masalah ukuran.


Mencari kaedah alternatif dalam menyelesaikan masalah.
Menguji pelbagai cara berkomunikasi idea-idea matematik.
Membentuk hipotesis dengan sendiri.
BAHAN BACAAN

1.0 UKURAN PANJANG


1.1 Sejarah Awal Ukuran
Sejarah awal ukuran bermula pada zaman Mesir kuno 4000 tahun
sebelum masihi di mana anggota badan Raja Firaun digunakan sebagai dasar
ukuran asal yang digunakan waktu itu seperti ukuran lengan, kaki, jengkal,
tangan dan jari. Pada abad ke XII, Raja Henry I telah menggunakan ukuran
panjang yang pertama iaitu penggunaan ela (yard) dengan jarak diukur dari
hidung ke ibu jari tangan yang didepakan. Ukuran ini melibatkan pengenalan
kepada unit ukuran Imperial seperti ela, kaki dan inchi yang digunakan di
kebanyakan tanah jajahan British. Mulai tahun 1789 beberapa Negara telah
sepakat menyeragamkan ukuran ke Sistem Metrik dimana ukuran didasarkan
kepada meter yang merupakan ukuran berikut :

18

(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)


1 meter = 1/10 000 000 dari ukuran
Meridian bumi yang melalui observatorium
Paris yang diukur dari Dunkirk (pantai
utara Perancis) hingga ke Barcelona di
Sepanyol.
Rajah

3 : Rod Platinum Iridium

Sekumpulan ahli akademik dari Akademi Ilmu Pengetahuan Perancis


telah melakukan pengukuran yang sebenarnya yang dilakukan dari tahun 1792
hingga 1798 dan hasilnya adalah diwujudkan satu batang Platinum sebagai
ukuran piawai yang merupakan sebuah rod berbentuk segiempat yang panjang
dengan ukuran 25 x 4,05 mm yang berbentuk ukuran ujung, yang kemudian
dikenal sebagai Metre des Archieves. Pada 20 Mei 1875 beberapa negara
telah menandatangani persetujuan mengenai meter ini yang dikenal dengan
Konvension Meter (Convention du Metre) di mana bahan Platina-Iridium
dengan bentuk X dari , maka definisi 1 meter menjadi :
Jarak antara 2 (dua) garis sumbu Platina-Iridium pada suhu 0 0C dan tekanan
atmosfera yang disimpan di gedung BIPM di Sevres dekat Paris

M 3000
e S.M
si cubit
r (hasta)
P
ur
b
a

200 S.M
Z uncia(leb
a ar kuku
m ibu jari)
a 1
n langkah
R = 5 kaki

o
m

C 200 S.M
hi ci (1 ci =
n 10 cun =
a 36 cm)
Raja
Henry I
(10861135
T.M)
1 ela = 3
kaki

England

Rajah 4 : Garisan waktu perkembangan ukuran

Kaki
Raja
Charlem
ange
(742-814
T.M)
1 kaki =
12 inciP

Ukuran awal yang direkodkan adalah penggunaan hasta (cubit) , Royal


cubit (merujuk kepada ukuran anggota Raja Henry I), tapak tangan
(palm) , jengkal (span), uncia(lebar kuku ibu jari), digit (kuku jari hantu)
dan rod (ukuran 16 orang yang beratur rapat bersamaan 5 kaki)

19

(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)

lengan
jengkal
Rajah 4 : Ukuran Badan
Penggunaan sistem ukuran Imperial yang awal digunakan di kebanyakan
tanah jajahan British sehinggalah sistem Metrik mula diperkenalkan pada
tahun 1975 dan menjadi peneraju perkembangan ukuran dan sukatan.
Jadual 1 : Perbandingan Sistem Imperial dan Sistem Metrik
Sistem Imperial
1 kaki = 12 inci
1 ela = 3 kaki
1 rantai = 22 ela
1 furlong = 10 rantai
1 batu = 8 furlong
1 league = 3 batu

Sistem Metrik
1 cm = 10 mm
1 dm = 10 cm
1 m = 10 dm
1 Dm = 10 m
1 Hm = 10 Dm
1 Km = 10 Hm

1.2 Definisi ukuran


Ukuran membawa maksud jarak antara dua titik yang mengambilkira
ukuran sesuatu objek bagi menentukan panjang, ketebalan dan
kedalaman yang tidak hanya melibatkan garisan lurus tetapi juga ukuran
yang tidak tetap seperti ukuran lilitan pinggang.
1.3 Perbandingan istilah
Penggunaan laras bahasa yang sesuai seperti membuat perbandingan
secara relatif (panjang-pendek, tinggi-rendah, luas-sempit, jauh-dekat)
perlu diperkenalkan di tahap satu bagi memantapkan kemahiran
penggunaan bahasa yang betul.
1.4 Penggunaan ukuran unit tidak piawai
Terdapat beberapa kaedah dalam pengajaran ukuran seperti penggunaan
dalam aplikasi harian, penganggaran, hubungkait dan penghargaan .
Penggunaan bahan atau alat yang mempunyai ukuran piawai seperti
20

(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)


kepingan kad, dadu, klip kertas, manik dan sebagainya digunakan
sebagai asas ukuran yang disusun dari hujung ke hujung objek yang
diukur. Setiap unit ukuran adalah unik mengikut objek yang digunakan
sebagai asas ukuran seperti penggunaan anggota badan sebagai
penanda aras ukuran yang akan digunakan.
Objek yang diukur
Buku tulis - panjang
Buku teks - lebar
Panjang meja

Jadual 2 : Aktiviti ukuran


Alat ukur
Ukuran yang diambil
Klip kertas
12 unit
Pemadam
10 unit
Tapak tangan
15 unit

Rajah 1.3 : Objek sebagai alat ukur bukan piawai

1.4 Penggunaan

alat pengukuran piawai

Alat pengukuran

piawai contohnya pembaris, benang , pita

pengukur
Contoh : sila rujuk alat pengukur yang biasa digunakan mengikut kesesuaian.

RAJAH 1.4 : PEMBARIS DAN PITA PENGUKUR

21

(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)

1.5 Penggunaan Unit Ukuran


Jadual 1 .5 : Kuantiti dan unit
Ukuran
Panjang

Sistem metrik
mm

Sistem imperial
inchi

Penghampiran
2 cm = 1 inchi

cm

kaki

30 cm = 1 foot

ela

1 m = 1 yard

km

batu

1 km = 5/8 batu
1609 m = 1 batu

2.0 SUKATAN ISIPADU CECAIR DAN KAPASITI


2.1 Sejarah Awal Sukatan
Penegasan mengenai penggunaan istilah berapa banyak sesuatu
bekas dapat menampung sesuatu objek boleh dibuat berdasarkan
perbandingan persepsual ke atas ketinggian (panjang) sesuatu bekas
seperti perbandingan isipadu sebuah jag air bersamaan dengan 12 gelas
air atau 16 cawan air . Bekas yang lebih tinggi dapat menampung isipadu
yang lebih banyak.
Rajah 2.1 : Perbandingan persepsual

2.2 Definisi
Isipadu cecair merujuk kepada jumlah ruang yang dipenuhi oleh cecair
dalam satu bekas yang tertentu. Kapasiti pula merujuk kepada ciri objek
3-dimensi yang dipenuhi oleh bahan yang memenuhi ruang dalam

22

(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)


bentuk cecair seperti air, susu, dan pepejal seperti pasir, gula, tepung
dan sebagainya.
Rajah 2.2 : Kapasiti objek

Isipadu pepejal

Isipadu cecair

Isipadu cecair menggunakan alat penyukat piawai untuk pelbagai kegunaan


seperti silinder bersenggat, bikar bersenggat, jag pengukur bersenggat.
Rajah 2.3 : Alat penyukat

2.3 Penggunaan unit ukuran


Bahan
cecair

Sistem Metrik
Milliliter (ml)

Sistem imperial
pint (pt)

Penghampiran
4 gills = 1 pint

Liter (l)

quart (qt)

2 pints = 1 quart

gelen (g)

8 pints = 1 gelen

cm

1 gelen = 4.55 liter


1 cm3 = 1 ml
1000 cm3 = 1 liter

3.0 TIMBANGAN
3.1 Sejarah Awal Timbangan
23

(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)


Sir Isaac Newton (1642-1727) telah membuktikan kewujudan daya
tarikan ke bumi dalam peristiwa sebiji epal yang jatuh ke bumi akibat dari
daya tarikan disebabkan bumi sama seperti daya yang wujud di bulan
dalam orbit dan dikenal sebagai daya tarikan graviti yang dinamakan
sebagai unit Newton.
3.2 Definisi
Jisim bermaksud jumlah bahan dalam sesuatu objek dan berat adalah
disebabkan daya tarikan graviti ke atas objek. Unit ukuran berat adalah
gram dan kilogram.
Rajah 3.1 : Pelbagai Objek

Timbangan berat menggunakan alat penimbang yang berlainan skala dan


digunakan untuk pelbagai aplikasi yang berbeza mengikut kesesuaian.
Rajah 3.2 : Alat penimbang

3.3 Penggunaan unit ukuran


Bahan

Sistem Metrik

Sistem imperial

Penghampiran
24

(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)


cm3

aun (oz)

1 paun = 12 oz

gram (g)

tahil

1 kati = 12 tahil

Objek

kilogram (kg)

paun (lb)

1 kati = 4/3 lb
1 tan = 100 kati

besar

tan

kati

1 kg = 1000 g

Objek kecil

1 tan = 1000 kg
1 lb = 454 g = 0.454 kg
4.0 WAKTU
4.1 Sejarah Awal Ukuran Masa
Jam yang pertama dibina adalah jam matahari (sundial clock) untuk
mengukur masa yang berasaskan bulan dan matahari. Selepas itu
barulah penggunaan air, pasir dan lilin sebagai alat ukur masa yang
dikenal sebagai jam air, jam pasir dan jam lilin.
Rajah 4.1 : Jam Awal

Jam matahari

Jam lilin

Konsep Ukuran

Konsep ukuran

Jam Pasir

4.2 Sejarah kalendar

25

(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)


Perkembangan pembinaan calendar juga berhubung rapat dengan
ukuran masa . Sejarah perkembangan calendar adalah seperti urutan
rajah di bawah.
Rajah 4.2 : Perkembangan kalendar

3100 Sebelum Masihi


(Mesir kuno)
Kalendar kuno Mesir
365 hari = 12 bulan = 1
tahun
1 bulan (35 hari) + 11 bulan
(30 hari)
46 Sebelum Masihi
(Zaman Roman) Kalendar
Roman
365 hari = 1 tahun
Februari ditambah setahun
setiap 4 tahun

3000 - 2000 Sebelum Masihi


(Zaman Mayan)
Kalendar Mayan
18 bulan = 1 tahun
1 bulan (20 hari)

622 Selepas Masihi


(Arab) Kalendar Hijrah
Mengikut kitaran bulan bermula
bulan
Muharam dan terakhir bulan
Zulhijjah
12 bulan = 1 tahun
setiap bulan ( 29 @ 30 hari)

2397 Sebelum Masihi


(China Kuno) Kalendar China
12 bulan = 1 tahun
1 bulan (29 @ 30 hari)
Sebulan ditambah setiap 3
tahun dan purata 1 tahun
365 hari
1582 Selepas Masihi
(Eropah) Kalendar Gregorian
52 minggu = 12 bulan = 1
tahun
Tiada tahun lompat pada
tahun yang boleh dibahagi
dengan 400, seperti 1700,
1800 dan 1900

