Anda di halaman 1dari 1

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera Kpd Yg Berusaha Pn Zakiah Bt Ariffin Pk

Penta,Tn Hj Muhammad B Yahya Pk Hem,Pn Hjh Hamidah Bt Md Arshad Pk


Kokurikulum,Guru2 Kanan,Yg Dihormati Guru2 Dan Murid2 Yg Dikasihi Sekalian.
Seperti yang kita telah sedia maklum, program Nilam merupakan program
memupuk minat membaca buku yang dilancarkan seluruh negara.Sekolah kita juga
tidak terkecuali.Oleh hal demikian,saya berharap agar pelajar dapat benar - benar
memahami objektif program ini seterusnya melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti yang telah dirancang.
Program Nilam bertujuan mewujudkan masyarakat membaca di negara ini ,
bermula dari alam persekolahan. Perangkaan menunjukkan bahawa masyarakat
rakyat Malaysia hanya membaca buku kurang daripada sebuah setahun , jauh lebih
kecil berbanding dengan negara - negara maju. Membaca merupakan jambatan
ilmu. Amalan membaca dapat menjana pemikiran yang kritis dan kreatif yang dapat
memangkin kemajuan bangsa dan negara. Justeru , amalan ini perlu ditanamkan
dalam diri dan hal inilah yang menyebabkan Program Nilam ini dilancarkan dengan
tujuan mencapai misi dan visi yang digariskan oleh kerajaan.
Dalam Program Nilam , pelajar hanya perlu membaca buku - buku dalam
sebarang genre dan sebarang bahasa asalkan menambah pengetahuan , sebelum
membuat catatan ringkas di dalam buku rekod yang disediakan. Guru - guru akan
memastikan bahan yang dibaca selaras dengan yang direkodkan oleh pelajar. Buku
rekod ini yang dipanggil Buku Nilam boleh dibeli di koperasi sekolah dengan harga
RM 2.00 senaskah. Bahan - bahan bacaan pula boleh diperoleh pelajar dari
perpustakaan sekolah atau kedai - kedai buku. Buku - buku yang dibaca boleh terdiri
daripada buku ilmiah, fiksyen, atau bukan fiksyen.
Bagi menyelia program ini, bahan bacaan yang direkodkan di dalam Buku Nilam
akan dikumpulkan oleh guru perpustakaan.Pelbagai ganjaran akan diberikan kepada
pelajar yang banyak membaca buku sama ada di peringkat sekolah atau
kebangsaan.Pada tahun ini pihak pusat sumber berbesar hati untuk memberi
ganjaran berupa wang ringgit kepada pembaca nilam terbanyak bg tahun
2016.Selain itu markah kokurikulum juga akan diberikan kpd pembaca nilam dan
pengiktarafan akan diberi kpd pembaca terbanyak pada Majlis Anugerah
Kecemerlangan.
Akhir kata, dengan adanya Program Nilam ini saya berharap agar para pelajar
kini lebih berminat mengunjungi pusat sumber sekolah untuk mendapatkan bahan
bacaan. Jadilah seorang pembaca, dan bertemanlah dengan buku. Fikiran yang luas
akan menjadikan hidup anda luas dan tidak terbatas.. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai