Anda di halaman 1dari 2

Bismillah Hirrahmanirrahim....

Alhamdulillahhirabbilalamin...
RabbissrahliSADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL
UQ DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL KAULI...
Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal BismilLah pembuka bicara.
Dari Raub pergi ke Pontian,
Terus pula ke Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan Majlis.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada


hari yang penuh bermakna ini, majlis
menjemput Al-Fadhil USTAZ Azman b.
baharom untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
Aamiin, ya robbal aalamin...
Majlis merakamkan ribuan terima kasih
kepada Al fadil ustaz Azman bin Bahrom
atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Yang dihormati Pn Azizah bt A. Hadi, Penolong


Kanan Hal Ehwal Murid Sk Dato Klana Putra.

Hari ini bertarikh 6 november 2015 kita


berhimpun bagi tujuan sambutan Maal Hijrah
peringkat Sk Dato Klana Putra bagi tahun
2015 bersamaan 1437H. Awal Muharram atau
Maal Hijrah merupakan suatu hari yang
penting bagi umat Islam kerana menandakan
peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah
Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi
Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke
Madinah pada tahun 622 Masihi. Majlis
diadakan untuk mengenang jasa dan
pengorbanan Nabi Muhammad s.a.w. Tema
pada tahun ini adalah Perpaduan nadi
transformasi negara

Yang dihormati, En Shahrom b. Sukero,


Penolong Kanan Kokurikulum Sk Dato Klana
Putra.

Semoga usaha kita ini mendapat kebaikan dan


keberkatan daripada Allah s.w.t. InsyaAllah.

Yang Berusaha Tn Hj Kamarudin b. Hj Abu


Hassan, Guru Besar SK Dato klana putra.
Yang berbahagia, Al-Fadhil Ustaz Naim Fital
selaku tuan penceramah kita pada hari ini.
Yang dihormati, Pn Zahariah Bt Abdul Kadir,
Penolong Kanan Sk Dato Klana Putra .

Yang di kasihi, Rakan-rakan Guru,


Serta semua pelajar Sk Dato Klana Putra Yang
dirahmati Allah sekalian.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya

Terima kasih diucapkan kepada Al Faddil ust

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya


Tak berkat ilmu tanpa amalnya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang
berbicara.

Naim Fatil atas ceramah yang telah disampaikan


sebentar tadi. InsyaAllah segala ilmu yang telah
disampaikan dapat sama-sama kita amal dan
sampaikan kepada orang lain.
PENYAMPAIAN HADIAH & CENDERAHATI

Sedikit latar belakang tuan penceramah.


Saudara Naim Fital merupakan anak jati negeri
Melaka yang dilahirkan pada 7 Januari 1993.
Mendapat pendidikan di Kolej Islam Sultan Alam
Shah (KISAS) sebelum beliau ke Asasi Universiti
Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan undangundang. Kemudian dengan keputusan yang
cemerlang beliau telah melanjutkan pelajaran
dalam Jurusan Undang-undang di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM).
Pada masa yang sama, beliau juga aktif dalam
bidang pengucapan awam di peringkat IPT dan
telah beberapa kali mewakili UKM dalam
pertandingan debat peringkat IPT seluruh
Malaysia.
Beliau juga merupakan Ketua Pelajar semasa di
bangku sekolah, dan menjadi Presiden dalam
beberapa persatuan semasa beliau masih
bersekolah. Beliau juga merupakan penerima
Anugerah Wira PLKN Terbaik pada tahun 2010
.
Masa yang ditunggu sudah tiba. Hadirin dan
hadirat yang diRahmati Allah sekalian, pagi ini
akan diteruskan dengan ceramah yang akan
disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Naim Fatil.

Majlis dengan tazimnya mempersilakan.

Hadirin dan hadirat sekalian,Majlis diteruskan


dengan upacara penyampaian cenderahati.
Untuk menyempurnakan upacara tersebut,
Majlis dengan ini ingin menjemput dan
mempersilakan Pn Zahariah bt Abdul Kadir
(Penolong Kanan 1), untuk mengiringi Tn Hj
Kamarudin B. HJ abu hassan(Guru Besar),
dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha
Tn Hj Kamarudin b. hj Abu Hassan (Guru Besar)
di atas kesudian menyampaikan cenderahati
sebentar tadi.

Saya mewakili Majlis, ingin mengucapkan


ucapan rasa syukur dan terima kasih
kepadasemua pihak yang terlibat di dalam
menjayakan Majlis kita pada hari ini samada
secara langsung mahupun tidak.
Moga kita semua akan beroleh keberkatan
daripada-Nya. Dan tiada untaian kata yang
mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur
danucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat
semua, atas kesudian hadir memeriahkan
Sambutan Maal Hijrah Sk Dato Klana Putra.
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan
kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
mengacarakan Majlis ini.
Dijemput kepada semua tetamu VIP untuk
menikmati jamuan hidangan di kantin sekolah,
dipersilakan.
Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari
ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah
al Asr.

Anda mungkin juga menyukai