4.3 Definisi
Menamakan masa mengikut tempoh tertentu seperti pagi,petang, siang,
malam , tengah malam. Masa juga boleh diukur dalam kiraan jam, minit ,
pecahan minit . Kalendar wujud dalam unit hari, minggu, bulan dan
tahun. Penggunaan jadual masa penting dalam kehidupan seharian bagi
memastikan aktiviti dan peristiwa dapat direkodkan dengan tepat.
Masa dan waktu diukur dengan penggunaan alat sebenar seperti muka
jam yang besar, jadual waktu, kalendar dan garisan masa
Rajah 4.3 : Alat Ukur Muka Jam

26

(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)

Rajah 4.4 : Alat ukur Garisan Masa dan Kalendar


TIMELINE

4.4 Penggunaan unit ukuran


60 saat
60 minit
24 jam
7 hari
100 tahun

1 minit
1 jam
1 hari
1 minggu
1 abad

365 hari
366 hari
12 bulan
10 tahun
1000 tahun

1 tahun
Tahun lompat
1 tahun
1 dekad
1 milineum

5.0 Kesimpulan
5.1 Prinsip asas ukuran dalam membangunkan kefahaman pelajar adalah
mengambilkira hirarki berikut :
a) Perbandingan (comparing) magnitud seperti istilah kecil, besar,
ringan, berat, panjang , pendek dan sebagainya.
b) Transitiviti di mana konsep sesuatu objek A lebih besar daripada
objek B dan B lebih besar daripada objek C , maka C lebih besar
daripada A.
27

(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)


c) Keabadian(conservation) sifat sesuatu objek di mana ketekalan
(retention) atau perubahan ciri itu disebabkan oleh kedudukan rupa
bentuk.
d) Jumlah perimeter sesuatu objek merupakan berapa jarak dari satu
titik ke satu titik yang dijumlahkan dari hujung ke hujung atau berapa
jumlah langkah yang diambil apabila seseorang berjalan mengelilingi
taman permainan.
PERBINCANGAN
1. Anda dikehendaki memberikan satu contoh aktiviti luar bilik darjah yang
melibatkan topik ukuran dan sukatan.
2. Huraikan satu aktiviti kokurikulum yang boleh dilaksanakan oleh Kelab
Matematik di luar waktu pembelajaran.
SUB TOPIK : Penggunaan Program Pengajaran Interaktif (Interactive
Teaching Program-ITP)
Contoh yang dibincangkan di sini ialah topik isipadu cecair dan timbangan berat
Penggunaan ICT secara terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam
pembelajaran dapat :
1.1
1.2

Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.


Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang

1.3
1.4
1.5
1.6

pelbagai keupayaan
Meningkatkan motivasi murid
Membolehkan pembelajaran kendiri
Meningkatkan kemahiran mengakses maklumat yang sukar diperolehi
Meningkatkan kemahiran ICT murid.

TAJUK : UKURAN DAN SUKATAN


STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN : PENGGUNAAN ICT
PERISIAN ITP DAN POWER POINT
PENDEKATAN : KOMUNIKASI DUA HALA ANTARA KUMPULAN PELAJAR
DAN GURU
SUB TOPIK : ISIPADU CECAIR
KEMAHIRAN :
28

(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)


1. Mengukur dan membanding beza isipadu menggunakan silinder penyukat
2. Menambah dan menolak dalam unit isipadu cecair.

LANGKAH 1 :
1. Guru menggunakan perisian ITP untuk mengajar konsep membaca
ukuran isipadu cecair menggunakan silinder penyukat bersenggat 200 ml.
2. Guru perlu menetapkan satu bacaan ukuran awal.
3. Contoh : 130 ml

RAJAH 1 : BACAAN AWAL


LANGKAH 2:
4. Dengan menggunakan kaedah penyoalan mencapah atau menumpu,
guru dapat mencungkil kemahiran pelajar membaca dan menunjukkan
bacaan pada silinder.
5. Contoh : Sila tunjukkan di mana bacaan 130 ml pada silinder
6. Komunikasi dua hala berlaku semasa proses penyoalan.
7. Sebagai pengukuhan konsep membaca ukuran dengan tepat guru boleh
menunjukkan hasil akhir.

29

(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)

RAJAH 2 : BACAAN AKHIR


LANGKAH 3 : Kemahiran penolakan isipadu cecair
1. Guru menggunakan perisian ITP untuk mengajar konsep kemahiran asas
penolakan isipadu cecair dengan menetapkan bacaan pada silinder
penyukat .

RAJAH 3 : Bacaan awal = 500 ml


2. Proses penolakan secara interaktif.

30

(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)

RAJAH 4 : Bacaan yang perlu ditolak = 250 ml


3. Hasil akhir selepas penolakan berlaku

RAJAH 5 : Bacaan akhir


= 500 ml 250 ml
= 250 ml

31

(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)


SUB TOPIK : TIMBANGAN BERAT
KEMAHIRAN :
1. Menimbang dalam unit gram dan kilogram.
2. Membaca nilai ukuran berat dalam gandaan 1g, 2g, 5g, 10g, 50g dan
100g

LANGKAH 1 :
1. Guru menunjukkan satu alat penimbang daripada perisian ITP yang telah
ditetapkan pada nilai maksimum 100 g .
2. Pelajar diminta membaca ukuran pada alat penimbang di atas
LANGKAH 2 :
3. Guru boleh meminta pelajar untuk memilih dan menimbang sendiri
bongkah yang ingin ditimbang.
LANGKAH 3 :
4. Lembaran kerja boleh disediakan oleh guru untuk meningkatkan
kefahaman pelajar dalam kemahiran membaca ukuran .

32

(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)

PERBINCANGAN :
UKURAN DAN SUKATAN
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MASTERI
SUB TOPIK : UKURAN PANJANG DAN WANG
PENDEKATAN PENYELESAIAN : MENGGUNAKAN KAEDAH POLYA
Guru perlu menggunakan pendekatan berhirarki semasa menghuraikan
masalah yang diberi.
1. Membaca masalah yang diberi .
2. Memahami masalah yang diberi dengan mencari kata kunci seperti :
- Apa yang diberi ?
- Apa yang ditanya ?
- Apa yang dikehendaki ?
- Apa operasi yang terlibat ?
3. Guru membimbing murid menyelesaikan masalah berdasarkan jawapan
kepada masalah .
4. Jika murid menghadapi masalah dalam memahami soalan, guru boleh
menggunakan pendekatan strategi main peranan (role play) atau
menggunakan model dengan penglibatan terus murid.
5. Guru boleh membincangkan cara-cara menyemak semula jawapan
menggunakan kaedah operasi timbal balik .

LATIHAN PENYELESAIAN MASALAH :

33

(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)


Gina menghias 3 biji kek yang berbentuk segi empat tepat dengan menggunakan
reben untuk diletakkan di sekeliling kek tersebut. Setiap kek itu berukuran 48 cm
panjang dan lebarnya 32 cm .
i)
ii)

Berapa banyakkah reben yang diperlukan ?


Berapakah kos yang diperlukan jika reben itu berharga RM 0.75
semeter ?

PERBINCANGAN
JAWAPAN :
1.

Murid mengira jumlah ukuran kesemua kek yang


terlibat

2.

Guru mengaitkan dengan konsep perimeter

3.

Perimeter = 2 (panjang + lebar)


Murid mengira jumlah perimeter bagi 3 biji kek .
3 x Perimeter (operasi asas yang terlibat : + , x)
3 P = jumlah panjang reben yang diperlukan

4.

Menukar jumlah panjang daripada sentimeter (cm) kepada meter (m)


3P = 3 x [ 2 (48 cm + 32 cm)]
= 3 x 160 cm
= 480 cm
= 4.8 m

5.

Mengira jumlah kos belian reben


Jumlah kos reben = 4.8 m x RM 0.75
= RM 3.65

Kesimpulan :
Gina memerlukan RM 3.65 untuk membayar
Kos 4.8 m reben yang digunakan

34

(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)


LATIHAN
1. Cikgu Ramlah menggunakan masalah di bawah untuk mengajar
muridnya tentang tempoh masa yang diambil untuk sesuatu peristiwa.
Encik Lowre telah datang melawat Malaysia pada 27 Jun 2011
bersama keluarganya. Beliau telah berada di sini sehingga 16 Julai
2011. Berapa lamakah tempoh masa beliau berada di Negara ini ?
I.

Berikan satu cadangan alat bantu mengajar yang sesuai digunakan .

II.

Huraikan bagaimana Cikgu Ramlah dapat menggunakan bahan bantu


mengajar di atas untuk membimbing muridnya menyelesaikan masalah
ini.
2. Penukaran unit antara kilogram dan gram boleh dilaksanakan dengan
menggunakan empat operasi asas nombor .
Cikgu Karim memberikan satu contoh soalan berikut :
3475 gram =

? kilogram

? gram

Jelaskan secara berperingkat algoritma penukaran unit di atas dengan


menggunakan :
I.

Kaedah penambahan

II.

Kaedah penolakan

3. Dalam pengiraan di bawah , kaedah yang dibuat oleh Lisa semasa


menyelesaikan masalah operasi penambahan dalam topik sukatan
isipadu cecair telah silap.
6 liter 350 mililiter
+ 2 liter 960 mililiter
8 liter 1310 mililiter
i.

Nyatakan DUA kesilapan yang telah dilakukan oleh Lisa .

ii.

Berikan sebab mengapa ini berlaku.

35

(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)


iii.

Berdasarkan kepada jawapan (i) tunjukkan dengan jelas algoritma


pengiraan yang boleh digunakan untuk membantu Lisa memahami dan
mengatasi kesilapan yang telah dilakukan.
BUAT NOTA
1. Strategi pengajaran di bawah dapat membantu pelajar meningkatkan

kemahiran berfikir seperti berikut :


Kemahiran memfokus
Kemahiran mengumpul maklumat
Kemahiran menyusun
Kemahiran menganalisa dan menyepadu
Kemahiran menilai
Huraikan kaedah dan pendekatan yang sesuai digunakan bagi tajuk
ukuran dan sukatan.
2.

Proses kolaborasi dalam pembelajaran ini memerlukan interaksi sosial


dan menilai kefahaman seseorang dalam pembinaan pengetahuan.
Sebagai seorang guru fikirkan satu cara pendekatan koperatif dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik di dalam
kelas anda.
PERALATAN

1.

Jadual masa , jadual waktu,kalendar dan garisan masa.

2.

Alat pengukur contohnya pembaris, benang ,pita pengukur.

3.

Alat penimbang berat yang berlainan skala.

4.

Alat penyukat contohnya silinder bersenggat, bikar, jag pengukur


bersenggat.

36

(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)

BAHAN INTERNET
1. Sebagai rujukan anda boleh gunakan laman web ini untuk penukaran unit
http://www.unitconversion.org/unit_converter/length.html
http://www.onlineconversion.com/volume.htm

2. Software Interactive Teaching Program (ITP) boleh terus dimuat turun dari
http://www.taw.org.uk/lic/itp/index.html
BUKU RUJUKAN
3. Mike Askew.(1998) , Teaching Primary Mathematics ( a guide for newly
qualified & student teachers) ,London : Hodder Arnold.
4. Cathcart, W.G., Pothier,Y.M., Vance, J.H. & Bezuk, N.S. (2006).

Learning

mathematics in elementary and middle school: A learner centered approach. 4th


ed. New Jersey: Pearson Education.

5. Haylock, D. (2006). Mathematics explained for primary teachers. London: Sage


Inc.

6. Bennett, D. (1999). Exploring geometry with The Geometers Sketchpad.


Emeryville,CA: Key Curriculum Press.

7.

Killen, R. (2005). Effective teaching strategies: Lessons from research and


practice. 5th ed. Wentworth Falls: Social Science Press.

8. Rowntree, D. (2004). Statistics without tears: A primer for non mathematicians.


Boston, MA: Pearson Education.

37

(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)

TAMAT

38

Anda mungkin juga menyukai